Khemah yang aku beli ni pun dah lama tak pasang, hari tu (3/4 bulan yg lepas jugak laa) ade member pinjam. Jenuh jugak la aku mintak balik..(satu perangai yang aku tak suka, dah pinjam lepas tu malas nak hantar balik..... dok simpan kat umah dia, bila tanya bagi alasan sibuk...chisszzz)
Aksi si Akid yang sentiasa membuatkan aku dan isteriku ketawa.. |
Lepas balik dari Stadium Shah Alam, terus balik rumah hantar barang2 dan packing alatan nak pergi ke bagan lalang pulak. Agak kalut sikit jugak lerr...maklum le dah lama tak pergi berkhemah. Kalau nak ikut alatan aku yang dulu2, lagi la banyak...siap pelita karbaid lagi...tapi ni sebab satu famili je, pas tu nak lepak dalam sehari so tak yah bebanyak le nak angkut barang...klau banyak kang aku jugak yang penat. Anak2 aku pun memang seronok sesangat bila aku cakap nak pergi mandi laut. Bebudak ni memang pantang jumpa air...nak2 si abang tu...
syok betul tidur si Akid tuu...angin kuat, pe lagi lenaaa laa |
Sampai2 je, aku terus cari "port" untuk pasang khemah. Nasib baik la boleh mencelah2 dan dapat front view ngadap laut...hehehe..Pe lagi...kerja pasak terus berjalan laaa...Anak aku si Akid Asyraff tak pernah lagi mandi laut. Dah umur setaun lebih budak ni...aku je yang asyik sibuk melayan kerja siang malam. So kali ni adalah peluang terbaik aku nak habiskan masa dengan bebudak nih.
Si Akid betul2 teruja bila dapat mandi...last2 aku lak yg tak larat nak jaga dia...hehehe |
Bila siap je pasang khemah, anak aku si Akmal dan Amzar dah tak sabar2 lagi ngajak mandi. Air laut jauh lagi, (masa tu baru nak pasang) aku suruh je derang mandi dulu sambil mata aku dok perati dari jauh jerr. Lebih kurang jam 5 petang, aku pun turun jugak...sambil bawak si Akid tu mandi. Punya la seronok sampai 5/6 kali gak gamaknya air tu masuk dalam mulut dia....hehehe
Antara aktiviti biasa ditepi pantai.. |
Anak aku suruh bawak rod, katanya nak memancing..tapi aku malas nak bawak ...kalau tak penat jugak nak melayan bebarang mancing, mau penuh bonet kereta ngan alat mancing lak nanti. Btw, taun ni aku nak stop kejap kegiatan rod dan gua. Faktor kos mempengaruhi keputusan ini...Mungkin taun depan lak kot, kalau ada rezeki laa..Kenangan memancing di pelantar dan pipe line masih segar wooo....tak leh lope sampai bila2...terbaikkkk. Kalau tak mampu nak gi jejauh, gi mancing dekat2 pun boleh jugak...hehehe Okeh, Kita lopekan kisah mancing dulu....(Apan la ni, dok tegur pasai manceng)
Pandangan khemah aku (warna hijau) dari laut... |
Cuma satu jer yang aku rasa pihak Sepang kene perbaiki atau pun tambah...parking kereta. Parking kereta masih lagi agak susah nak didapati. Kene pulak time tu ada geng2 kereta ataupun ada syarikat buat hari keluarga kat sana, penuh dan sesak giler wehhh...Bab2 jalan pulak, dulu jalan kat pantai tu dua hala, sekarang dah jadi sehala jerr, okeh la tu, tak le serabut sangat. Tapi aku tengok, masih ada yang degil...dengan selamba je bawak kereta melawan arah..Hmmm, sikap orang Malaysia...mmg cam tu laa, yg best tu siap pakai ketayap lagi pakcik tu.
Kebersihan..masih lagi kureng...tetapi berbanding masa dulu2 agak baik jugak laa. Mungkin faktor adanya Gold Coast kat situ kot. Selain dari tu mungkin sikap pengunjung sendiri yang menjadikan pantai tu agak bersampah. Tong sampah juga pada aku masih lagi tak cukup...bila sampah dah penuh jerr, berlambak la sampah2 kat luar tong tu. Bab2 ni aku rasa tak boleh salahkan pengunjung ...Okeh laa...cukup laa, banyak dah aku membebel...kang bertambah merapu pulak.