Memaparkan catatan dengan label SukaN NeGara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SukaN NeGara. Papar semua catatan

Safee Sali Cardiff City

on 17 September 2011

Berita tentang pemergian Safee Sali ke Cardiff City hangat diperkatakan media. Tapi yang paling aku tak tahan bila media dok cakap, Safee tu "David Becham" Malaysia...wolawehhh...kalau yer pun aku rasa cam tinggi sangat tu. Jangan le "up" sangat, kalau Safee dah kompom dapat main ngan Cardiff City, aku rasa okeh jugak. Kawan tu nak training je kat sana....

Apepun aku rasa Safee Sali pasti memberikan yang terbaik sewaktu latihan disana. Berita terkini mengatakan Safee telah beberapa kali menjaringkan gol sampai dia sendiri tak ingat berapa biji, memberi satu harapan yang agak positif jugak lerr kepada rakyat malaysia. Pasti kami semua mendoakan yang terbaik buat kamu.
Berikut petikan berita tempatan mengenai prestasi terkini Safee...

Safee Sali
paper sana kot nih.....



Semalam, Safee sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila berjaya mengatasi beberapa pemain pertahanan Cardiff sebelum meledak beberapa gol, dan aksinya itu dikatakan mula menggamit perhatian pengendali Cardiff, Malky Mackay yang kini dikatakan lebih cenderung menguji Safee berbanding penyerang lain semasa sesi latihan tersebut.
Doa ribuan peminat bola sepak tanah air yang mengiringi pemergiannya ke bumi Cardiff sejak Isnin lalu bagi memburu misi sebagai pemain pertama Malaysia beraksi dalam kancah saingan bola sepak England ternyata berbaloi apabila Safee tidak lagi dihantui kecederaan itu.
Pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim berkata, buat masa ini Safee masih dipantau pengawai perubatan kelab tersebut bagi mengelak kecederaannya bertambah buruk meskipun Safee memberitahu tidak lagi merasa terjejas akibat kecederaan lamanya itu.
"Safee memberitahu dia tidak lagi merasa sakit semasa melakukan percubaan ataupun ketika menggelecek bola, dan ia sememangnya perkara positif apabila dia berjaya menjaringkan beberapa gol hari ini (semalam) dalam sesi latihan setelah kali pertama melakukannya sebaik menjalani sesi latihan Selasa lalu.
"Misi Safee untuk menyarung jersi Cardiff juga agak cerah apabila dilihat lebih kerap diuji berbanding penyerang lain, dan saya harap Safee dapat mengekalkan aksi konsistennya selepas ini," katanya kepada Kosmo!
Dan lagi...
KUALA LUMPUR - Safee Sali semakin menunjukkan bisa di Cardiff City apabila terus meledak gol pada hari ketiga sesi latihan di pusat latihan kelab tersebut, semalam. Bukan sekadar satu atau dua jaringan, sebaliknya penyerang prolifik negara itu meledak banyak gol pada latihan di atas padang besar dan mudah melepasi kawalan pertahanan utama Bluebirds berulang kali tanpa banyak masalah.
Pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab.Rahim mendedahkan gaya permainan Safee mula menarik perhatian jurulatih Cardiff, Malky Mackay, yang mahu dia menyertai setiap sesi latihan pasukan itu.
"Mackay cukup tertarik dengan gaya permainan dan kekuatan fizikal yang ada pada Safee dan banyak kali meminta Safee bermain ketika sesi permainan padang.
"Safee memberitahu dia sudah melakukan banyak jaringan, sehingga tidak ingat jumlah yang dijaringkan. Dia mampu mengatasi kawalan pertahanan Cardiff," katanya ketika dihubungi, semalam.




# Lepas ni giliran Syafiq Rahim pulak...harap2 dia bersedia. Stamina tu kasik upp lagiii ehhh.....
Tag :

Mokhtar Dahari ~ dalam kenangan

on 07 Ogos 2011

Allahyarham Mokhtar Dahari 13 November 1953 ~ 11 Julai 1991

Allahyarham Mokhtar Dahari, pastinya ramai rakyat Malaysia yang mengenali nama lagenda bolasepak negara ini. Namun mungkin tak ramai yang pernah menyaksikan kehebatan beliau. Video ini mengisahkan kehidupan beliau yang diceritakan melalui anak2,isteri, rakan2 malah "musuh semasa dipadang". Semuanya melahirkan rasa kagum kepada bakat beliau.

Aku sendiri sebenarnya baru sahaja menyaksikan kisah beliau melalui youtube. Perasaan bangga, sedih semuanya bersatu. Rasanya tak perlu aku ceritakan semuanya, biarlah video yang dihasilkan oleh National Geographic dan Astro Prima ini menjadi saksi akan kehebatan yang pernah beliau ciptakan demi untuk mengharumkan nama negara. Dedikasi, kesungguhan dan budi pekerti yang beliau tunjukkan sememangnya satu contoh terbaik buat semua anak2 Malaysia.

Mohd Mokhtar bin Dahari adalah Lagenda bolasepak Malaysia selama~lamanya, tiada yang mampu menjadi pengganti kepada beliau....Al Fatihah buat arwah!!!!






Video dari Astro Prima..



Tag :

Tahniah buat Azlan dan Emir

on 01 Ogos 2011

As salam semua....belum terlambat lagi rasanya aku nak ucapkan tahniah buat pasukan Boon Siew Honda dan juga team mereka. Begitu juga dengan pelumba mereka iaitu Azlan dan Emir.Kenapa???
Meh baca kat bawah nih.....

PELUMBA SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC), Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd Emir Firdaus Hasan mencipta kejutan apabila berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi kategori 4 jam Perlumbaan Suzuka 8 Hours Endurance Road Race ‘Coca Cola Zero’ kali ke-34 di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun semalam.
Penunggang pasukan Boon Siew Honda Racing Malaysia itu menamatkan penampilan sulung mereka dalam perlumbaan selama empat jam itu dengan catatan masa empat jam satu minit 38.151 saat (99 pusingan) diikuti pelumba pasukan Business Rariat & TSR, Kazuhiro Kojima dan Taiki Sato di tempat kedua dengan 4'01:46.340s. Di tempat ketiga pula muncul Shotaro Ogura dan Akihide Sato dari pasukan SP Tado Racing Team dengan 4'02:04.263s.

Selaku pelumba pertama, Azlan memulakan perlumbaan tetapi kerana kurang biasa dengan format permulaan, Azlan terlepas mengambil alih kedudukan hadapan daripada Kojima.
Sepanjang perlumbaan, kedua-dua pelumba Malaysia itu mengekalkan rentak konsisten bagi mengekalkan kedudukan di tempat kedua. Mereka hanya menyerang pada babak-babak terakhir perlumbaan apabila Azlan memintas Kojima pada pusingan kedua terakhir.

Walaupun kepenatan, kedua-dua pelumba itu jelas berbangga dengan pencapaian mereka dan cukup berpuas hati kerana turut berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Selepas berminggu-minggu melakukan persiapan akhirnya kami berjaya memenangi perlumbaan hari ini dan saya cukup gembira! Terima kasih kepada pengurusan Boon Siew Honda Racing Malaysia, mekanik dan rakan-rakan dari pasukan Harc-Pro yang banyak membantu kami. Saya turut berbangga menjadi anak Malaysia pertama menyertai dan memenangi perlumbaan tradisi seperti ini,” jelas Azlan dengan penuh semangat.
Pelumba berusia 27 tahun itu berkata: “Kami datang ke Suzuka tanpa sebarang pengalaman beraksi dalam ‘endurance race’. Bagaimanapun, kami tetap mahu menang dan kami sentiasa memberikan yang terbaik.

“Perlumbaan tadi tidak dapat dinafikan amat mencabar. Tambahan pula, kami terpaksa bersaing dengan ramai pelumba handalan Jepun. Syukur, kami datang bersiap-sedia dengan strategi perlumbaan yang mantap dan ini banyak membantu kami mencatat kemenangan di sini. Antara strategi yang digunakan adalah pelaksanaan enam 'hentian pit', mengekalkan kedudukan sepanjang perlumbaan, menjimatkan penggunaan tayar serta mengelak terbabas.”

# Tahniah buat mereka berdua. Rasanya belum pernah dalam sejarah negara, pelumba negara kita mencatatkan kemenangan di bumi Jepun. Bukan no 3 ataupun no 4 ....tapi no 1 tuuu.... Tahniah sekali lagi dari aku, ternyata "Harimau Malaya" ada dimana2 jua......

Team Boon Siew Honda Malaysia



Azlan Iskandar bersama CBR600 

Meraikan kemenangan di  Suzuka Jepun
Tag :

Carrom Terbuka PKNS 2011

on 28 Jun 2011

 Tanggal 26 Jun 2011, hari minggu dimana berlangsungnya Kejohanan Carrom Terbuka anjuran PKNS. Pasukan aku juga berkira2 hendak menhantar wakil ke kejohanan ini. Kejohanan yang meliputi 1 Malaysia. Jadi rasanya kawan2 yang baca ni boleh faham kot situasi permainan bila bertarung dengan pemain2 luar yang lain. Perasaan gementar!! Itulah yang selalu akan bersarang dalam diri. Pas tu, efek dia yang paling "hebat" ialah jari mengigil dan hilang fokus dalam game.

Semenjak keluar dari persaraan tempoh hari, aku dan rakan2 juga berpakat untuk kembali aktif. Antara kejohanan luar yang akan kami sertai adalah Kejohanan anjuran PKNS. 6 Team Proton Malaya [kelab baru kami] telah bersedia untuk mengambil bahagian didalam kejohanan carrom ini. Bernaung dibawah pasukan Proton yang lain [untuk mengelakkan pertembungan sesama rakan Proton] kami berazam untuk melakukan yang terbaik.

Bertempat di tingkat 4 Kompleks PKNS
 Setelah sekian lama menunggu (dari pagi wooo), akhirnya penganjur mengumumkan kejohanan akan bermula lebih kurang jam 1.30 petang. Aku dan rakan aku dijadualkan berjumpa dengan team dari Klang [MPK] untuk perlawanan pertama kami. Pehhh...debaran telah bermula. Malangnya papan yang kami akan main tu agak kurang baik. Terkial2 dalam set pertama, aku dan kawan aku tewas kepada team MPK. Set kedua bermula, kami cuba bermain secara defensive...biar lambat asal selamat. Alhamdulillah...set kedua kami menang. Pada set ketiga, pertarungan agak hebat jugak....penentuan buah hanya tinggal sebiji dan akhirnya kami berjaya menewaskan team MPK.

Permulaan permainan pada set pertama...lawan MPK
Agak malang pada game ke dua, kami bertemu dengan team dari UTM Johor. Kedua2 lawan kami agak "tajam". Kami tewas kepada mereka dengan straight set. Adoiyaiiiii....tensennn banget arrrr...jadi dengan kekalahan tu team aku dah boleh mengucapkan selamat tinggai kepada Kejohanan carrom PKNS tu...:(

Walau pun aku dan rakan aku tewas kepada team yg lebih baik. Aku rasa ini permulaan yang agak positif juga bagi kami, maklum la dah lama tak bermain di luar. Insyaallah DBKL nanti kami akan menghantar lagi team kesana. Rata2 pasukan Team Malaya kami tewas didalam pusingan kedua. Hanya satu team layak bermain sehingga pusingan ke3 dan satu team lagi bermain di penentu juara kumpulan [pusingan ke 4]. Juara kumpulan pun dah okeh gak hadiahnya...RM400.00 , tapi nak buat camne...harapan kami kepada team yang terakhir tu pun akhirnya berkecai jugak.

Pandangan SACC Mall dari Kompleks PKNS
Dalam pada tu, sempat jugak aku snap gambar Kompleks SACC Mall dari PKNS. Tak ler bape cun...maklum ler kamera kompak jerr..tp aku rasa dh okeh dah tu. Kalau masuk kat photoshop lagi cun gak hasilnya.

Bila team lelaki bertemu team perempuan...istilah "No Mercy" akan digunakan...
Satu lagi, aku rasa sukan Carrrom juga mungkin sukan yang mana orang perempuan boleh bersaing sesama lelaki secara adil tanpa diskriminasi. hehehe......Korang jangan under rate kemampuan dia orang nih...Boleh kata yang ada disini ialah geng2 perempuan yang memang selalu masuk kat  mana2 pertandingan terbuka . Jadi...Kalau silap perhitungan, kaum lelaki pun boleh kalah woo....maluu woo kalau kalah ngan perempuann.

Kesimpulannya, permainan Carrom juga memerlukan skill yang tinggi disamping kekuatan dalaman [hati] bila bertarung dengan peserta dari luar.  Hadiah yang ditawarkan juga semakin lumayan, diharap dengan adanya artikel ini, sukan Carrom mampu beroleh sambutan yang lebih hangat dari kalangan rakyat Malaysia yang lain. Semoga sukan Carrom terus maju di Malaysia.



#Dengo2 citer google dh keluarkan senarai pagerank yang terbaru. sama ada naik, turun leh ler check yerr...untuk info semua...blog aku dari Pagerank3 turun secalit kpd Pagerank 2...mungkin gara2 tak mesra SEO kuttt...huhuhu....
Tag :

Carrom, sukan yang kurang popular....

on 24 April 2011

Sapa yang pernah main carrom? Rasanya ramai jugak kan? Tapi pada aku, permainan Carrom antara sukan yang jarang sangat rakyat Malaysia tengok dan minat. Maklum ler bak kata kawan aku, sukan untuk OKU jer...Opsss, maaf yer..bukan nak menghina OKU sebab aku pun consider OKU gak. [lutut x bleh blah maaa...hehe]

Aku masih ingat lagi masa kecik dan zaman remaja dulu, table carrom ni memang banyak didapati dikedai sukan. Namun dari segi kualiti papan ianya boleh la dianggap hanya untuk suka~suka. Zaman tu powder carrom, aku dan kawan2 cuma guna tepung gandum jerr. Cara permainan? Asal boleh jentik sudahh, main pun ikut "law" sendiri...Main untuk suka2, ape ade hal kan....

Carrom, asal usul permainan ni dikatakan dari India dan dianggap permainan yang sama "keturunan" dengan snooker,billiards,pool. Ianya juga dikenali dengan nama carrumcouronnecarumkaramkaromkarumfatta dan finger billiards. Permainan ini juga ada dimainkan dikalangan negara barat. Tetapi cara permainan dan undang2 mungkin berbeza apabila beraksi di pentas dunia berbanding dengan permainan di Malaysia. Bagaimana pun aku sendiri tak berapa jelas akan peraturan antarabangsa tu. Rasanya Malaysia pun ada juga menghantar wakil di pentas antarabangsa menerusi Malaysia , cuma aku tak pasti setakat mana cabaran yang mampu diberi oleh wakil negara. Okeh lupakan soal internasional tu, fokus pada apa yang aku nak bagitahu nih pulak.


Minggu lepas, sewaktu F1 sibuk beraksi dan berlumba di China, aku pun sibuk jugak melayan pertandingan carrom yang diadakan Kesatuan Pekerja Proton. Sebenarnya aku dah 2 tahun bersara dari melayani aktiviti carrom ni. Bagaimana pun aku akur atas pelawaan bekas partner lama aku. Sebelum ni, aku juga pernah mewakili jabatan (sukan antara jabatan je) didalam sukan ini, pernah juga mencabar diri bertanding diluar (sekitar KL jerr). Bagaimana pun pencapaian aku dan partner hanya setakat "suam2 kuku" je...(Biasanya 1st round dah K.O) hahaha..


Sewaktu game sedang berlangsung

Namun paling tidak aku sangka, kali ni penyertaan kami itu memberi sedikit hasil. Daripada (target asal) setakat asal boleh main jerr...aku dan partner melangkah sehingga ke separuh akhir. Tewas diseparuh akhir, kami dah tak lalu lagi nak melayani game carrom ni dalam penentuan tempat ke tiga dan ke empat. Hanya cabutan yang menentukan kedudukan, akhirnya cabutan oleh partner aku membolehkan kami dikedudukan ke empat. Hmmm...okeh la tu, sebab hadiah no 3 dan no 4 dicampur dan dibahagi sama rata. So adil dan saksama...hehehe. Kat bawah ni ada sikit pic pertandingan carrom antarabangsa. Banyak juga negara yang mengambil bahagian. Antaranya, France,Italy,Sri Langka,India,Germany,U.S.A,UK,Pakistan,Canada dan tak ketinggalan Jepun.

5th World Carrom Championship, France 2008
Siap skrin besar tuu...

Team Wanita Sri Langka dan France

Wakil Germany (Tobias vs Rodolfo)
Sumber: KOMUNITIKAROM @ Malaysia Carrom Association

piala yg pertama kali aku dapat...

powder carrom

Perancangan masa depan? Hehehe...main carrom ni setakat suka2 je, tak lebih dari tu. Jadi aku rasa setakat ni pun dah cukup. Letih layan carrom ni....tapi kepada yang berminat, sukan ni boleh juga dijadikan "pendapatan" sampingan sekiranya rajin berlatih menajamkan kemahiran dan menyertai setiap kejohanan yang  ada di Malaysia.
Terdapat beberapa nama kumpulan seperti Bata Merah (Penang),PKNS, MAS,DBKL,Proton (tak lope jg tu...) dan banyak lagi yang rajin bermain di kejohanan terbuka carrom terbuka sekitar Malaysia. Juga individu seperti Wan Arif yang agak digeruni dan disegani lawan....(ni yg takat aku kenal je, ramai lagi tuu sebenonya)
Pesanan aku kepada yang berminat dengan carrom ni, mantapkan minda anda dahulu kerana carrom juga merupakan permainan yang sangat2 menguji keupayaan mental anda sendiri. Kalau tidak.....pasti jari anda "seram sejuk" dan mengigil semasa nak menjentik striker carrom (tambah2 ramai penonton yg dok tengok game anda)...hehehe.


Tag :

LtDL 2011 ~ Seolah2 hilang serinya?

on 29 Januari 2011

LTdl 2010 dah masuk stage yang ke 6, Semalam kejayaan pelumba TSG 
(Terengganu ProAsia Cycling) mendapatkan jersi biru sangat2 membanggakan. Tahniah!!!
Sepatutnya kejayaan ni boleh jadi pembakar semangat kepada rakan2 beliau yg lain.
So hari ni perlumbaan masuk ke peringkat yang ke 7, Banting~Taiping.

Tapi aku rasa, kenapa seri LTdl makin lama makin pudar...Sama ada aku yang tak bape prihatin atau memang sah2 edisi ni dah makin turun kemeriahannya...
kalau dulu banyak iklan kat Astro, siaran langsung yang mantop..
sekarang agak kurang sikit...serius aku cakap,...kenape ye? Sebab RTM ker?
(Statement baikk punyee...umpama kembali ke asalnya..hahaha)

Edisi kali ni aku rasa agak bagus sikit perfomance dari orang2 kita
(sebab pelumba luar yang masuk dh x power mcm yg sblm ni ke?), hehehe....
TSG tu kira dari orang kita la gak kan, Anuar Manan mmg mantop...
Teruskan TSG, tapi rasa sedih gak bila pasukan negara agak kureng menyerlah...
Graham Seers mungkin pening sikit kot(2 tonggak pi Australia), tapi nak wat camne kan..dah itu je pilihan yang dia ada..so korang buh ajerlaa...
jangan dok yang paling last je udahhh....

Ape pun meh kita layan pic kat bawah nih.....


Team Malaysia

TSG ProAsia Cycle..


Paneh..paneh...Kasi sojutt sikit...


Indahnya pemandangan...


Wira Malaysia..


Alien mana lak nih woii....

Stage schedule..

Tag :

AJK BAM ugut nak letak jawatan...

on 14 Januari 2011

GIGIH...gelagat Chong Wei dan Seu Bock (kanan) ketika sesi latihan di Stadium Juara, kelmarin.
GIGIH...gelagat Chong Wei dan Seu Bock (kanan) ketika sesi latihan di Stadium Juara, kelmarin.
BEBERAPA ahli jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mungkin meletak jawatan dalam jawatankuasa itu jika persatuan menerima semula Datuk Misbun Sidek dan mengikut syarat ditetapkan jurulatih itu.
Setiausaha Persatuan Badminton Pulau Pinang (PBPP), Tony Tan Gim Hin yang turut menganggotai jawatankuasa itu berkata beliau akan meletak jawatan jika BAM memutuskan untuk merombak semula struktur program yang sudah dibentuk atas persetujuan semua, termasuk jurulatih.
Beliau berkata, Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh, ahli Majlis dan Exco sudah meluluskan struktur baru itu dan tidak sepatutnya diubah semata-mata kerana rasa tidak puas hati seseorang.

“Sejak bila individu lebih berkuasa daripada majoriti,” kata Tony ketika dihubungi di Pulau Pinang, semalam.
Tony berkata, keputusan meletakkan anaknya, Misbun Ramdan di bawah jurulatih pelapis Hendrawan yang dipersetujui bersama dalam mesyuarat jawatankuasa itu disifatkan sebagai punca utama isu peletakan jawatan Misbun.
 
“Struktur baru sudah dipersetujui majoriti ahli jawatankuasa. Presiden dan ahli Majlis juga sudah meluluskannya. Jadi tidak patut berlaku perubahan kerana permintaan segelintir pihak. Saya sedia meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan jika presiden bersetuju mengikut syarat Misbun.


“Jika seseorang tidak mahu mengikut keputusan dibuat jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan dan mahu keputusan itu diubah semula, tiada sebab untuk saya kekal dalam jawatankuasa,” kata Tony sambil menekankan ramai lagi pemain lain yang berada di ranking lebih tinggi yang layak berada dalam pasukan elit, tapi tetap berada dalam skuad pelapis. 

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Badminton Sarawak (PBS) Abdul Hadi Abdul Kadir yang juga ahli jawatankuasa itu turut tidak bersetuju jika BAM mengikut telunjuk Misbun.

“Saya tidak setuju jika perubahan struktur latihan dilakukan demi seseorang. Perkara ini tidak perlu ada tolak ansur,” 
kata Hadi

“Misbun patut kembali tanpa meletak sebarang syarat, apa lagi mahu struktur latihan diubah semata-mata untuk melatih anaknya. Ada beberapa perkara boleh diambil kira tapi bukan 100 peratus mengikut kehendak Misbun,” kata Hadi yang berharap isu itu selesai selepas pertemuan antara Nadzmi dan Misbun.
Menurutnya, BAM melakukan banyak perubahan dalam struktur latihan selepas bedah siasat kegagalan skuad Piala Thomas negara Mei tahun lalu. 

Kelmarin, mesyuarat Exco memutuskan supaya BAM meminta Misbun mempertimbangkan semula peletakan jawatan dan kembali melatih pemain elit yang bernaung di bawah badan induk badminton negara itu. Mesyuarat Exco itu juga memutuskan supaya presiden bertemu dengan Misbun bagi menjernihkan keadaan.
Namun, pada hari sama Misbun meminta BAM menjawab dulu surat yang beliau hantar kepada BAM dengan mengatakan hanya akan kembali jika badan induk sukan itu bersetuju dengan semua syarat yang terkandung dalam surat itu.

P/s# Aku anggap ini hanyalah satu kenyataan yang agak kasar/angkuh dari exco2 BAM. Tertanya2 didalam hati......


1. Tanpa orang2 ini, adakah BAM akan tempang? 
2. Adakah pemain tidak mampu menjalankan tugas mereka iaitu bermain dan berlatih tanpa mengira exco2 ni ada didalam BAM atau tidak? 
3. Salah "besar" ke sekiranya permintaan yang kecil dari Misbun diperbesar2kan,sedangkan "jasa" beliau yang lagi "besar" dikecil2kan...?
4. Mengapa mereka berani keluarkan kenyataan begitu? Adakah ada sesuatu disebaliknya?
Entahlah....yang nyata sukan itu sendiri yang sedang mengalami kerugian.....kita tunggu dan lihat!!! Ibarat ayat2 dari Ibrahim pendek,kat filem P Ramli, 
"Mari kita tengok sapa yang kene.."


Sumber:  Utusan
                   B Harian
                   Metro

Tag :

Lanjutan Misbun letak jawatan..

on 11 Januari 2011

 Lanjutan Misbun meletak jawatan, sehingga kini masih belum ada tanda2 perkara ni akan selesai. Namun terbaru, hasil dari pertemuan  dengan Menteri Belia dan Sukan. Inilah punca utamanya...


"PERBEZAAN pendapat mengenai sistem kejurulatihan menjadi punca utama peletakan jawatan jurulatih badminton kebangsaan, Datuk Misbun Sidek pada awal bulan ini.


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengesahkan perkara itu selepas mengadakan pertemuan bersama bekas jaguh badminton negara itu yang turut disertai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong kelmarin."

Sumber: Metro

Disamping itu pak Menteri juga menegur BAM secara halus dengan....

“Selain isu teknikal itu, aspek perasaan jurulatih juga penting untuk diambil kira kerana usaha untuk melahirkan juara dunia bukanlah tugas mudah termasuklah peranan keluarga yang boleh membantu melahirkan pemain terbaik.

“Saya rasa ini adalah antara perkara yang perlu diperhalusi BAM,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) di MSN, semalam.

Sumber: Metro

Sumber: Utusan 


"KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu 'membuang ego' dan memberi kelonggaran kepada Datuk Misbun Sidek, jika mahu beliau kekal sebagai jurulatih perseorangan kebangsaan.

Dalam kata lain, Misbun harus dibenarkan melatih anaknya, Misbun Ramdan Misbun jika itu boleh mengekalkannya di BAM, selain pandangannya mengenai teknikal dan perkara tertentu harus turut diambil kira.

Itulah syarat yang perlu diterima oleh BAM jika mereka menolak perletakan jawatan Misbun, namun jika mesyuarat exco badan badminton kebangsaan itu memutuskan untuk menerima keputusan Misbun, maka mereka kena mengemukakan apa perancangan yang ada selepas jurulatih itu pergi."

Manakala Lee Chong Wei yang baru kembali dari Terbuka Taiwan masih lagi memerlukan Misbun mempertahankan kenyataan yang pernah beliau keluarkan sebelum berangkat kesana. Ape pun "TAHNIAH" kepada Lee Chong Wei kerana berjaya mengekalkan kejuaraan disana.

Sumber: Kosmo



"WALAUPUN berjaya merangkul gelaran hatrik Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir 2010, pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tetap berharap jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek kembali membimbingnya sebelum Kejohanan Siri Super Terbuka Malaysia pada 18 hingga 23 Januari ini.
"Saya tidak boleh buat apa-apa kerana Misbun letak jawatan pada saat-saat akhir sebelum saya bersiap sedia pergi ke Taiwan.
"Saya memang perlukan khidmat dia (Misbun) dan ia jelas mengganggu konsentrasi dan fokus saya semasa di Taiwan,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam."
Sumber: Kosmo
"Beliau turut ditanya sama ada khidmat Misbun masih diperlukan, sedangkan beliau berjaya membuktikan dirinya mampu menjuarai Kejohanan Siri Masters Final di Taiwan tanpa kehadiran Misbun.

"Saya memang perlukan dia, tanpa dia memang tumpuan terganggu. Misbun meletak jawatan saat akhir, namun saya tetap kena fokus dan bertanding di Master Final.
"Apa pun saya harap dia dapat balik cepat ke gelanggang sebelum Terbuka Malaysia untuk melatih saya.

"
Chong Wei juga memberitahu, ketika di Taipei, dia masih menagih nasihat Misbun dan berhubung menerusi telefon bagi berbincang mengenai strategi menghadapi lawan dan penilaian selepas perlawanan."

Sumber: Metro
"PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei tegas tidak boleh berlatih di bawah pengawasan jurulatih lain selain Datuk Misbun Sidek ketika menyiapkan diri ke Sukan Olimpik London, tahun depan.
Pendirian pemain kelahiran Pulau Pinang itu cukup menunjukkan dia mahu terus berlatih di bawah bimbingan Misbun dalam misi buruan emas pertama Olimpik negara.

“Saya tahu ada orang cadangkan bila Misbun tiada, saya boleh berlatih bawah orang lain, tapi saya tidak rasa begitu kerana untuk mewujudkan persefahaman saya atau jurulatih perlukan masa enam bulan. Tempoh itu terlalu lama untuk saya melakukan persiapan ke Sukan Olimpik,” kata Chong Wei yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam selepas mempertahankan kejuaraan Siri Super Final di Taiwan."

Jangan le panjang2 lagi perkara ni. Buat sakit hati rakyat je. BAM dan Misbun kene duduk semeja untuk menyelesaikan masaalah tersebut. Ape pun rakyat berharap jasa2 Misbun sebelum ni tak dilupakan begitu saja. 

Apa yang pasti, (pandangan peribadi aku) Misbun lebih patriotik dari yang duduk di meje/kerusi BAM tu...

Jangan jadi seperti kata pepatah, "yang dikejar tak dapat yang dikendong beciciran..." 
Yang rugi negara jugak...Adoyaiiii....

Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved