Keputusan Terkini Badminton Terbuka Malaysia 2012

on 12 Januari 2012

Update dari Mstar Online mengenai keputusan terkini bagi pemain badminton Malaysia yang bermain di Kejohanan Badminton Super Siri Terbuka Malaysia 2012 kat Stadium Bukit Jalil. Harap2 mereka dapat teruskan kecemerlangan...(bagi yang menang laaa )
Keputusannya....

Perseorangan lelaki
1. Pablo Abian (SPA) mn Wong Choon Hann (MAS) 24-22, 21-18
2. Lee Chong Wei (MAS) Mn Liew Darren (MAS) 21-8, 21-11
3. Dionysius Hayom Rumbaka (INA) mn Muhammad Hafiz Hashim (MAS) 17-21, 21-13, 21-11

Perseorangan wanita
Tee Jing Yi (MAS) mn Porntip Buranaprasertsuk (THA) 16-21, 25-23, 21-10

Beregu wanita
1. Vivian Hoo/Woon Khe Wei (MAS) Mn Miyuki Maeda/Satoko Suetsuna (JPN) 15-21,21-19,21-17.
2. Chin Eei Hui/Wong Pei Tty (MAS) Mn Emelie Lennartsson/Emma Wengberg (Sweden) 22-20, 21-14
3. Valeri Sorokina/Nina Vislova (RUS) mn Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean (MAS) 21-18, 21-13


Beregu lelaki
1. Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAS) Mn Rupesh Kumar K. T. / T.Sanave (IND) 21-14 21-13

Beregu campuran
1. Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (MAS) Mn Chen Hung Lin/Cheng Wen Hsing (TWN) 21-17, 12-21, 24-22
2. Jiaming Tao/Huan Xia (CHN) Mn Tan Aik Quan/Lai Pei Jing (MAS) 21-17, 21-16
Sedikit petikan berita....
Datuk Lee Chong Wei berjaya melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini malam Rabu selepas menang selesa dengan rakan sepasukan Liew Darren. mata bagi perlawanan ini..21-8, 21-11. Chong Wei, yang dijangka akan bertemu pemain Jepun, Kazushi Yamada dalam pusingan kedua esok, kini dalam misi merangkul gelaran Terbuka Malaysia kali kelapan.

Sementara itu, beregu wanita negara Vivian Hoo/Woon Khe Wei melakukan kejutan apabila mengalahkan pilihan ketiga dan beregu ranking kelima dunia Miyuki Maeda/Satoko Suetsuna dari Jepun 15-21, 21-19, 21-17. Beregu itu, yang kini berada pada kedudukan ke-21 dunia, akan bertemu pemenang perlawanan di antara Anneke Feinya Agustin/Nitya Krishinda Maheswari dari Indonesia dan Lee So Hee/ Shin Seung Chan dari Korea Selatan, yang dijadualkan berlangsung lewat malam Rabu.

Satu lagi beregu wanita negara Chin Eei Hui/Wong Pei Tty turut mara ke pusingan seterusnya setelah mengenepikan saingan Emelie Lennartsson/Emma Wengberg dari Sweden 22-20, 21-14. - BERNAMA

Update:  Keputusan Hari Khamis 12.01.2012
Upate: Keputusan Semi Final Terbuka Malaysia 2012
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved