Badminton Terbuka Malaysia 2012 - Lin Dan Tekad Jadi Juara

on 11 Januari 2012

Baru je beberapa hari yang lepas kita dikejutkan dengan kemenangan Lee Chong Wei keatas Lin Dan. Kini, mereka bakal berentap lagi apabila bakal bertembung di Kejohanan Terbuka Malaysia 2011 yang akan berlangsung pada 10/01/2012 ~ 15/01/2012 ini. Lin Dan telah menyatakan hasrat untuk menjadi Juara di Badminton Terbuka Malaysia semasa ditemuramah wartawan di KLIA ketika baru tiba disini kelmarin.
Terbuka Malaysia 2012
GEGARKAN DENGAN SEMANGAT!!!!
Pada aku, perkara ini tidak harus dipandang ringan oleh Lee Chong Wei, seandainya satu lagi kemenangan bakal dijelmakan oleh Lee Chong Wei keatas Lin Dan, ianya pasti memberi impak yang besar keatas pemain China yang agak ego itu. Apapun, kami semua peminat2 Malaysia akan berada dibelakang kamu wahai pemain2 badminton negara. Malaysia Boleh!!!! Tolong tambahkan kemanisan kita di Terbuka Korea tempoh hari Chong Wei!!!

Sementara itu, pasangan bergu negara Mohd Zakry Abdul Latif dan Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari memulakan tahun ini dengan langkah kanan apabila berjaya melayakkan diri ke pusingan utama beregu lelaki kejohanan badminton Siri Super Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini hari ini [semalam]. Beregu yang mewakili Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) itu menewaskan beregu Taiwan Liang Jui Wei/Liao Kuan Hao 21-13, 23-21 dalam masa 26 minit. "Kombinasi kami semakin selesa. Masing-masing sudah tahu apa yang patut dilakukan, namun kami masih perlu membaiki 'consistency' kami," kata Mohd Zakry selepas perlawanan itu. Gandingan itu yang dibimbing pakar beregu negara Razif Sidek, bakal berhadapan pilihan kelapan kejohanan Markis Kido dan Hendra Setiawan dari Indonesia esok.

Mohd Fairuzizuan berkata, pertembungan tersebut dijangka sukar kerana mereka tidak pernah mengalahkan beregu utama Indonesia itu. "Bagaimanapun sedikit sebanyak kami sudah tahu corak permainanan mereka. Jika berjaya esok, barulah kami berani untuk 'target' ke semi final," katanya. Beregu itu yang menduduki ranking ke-45 Persekutuan Badminton Dunia (BWF) juga berazam untuk meraih sekurang-kurangnya dua gelaran kejohanan tahun ini. "Meskipun mungkin tidak berpeluang untuk melayakkan diri ke Olimpik (Julai ini), kami masih ingin membaiki ranking dan kami sasarkan dua kejohanan iaitu satu kejohanan GP Gold dan satu kejohanan super series," katanya.


Selain Mohd Zakry dan Mohd Fairuzizuan, dua lagi beregu lelaki negara Mak Hee Chun/Ong Soon Hock dan Ong Jian Guo/Teo Kok Siang turut menempah tempat di pusingan utama. Mak dan Ong menewaskan Rasmus Bondel/Anders Kristiansen dari England 21-19, 21-14, manakala Ong dan Teo mengenepikan cabaran pasangan Thailand Bodin Issara/Maneepong Jongjit 21-16, 15-21, 22-20. - BERNAMA

# Untuk makluman, Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia ini menyediakan hadiah keseluruhan bernilai USD 400,000...beso juga jumlah tu weii..:)

# Update Jumaat: Keputusan Suku Akhir Terbuka Malaysia 2012
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved