Journey Shah Alam ~ Jitra [Hendra & Aimi]

on 24 Jun 2011

Jam dinding menunjukkan angka 11.30 malam. "Huhh...awai lagi nih...11.15 kang aku gerak arrr" detik hati aku, sambil  tu aku sibuk membaringkan diri diatas sofa, melayan Asteruk Channel 555. Ntah ape ceriter malam tu aku pun dah tak bape nak ingat.
Terkenang pulak pada janji aku dengan kengkawan.."Kul 12 malam ni kita kumpul kat Gate 1 Proton, pas tu kita gerak sama2"..."Wokehhh, no pblm"....sahut  aku, betoi2 konpiden jerr.

Kad jemputan Aimi & Hendra, 18 Jun 2011
 Tub~tub...."Alamak....10 minit lagi kol 12.00", terus aku bingkas bangun dari sofa, ropenya sempat gak aku terlelap kejap, siot tul laaa. Ntah mase bila lak aku tertidur, tak perasan punn. Aku capai beg Mac Gyver aku yang telah lama tersedia di tepi pintu sambil tangan aku mencapai kunci kereta yang tersangkut kat dinding. Sempat jugak aku jerit kat orang rumah yang dah tidur kat dalam bilik..."Abang gerak dulu!!!"....Pas tu sesayup jer aku dengo..."Yeelaaaaa" ringkas betoi jawapan isteriku, cam tak pueh ati yoooo..hehehe

 Ahhh...kompom jap lagi "menyanyi" la handphone aku. Tak pe laa....bukannya jauh pun...10 minit sampai la nanti. Masuk dalam keta, start...zoommm...jalann, tak yah nak panas2 dah enjin keta tu. Kali ni , aku plak yang buat silap. Selalunya bila berjanji, aku antara orang yang terawal sampai, tapi kali ni tidoq punya pasai [dah stat cakap kedah, pasai nak pi utara nih] aku yang paling lewat. Nasib baik malam tu jalan pun clear, ye la dah kol 12 katakan...time orang lain tengah syok membuto....
 Telahan aku betoi..sampai kat area Kota Kemuning [aku keluar dari H/Way Alam Impian] H/ phone aku dah start nyanyi. "Kat Manooooo???" Si Haji dah bertanya..."On the Way...jap lagi sampai arrr" aku jawab.
Nasib baik jugak, lokasi berkumpul tu memang dah dekat. Tak le aku kalut sangat. Jam dah kul 12.05 tgh malam masa aku sampai. Sesampai jer, aku tengok geng2 tu tengah seronok dok berposing. "Cantekkkk, bio derang leka sikit..hehehe"...aku terus gi kat parking keta. Wira Jelmaan aku tu, aku simpan kat situ sampai ari Ahad. Legaa...tak yah bawak BJC....hehehe...

Dari kiri: Bai,Bongek, Imam Mudo Ray dan juga Ariff [Ex Proton]




"Okeh geng...semer dah ade ke?" Aku tanye, saje je tanye soalan cepu emas tu..hehehe...."Ye la...tunggu hang sorang je" jawab Mandor Hasyim. Exora ada, Inspira ada Persona pun dah ada. Kirenya memang dah cukup kouta la nih. Erpphh...Ariff pun ada!!! Cayalah Ariff...ko memang friend yg terbaik arr. Sanggup turun dari Melaka, walhal ko baru je lepas sukan UniKL, 5 ari kat sana tuu. Bab2 ni yang aku respect sangat kat Ariff ni. Beliau ni bekas pekerja Perodua [Alias data] ngan Proton [Modelling studio], La ni ngan UniKL...pensyarah beb, tapi still in touch dgn kami!!!. Okeh, abis bab Ariff.... hang jgn marah kat aku nooo...hehehe

Bila dah sedia...semua terus bergerak menghala ke arah Utara, perhentian seterusnya kat Perhentian Sg Buluh dekat Shell, sebab ade sebuah lagi kereta menunggu disana.

Ayong, Nani dan hasben memasing dh menunggu Perhentian di Sg Buluh
Sesampai jer kat sana, Ayong , Nani dan suami masing2 dah sedia menunggu. Kami pun tak tunggu lama, lepak jap dalam 5 minit...terus gerak mengarah ke Utara. Namun belum pun sampai di Perhentian Tapah [target tuk kami ngeteh]  kereta yang dipandu suami Ayong telah melanggar sesuatu yang jatuh dari lori di atas highway. Akibatnya, kereta tu terpaksa berhenti ditepi jalan [km 415.9] tuk check ape yang patut. Kebetulan pulak, tempat kami berhenti tu dah ada 3 bijik kon yang diletakkan oleh pihak PLUS. "Gamaknya dah ade keta sebelum ni yang dah berhenti kat sini kottt"...getus hati aku.
 Ape pun, keputusan kami untuk berkonvoi pada malam tu kirenya berbaloi gak la. Ramai kengkawan yang ready nak support bila ada masaalah yang tak terjangka terutamanya disaat kecemasan seperti kat bawah ni.
Ini la salah satu kelebihan bila berkonvoi berbanding dengan jalan sensorang.

Ciss...rugi mase nih,,,kene tuka taya la plak....
Inilah impak pelanggaran dengan kapaiterbang UFO kat atas Highway Plus tu....Sape nak jawab oihhh!!!
Rupa2nya malam tu jer aku tengok kat belakang tu ader lagi 2 bijik kereta yang berhenti ditepi jalan. Mungkin masaalah yang sama kot. Langgar kapaiterbang UFO mase kat atas Highway. Bila siap je tuka tayar, kami perasan lak...tayar spare tu tak bape cukup angin. Nak tak nak kene jalan jugak...tapi slow2 la sementara nak menyampaikan ke hentian Tapah.

Tapi yang bestnya, masa nak gerak semula tu, tetiba sebijik lagi keta Mazda 6 baru pun berhenti kat depan kami. Bebudak tu turun sambil dok check tayar belakang. Masa kami lalu kat sebelah dia.."tak de pe2 ke bang?" Laung budak Mazda 6 tu.."Tak de", jawab si brader Azhar. Ntah ape yang ade/tak de... aku pun tak paham, bila aku tanya kat brader, "Tah, aku pun tak paham"..Hmmmm...lantak pi laaa.

Brader Azhar [kiri] tgh ngecong mende tah kat si Tajul [kanan], suaminyer Nani...

Ape pun, dalam slow2 kami dok bawak keta, akhirnya sampai jugak ke perhentian Tapah, tempat kami nak ngeteh sesama. Segar sikit mata bila pekena nescafe O panas memalam bute ni....Alhamdulillah.....



bersambung selepas nih...
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved