PEMENANG CONTEST KRAFTANGAN DAN AKU - KATEGORI SEO

on 25 Mac 2012

PEMENANG_CONTEST_KRAFTANGAN_DAN_AKU_KATEGORI_SEO

Kelmarin, 23/03/2012 [Jumaat] yang lalu, bro Zool, owner blog ligakampung.com telah mengumumkan juara bagi Peraduan Menulis Entri Kraftangan dan Aku bagi kategori SEO di blog beliau. Hasilnya blog aku, iaitu yastroonline telah diumumkan sebagai juara bagi kategori ini. Blog cikgu tehr naib juara dan blog saudara Benjy ke tiga.  Alhamdulillah, rezeki untuk blog aku lagi nampaknya.

Walaupun [termasuk contest yang ni] blog aku dah 2 kali berjaya menjadi juara bagi contest SEO untuk tahun ni, aku akui aku sebenarnya masih "noob" lagi dalam dunia blogging. Pada aku, terlalu banyak perkara yang masih dan perlu aku belajar atau tanya kepada mereka-mereka yang lebih pakar. Selalu sangat aku usha tips-tips untuk tingkatkan trafik dan entri di google page melalui mereka-mereka ini. Ada yang aku usha melalui google jugak, tak kira didalam negara mahupun di luar negara. Tapi biasanya habis kuat aku usha blog dari Indonesia je laa. Takat tu je kemampuan aku...he3x!!

Apapun sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih kepada bro zool, kerana melalui contestnya ini, aku berjaya jua merasa pendapatan melalui cara online/blogging ini. Tahun ke 3 aku berblogging, baru la dapat menikmati segala penat lelah yang aku kerjakan selama ini. Yang penting, blogging mesti happy...baru la boleh jadi lelaki kacak..he3x!!!
Ranking: 5
 
© Yastro.net All Rights Reserved