Memaparkan catatan dengan label InFormaSi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label InFormaSi. Papar semua catatan

Nur Amalina Berubah - Akibat Kejutan Budaya?

on 04 Januari 2012

Kisah Nur Amalina Che Bakri yang terkena kejutan budaya membuatkan aku terkejut juga. Nur Amalina Bakri dikatakan telah menutup akaun F/B dan juga akaun Twitter beliau, setelah kisahnya berubah tersebar luas di internet. Sungguh malang bagi seorang lagi anak melayu yang genius, yang seandainya kisah dan gambar2 yang tersebar ini adalah benar2 milik diri beliau. Sayangnya Nur Amalina Che Bakri...salah seorang bekas penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 Hijrah.


Amalina Che Bakri berubah

perubahan budaya Amalina Che Bakri




Tag :

Cara Elak Phishing/Penipuan di Internet

on 02 Januari 2012

Cara Elak Phishing / Penipuan di Internet.
Sebenarnya entri cara mengelakkan phishing ataupun penipuan online/internet ini adalah sumber dari Utusan Malaysia Online. Aku ambik sebab ianya sangat2 berguna kepada aku dan mungkin juga kepada rakan2 semua. Kerapkali kita dengar orang ramai ditipu dengan cara phising ini.  Semoga membantu anda semua dari terperangkap dengan cara phishing online ini.
PishingOnline
Contoh Phishing Online- kredit to google
Sebelum bertolak ke kampung di Malaysia Timur, Kamal membuka kotak e-melnya bagi menyemak kiriman terkini yang mungkin memerlukan tindakan pantas. Jika sudah sampai ke kampung yang tiada kemudahan Internet, memang tidak berpeluanglah dia hendak menyemak dan mengemas kini apa yang patut. E-mel daripada sebuah bank tempatan yang digunakan majikannya untuk membayar gaji menarik perhatiannya.

Di kotak e-mel tertera Maybank dengan tajuk '1 urgent message'. Kamal terus klik ke kotak berkenaan, dia bimbang jika akaun banknya digantung sedangkan dia memerlukan wang ketika itu. Di dalamnya tertulis; Pelanggan yang budiman, anda dikehendaki mengemas kini maklumat akaun bank anda dan TAC diperlukan. Tanpa rasa curiga dan enggan masalah timbul apabila dia berurusan dengan bank, Kamal terus klik dan mengisi segala maklumat diperlukan serta memberikan nombor TAC seperti diminta. Dua hari selepas itu semasa dia ke bank untuk mengeluarkan wang, Kamal hampir terduduk apabila mendapati akaunnya hanya berbaki RM3.

Penganalisis MyCert, CyberSecurity Malaysia, Adnan Mohd. Shukor berkata, kisah mengumpan atau phishing bagi mendapatkan maklumat peribadi pemegang akaun bank kini berleluasa bukan saja di negara ini malah di seluruh dunia. Justeru tegasnya, dua perkara penting yang patut dilindungi oleh pemegang akaun adalah nama pengguna dan kata laluan. Penjenayah akan sentiasa berusaha mendapatkan nama pengguna serta kata laluan bagi menceroboh dan mencuri wang pengguna. Biasanya mereka boleh mendapatkannya dengan meletakkan sesuatu perisian mengintip atau paling biasa menghantar e-mel mengatakan akaun pengguna perlu dikemas kini.

"Jika pengguna tidak peka dan membuka pautan berkenaan, mereka akan terperangkap di dalamnya. "Mereka hanya akan sedar apabila akaun mereka tiba-tiba susut atau tinggal jumlah minimum yang diperlukan bank," katanya. Biasanya laman web palsu ini dibina seakan-akan atau mirip dengan laman bank tempatan bagi memudahkan penipuan. "Jika mangsa tidak peka dengan URL atau alamat bank mereka mungkin akan tertipu dengan mudah," katanya. Penipuan menggunakan TAC hanya berlaku jika mangsa dan penjenayah berada di dalam talian pada masa yang sama. "Penjenayah akan menggunakan nombor TAC yang dimasukkan oleh pengguna di dalam laman web palsu tanpa disedari pengguna," katanya. Bagi mengatasi masalah berkenaan, hampir semua bank telah mengambil beberapa langkah keselamatan seperti mengehadkan masa tag digunakan.

Biasanya pihak berkuasa hanya akan bertindak apabila pengguna melaporkan mengenai laman web bank palsu. "Perkara ini akan memakan masa yang lama kerana pihak kami perlu menunggu masa untuk menerima laporan," katanya. Selepas menerima laporan barulah alamat URL berkenaan disenarai hitam. Justeru pihak MyCert, CyberSecurity membangunkan perisian plug-in yang dikenali sebagai Don't Phish Me bagi membantu pengguna perbankan dalam talian. Adnan berkata, perisian yang direka berdasarkan pemadanan laman web perbankan amat mudah digunakan. "Caranya amat mudah sama seperti memuat turun perisian lain menggunakan URL bagi Google Chrome dan Mozilla Firefox. Linknya...

1. https://chrome.google.com/webstore/detail/ekhmajimailppllbglbkopdjfenocpnl 
2. https://addons.mozilla.org/firefox/addon/dontphishme/

Sedikit petikkan dari laman web Dont P'hish Me...
DontPhishMe adalah addon yang menggunakan corak yang hampir sama untuk melindungi pengguna Internet di Malaysia terhadap phishing laman web perbankan di dalam talianDontPhishMe merupakan inisiatif MyCERTCyberSecurity Malaysiauntuk menyediakan satu mekanisme keselamatan dalam mencegah ancaman phishing dalam talian perbankan khusus untuk bank-bank tempatan Malaysia.

DontPhishMe adalah addon Chrome/Firefox yang memberi amaran kepada anda jika laman web perbankan online yang anda lawati muncul untuk meminta maklumat peribadi atau kewangan di bawah dakwaan palsuJenis serangan iniyang dikenali sebagai phishing atau menipumenjadi lebih canggihmeluas dan berbahayaItulah sebabnya ia adalah penting untuk melayari dengan selamat dengan DontPhishMeDontPhishMe secara automatik akan memberi amaran kepada anda apabila anda menghadapi halaman yang cuba untuk menipu anda dalam mendedahkan maklumat peribadi.

Adnan berkata, apabila pengguna menerima laman web perbankan yang mencurigakan dan masih belum dilaporkan, perisian Don't Phish Me akan mengeluarkan amaran di skrinPengguna secara automatik akan diberi amaran manakala pihak Cybersecurity akan menerima laporan secara dalam talian dalam masa yang sama. Jika pengguna memilih untuk tidak meneruskan pautan berkenaan, satu laman web mengenai Phishing akan terpapar di skrin. Tetapi jika pengguna masih mahu membuka pautan tadi, amaran akan diberikan bahawa pengguna perlu menanggung risiko sendiri segala risikonya.

Bagaimanapun jika pengguna teruskan hajat tadi, mereka tidak boleh memasukkan nama pengguna kerana laman berkenaan telah disekat. "Ini memudahkan bukan saja di pihak pengguna tetapi juga CyberSecurity tanpa perlu menunggu laporan pengguna," katanya. Bercerita mengenai perisian Don't Phish Me, Adnan berkata, semua bank yang beroperasi di negara ini dilindungi oleh Don't Phish Me.

Senarai bank yang dilindungi oleh Don't Phish Me:

Maybank2u
Cimbclicks
Public Bank
Bank Rakyat
Bank Islam
HSBC
EON Bank
UOB
AMBank
OCBC
RHB
Citibank
Standard Chartered Bank
Al Rajhi Bank
Affin Bank
Hong Leong Bank
Alliance Bank
BSN - Terbaru
Muamalat - Terbaru

Adnan menambah, pengguna perbankan dalam talian perlu dididik mengenai keselamatan siber supaya mereka berhati-hati apabila berurusan. "Apa yang paling penting jangan dedahkan nama pengguna dan kata laluan kepada sesiapa saja dan satu lagi jangan buka laman web bank melalui pautan terutama di dalam kotak e-mel," katanya.

Artikel Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Utusan Malaysia Online.
phishing di facebook
Phishing di Facebook-Kredit to Google
Tag :

Pekerja Pos Yang Tak Amanah

Nasib baik kelakuan "Pekerja Pos Yang Tak Amanah" yang dirakam ni bukan di Malaysia. Kalau tak nyaya jer. Mamat penghantar barang ni mesti tak akan menyangka bahawa kelakuan dia yang teruk itu telah dirakam dengan kamera cctv. Aku pasti lepas video ni tersebar dilaman youtube, mesti dia dikenakan tindakan,walaupun tuan empunya barang tu tak buat repot kat kompeni dia bekerja. Takkan la Fed Ex tak tau kan....meh nengok pe mende dia buat...

Tag :

Mahasiswa dibelasah dan ditahan ketika berdemo dimalam Tahun Baru

on 01 Januari 2012

Mahasiswa dibelasah dan ditahan ketika berdemo dimalam Tahun Baru
Inilah info yang aku dapat semasa melayari f/b tadi. Gerakan mahasiswa di UPSI telah dibelasah oleh FRU dan Polis ketika berdemo untuk menuntut hak kebebasan mahasiswa di malam tahun baru 2012. Ikuti petikan berita dari laman web rasmi  gazebodaily.net- Komuniti Media Interaktif Mahasiswa.


Tanjong Malim, 1 Jan : Tatkala seluruh dunia khususnya orang ramai di Malaysia sedang lena dibuai mimpi indah dan bergembira menyambut ketibaan tahun baru 2012 hari ini, lain pula ceritanya sekumpulan mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Awal pagi tadi, hampir 100 mahasiswa yang mengambil keputusan meneruskan aksi himpunan aman di hadapan UPSI semata-mata ingin menuntut pihak universiti menggugurkan kes Adam Adli, telah dibelasah dan dipukul sehingga menyebabkan beberapa siswa cedera parah dan luka di badan.


Tragedi berdarah itu menurut sumber berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi tadi dan berpunca akibat ‘kedegilan’ kumpulan mahasiswa terbabit bersurai setelah diarahkan berbuat demikian oleh pihak polis. Diberitakan hampir 20 anggota polis dan FRU telah dikerahkan turun untuk mengekang pergerakan mahasiswa selain puluhan lagi ‘Special Branch’ yang berkeliaran sekitar himpunan sejak petang semalam. Dua buah trak FRU juga ditempatkan di sana sejak malam semalam.


Menurut sumber, tragedi berdarah awal pagi tadi berlaku setelah Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang dikatakan tidak mengendahkan arahan pihak polis supaya bersurai. Mahasiswa yang hadir dari sekitar Lembah Klang dan UPSI teguh berdiri di hadapan sekumpulan anggota FRU dan polis dengan mengangkat beberapa kain rentang dan melaungkan beberapa kalimah keramat mahasiswa. Namun, seketika kemudian, setelah beberapa kali arahan pihak polis tidak didengari, pihak polis mula bertindak agresif dan meluru ke arah kumpulan mahasiswa terbabit. Diberitakan kira-kira lapan orang polis dan ‘Special Branch’ telah memukul Muhammad Safwan namun berjaya ditarik keluar oleh rakannya. Safwan, 22, yang juga Timbalan Presiden GAMIS terpaksa dikejarkan ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan lanjut dan pemeriksaan mendapati beliau telah mengalami patah tulang di bahagian kiri pipi.

Safwan kini sudah sedar daripada koma dan sedang dirawat di hospital Slim River ditemani beberapa rakan mahasiswa. Selain Safwan, beberapa siswa juga dilaporkan berdarah teruk dan cedera akibat dibelasah dengan kejam oleh pihak polis. Sehingga kini, dilaporkan hampir tujuh belas mahasiswa telah ditangkap dalam pergelutan itu termasuk aktivis yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib, Adam Adli. Antara yang dikenalpasti telah ditangkap polis adalah Timbalan Presiden PMIUM, Amir Nabil, Adam Adli (UPSI), Haziq Abdullah, Khalid Ismath, Hilman Idham (KAMI), Syukri Razab, Shazni Munir(SMM), Shukri Kamaruddin, dan beberapa siswa Universiti Malaya, UniSEL serta kampus sekitar Lembah Klang. Tiada tangkapan dilakukan terhadap mahasiswi namun dikhabarkan ada beberapa provokasi telah dilakukan pihak polis terhadap mereka.- Dilaporkan kesemuanya telah dibebaskan pagi tadi.



Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq dalam kenyataannya jelas kecewa dengan apa yang berlaku awal pagi tadi. “Inilah hadiah tahun baru terbaik dan ‘suprise’ yang pernah saya terima. “Saya kecewa dengan sikap polis yang seperti dicucuk ubat pelali, sangat-sangat bodoh ketika membelasah rakan-rakan saya tadi (pagi tadi). “Dengan tidak sedarkan diri dan tanpa kawalan iman, ramai aktivis berdarah dibelasah dan terpaksa dikejarkan ke hospital. “Mengapa kami diperlakukan sebegini rupa? Adakah kami lebih teruk daripada ribuan lagi rakyat yang sedang berseronok malam ini? Mengapa mereka yang tidak diperlakukan sebegini rupa?”, soalnya yang turut menyatakan kesemua mereka ditahan di Balai Polis Tanjung Malim. Beliau juga menyatakan beberapa wartawan yang sedang membuat liputan juga dipukul walaupun sudah ditunjukkan kad lesen kewartawanan mereka.

Manja bertukar kepada benci
Kumpulan mahasiswa tidak gentar berhadapan dengan sekumpulan FRU. Terdapat juga sesetengah pihak menyifatkan tindakan pihak polis awal pagi tadi adalah kesinambungan kesan daripada himpunan BEBAS 17 Disember lalu di Kuala Lumpur. Ketika himpunan itu, pihak polis terlalu ‘bermanja’ dengan mahasiswa sehingga dikatakan membantu melancarkan perarakan mahasiswa sehinggalah terjadinya kejadian turun bendera di PWTC yang membuatkan pihak polis kebingungan. Mungkin atas alasan itu, mereka tidak mahu kejadian serupa terjadi di UPSI, membelai mahasiswa dengan kasih sayang dan senyum. Sejak awal petang lagi, trak FRU sudah ditempatkan di UPSI dan menjelang tahun baru, jumlah anggota ditambah kerana yakin mahasiswa pasti tidak akan berganjak walaupun amaran sudah dikeluarkan semalam. – Gazebodaily.net

Amar Rasyidi
Adam Adli didalam lokap
Udate Video Mahasiswa ditahan di UPSI




# Bila aku tengok video yang didalam youtube ni, Polis sudah memberi arahan untuk bersurai. Namun para pelajar tidak mengendahkannya.  Bila tak dihiraukan memang polis akan bertindak. Maka terjadilah perkara2 yang tidak diingini. Punca utama demo ni bagi aku, para pelajar tersebut mempertahankan Adam Adli dari dikenakan tindakan pihak pengurusan UPSI dan membantah AUKU. Setiap tindakan sudah tentu ada akibatnya...jadi bak kata pepatah 'Berani buat berani tanggung laa"
Tag : ,

Review ringkas Sambutan Tahun Baru 2012 di Shah Alam bersama Ustaz Azhar Idrus

Mencatat sejarah. Itulah dia cara sambutan tahun baru 2012 di Shah Alam bersama Ustaz Azhar Idrus malam tadi. Pertama kali, dengan cara yang tersendiri, sambutan yang dipanggil Jom Santai bersama GEMS itu memang tersangat menarik sehingga penuh ruang di Dataran Shah Alam. Aku kira lebih kurang 10 ribu juga yang hadir pada malam tu. Aku dan famili tiba lewat sikit, dalam jam 10.30 malam...tu pun setelah tawaf 2 kali area PKNS tu.

Unik, lawak dan santai. Itu yang aku rasa pada malam tadi. Mungkin juga penonton lain yang hadir turut merasa demikian. Paling unik bila Ustaz Azhar Idrus menunjukkan skill beliau dengan bermain gitar. Zizan lak jadi tukang karut nyanyi. Memang rasa macam tonton Maharaja Lawak Mega la pulak...hehehe

Jam detik 12 malam, tidak seperti biasa yang aku tengok sebelum ni. Acara dimulakan dengan membaca (beramai2) Asma ul Husna, diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Azhar Idrus. Tiada bunyi2an mercun dan juga jeritan "Selamat Tahun Baru" yang ada hanyalah takbir dan puji2an buat yag maha esa.

Pada aku, ini merupakan satu usaha yang baik dan patut dipuji oleh kerajaan negeri Selangor Darul ehsan. Biarpun di Icity ada "tawaran" yang berbentuk hiburan komersial yang lebih baik dan menarik, ditambah pula dengan kemasukan percuma. 1 Malaysia..penonton2 yang hadir malam tu juga membuatkan aku terkejut. Dari yang sedekat Shah Alam, Ampang, Kajang, hinggalah sejauh Kelantan dan Kedah turut mewarnai sambutan kali ini. Tahniah aku ucapkan kepada pihak penganjur. Memang berjaya sungguh sambutan tahun baru malam tadi tu....


Soalan terakhir Zizan kepada Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus main gitar elektrik

Soalan Zizan langgar lampu merah


Ustaz Azhar Idrus main gitar
Ustaz Azhar Idrus bermain gitar
# Dalam pada last2 minute tu, Zizan sekali lagi memohon maaf diatas ketelanjuran beliau didalam filem bebaru ni yang menyebabkan beliau telah dikecam hebat.
Tag :

T Shirt Ustaz Azhar Idrus Di Shah Alam - Sambutan Tahun Baru 2011

on 31 Disember 2011

Kolobrasi Grousiey PrintHouse dangan Ustaz Azhar Idrus telah memungkinkan t shirt jenama Ustaz Azhar Idrus dibuat. GPH merupakan pengeluar tshirt rock bagi Double Trouble dan juga Wings kini membuka booth di Shah Alam sempena Sambutan Tahun Baru 2012 di Dataran Shah Alam. Ramai sebenarnya yang mencari tshirt ini. Banyak juga mesej dan call yang aku terima sebelum ni bertanyakan t shirt ini, hari ni kepada mereka2  yang berminat dengan tshirt "Jom Gi Kuliah" boleh mendapatkanya secara terus disana. Pelbagai desigan tshirt yang lain juga ada disana...seakan "rock" tetapi mempunyai makna yang lebih baik.  Jangan korang tanya lak kat aku, "kenapa Ustaz Azhar Idrus buat semua ni?" gagap aku nak jawab kang..he3x!!!

Booth GPH di Dataran Shah Alam
tshirt jom gi kuliah
Contoh T Shirt Jom Gi Kuliah
# Jom reramai kita serbu dataran Shah Alam malam nih!!!!
Tag :

KSSR - Kurikulum Standart Sekolah Rendah, Fungsi dan Maklumatnya

on 30 Disember 2011

KSSR - Kurikulum Standart Sekolah Rendah, Fungsi dan Maklumatnya
Baru2 ni aku pergi ke sekolah anak aku yang bakal memasuki tahun 1. Aku dimaklumkan oleh gurubesar sekolah tersebut, satu modul baru iaitu KSSR akan menggantikan KBSR. Alamak, tercengang lak aku..pe ke mende lak KSSR tu. Zaman aku sekolah dulu, cuma ada KBSR je. Di sekolah tu ada disediakan brochure mengenai KSSR, tetapi agak kurang jelas, jadi aku mencari diinternet "Apa Itu KSSR"..dan aku dimaklumkan, KSSR tu telah dilaksanakan semenjak tahun 2011 lagi. Maknanya baru je tahun lepas dilaksanakan - nampak sangat aku ketinggalan.

KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.


Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik. KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.


Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).


Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.


Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan. Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.


Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.


Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.


Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.


Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.


KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.


Berikut adalah sejarah Kurikulum di Malaysia
1. 1983 - KBSR = Kurikulaum Baru Sekolah Rendah
2. 1993 - KBSR = Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
3. 2003 - KBSR = Semakan
4. 2011 - KSSR = Kurikulum Standart Sekolah Rendah

Kalau nak tau lebih lanjut, sila layari dokumen dibawah.
1. http://www.moe.gov.my/bpk/kssr_docs/01_Konsep_KSSR/Konsep%20KSSR.pdf
2.http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&Itemid=83
Tag :

Sambutan Tahun Baru 2012 - Shah Alam

Sambutan Tahun Baru 2012 - Shah Alam
Di Dataran Shah Alam, program "Countdown 2012" akan diadakan pada Jumaat malam dengan aktiviti Solat Maghrib berjemaah, sembang santai bersama Imam Muda Ashraf, Soal Jawab Agama bersama Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak. Manakala di i-City di Shah Alam, acara Ambang Sambutan Tahun Baru 2012 akan diadakan secara besar-besaran di bandar cahaya digital i-City, Seksyen 7, Shah Alam bermula 8 malam, Sabtu ini.


Sambutan Tahun Baru 2012 - Shah Alam

# Aku lak?? Hmm..ntah la...silap2 tak kemana2 kut...
Tag :

Dialog Antara Agama di Televisyen - Pandangan Anda?

Dialog Antara Agama di Televisyen - Pandangan Anda?
Dibawah ini adalah satu pandangan dari beberapa orang mahasiswa di negara kita. Sebenarnya aku juga bersetuju juga dengan dia orang tentang isu ini. Menyelesaikan isu agama bukanlah dengan menuding jari kemana2 pihak ataupun mengharapkan hanya satu pihak sahaja untuk menyelesaikannya. Duduk, berbincang secara terbuka adalah lebih baik dan pastinya mendapat perhatian dari ramai pihak termasuk yang bukan beragama Islam. Apapun terpulang kepada anda semua untuk menilai sendiri tentang isu ini. Salam Jumaat buat semua...adiozzz!!

Berdasarkan statistik bagi tahun 2000 hingga 2010, Malaysiakini melaporkan jumlah permohonan orang Islam untuk murtad adalah 686, manakala permohonan diluluskan ialah 135 orang. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) akan mengadakan program seperti kaunseling, kelas agama dan bantuan baitulmal untuk saudara baru bagi membendung isu murtad ini.

Namun timbul persoalan, mungkinkah isu murtad ini dapat diredakan melalui kaunseling, kelas agama dan bantuan baitulmal yang hanya difokuskan kepada saudara baru? Bagaimana pula dengan pendedahan tentang kefahaman Islam dalam kalangan umat Islam itu sendiri? Melihat kepada situasi ini, kami sebagai mahasiswa berpendapat, langkah lebih berkesan perlu diambil untuk mengatasi masalah ini supaya dapat menerapkan kefahaman Islam sebenar dan mengukuhkan akidah umat Islam. Sudah tiba masanya isu agama ini dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat.

Bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia, dialog antara agama merupakan jalan bijak untuk menangani isu dianggap sensitif ini. Justeru, kami mencadangkan dialog antara agama ini dibawa ke kaca televisyen supaya inti patinya dapat disampaikan kepada seluruh lapisan masyarakat di negara ini. Oleh yang demikian, jelaslah perbahasan agama ini perlu diadakan, sebagai contoh negara yang berfahaman komunis, Rusia bakal melancarkan satu saluran televisyen Islam bertujuan menggalakkan toleransi agama selepas ibu negaranya menyaksikan beberapa pertempuran berdarah sejak kejatuhan Kesatuan Soviet. Langkah kerajaan Rusia ini menggembirakan seluruh umat Islam di sana dengan harapan dapat memupuk semangat toleransi beragama.

Justeru, dialog antara agama adalah pendekatan terbaik dan merupakan tuntutan masa kini di Malaysia. Dialog seperti ini dapat mencari titik temu untuk mewujudkan persefahaman yang boleh diterima setiap agama. Bagi orang Islam itu sendiri, dialog ini adalah platform memperbetulkan salah faham yang wujud terhadap agama Islam, selain menepis segala dakwaan tidak benar. Segala maklumat dan fakta yang sahih dapat disalurkan. Program dialog antara agama ini sebenarnya kerap diadakan di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia. Namun, kami berasa penganjuran dialog seperti ini perlu disebar luas dalam kalangan masyarakat setempat, iaitu melalui siaran televisyen. Media elektronik merupakan alternatif saluran bagi menyampaikan atau membentangkan perbahasan antara agama secara terbuka.

Buku Enhancing The Understanding of Islam for the Media tulisan Anuar Ab Razak dan Abu Bakar Abdul Majeed, menekankan, televisyen sangat penting sebagai wadah memperbetulkan prejudis dan gambaran buruk mengenai Islam ciptaan Barat, orientalis dan musuh Islam yang tidak bersikap adil dengan umat Islam. Maka, seandainya dialog antara agama ini dapat disiarkan melalui televisyen, sudah pasti pemikiran rakyat dapat dicorak dengan ilmu dan perkongsian yang bermanfaat. Rakyat dapat membuat perbandingan dan penilaian secara tidak langsung mendorong mereka untuk mengkaji agama dengan lebih mendalam. Ia juga dapat membangkitkan rasa menghormati agama lain dan lebih menghargai agama sendiri.

Firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nahl ayat 125 bermaksud, “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-NYA dan DIA lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” Jelaslah bahawa Islam menggalakkan dialog dalam suasana harmoni dan baik. Di samping itu, penonton dapat berbincang atau berfikir secara intelektual tanpa rasa marah, sensitif dan emosi yang melampau.


# Syafinaz Zainuddin, Madihah Baharudin, Nur Rizwana Ishak, Siti Nazimah Daud (Pelajar Jurusan Bahasa Arab dan Komunikasi, Universiti Sains Islam Malaysia)



Sumber - Sinar Harian.com
Tag : ,

Bantulah Adik Ini - Tabung Harapan Annisa dan Annur

on 28 Disember 2011

Bantulah Adik Ini - Tabung Harapan Annisa dan Annur!!

Terima kasih kepada Pangkin4rest yang telah mewar2kan maklumat ini. Serius...aku tak tahu apa2 pun tentang adik ini. Bila aku masuk ke blog http://www.hope2walk.blogspot.com/, baru lah aku tahu dan faham cerita sebenar. Rasa sedih bila melihat anak2 kecil berjuang untuk meneruskan hidup. Aku harap kawan2 aku, silent reader atau sesiapa saja yang mampu dapat memberi atau menghulurkan sedikit sebanyak bantuan bagi merealisasikan Tabung Harapan Annisa dan Annnur ni. Tq.

ANNISA ‘PERGI’ SEBELUM SEMPAT KE HOSPITAL ERKANG
(dikeluarkan pada media pada 22hb Disember 2011)
Bantulah Adik Ini - Tabung Harapan Annisa dan Annur
Setelah hampir sebulan, kempen ‘Hope2Walk’ iaitu Tabung Harapan Annisa dan Annur dilancarkan bagi mengumpul dana RM500,000 untuk membawa sepasang cahaya mata aktivis gerakan massa dan kartunis, Ronasina (Mohd Affandi Ramli), hari ini salah seorang anak istimewa yang mengalami kecacatan Cerebral Palsy (Brain Injury / Lumpuh Otak) adik Annisa menghembuskan nafas terakhir sebelum sempat mendapat rawatan pemulihan awal di Hospital Erkang, Beijing, China.

Adik Annisa, 10 tahun dan adik Annur, 8 tahun dijangka diterbangkan ke hospital pakar di China untuk mengikuti program pemulihan fisioterapi dan latihan intensif selama 18 bulan sebelum menyambung rawatan pemulihan dan persekolah khas di Neuro Developmental Treatment Charity (BIRD), United Kingdom. Jenazah telah disembahyangkan di Masjid Jamek Kajang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang selepas waktu zohor.

Perjuangan adik Annisa dan adik Annur mendapat sokongan meluas di laman sosial termasuk facebook, twitter dan blog. Media massa dan elektronik turut memberikan liputan khas dengan kemunculan pasangan istimewa ini di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 pada sebalah pagi tadi dan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada jumaat lalu. Duta ‘Hope2Walk’, pemain bola sepak kebangsaan yang juga Kapten Pelita Jaya, Indonesia, Safee Sali akan pulang ke Kuala Lumpur dari Jakarta esok (23 Disember 2011) bagi menziarahi pusara adik Annisa. 
  
Bagi memastikan adik Annur dapat menyambung perjuangannya dan kakaknya Annisa untuk dapat bergerak seperti kanak-kanak normal yang lain setelah terlantar sejak lahir bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik, pasukan sukarelawan ‘Hope2Walk’ yang dianggotai oleh ibubapa pesakit Cerebral Palsy, aktivis masyarakat, karyawan, budayawan, sasterawan dan ahli media merayu sumbangan segera untuk mencukupkan dana yang hanya terkumpul sebanyak RM35,000 setakat hari ini supaya rawatan adik Annur dapat disegerakan selewat-lewatnya bulan Januari 2012. Pihak yang berminat untuk menyumbang boleh mengubungi sukarelawan Nashita Md Noor di talian 013 209 6373.


Allahyarhamah Adik Annisa

# Aku harap akan ada pihak2 korporat yang dapat membantu meringankan beban adik Annur sebelum terlambat. Sila masuk ke laman web yang aku linkkan diatas untuk maklumat lanjut. Terima kasih.
Tag :

Banjir di UiTM Shah Alam

on 09 Disember 2011

Puluhan kereta dan motosikal terbabit dalam banjir kilat di UiTM Shah Alam semalam. Kejadian berlaku di pintu masuk belakang, di petak tempat letak kereta UiTM International Convention Centre (UIC) selepas hujan lebat selama 2 jam. Nampaknya kejadian banjir kilat mula merebak selepas Kajang dinaiki air pada beberapa hari yang lalu. Memang semalam kat Shah Alam hujan turun dengan agak lebat dari pagi sampai la ke petang, tapi tak sangka pulak aku sampai ada kawasan di Shah Alam ada yang terkena banjir kilat. Gamaknya selepas ni kawasan mana pulak ehhh...kita tungguuu.....

banjir di Selangor

banjir di uitm shah alam

banjir kilat

Kredit to: NST, photo by Muhammad Naufal Muhammad Idris.
Tag : ,

LIMA 2011 ~ Ringkasan Berita 09/12/11

1. Wakil Pembangkang Masuk Kedalam Kapal Selam
LIMA 2011 yang berlangsung dari 06/12/2011 ~10/12/2011 kini semakin hangat. Dalam Kosmo hari ini, sejumlah 7 orang pemimpin pembangkang akan dibawa menaiki kapal selam KD Tun Abdul Razak di perairan Langkawi hari ini bagi merasai serta melihat sendiri keupayaan aset pertahanan negara ituMenteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, KD Tun Abdul Razak akan melakukan demonstrasi dan ujian menyelam dari Jeti Awana Porto Malai di sini pada pukul 3 petang. Kata beliau, pemimpin berkenaan ialah Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu, Timbalan Ketua Menteri I dan II Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan P. Ramasamy serta tiga Ahli Parlimen dari DAP, Pas dan Pakatan Rakyat. Aku harap mereka lepas ni akan lebih memahami situasi dan kurang menimbulkan isu keselamatan negara terutamanya berkenaan dengan kapal selam KD Tun Abdul Razak dan KD Tun Abdul Rahman sendiri.


2. Kontrak LIMA 2011
Lapan kontrak dan memorandum persefahaman (MoU), 3 Surat Setuju Terima (LOA) dan tujuh Surat Hasrat (LOI) bernilai RM2.305 bilion dimeterai pada hari ketiga Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2011 (LIMA '11). Ia sebahagian daripada 26 kontrak dan janji niaga dimeterai pada LIMA kali ini yang antaranya membabitkan penyelenggaraan pada aset dan perkhidmatan kerajaan, manakala separuh daripadanya adalah pembelian aset baru seperti diputuskan dalam Bajet 2011 dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).
Enam daripada lapan kontrak itu dimeterai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai hampir RM650 juta, manakala dua membabitkan pihak swasta bernilai RM500 juta. Kontrak ATM dimeterai dengan NGV Tech Sdn Bhd bernilai RM294 juta bagi pemerolehan dua unit kapal latihan untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd bagi pembekalan alat ganti, perkhidmatan penyelenggaraan, latihan dan sokongan logistik bersepadu skuadron PV ke-17 TLDM bernilai RM62 juta kepada TLDM.

Nazarul Corporation Sdn Bhd bagi pemerolehan pembekalan dan penghantaran peluru 76MM L62 high explosive point detonating fuze' (HEPD) kepada TLDM (RM27.336 juta); Zetro Services Sdn Bhd bagi penyelenggaraan, pembekalan Line Replaceable Unit (LRU) dan pembekalan alat ganti sistem persenjataan pertahanan udara jarak dekat Jernas untuk Tentera Darat RM16.5 juta. Kontrak tambahan berkaitan pembekalan, penghantaran, pemasangan, integrasi, ujian dan pentauliahan untuk lapan unit mortar 120MM sistem mortar untuk ATM bernilai 8.18 bilion euro (RM35.398 bilion) turut dimeterai ATM dengan TDA ARMEMENTS SAS dari Perancis; serta bagi program pengukuhan ekonomi berkaitan pembekalan dua unit kapal latihan untuk TLDM bernilai RM214.6 juta.(yang ni ada kaitan dengan lawatan pembangkang keatas kapal selam negara kot..he3x!!)

Kontrak swasta pula dimeterai Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD), anak syarikat Kumpulan Boustead dengan Rheinmetall Defence Electronics GmbH. Ia berkaitan pembekalan sistem pemunggahan kargo Airbus A400M, A380 dan A330 merangkumi pembuatan, pembekalan dan penyelenggaraan dan baik pulih (MRO) bernilai RM500 juta untuk 10 tahun. Kontrak swasta kedua dimeterai Atlas Hall Sdn Bhd, juga anak syarikat Kumpulan Boustead, membabitkan perjanjian dimeterai dengan W Giertsen Hallsystem AS dari Norway.

3. SU 30MKM Air Show
Seluruh warga Skuadron Sukhoi SU-30MKM Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) atau No. 11 Skuadron berbangga dengan ketangkasan juruterbang pasukan itu melakukan persembahan aerobatik sepanjang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011. Pegawai Memerintah No. 11 Skuadron, Kolonel Mohd. Asghar Khan Goriman Khan berkata, kebolehan anak-anak buahnya melaksanakan pelbagai muslihat berbahaya menyebabkan beberapa delegasi luar menyangka ia dilakukan oleh juruterbang Rusia.
"Apa yang para pengunjung saksikan dilakukan sendiri oleh juruterbang kami yang telah berlatih selama sebulan setengah. Ia merupakan penerbangan aras rendah untuk pertempuran jarak dekat. "Beberapa pihak luar meyangka ia dilakukan oleh juruterbang uji dari Rusia. Ia bukan penghinaan, tetapi menunjukkan mereka tidak pernah memerhatikan dengan teliti dan saya tidak tahu mana mereka dapat maklumat seperti itu," katanya ketika ditemui selepas pertunjukan udara LIMA 2011 di sini hari ini.

Persembahan selama kira-kira lapan minit itu menyaksikan, dua juruterbang TUDM, Mejar Mohd. Faizal Abu Bakar dan Mejar Hisham Che Khalid mempamerkan 11 muslihat berbahaya di ruang udara sehingga mendapat tepukan gemuruh penonton di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC). Semalam, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud memberitahu media mengenai beberapa delegasi serta wartawan asing yang mengatakan persembahan udara oleh pesawat Sukhoi TUDM dikendalikan oleh juruterbang uji dari Rusia.
"Setiap jenis pergerakan itu boleh dilakukan oleh mana-mana juruterbang TUDM kerana kami telah melalui pelbagai latihan dan beratus jam penerbangan. Jadi, anak Malaysia juga boleh melakukannya," kata beliau. Hisham pula memberitahu, jenis penerbangan paling berbahaya yang dilaksanakan mereka merupakan muslihat 'cobra' di mana kuasa enjin pesawat berada pada paras minimum dan ia memerlukan kerjasama erat kedua-dua juruterbang. "Dalam penerbangan selama lapan minit itu, ia seumpama kami berlari sejauh lima kilometer sementara bagi setiap daya tindakan graviti (daya-G), kami menanggung beban sebanyak lapan kali lebih daripada berat badan dan biasanya persembahan aerobatik mampu mencapai sehingga lapan G," jelasnya.

4. Team KRISAKTI

KRISAKTI yang diilhamkan kerajaan bagi memenuhi hasrat menubuhkan sebuah pasukan aerobatik kebangsaan. Pasukan tersebut merupakan usaha sama antara Kementerian Pertahanan dan juga sebuah syarikat swasta tempatan, Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd. (Aerotree). KRISAKTI terdiri daripada empat buah pesawat Extra 300L yang dipandu oleh dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dua juruterbang daripada Aerotree. Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad berkata, penubuhan pasukan aerobatik tersebut bukan hanya untuk LIMA tetapi ia juga akan digunakan ketika majlis sambutan utama negara seperti kemerdekaan dan sebagainya. "Kami tidak bekerjasama dengan Aerotree menubuhkan KRISAKTI semata-mata untuk LIMA. LIMA hanya diadakan dua tahun sekali sahaja. "KRISAKTI ditubuhkan adalah untuk memenuhi hasrat kerajaan yang mahukan sebuah pasukan aerobatik negara. Jadi, KRISAKTI akan terlibat dengan persembahan pada sambutan-sambutan utama negara. "Selain itu, mana-mana syarikat yang berminat untuk mendapatkan khidmat KRISAKTI dan mahukan pasukan tersebut membuat persembahan aerobatik boleh memohon daripada syarikat Aerotree dengan kadar bayaran tertentu," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Secara keseluruhannya, terdapat 11 buah pasukan yang membuat persembahan pada LIMA kali ini terdiri daripada tiga pasukan tempatan termasuk KRISAKTI dan lapan buah pasukan dari luar negara.
Selain KRISAKTI, dua lagi pasukan negara adalah daripada TUDM yang menggunakan pesawat Sukhoi SU-30 dan juga MiG-29N. Lapan lagi pesawat luar negara yang membuat persembahan terdiri daripada F16C milik Tentera Udara Diraja Singapura (RSAF), Eurofighter Typhoon (RAF), Mirage Rafale (Tentera Udara Perancis), F/A-18E Super Hornet (Boeing), AH6i (Boeing), Tiger Attack Helicopter (Eurocopter), Dornier 228-212 (Aeroangkasa Ruag) dan C-17 Globemaster III (USAF). Selain persembahan aerobatik, LIMA turut menyajikan pameran pesawat statik.

Kebanyakan pesawat yang dipamerkan merupakan pesawat generasi keempat yang tercanggih di dunia ketika ini. Terdapat 45 pesawat dari dalam dan luar negara digunakan untuk pameran statik berkenaan. Antaranya ialah F/A-18D, Hawk 108/208, MB-339CM, CN-235 dan SK-61. Pesawat dari luar negara yang terlibat pula adalah seperti KC-30A (RAAF), S-70B Sea Hawk (RSAF), EC145 dan Tiger HAD (Eurocopter), ATAK Team T129 dan Agusta AW149 (Agusta Westland).
Tag : ,

Gambar dan Video Supercar Accident di Jepun!! - Dah macam keta mainan la pulak.

on 08 Disember 2011

Gempak bila Supercar terlibat dalam kemalangan beramai2. Ni la yang terjadi di Jepun tempoh hari, 8 buah Ferari, 3 buah Mercedes, 1 Lamboghini, 1 Nissan Skyline dan 1 Toyota Prius terlibat dalam kemalangan. Fisrt time aku tengok kereta2 supercar ni accident beramai2, aku rasa dah macam kereta mainan la pulak. Kemalangan ni bermula bila seorang pemandu Ferari yang berumur 60 tahun cuba memotong kenderaan lain, tetapi tetiba hilang kawalan dan menjadi punca kemalangan beramai2 ni.

Jarang pemandu diJepun terjadi kes2 macam ni, biasanya diaorang ni bagus sikit bila kat jalanraya. Mungkin sebab bawak kereta power, ada ego sikit la kot. Tambah pulak, pemandu yang jadi punca tu berumur 60 tahun...Pada aku umur 60 tahun tu duduk kat belakang je laa...tak yah sesibuk nak drive lagi. Bayangkan kalau bawak kereta power...tapi yang tukang bawak tu sendiri pun dah segala2nya dah "bergegar"...he3x!! Ni semua nafsu punya pasal la nih....Orang banyak duit katakan....lantak pi depa laa.

Gambar dan Video Supercar Accident di Jepun!! - Dah macam keta mainan la pulak.





Sumber carian: Uncle Google

Tag :

Pic pengkebumian tentera Pakistan - 24 terbunuh dalam serangan NATO

on 30 November 2011

ISLAMABAD 29 Nov. – Perdana Menteri Pakistan, Yusuf Raza Gilani menolak untuk menjalankan ‘urusan seperti biasa’ dengan Amerika Syarikat (AS) semalam, selepas satu serangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) membunuh 24 tenteranya, Sabtu lalu.
Kejadian yang menyaksikan tentera Pakistan cuba mengehadkan kerjasama perang bersama AS di Afghanistan itu juga, menyukarkan lagi usaha AS untuk meredakan krisis hubungan dengan Islamabad dan menstabilkan rantau tersebut sebelum tentera asing berundur dari Afghanistan.
“Kami tidak akan menjalankan urusan seperti biasa. Kami perlu lakukan perkara lebih besar untuk memuaskan hati negara kami,” kata Perdana Menteri ketika ditanya CNN sama ada pihaknya mahu meneruskan hubungan dengan AS.
Tatkala serangan NATO telah mengalihkan perhatian dari apa yang disifatkan pengkritik sebagai kegagalan Islamabad memburu militan, kenyataan Gilani itu juga memperlihatkan kemarahan kerajaan dan tentera Pakistan selain tekanan yang dihadapi daripada rakyatnya.
“Kamu tidak boleh memenangi mana-mana perang tanpa sokongan ramai. Kami perlukan sokongan rakyat,” katanya.
Gilani berkata, hubungan itu jika diteruskan hanyalah atas dasar ‘saling hormat menghormati dan kepentingan bersama’.
Ditanya Pakistan ada menerima penghormatan tersebut, Perdana Menteri itu menjawab: “Buat masa ini belum”.
Sabtu lalu, seramai 24 anggota tentera Pakistan terbunuh dekat sempadan Afghanistan dalam serangan udara NATO, sekali gus mendorong Islamabad menghentikan penghantaran bekalan kepada NATO di Afghanistan. – Reuters

Salah satu check poit disempadan Pakistan

Demostrasi dari rakyat Pakistan terhadap NATO dan US


Contoh helikopter penyerang yang terbabit dlm serangan tersebut
Lori bantuan logistik untuk tentera NATO tersekat dipintu sempadan Pakistan






#Pihak US menyalahkan tentera Pakistan kerana mereka yang telah memulakan tembakan terhadap pasukan mereka diawal pagi, Sabtu lalu. Pakistan menafikannya dan membekukan kerjasama terhadap semua urusan NATO di pintu sempadan. Beratus2 lori bantuan tersekat di pintu lalauan tersebut.
Tag : ,

Festival Arirang - Korea Utara

on 29 November 2011

Seorang jurugambar dari Jerman telah berjaya meyakinkan pihak berkuasa Korea Utara untuk mengambil gambar di Festival Arirang, Korea Utara. Setahun masa diambil untuk meyakinkan mereka, rundingan terakhir dilakukan didalam stadium sewaktu berlakunya festival tersebut.
Arirang merupakan lagu rakyat yang popular di Korea Utara. Seramai 150,000 orang peserta dilaporkan mengambil bahagian. 20,000 orang pula ditugaskan memegang buku besar dan kad flip yang mampu menghasilkan imej yang menakjubkan. Peserta ditapis dengan ketat sehingga 4 bulan ujian di lakukan, hanya mereka yang benar2 layak sahaja dipilih. Jom layan gambar2 tersebut....

Sumber: Dailymail.co.uk

Festival Arirang - Korea Utara












Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved