Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

Syiah Telah Lama Mempamerkan Diri di Malaysia

on 18 Jun 2013

Syiah Telah Lama Mempamerkan Diri di Malaysia| Gempar juga bila melihat satu video di laman facebook mengenai syiah melayu yang semakin berkembang di Malaysia.  Namun begitu, syiah di Malaysia ini sebenarnya telah lama membiak...kini mungkin dah beranak pinak seperti video yang dapat ditonton baru-baru ini.

Syiah Telah Lama Mempamerkan Diri di Malaysia

Video tersebut menunjukkan peristiwa/pembukaan baru surau mereka yang terletak di Klang. Arghh....tak jauh rupanya, dalam daerah aku juga tu.

Syiah Mula Mempamerkan Diri di Malaysia

Melihat cara mereka qamat, bersembahyang dan bersalaman sesama sendiri yang berbeza dengan amalan Sunnah membuatkan hati tertanya-tanya, berapa ramai agaknya jumlah mereka ini di Malaysia?

Syiah Telah Lama Mempamerkan Diri di Malaysia
Tahun 2007 sahaja 300 dikesan dan ditarbiah oleh pihak berwajib yang tak dapat dikesan?...Agak2 untuk 2013 berapakah jumlah mereka?
Bendera "Ya Hussein" oleh Syiah Melayu
Untuk melihat lanjut dalil menentang Syiah ini, anda boleh masuk ke laman ini (analisafaisaltehrani).

Ketika himpunan sejuta Umat, mereka turut masuk campur
Harap pihak berkenaan tidak menunggu lama sehingga ada perkara yang tidak diingini berlaku. Aku dapat rasakan, mereka ini memang agak payah nak berubah bila dah melekat dengan apa yang mereka percayai.

Syiah Telah Lama Mempamerkan Diri di Malaysia

Dan jika anda belum berkesempatan melihat video terbaru syiah, anda boleh melawat laman ini (Pembukaan Madrasah Ansar Imam Mahdi di Malaysia).
Sukar untuk diajak berdialog dengan Syiah kerana mereka tidak yakin dengan kebenaran anutan sendiri. Apabila diajukan soalan beserta hujah dan bukti menerusi sumber-sumber mereka sendiri, semuanya dinafikan. Mereka sendiri yang mengatakan 'imamah' itu rukun utama dalam Syiah, tetapi apabila ditanya apakah hukumnya Ahli Sunnah yang menolak rukun utama itu secara iktikad, tiada jawapan konkrit diberikan, tetapi terus menafikan bahawa Syiah mengkafirkan Ahli Sunnah yang menolak 'imamah' padahal mereka sendiri mengakui itu rukun yang tak boleh ditolak. Sedangkan bagi Ahli Sunnah, tanpa kompromi dan berselindung, barangsiapa yang menolak salah satu daripada rukun Islam maka jawapannya adalah kafir, terkeluar daripada Islam.- Komentar Ustaz Aizam Mas'ud Tentang Dialognya Dengan Ketua Syiah Malaysia

#Semoga pihak berkenaan cepat bertindak....jgn menyesal bila dah terlambat nanti. Siapa tahu, satu hari nanti akan ada peperangan saudara seperti yg terjadi di negara Arab...Syiah..oh syiah!!!
Tag :

Mari Kita Kenali Siapakah Adnan Menderes

on 11 Jun 2013


Mari Kita Kenali Siapakah Adnan Menderes | Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokratis dalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.

Mari Kita Kenali Siapakah Adnan Menderes

Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu mesin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan emergency. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya. Allahu a’lam.

Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, dimana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki.

Tahun 1950 bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya.Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:

-Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab.
-Ibadah haji diizinkan.
-Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum.
-Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.

Dan hasilnya sangat mencengangkan! Parti Attaruk menurun 32 keursi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 keursi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presiden Celâl Bayar

Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Pelantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkankan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid, dan dibolehkan memakmurkan masjid.

Pada pilihanraya 1954, parti Attatruk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 keursi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran Al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru Al-Qur’an. Menderes juga megizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah, atau lebaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz Al-Qur’an.

Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israel, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang 'Made in Israel'. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israel di Turki tahun 1956.

Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attatruk banyak menikmati kucuran dollar dari Israel, Jeneral Kamal Joe Russel menangkap dan menghukum gantung Menderes.

Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, "Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahann militer tentera Turki."

Dengan izin Allah, Menderes syahid di tali gantung

Seorang Adnan Menderes, hanya dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang idikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.

Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tak ada yang menggelarnya 'Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.' Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki, sejajar dengan Imam Syahid Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Raja Faisal dan lain-lain lagi



sumber

Tag : ,

Gambar Cicit Rasulullah Yang Comel

on 12 Mei 2013

Gambar Cicit Rasulullah Yang Comel | Tersebar dilaman web beberapa keping gambar yang dikatakan cicit kepada Nabi Muhammad S.A.W. junjungan nabi kita yang sangat comel.

Gambar Cicit Rasulullah Yang Comel

Beliau merupakan anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Abul Jud Yusuf Halim anak Syeikh Jamil Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain.

Aku cuba mencari gambar Sayyid Abul Jud Yusuf Halim di laman2 web, nampaknya usahaku gagal. Apapun jom tengok gambar cicit kepada Rasulullah S.A.W ini yang dikatakan sedang melawat maqam moyangnya ini.

Gambar Cicit Rasulullah Yang Comel

Gambar Cicit Rasulullah Yang Comel | Tersebar dilaman web beberapa keping gambar yang dikatakan cicit kepada Nabi Muhammad S.A.W. junjungan nabi kita yang sangat comel.


كان رسول صلى الله عليه وسلم أشكل العين منهوس العقب. 
Maksud Hadis "mata Rasulullah saw putih kemrah-merahan, dan daging tumit beliau sedikit - Turmidzi, Muslim, Abi Dawud ( Syamail Muhammadiah)



sumber
Sumber fb
Subhanallah - Gambar Cicit Rasullulah Yang Comel
Tag :

Kecoh Video Ustaz Belasah Pelajar Agama Sekolah Pondok

on 29 April 2013

Kecoh Video Ustaz Belasah Pelajar Agama Sekolah Pondok | Satu video memperlihatkan seorang yang dikatakan  Ustaz sedang membelasah seorang pelajar sekolah agama Pondok mula dimuatnaik dilaman youtube.

Kecoh Video Ustaz Belasah Pelajar Agama Sekolah Pondok

Kelihatan seorang Ustaz, sedang memukul menggunakan tangan dan kaki beliau keatas pelajarnya. Pelajar lain dilihat seakan tidak mengendahkan kelakuan Ustaz tersebut.

Apa yang dikesalkan ialah cara Ustaz tersebut mendidik pelajarnya, rasanya cara ini tidak sesuai bahkan tidak diamalkan didalam agama Islam sekalipun. Walaupun diandaikan muridnya memang bersalah, Ustaz tersebut sepatutnya harus/wajib mengunakan cara yang lebih bersopan dalam mendidik anak bangsa.

Untuk menonton video tersebut, sila kelaman web (link) yang dibawah ini.




# Video tersebut (yang lain2) mula disekat oleh pihak youtube...sila tengok cepat2 sebelum terlambat!!!!
Tag : , ,

Patrick Teoh Hina Agama Islam?

on 17 Januari 2013

Patrick Teoh Hina Agama Islam? | Mengejutkan juga bila terbaca mengenai hal Patrick Teoh ini. Benar ke Patrick Teoh menghina agama Islam? Screen shoot dibawah mungkin mampu memberi sedikit penjelasan tentang isu Patrick Teoh ini.

Patrick Teoh Hina Agama Islam?
Gambar- 1peluru.com
Aku tak nak komen apa2 sangat, tetapi dari page Patrick Teoh, beliau telah memadamkan kenyataan yang beliau buat di pagenya itu, dan kemudiannya memohon maaf.

Persoalannya, adakah David Teoh buat lawak? Perkataan  "has no individuality and follow like sheep? pray 5 times a day? cover all the women, Quran- thumping mother f####s"" tu sesuai ke nak buat lawak?



Patrick Teoh Hina Agama Islam


Btw, kecaman dari orang ramai terus bertalu-talu masuk ke page beliau, namun begitu ada juga yang menerima maaf dari beliau. Artis2 seperti Ac Mizal dan Afdlin Shauki malah Bob Lokman juga mengeluarkan kenyataan tentang isu ini. 


Patrick Teoh Hina Agama Islam


Semoga Patrick Teoh lebih berhati-hati apabila ingin membuat kenyataan tentang agama Islam dimasa hadapan. 





#Dengar2 cerita dia bengang dgn kerajaan negeri Kedah, tu yg keluar statement tu....wallahualam. 


Patrick Teoh Hina Agama Islam?
~Salam mesra dari yastro~



Tag : ,

Datuk K Kagum Bila Siti Nurhaliza Bertudung

on 14 Januari 2013

Datuk K Kagum Bila Siti Nurhaliza Bertudung

Datuk K Kagum Bila Siti Nurhaliza Bertudung | Dengarnya Datuk K menjadi antara orang yang paling kagum dan berbangga apabila isterinya, Siti Nurhaliza bertudung penuh.


Menurut kata Siti Nurhaliza, suaminya benar-benar gembira selepas beliau terbuka hati untuk melakukan kewajipan sebagai Muslimah iaitu menutup rambut sepenuhnya ketika menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 34 pada 11 Januari lalu.
"Suami saya adalah antara yang sangat gembira dengan peralihan imej Siti dan boleh dikatakan dia juga merupakan tunggak yang banyak menyokong kepada perubahan ini.
"Bagi Siti, ia adalah satu keikhlasan yang datang daripada diri dan berharap agar imej ini kekal sampai bila-bila,” katanya kepada rakan media.
Siti turut berkata dia juga menganggap perubahan yang dilakukan ini berkat daripada doa daripada dirinya sendiri, keluarga serta peminat apatah lagi selepas beliau mengerjakan haji sebelum ini.
Datuk K Kagum Bila Siti Nurhaliza Bertudung
Walaupun Siti kini sudahpun berhijab, katanya ia bukanlah satu penghalang untuk beliau aktif dalam karier seni.
Bahkan Siti turut mendapat khidmat pereka fesyen kegemarannya iaitu Rizman Ruzaini dalam membantu memadankan busana dan hijab yang sesuai untuk dipakai.
"Sebelum ini saya sudah biasa tampil berselendang dan imej sekarang ini tidak membuatkan diri berasa janggal, malah ia akan disesuaikan mengikut corak persembahan."

# Tahniah sekali lagi den ucapkan buek Datuk Siti Nurhaliza....moga2 pakai gini terus je la yekkk

Entri mengenai Siti Nurhaliza yang lain...





Datuk K Kagum Bila Siti Nurhaliza Bertudung
~Salam mesra dari yastro~






Tag : , ,

Kerana Bosan Lelaki Jepun Berperang Di Syria

on 11 Januari 2013


Kerana Bosan Lelaki Jepun Berperang Di Syria

Kerana Bosan Lelaki Jepun Berperang Di Syria | Kerana bosan dengan pekerjaan beliau sebagai pemandu lori dengan rutin memandu dari Osaka sehingga keTokyo atau Nagasaki, mengangkut beban tangki petrol, air bahkan coklat, Toshifumi Fujimoto akhirnya memutuskan untuk "bercuti" ke medan perang.

Fujimoto,45, lelaki berperawakan agak gempal ini mengambil risiko melalui detik-detik yang memacu adrenalin diri dengan melakukan perkara yang sangat luar biasa dalam hidupnya sebelum ini.

Lelaki ini adalah atau mungkin satu2nya "pelancong perang" di Syria.

Dengan tahap kebosanannya menjalani rutin sebagai pemandu segera hilang bahkan telah digantikan dengan hari-hari yang sangat menegangkan dengan "seru" pada bila-bila masa di jalan-jalan Syria di mana di negara itu adalah tempat dia dicabar ketika ini. Syria merupakan tempat baru Fujimoto yang mencabar setelah beliau melalui kawasan konflik lain di Timur Tengah.

Fokus utama Fujimoto adalah mengambil gambar dan merakam video sambil mengelakkan peluru yang mendatang tanpa belas kasihan.

Sebelum sampai ke Syria, tahun lalu Fujimoto telah berada di Yaman semasa demonstrasi rakyat yang berlaku di depan kedutaan besar AS di Kaherah Mesir, berikutan kejatuhan Presiden Husni Mubarak. Pada akhir tahun ini, Fujimoto merancang untuk menemui Mujahidin Taliban di Afghanistan.

Tetapi ketika ini, dia telah dua minggu (mungkin telah lebih atau telah pulang sewaktu artikel ini disiarkan) beliau menikmati pelancongan di bandar Aleppo, salah satu medan perang paling sengit di Syria, "bermain-main" bersama-sama para Mujahidin di bawah muzik terbaik iaitu dentuman bom dan tembakan.

Dengan memakai pakaian seragam ala tentera Jepun dan "bersenjatakan" kamera dan video, Fujimoto berada di hadapan medan tempur. Setiap pagi dia mendokumentasikan perang yang sedang berlangsung di salah sebuah bandar yang terbesar Syria itu.

Fujimoto, tidak mampu bercakap dalam bahasa Inggeris, apatah lagi bahasa Arab, beliau hanya boleh diwawancara dengan Google Translate sahaja.-satu sifat/contoh terbaik, bahasa bukan halangan untuk melakukan apa saja!

"Saya selalu pergi sendiri, kerana tidak ada pembantu pelancong yang mahu pergi ke medan perang ini. Ini sangat menarik, dan adrenalin terpacu tidak seperti biasanya," katanya dengan penuh bersemangat.

"Di Syria, lebih bahaya untuk menjadi wartawan daripada pelancong," katanya, sambil menggambarkan keadaaan itu. "Setiap pagi saya berjalan 200 meter untuk berada di barisan hadapan dan saya di sana berada di barisan tempur bersama para tentera Pembebasan Syria (FSA)."

"Ini membuat saya kagum, dan saya menikmatinya," katanya. Dalam suatu kesempatan, Fujimoto juga mengambil gambar para Mujahidin Syria yang sedang bertebaran di jalan-jalan sekitar bandar Aleppo.

"Kebanyakan orang mengira saya ini orang Cina, dan mereka menyapa saya dengan bahasa Cina," kata beliau sambil tersenyum.

Fujimoto, Pelancong Perang di Syria

Semasa pertempuran sedang sengit berlaku, dia mengambil kesempatan untuk mendokumentasikannya, namun jika situasi bahaya para Mujahidin memperingatkan para orang awam atau sesiapa yang bukan pejuang untuk beredar.

Namun dia sering mengabaikan peringatan itu dan tetap berusaha mengambil gambar yang kemudian akan dishare di Facebooknya. Dia tidak takut mati.

"Saya bukanlah sasaran para penembak tepat kerana saya adalah pelancong, tidak seperti kalian para wartawan," katanya kepada wartawan AFP. "Selain itu, Saya tidak takut sama ada mereka menembak saya atau mereka mungkin membunuh saya. Saya adalah kombinasi samurai dan kamikaze."

Fujimoto bahkan tidak menggunakan helmet atau jaket anti peluru sebagai pelindung.

"Itu sangat berat ketika digunakan untuk berlari dan lebih menyenangkan jika pergi ke kawasan pertempuran tanpa mengenakan apa-apa (pelindung). Selain itu, ketika mereka menembak itu sangat menyenangkan dan menarik."

Dalam foto-foto yang dishare di akaun Facebooknya, kelihatan dia sering bersama Mujahidin dan kanak-kanak Syria. Di antara fotonya menunjukkan dia sedang menembak bersama Mujahidin, namun tidak ada maklumat sama ada dia sedang belajar menembak atau turut sama dalam menembak pasukan rejim.

Fujimoto berkata bahawa majikannya tidak tahu dia sekarang berada di Syria. "Saya hanya memberitahu kepada mereka saya pergi ke Turki untuk bercuti. Jika saya mengatakan mereka yang sebenarnya, mereka akan mengatakan kepada saya bahawa saya benar-benar gila."

Mungkin ramai orang akan mengatakan dia gila, tetapi mereka itu tidak tahu bahawa pekerjaan dan kehidupan keluarga adalah akar kesedihannya yang membuat dia ingin mencari hidup baru.

Fujimoto telah bercerai dengan isterinya, dan berkatam"Saya tidak mempunyai keluarga, tidak ada teman, tidak ada teman wanita. Saya bersendirian dalam hidup ini."

Tetapi dia mempunyai tiga anak perempuan yang tidak pernah dia lihat selama lima tahun, "bahkan tidak di Facebook atau Internet, tidak ada. Dan itu adalah kesedihan saya yang mendalam," katanya sambil mengusap air matanya.

Fujimoto, rakyat Jepun Yang Prihatin di Syria

Sebab itulah dia membayar insurans nyawa dan "Saya berdoa setiap hari bahawa, jika sesuatu terjadi pada saya, anak-anak perempuanya mungkin akan mendapatkan wang insurans dan mampu hidup dengan selesa."

Fujimoto tidak pernah menjual gambar-gambar atau rakaman yang dia ambil selama dia melancong di medan perang ini. Dia telah menghabiskan wang hingga USD 2500 dari poket peribadinya untuk terbang ke Turki. Kemudian mengeluarkan USD 25 sehari untuk bayaran penginapan di sana.

Selama di Aleppo, dia telah pergi pelbagai medan tempur seperti di daerah Amariya, Salahuddin, Saif al-Dawlah, Izza. Walaupun dia senang mengambil gambar di tempat konflik ini dan menyebarkannya, tetapi ada gambar yang membuatnya terpaku dan berkaitan dalam fikirannya.

Ketika dia membuka fail di laptopnya, dia menunjukkan sebahagian tubuh anak perempuan kecil berumur 7 tahun mati di Saif al-Dawlah akibat ditembak oleh penembak tepat rejim. Dia membayangkan, betapa sedihnya kehilangan puteri yang dicintai.

"Saya sayang kepada kanak-kanak, tetapi Syria bukanlah tempat bagi mereka. Sebuah bom boleh meragut nyawa mereka bila-bila masa," katanya yang kemudian diajak oleh mujahidin untuk bergabung dengan mereka di Salahuddin dan akan turun ke jalan menuju tempat di mana bunyi tembakan terdengar untuk melanjutkan "cutinya" di mana dia boleh merasakan hidup yang lebih hidup.

Inilah Fujimoto, orang Jepun yang rela menghabiskan wang untuk pergi ke medan perang. Demi mencari kehidupan yang lebih hidup, melupakan segala kepenatan dan kesedihan dalam hidupnya. Tidak takut mati atau takut rugi harta.

Namun bagi seorang Muslim, medan Jihad bukanlah seperti filem aksi di Hollywood yang hanya untuk ditonton, atau "tempat pelancongan" yang hanya untuk "refreshing." Ada perniagaan sejati yang menggiurkan di sana yang ditawarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

"Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui . Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar. " (Q.S As-Saff [61]: 10-12).

Maka tidak Tertarikkah dengan janji ini?

"Dan siapakah orang yang lebih benar perkataan (nya) dari pada Allah?" (Q.S An-Nisaa '[4]: 87)

-Sumber asal, edit by yastro.




# Seriusly, selama ini aku sendiri tidak pernah terfikir untuk kemedan perang seperti lelaki ini, walaupun hanya untuk mengambil gambar.

Kerana Bosan Lelaki Jepun Berperang Di Syria
~Salam mesra dari yastro~
Tag : ,

Isu Guna Nama Allah

on 10 Januari 2013

Isu Guna Nama Allah
Teun Castelein

Salam semua
Isu Guna Nama Allah | Kebelakangan ini isu guna nama Allah menjadi pertikaian politik antara kerajaan dan juga pembangkang. Masing2 memberikan hak dan dalil2 tertentu untuk menyatakan kebenaran, kes ini juga menarik perhatian Sultan Selangor dengan mengarahkan MAIS bertindak.

Sebagai salah seorang rakyat, aku hanya mampu melihat permainan kedua2 belah parti ini. Tidak terniat untuk masuk campur, namun penggunaan kalimah "ALLAH" keatas mana2 buku atau bible sememangnya aku rasa tidak sesuai sama sekali apatah lagi jika buku atau bible itu berbahasa melayu dan ditujukan khas buat melayu Malaysia.

Semalam juga menerusi akhbar kosmo, seorang artis yang bernama  Teun Castelein telah cuba mendaftar perkataan "ALLAH' sebagai hak dagangan beliau pada 29 Disember lalu. Alhamdulillah Pejabat Benelux Untuk Harta Intelek (BIOP)di The Hague telah menolak permohonan pendaftaran kalimah "ALLAH" oleh lelaki tersebut. Tidak lain dan tidak bukan, lelaki tersebut dikatakan cuba membuat keuntungan dengan membuat produk dagangan seperti pakaian, kasut dan lain2 melalui dunia Islam.

"Ia adalah nama yang hebat," kata Castelein. "Saya terkejut bahawa tiada seorang pun telah memfailkan nama " Allah " kata beliau. "Saya hanya perlu membayar 250 euro dan kini saya bakal mempunyai jenama global. Sebenarnya Allah sebagai Tuhan dari Al-Quran untuk semua orang. "

Dalam pada itu, Castelein turut memberitahu, dia masih belum dimaklumkan tentang keputusan terperinci BIOP itu yang beribu pejabat di sini. "Sebagai seorang artis seni, saya kerap menguji sempadan pasaran bebas," katanya. Menurutnya, nama Nabi Isa dan Tuhan telah diterima sebagai jenama berdaftar.

Btw, kembali semula kepada kalimah "ALLAH" yang hendak digunakan oleh pemimpin DAP terutamanya dalam kitab bible, aku rasa pastinya ia adalah satu muslihat untuk menjadikan umat Islam sendiri terkeliru satu hari nanti. Mungkin bukan sekarang impaknya tapi siapa tahu untuk 15 hingga 20 tahun lagi? Manakan sama "God Trinity" nak disamakan dengan "ALLAH".

update:  Menerusi Malaysia Kini, Majlis Gereja Malaysia (CCM) dikatakan tetap akan menggunakan kalimah "ALLAH". Turut bersetuju dengan pandangan CCM ialah Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

"Kami ingin mengulangi pendirian bahawa (penganut) Kristian Malaysia menggunakan perkataan Allan dalam Injil bahasa Melayu dan pengabdian hidup mereka sejak berabad lamanya," katanya dalam satu kenyataan.



http://www.malaysiakini.com/news/218535



Isu Guna Nama Allah
~Salam mesra dari yastro~
Tag : , ,

Siri Pahlawan Islam - Khalid Al Walid

on 27 Disember 2012

Khalid al-Walid tamatkan penguasaan 1,000 tahun Barat di Syria

PANGLIMA Islam terbilang, Khalid al-Walid banyak menempa kejayaan dalam peperangan dalam menegakkan agama suci Allah ini.Beliau yang dikenali ‘saifullah’ adalah antara pahlawan gagah berani yang berjaya mengalahkan musuh dalam beberapa peperangan pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat.

Pengepungan Kota Damsyik selama 70 malam pada 14 Hijrah bersamaan 635 Masihi pada Rabiulakhir adalah antara peristiwa penting dalam perjuangannya. Kota Damsyik yang kini ibu negara Syria adalah antara kota termasyhur di dunia ketika itu. Kemasyhuran itu diabadikan Ibn Jarir, pengembara dan juga penyair dari Andalusia (Sepanyol) pada kurun ke-12 dengan katanya: “Seandainya syurga berada di atas dunia, syurga itu adalah Damsyik."

Damsyik atau nama asalnya Syam dikatakan berasal daripada nama Sam, iaitu anak Nabi Nuh yang menetap di situ selepas peristiwa banjir besar. Malah, riwayat mengatakan Rasulullah pernah ke puncak Jabal Qasiyyun, lalu memandang ke arah kota Damsyik dengan kagum dan bangga.

Namun, disebabkan ancaman beberapa kuasa besar, khususnya Bizantine yang menakluki Damsyik ketika itu, satu pakatan ketenteraan diwujudkan oleh Rasulullah bagi menentang Bizantine. Bizantine bukan saja mengganggu dan mengancam dakwah Islam, malah menjadi tempat berlindung musuh Islam dari Semenanjung Tanah Arab.

Peperangan pertama yang dilakukan terhadap Bizantine adalah melalui peperangan Mu'tah yang berlaku pada penghujung hidup Rasulullah. Peperangan ini adalah medan ujian pertama Khalid sebagai panglima tentera. Dalam peperangan itu, tentera Islam pada mulanya dipimpin Zaid bin Haritsah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah. Selepas ketiga-tiganya syahid, Rasulullah melantik Khalid sebagai panglima baru.

Selepas itu, Khalid menyusun strategi untuk mengelirukan musuh antaranya dengan meletakkan sebilangan tentera Islam di bahagian belakang bertujuan menampakkan seolah-olah mereka mendapat bantuan. Kebijaksanaan Khalid ini menyebabkan tentera Bizantine terkeliru dan takut, lalu berundur.

Perang Yarmuk pula mempamerkan keikhlasan Khalid memartabatkan Islam tanpa mengejar pangkat dan nama. Pada awal perang itu, Khalifah Abu Bakar melantik Khalid memimpin 50,000 pejuang Islam menentang 240,000 tentera Bizantine.

Apabila Saidina Abu Bakar wafat pada 634 Masihi, khalifah baru, Saidina Umar memilih Abu Ubaidah bin Jarrah untuk mengambil alih tugas Khalid. Khalid tidak sedikit pun marah atau berkecil hati, sebaliknya beliau sama-sama berjuang hingga tentera Islam mencapai kemenangan. Kemenangan ini bermula dengan kejayaan mengepung bandar itu selama 70 malam oleh Khalid dan Abu Ubaidah.

Ada pendapat mengatakan Khalid dan beberapa tentera Islam melalui Bab Syarqi atau pintu sebelah timur selepas berjaya membebaskan Syam daripada penjajahan Bizantine. Pengkaji sejarah berpendapat, pintu itu dibina oleh Raja Rom, Septimius Severus, pada awal kurun ketiga.

Tindakan Khalid ini mengejutkan dunia Islam ketika itu kerana berjaya menamatkan penguasaan kuasa Barat selama seribu tahun ke atas Syria pada 635 Masihi. Ada pendapat mengatakan ia berlaku pada 635 Masihi bersamaan 14 hijrah. Kejayaan Khalid ini membolehkan kota Damsyik bertukar pimpinan daripada Bizantine kepada kerajaan Islam yang lebih adil. Selepas zaman sahabat iaitu pada zaman pemerintahan Ummaiyyah, kedudukan Damsyik amat penting iaitu sebagai ibu negara dan pusat kegiatan ekonomi.

Pada 661 Masihi pula, Muawiyah bin Abi Sufian, pengasas Bani Ummaiyyah dan khalifah yang baru dilantik, memindahkan ibu negara Islam dari Madinah ke Damsyik.
Sumber- Blogbaker


Tag : ,

Kalimah ALLAH Pada Rambut Christiano Ronaldo

on 14 November 2012

Kalimah ALLAH Pada Rambut Christiano Ronaldo ! Terkejut juga aku bila telihat satu video kalimah Allah yang tertera di atas kepala Christiano Ronaldo di laman youtube.

Kalimah ALLAH Pada Rambut Christiano Ronaldo

Ketika satu perlawanan antara Real Madrid vs Levente, Ronaldo telah mengalami kecederaan di bahagian kening kiri akibat terkena siku pihak lawan. Semasa proses rawatan tersebut, memang terlihat jelas melalui video itu kalimah Allah pada rambutnya.

Mungkin ramai yang akan kata ianya adalah satu kebetulan, yup aku akui.....tetapi ingat, apapun hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara di sebaliknya.

Kalau nak tengok video tersebut di youtube, sila taip tajuk ini;
" Cristiano Ronaldo's Eye Injury "Very Hard" Vs Levante (11.11.2012) "


Kalimah ALLAH Pada Rambut Christiano Ronaldo
~Salam mesra dari yastro~
Tag :

Hina Nabi Muhammad, Majalah Peranchis Ambil Kesempatan

on 20 September 2012

Hina Nabi Muhammad, Majalah Peranchis Ambil Kesempatan ! Isu filem hina Nabi Muhammad S.A.W dah masuk ke minggu kedua, nampaknya satu majalah satira Peranchis [Charlie Hebdo] pula mengambil kesempatan dengan isu ini. Mungkin untuk menambah duga reaksi orang Islam sedunia.

Hina Nabi Muhammad, Majalah Peranchis Ambil Kesempatan


Seolah-olah sangaja ingin menaikkan kemarahan umat Islam sedunia, mereka memberi alasan hanya ingin bermain dengan isu penghinaan ini. Wal hal motif sebenar mereka pastinya berlainan.

Entah sampai bila umat Islam akan bersatu tak tahulah, yang nyata selagi umat Islam masih lagi menjadi negara pengguna kepada mereka selagi itulah isu dan penghinaan ini berterusan. Islam mesti menaikkan taraf mereka seperti negara-negara maju yang lain. Penguasaan dalam bidang ekonomi memungkinkan umat Islam lebih di hormati. Juga penguasaan dalam bidang pelajaran seperti sains dan math, pastinya ini lebih membantu dan mengurangkan isu-isu seperti ini.

Paling dikesali apabila Google sendiri enggan menutup kesemua saluran video berkaitan dengan filem ini. Nampak benar perbezaan layanan mereka terhadap umat Islam.


Sehingga kini, beberapa orang muslim seluruh dunia telah terbunuh akibat filem yang menghina nabi Muhammad S.A.W. Juga kekaguman aku terhadap kisah seorang budak perempuan yang menyatakan secara terang-terangan kecintaan dia terhadap jihad walaupun dia berada di negara lain, Australia.

Walau apa sekalipun, aku percaya, satu hari nanti pasti Islam akan bangkit dan waktu itu seluruh dunia akan tertumpu kembali kepada peradaban Islam seperti satu ketika dahulu dimana umat Islam pernah mendahului mereka dengan ilmu sains,math juga perubatan.Insyaallah.

[Artikel sebelum ini, TENANGKAN HIDUP DENGAN TIGER BALM NECK & SHOULDER RUB]


Hina Nabi Muhammad, Majalah Peranchis Ambil Kesempatan
-salam mesra dr yastro- 





Tag :

KEKEJAMAN MYANMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA

on 03 Julai 2012


KEKEJAMAN MYANMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA ! Ibarat Gajah didepan mata tak nampak, kuman seberang laut jelas kelihatan. Itulah yang aku rasa ke atas kekejaman bangsa Myamar ni pada bangsa Rohingya yang beragama Islam. Tertindas tanpa bantuan sesiapa pun...gamaknya apa yang sedang kerajaan kita lakukan terhadap mereka? Bantuan jenis apakah yang hendak di hulurkan??

Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya.

KEKEJAMAN MYAMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA

Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).

Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.

Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.

KEKEJAMAN MYAMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA
KEKEJAMAN MYAMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA 

Siapakah umat Islam Rohingya?


Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Apakah nasib mereka?


Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.


Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :
a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.
b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan
c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.
d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran
e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan
f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar
g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.
h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

KEKEJAMAN MYAMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA
Siapa lagi yang akan membantu mereka melaikan kita saudara seislam....
Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka.

Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.

Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.

Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.

Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.

Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara  Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.

Kalau bukan kita, siapa lagi ?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.
Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Beberapa saranan :
1-Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil inisiatif untuk menjuarai isu umat Islam Rohingya samada di peringkat antarabangsa dengan menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya.

2-Badan-badan kerajaan di peringkat nasional dan negeri seharusnya mengambil tanggung-jawab kerana semakin ramai di kalangan umat Islam Rohingya yang telah mendarat bagi mendapatkan perlindungan di Malaysia. Mereka adalah pendatang yang jauh lebih baik untuk dibantu jika dibandingkan daripada kebanyakan pendatang Afrika yang kerap melakukan kekacauan di sana sini terhadap masyarakat temnpatan mahupun sebahagian daripada pelancung dari beberapa Negara yang terlibat dengan aktiviti pelacuran.

3-NGO dan badan kebajikan yang ada di Malaysia harus mengambil bahagian bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya yang sangat memerlukan bantuan di sudut sosial, ekonomi, kesihatan, pendidikan terutamanya di kalangan anak-anak mereka.

4-Kalau rakyat Malaysia begitu perihatin dan pelbagai NGO telah ditubuh bagi menangani masalah umat antarabangsa seperti Palestin dan lain-lainnya, kenapa kita kita mengagihkan sedikit tenaga dan bantuan kepada saudara seaqidah yang kini terdampar di negara kita sendiri.
Orang ramai di Malaysia seharusnya mengambil peluang menunjukkan keperihatinan terhadap isu kemanusiaan yang kronik ini dengan membantu meringankan bebanan kehidupan demi masa depan mereka.

5-Kita juga boleh membantu dengan mendoakan keselamatan dan masa depan mereka serta mengambil tahu perkembangan semasa terhadap keperitan umat yang berpanjangan ini.


KEKEJAMAN MYAMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA
Kekejaman Terhadap Orang Islam semakin menjadi2 kebelakangan ini...Mampukah kita dgn melihatnya shj?

Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.”
Hadith riwayat Muslim

KEKEJAMAN MYANMAR - PEMBUNUHAN BANGSA ROHINGYA 

-salam mesra dr yastro-
Tag : ,

Seandainya KITA Pernah....

on 25 Mei 2012

Dipetik dari laman Fan Page Sebutir Kasih Sejuta Sayang....mungkin kita boleh berkongsi sesuatu disini...Insyaallah.
Seandainya diri kita pernah ditipu orang…
Seandainya diri kita pernah dikhianati orang…
Seandainya diri kita pernah difitnah orang…
Seandainya diri kita pernah dihina orang…
Seandainya diri kita pernah dizalimi orang…

Apa Allah kata…

Adakah engkau sudah berbuat baik kepada orang yang berbuat JAHAT kepadamu?

Adakah engkau telah memaafkan orang yang telah MENGANIAYAIMU?

Adakah engkau telah menghubungkan silaturahim kepada orang yang memutuskan hubungan denganmu?

Adakah engkau telah menginsafkan orang yang telah MENKHIANATIMU?

Adakah engkau telah bercakap atau menegur orang yang telah MENGUSIRMU
(tidak mahu menegurmu)?

"Sesungguhnya, Aku tidak memandang kepada wajah kamu dan tidak kepada kecantikan kamu akan tetapi Aku memandang kepada hati kamu. Aku suka jika kamu memiliki sifat-sifat tersebut..."
- (Hadis Qudsi)

Solat atas bot
Seandainya KITA Pernah....
Tag :

Google Maps Rakam Lafaz Allah di Aceh

on 18 Mei 2012

Google Maps Rakam Lafaz Allah di Aceh! Terjumpa sesuatu di laman fan page Islamic Article, rasanya molek juga kalau aku share dengan kengkawan disini...Sekadar renungan buat diri sendiri ke atas kejadian yang Allah ciptakan ini....

Google Maps Rakam Lafaz Allah di Aceh
Google Maps Rakam Lafaz Allah di Aceh !


“Langit yang tujuh,bumi dan semua yang ada didalamnya bertasbih kepada Allah dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya,tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka.Sesungguhnya Dia adalah maha penyayang lagi maha pengampun” (QS:Al-Isra:44)

Source - Islamic Article

# Maaf kepada semua sahabat2...aku ada komitmen lain yang lebih penting. Tetapi aku akan cuba juga ziarah kengkawan yang berkunjung kesini. Terima kasih. Google Maps Rakam Lafaz Allah di Aceh.

Google Maps Rakam Lafaz Allah di Aceh
-salam mesra dr yastro-
Tag :

Siri Pahlawan Islam - Khalid Al Walid

on 04 Mei 2012


Siri Pahlawan Islam - Khalid Al Walid

Khalid ibni al-Walid (1 Julai 592- 1 Oktober 642) juga dikenali sebagai Saifullah al-Maslul (bermaksud Pedang Allah yang terhunus atau Pedang Allah), adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantine dan tentera Parsi pada kurun ketujuh. Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengepalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan juga zaman khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Umar Al-Khattab. Pencapaian terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan pasukan Byzantine dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja.


Khalid ibn Walid adalah bangsa Arab berketurunan Quraisy yang pernah suatu menentang Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan seorang askar yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam. Ketika Perjanjian Hudaibiyah, Khalid memeluk Islam dan memohon maaf kepada nabi Muhammad atas tindakan beliau sebelum ini. Ketika zaman nabi Muhammad, beliau menyertai tentera Islam dalam Perang Mu'tah dan juga perang-perang lain. Selepas kewafatan nabi, beliau dilantik penglima perang dan mengetuai ekspedisi menentang tentera Sassanid Parsi dan tentera Byzantine Rom. -wikipedia

Khalid dilahirkan kira-kira 17 tahun sebelum masa pembangunan Islam. Dia anggota suku Banu Makhzum, suatu cabang dari suku Quraisy. Ayahnya bernama Walid dan ibunya Lababah. Khalid termasuk di antara keluarga Nabi yang sangat dekat. Maimunah, bibi dari Khalid, adalah isteri Nabi. Dengan Umar sendiri pun Khalid ada hubungan keluarga, yakni saudara sepupunya. Suatu hari pada masa kanak-kanaknya kedua saudara sepupu ini main adu gulat. Khalid dapat mematahkan kaki Umar. Untunglah dengan melalui suatu perawatan kaki Umar dapat diluruskan kembali dengan baik.

Awalnya Khalid bin Walid adalah panglima perang kaum kafir Quraisy yang terkenal dengan pasukan kavalerinya. Pada saat Pertempuran Uhud, Khalidlah yang melihat celah kelemahan pasukan Muslimin yang menjadi lemah setelah bernafsu mengambil rampasan perang dan turun dari Bukit Uhud dan menghajar pasukan Muslim pada saat itu. Tetapi setelah perang itulah Khalid mulai masuk Islam.

Ayah Khalid yang bernama Walid bin Mughirah dari Bani Makhzum, adalah salah seorang pemimpin yang paling berkuasa di antara orang-orang Quraisy. Dia sangat kaya. Dia menghormati Ka'bah dengan perasaan yang sangat mendalam. Sekali dua tahun dialah yang menyediakan kain penutup Ka'bah. Pada masa ibadah Haji dia memberi makan dengan cuma-cuma bagi semua orang yang datang berkumpul di Mina.

Ketika orang Quraisy memperbaiki Ka'bah tidak seorang pun yang berani meruntuhkan dinding-dindingnya yang tua itu. Semua orang takut kalau-kalau jatuh dan mati. Melihat suasana begini Walid maju kedepan dengan bersenjatakan sekop sambil berteriak, "O, Tuhan jangan marah kepada kami. Kami berniat baik terhadap rumahMu".

Nabi mengharap-harap dengan sepenuh hati, agar Walid masuk Islam. Harapan ini timbul karena Walid seorang kesatria yang berani dimata rakyat. Karena itu dia dikagumi dan dihormati oleh orang banyak. Jika dia telah masuk Islam ratusan orang akan mengikutinya.

Dalam hati kecilnya Walid merasa, bahwa Al Qur-'an itu adalah kalimat-kalimat Allah. Dia pernah mengatakan secara jujur dan terang-terangan, bahwa dia tidak bisa berpisah dari keindahan dan kekuatan ayat-ayat suci itu.

Suku Banu Makhzum mempunyai tugas-tugas penting. Jika terjadi peperangan, Banu Muhzum lah yang mengurus gudang senjata dan gudang tenaga tempur. Suku inilah yang mengumpulkan kuda dan senjata bagi prajurit-prajurit.

Tidak ada cabang suku Quraisy lain yang bisa lebih dibanggakan seperti Banu Makhzum. Ketika diadakan kepungan maut terhadap orang-orang Islam dilembah Abu Thalib, orang-orang Banu Makhzumlah yang pertama kali mengangkat suaranya menentang pengepungan itu.

Kekalahan kaum Quraisy di dalam perang Badar membuat mereka jadi kegila-gilaan, karena penyesalan dan panas hati. Mereka merasa terhina. Rasa sombong dan kebanggaan mereka sebagai suku Quraisy telah meluncur masuk lumpur kehinaan. Arang telah tercoreng dimuka orang-orang Quraisy. Mereka seolah-olah tidak bisa lagi mengangkat dirinya dari lumpur kehinaan ini. Dengan segera mereka membuat persiapan-persiapan untuk membalas pengalaman pahit yang terjadi di Badar.

Sebagai pemuda Quraisy, Khalid bin Walid pun ikut merasakan pahit getirnya kekalahan itu. Sebab itu dia ingin membalas dendam sukunya dalam peperangan Uhud. Khalid dengan pasukannya bergerak ke Uhud dengan satu tekad menang atau mati. Orang-orang Islam dalam pertempuran Uhud ini mengambil posisi dengan membelakangi bukit Uhud.

Sungguhpun kedudukan pertahanan baik, masih terdapat suatu kekhawatiran. Dibukit Uhud masih ada suatu tanah genting, dimana tentara Quraisy dapat menyerbu masuk pertahanan Islam. Untuk menjaga tanah genting ini, Nabi menempatkan 50 orang pemanah terbaik. Nabi memerintahkan kepada mereka agar bertahan mati-matian. Dalam keadaan bagaimana jua pun jangan sampai meninggalkan pos masing-masing.

Khalid bin Walid memimpin sayap kanan tentara Quraisy empat kali lebih besar jumlahnya dari pasukan Islam. Tetapi mereka jadi ragu-ragu mengingat kekalahant-kekalahan yang telah mereka alami di Badar. Karena kekalahan ini hati mereka menjadi kecil menghadapi keberanian orang-orang Islam.

Sungguh pun begitu pasukan-pasukan Quraisy memulai pertempuran dengan baik. Tetapi setelah orang-orang Islam mulai mendobrak pertahanan mereka, mereka telah gagal untuk mempertahankan tanah yang mereka injak.

Kekuatannya menjadi terpecah-pecah. Mereka lari cerai-berai. Peristiwa Badar berulang kembali di Uhud. Saat-saat kritis sedang mengancam orang-orang Quraisy. Tetapi Khalid bin Walid tidak goncang dan sarafnya tetap membaja. Dia mengumpulkan kembali anak buahnya dan mencari kesempatan baik guna melakukan pukulan yang menentukan.

Melihat orang-orang Quraisy cerai-berai, pemanah-pemanah yang bertugas ditanah genting tidak tahan hati. Pasukan Islam tertarik oleh harta perang, harta yang ada pada mayat-mayat orang-orang Quraisy. Tanpa pikir panjang akan akibatnya, sebagian besar pemanah-pemanah, penjaga tanah genting meninggalkan posnya dan menyerbu kelapangan.

Pertahanan tanah genting menjadi kosong. Khalid bin Walid dengan segera melihat kesempatan baik ini. Dia menyerbu ketanah genting dan mendesak masuk. Beberapa orang pemanah yang masih tinggal dikeroyok bersama-sama. Tanah genting dikuasai oleh pasukan Khalid dan mereka menjadi leluasa untuk menggempur pasukan Islam dari belakang.

Dengan kecepatan yang tak ada taranya Khalid masuk dari garis belakang dan menggempur orang Islam dipusat pertahanannya. Melihat Khalid telah masuk melalui tanah genting, orang-orang Quraisy yang telah lari cerai-berai berkumpul kembali dan mengikuti jejak Khalid menyerbu dari belakang. Pemenang-pemenang antara beberapa menit yang lalu, sekarang telah terkepung lagi dari segenap penjuru, dan situasi mereka menjadi gawat.

Khalid bin Walid telah merobah kemenangan orang Islam di Uhud menjadi suatu kehancuran. Mestinya orang-orang Quraisylah yang kalah dan cerai-berai. Tetapi karena gemilangnya Khalid sebagai ahli siasat perang, kekalahan-kekalahan telah disunglapnya menjadi satu kemenangan. Dia menemukan lobang-lobang kelemahan pertahanan orang Islam.

Hanya pahlawan Khalid lah yang dapat mencari saat-saat kelemahan lawannya. Dan dia pula yang sanggup menarik kembali tentara yang telah cerai-berai dan memaksanya untuk bertempur lagi. Seni perangnya yang luar biasa inilah yang mengungkap kekalahan Uhud menjadi suatu kemenangan bagi orang Quraisy.

Ketika Khalid bin Walid memeluk Islam Rasulullah sangat bahagia, karena Khalid mempunyai kemampuan berperang yang dapat digunakan untuk membela Islam dan meninggikan kalimatullah dengan perjuangan jihad. Dalam banyak kesempatan peperangan Islam Khalid bin Walid diangkat menjadi komandan perang dan menunjukan hasil gemilang atas segala upaya jihadnya.

Pada masa pemerintahan Abu Bakar, Khalid diamanahkan untuk memperluas wilayah Islam dan membuat kalang kabut pasukan Romawi dan Persia. Pada tahun 636, pasukan Arab yang dipimpin Khalid berhasil menguasai Suriah dan Palestina dalam Pertempuran Yarmuk, menandai dimulainya penyebaran Islam yang cepat di luar Arab.

Pada masa pemerintahan Umar bin Khattab, Khalid diberhentikan tugasnya dari medan perang dan diberi tugas untuk menjadi duta besar. Hal ini dilakukan oleh Umar agar Khalid tidak terlalu didewakan oleh kaum Muslimin pada masa itu.
Tag :

APABILA ROH KELUAR DARI JASAD

on 27 April 2012

APABILA ROH KELUAR DARI JASAD !

APABILA ROH KELUAR DARI JASAD



Pesan Roh Kepada Manusia
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu r...oh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu.” Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.

# Kredit kepada Leys [F/B] kerana entri ini.
Tag :

SOLAT TERAKHIR SEORANG SYUHADA SEBELUM AJAL

on 20 April 2012

Keterangan Video.
Walaupun dalam saat yang kritikal tetapi Solat sebagai Jambatan Ke Syurga tetap ditunaikan, tanpa tangan sebelah, paha berlumuran darah, berwuduk dengan bantuan sahabat seperti sahabat Rasulullah SAW, Tanah Kuburan telah digali, namun tetap gagah dan bertenaga melakukan solat, semoga menambahi rahmat dan Ihsan padanya, sesungguhnya telah berjayalah ibu bapa, guru dan ustaz, sahabat dan taulan yang mendidiknya. Semua mereka yang terlibat dalam membina jiwa sebegini pasti mendapat habuan Syurga daripada Allah SWT, bergembiralah mereka yang Ihklas dalam perjuangan dan kehidupan bersama Allah SWT... Lihatlah Ikhwah semua, mati yang diredhai Allah SWT


Kredit - http://wowberita.org/
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved