Memaparkan catatan dengan label Isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu semasa. Papar semua catatan

Blog menghina Islam dibongkar Identitinya...

on 11 Ogos 2011



Sebenarnya  aku dah terlambat sikit dalam mengeluarkan entri nih...tapi tak pee laa ..., aku nak jugak keluarkan entri pasal Makcik Sitt ni....

Rasanya majoriti rakyat Malaysia tau akan kisah blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara nih...dah kepoh kat satu malaya pasal isu dia, siap kuar dlm paper lagi. Entri sebelum ni ade jugak aku keluarkan entri Makcik yang tak bape nak betoi nih kat Kisah mengenai Blog Anti Islam/Islam dihina lagi.

Akibat dari keceluparan mak cik tu yang tahap gaban..akhirnya satu pihak hackers yang dikenali sebagai Gaysec telah menggodam dan mendedahkan maklumat mengenai makcik giloz ini melalui fb/twitter dan blog....dan dibawah ni dikatakan rupa paras sebenar makcik tersebut...

Semoga selepas ni jika ada pihak yang cuba berniat "jahat" akan memikirkan sedalam2nya kesan perbuatan mereka itu. Harap pihak yang berkenaan akan membuat tindakkan yg tegas terhadap perkara sebegini. Untuk pengetahuan semua, setahu aku blog makcik tu dh ditutup dahhh...so tak yah nak carik2 lagi yerr....yang aku tau skg ni dia cuma aktif kat twitter ngan fb je.

Blog menghina Islam dibongkar Identitinya...
Inilah gambar yg dikatakan Makcik Sitt tu, tengah hangat disebar didalam internet skg

Blog menghina Islam dibongkar Identitinya...
Screen shoot page MakcikSitt yg telah aku ambik....
Gaysec juga dikatakan telah membocorkan rahsia Makcik tersebut dan dikatakan Nor Arlene adalah orang yang bertanggungjawab . Segala data milik Nor Arlene telah didedahkan.... dari nama,ic,alamat dan no phone...pehhh kira hebat gak la Gaysec ni yekkk....



Gambar Nor Arlene satu ketika dahulu .....
Bukan tu saja, printscreen tulisan Nor Arlene di akaun f/b juga telah dibuat .....


Perhatikan perkataan pertama dr Azwan Ismail ......

Beliau juga dikatakan mempunyai blog lain (purplepearl)..dan penyokong tegar BERSIH 2.0

Antara melayu lain yg mengaku tidak percayakan Allah S.W.T

Sah2 muka yg sama dgn blogger bersih  tuhh....
Nor Arlene Tan bt Khalid membuat laporan kpd polis berikutan pendedahan Gaysec
Juga dikatakan Nor Arlene telah membuat satu laporan polis berkenaan isu ini. Dan pada aku mmg elok jugak la tu..selain dari nak membersihkan nama dia yg dh terjejas teruk...sekurang2nya polis akan membuat siasatan punca perkara ini terjadi. Insyaallah, Makcik Sitt tu akan terkantoi juga nanti, tunggu je la masanya. Kalau anda nak kan maklumat/info yg lebih detail...sila la layari blog tinggalkan 1 peluru

Tag :

Rusuhan di UK- Kerana seorang, satu negara huru hara..

on 10 Ogos 2011



Perusuh mengambil kesempatan ke atas kematian seorang lelaki dipercayai ditembak oleh pihak polis Metropolitan London, mengakibatkan demonstrasi aman bertukar menjadi keganasan dengan gedung perniagaan menjadi mangsa kebakaran akibat letupan bom petrol.

Keganasan tercetus setelah perusuh membantah sikap pihak berkuasa menembak Mark Duggan yang berada di dalam teksi, turut dipercayai anggota kongsi gelap di kota London.



Suruhanjaya Bebas Aduan Polis melaporkan pihak polis menahan teksi yang dinaiki Duggan dan tembakan dilepaskan ke arah beliau. Walaubagaimanapun, suruhanjaya tersebut tidak menyebut siapa yang melepaskan tembakan dan mengapa teksi berkenaan ditahan.

"Kematian Mark Duggan amat dikesali," ujar Komander Adrian Hanstock dalam satu kenyataan di sidang media. "Peristiwa tersebut adalah suatu tragedi ngeri, namun itu tidak memberi hak kepada penjenayah untuk memusnahkan perniagaan di sini."

Perusuh mengambil kesempatan dengan membakar kenderaan polis, bas dan bangunan awam sebagai tanda protes kematian Duggan. Perusuh juga turut melontar bom petrol dan batu ke arah polis setelah sekatan jalanraya dilakukan.

"Rusuhan yang berlaku malam tadi di Tottenham tidak boleh diterima sama sekali," kenyataan rasmi dari Downing Street (kediaman Perdana Menteri). "Tidak ada justifikasi tindakan keganasan terhadap polis, awam dan kerosakan harta benda."
Bantahan terhadap pembunuhan Duggan bermula secara aman pada malam Sabtu apabila 30 rakan mendiang serta ahli keluarga berkumpul diluar balai polis Tottenham untuk menyampaikan memo bantahan.

"Tidak ada petunjuk menandakan bantahan akan bertukar menjadi keganasan dan kejadian jenayah. Kami percaya ada ada unsur-unsur luar yang mengambil kesempatan untuk menguru-harakan keadaan dan tindakan keganasan ke atas polis, pihak bomba dan kerosakan harta benda," kata Hanstock.

Tambah beliau, pihak polis telah memperolehi pita video rakaman pengawasan sulit insiden tersebut dan berjanji untuk membawa perusuh yang terlibat ke muka pengadilan.


Ferry Lane, Tottenham Hale, location of the shooting


#Difahamkan Mark Duggan adalah pengedar dadah dan gangster dikawasan tersebut. Nampaknya nasib penjahat dibela rakyat disana...hehehe...Rujuk di wiki..

The death of Mark Duggan (15 September 1981 - 5 August 2011) occurred during a police interception in Tottenham, London, England. Duggan, an alleged drug dealer and gang member, and father of 4 was shot and killed by police officers in an armed confrontation. His shooting was mentioned as a trigger factor in the 2011 London riots.
The Metropolitan Police had stopped a minicab which was carrying Duggan as a passenger. The independent police watchdog said it appeared a police officer was shot first before police returned fire, however it was later confirmed that it was indeed the the police officer who fired the first shot and not Duggan. Friends and relatives of Duggan claimed that he was unarmed.
However, tests on the weapon that was found on Duggan revealed that the replica pistol had been converted to fire live ammunition. The media reported that a bullet was found embedded in a police radio, implying Duggan fired on the police.
The Guardian reported that initial ballistics tests on the bullet recovered from the police radio indicate it was a hollow-point bullet, which is consistent with those issued to police.
Police who shot Duggan were part of Operation Trident, a London Metropolitan police unit which deals with gun crime in black communities.

Dan disebabkan rusuhan gila di london juga seorang pelajar Malaysia cedera dipukul dan dirompak. Alhamdulillah, keadaan pelajar tu stabil. Kat bawah ni ader video tu...mlm td kat tv3 pun ade disiarkan berita ttg pelajar mesia nih.

Walaupun kita nak kata derang kejam, jahat tapi bukan semuanya begitu...dan golongan yg terbabit tu pun nampaknya golongan muda...apepun terima kasih kepada mat salleh yg upload video nih.

Tag :

Wordless Wednesday- Motif bila kertas soalan mcm ni kt dlm Gereja?


Wordless Wednesday....




Tag :

Iklan kereta Jepun di Israel melanggar kanak2 Palestin

on 08 Ogos 2011



Sungguh brutal, sebuah iklan kereta Jepun di Israel mempromosikan aksi melanggar lari terhadap anak-anak Palestina.

Sebagaimana dilaporkan kantor berita Xinhua, iklan komersial yang diterbitkan dealer Subaru di Israel itu, menampilkan adegan foto lalu, ketika seorang pemukim Israel menyerang dua anak Palestina dengan keretanya di kawasan permukiman Silwan, Yerusalem Timur.

Tak hanya itu saja, iklan mobil Subaru itu juga memasang ungkapan bernada provokatif dalam bahasa Ibrani di sudut kanan gambar, berbunyi: “Kita akan lihat siapa yang dapat bertahan menghadapimu”.
Menanggapi iklan tersebut Otoritas Ramallah pimpinan Mahmoud Abbas menyebut promosi tindakan agresif sebagai iklan kotor dan ajakan terbuka untuk melanggar anak-anak Palestina hingga terbunuh.

Akibat serangan langgar itu, dua anak Palestina berusia 10 dan 12 tahun menderita patah kaki. Penyerang kedua budak Palestina itu bernama David Be’eri, seorang direktur jenderal Elad, sebuah perusahaan pengembang real estat garis keras. Perusahaan itu gencar memujuk orang Yahudi untuk pindah ke lingkungan padat di Baitul Maqdis Timur.

Baitul Maqdis Timur merupakan bagian dari wilayah Palestina, yang diduduki Tel Aviv pada tahun 1967. Rencananya kawasan tersebut bakal dijanjikan sebagai ibukota negara Palestina di masa depan.

Berita ni asalnya aku dapat kat:
http://islamtoday.wanwidget.com/2011/04/sadis-iklan-israel-promosikan-melanggar-budak-palestin/#comment-159


Kemudian aku cuba cari di Youtube...dan anda saksikanlah sendiri apa yang sebenarnya telah terjadi. Kemungkinan iklan ataupun gambar diatas adalah gambar dari video dibawah.
Dan video ini juga menjadi saksi kekejaman bangsa Yahudi/Israel terhadap kanak2 Palestin.

Tag :

Barbican halal lorrr...

on 22 Julai 2011

Kosmo hari ni menyatakan Majlis fatwa Kebangsaan telah memberi keputusan terhadap minuman yang menjadi persoalan kebelakangan ini. Alhamdulillah..hilang rasa ragu~ragu aku. Mana taknya sebelum ni, pernah aku dan kengkawan berkongsi beli minuman ni sampai berbelas botol....
Anak2 aku pun suka gak minuman ni....selama ni aku diam jerr bila isu ni timbul. Bila MFK dah bagi keputusan....kirenya lega jugak laa.....hehehe
Ini siaran akhbar kosmo hari ni...

Minuman malta Barbican bukan arak


AIR minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican kini boleh diminum umat Islam.



KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.
Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.
Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.
Jadi, minuman itu didapati tidak memabukkan dan dibolehkan meminumnya bersesuaian dengan keputusan muzakarah sebelum ini.
Menurut surat itu lagi, muzakarah juga menasihatkan pihak pengeluar minuman tersebut tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna khususnya umat Islam.
Kosmo! sebelum ini melaporkan minuman tersebut menimbulkan isu kerana mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.
Tag :

Jom Follow Aku....Isu Asteruk, PPIM bersuara!!

on 30 Jun 2011

Kita dikejutkan lagi dengan isu Asteruk yang mahu menaikkan yuran langganan kepada pengguna bermula pada 11 Julai 2011. Aku yakin majoriti rakyat dan rakan blogger juga (terutamanya yg dah berkeluarga) memiliki siaran Asteruk. Kenapa?? Pastinya kerana semua mahukan gambar yang terbaik untuk tv mereka. Paling teruk pun, aku "kompom" mereka akan mengambil pakej Asteruk yang paling murah. Setahu aku pengguna Asteruk kini berjumlah 2.5 juta (ramai giler tu), kini mereka terpaksa menerima "kesan" kenaikan harga  siaran. Dalam nak tak nak, kita seakan dipaksa untuk memilih, (dah tak de saingan katakan) saluran berbayar yang sangat mahal kosnya ini. Status selama 20 tahun hak siaran ekslusif (sehingga 2017) yang diberi oleh kerajaan nampaknya memang dipergunakan semahu2nya oleh perbadanan ini.

Keuntungan kumpulan ini pada tahun 2009 ialah RM650 juta (sebelum cukai) dan tahun 2010 pula adalah sebanyak RM800 juta (juga sebelum cukai) Nampaknya jumlah yang sangat besar ini tidak memuaskan hati pentadbir mereka. Mungkin target mereka pada 2011 ialah keuntungan yang 2 kali ganda dari tahun 2010, sebab tu kita boleh tengok iklan yang agak bersepah didalam siaran mereka sekarang. Nak untung lebih katakann.....So, kita bayar tuk siaran iklan juga la yekkk...hahaha

Sebagai pengguna, kita mengharapkan pihak kerajaan mengambil tindakkan terhadap bantahan dan rakyat, Malangnya tiada apa pun yang dilakukan oleh kerajaan. Kita dok harap2 supaya pihak  KPDNKK akan bertindak, tapi tak jadi apa pun....nampaknya istilah "Rakyat didahulukan"  hanyalah satu manisan mulut para pemimpin untuk rakyat yang sering terngaga kerana isu kenaikan kos yg tak pernah dapat diselesaikan. Rakyat kian terhimpit kerana kesan kenaikan kos... hari demi hari..namun siapa yang peduli??

PPIM telah bersuara, sama ada anda mahu melakukannya atau tidak, terpulang kepada diri anda. Mungkin anda juga mempunyai cara tersendiri untuk "memboikot" Asteruk. Aku pun rasa2nya akan mengambil tindakkan sendiri untuk memboikot.....mungkin dengan memotong "bajet" dan mengambil pakej yang paling asas sahaja, pakej family. Cukuplah...aku dah tak lalu nak bayar yuran yang semakin lama semakin naik nih..Bermula dengan pakej RM49.90 kini pakej tersebut melompat kepada RM82.95. Hmmm...bape % yek kenaikkan harga tu...:)

Melalui surat tawaran terbaru mereka, pakej Super Pack berharga RM125 (kononnya bernilai RM175.85) dengan penjimatan sebanyak RM45.85 diharap mampu memberikan rasa teruja kepada aku. Rasa teruja?? hahaha korang buat  lawak ker Asteruk?? Minyak naik, makanan naik sapa nak tanggung?? Pas tu ko nak suruh aku layan yang lagi mahal, banyak cantik muko korang!!! Ko ingat aku tengok ke semua cerita ulang tayang yang korang tu? Mmmennggonggg!!!!
Hahaha...sesekali "kene" lepaskan jugak rasa yg terpendam dalam hati nih.

P/s: Gamaknya dah berapa kali kenaikkan yang pihak Asteruk ni buat yekk? Kata canggih...tp bila kene hujan sikit jerr...semua "blur"...macam ni pun ni nak kasi naik rega lagi???





PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
No. 70X Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-425 77 222 Faks: 03-4256 6617
Hotline: 019-359 1000 Laman Web : www.muslimconsumer.org.my


KENYATAAN MEDIA 27hb Jun 2011 PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM):
Boikot Astro! Kerana Pentingkan Keuntungan Lebih Daripada Pengguna

Merujuk kepada kenyataan media PPIM betarikh 17hb Jun 2011 mengenai kenaikan harga dan kualiti perkhidmatan Astro dan juga kenyataan media oleh En. Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro bertarikh 24hb Jun 2011 di Star bertajuk Price revision is ‘inevitable’, PPIM amat berdukacita pihak Astro tidak berganjak daripada keputusannya menaikkan harga pakej langganan berkuatkuasa Julai 2011 walaupun mendapat desakan daripada beberapa Persatuan-Persatuan Pengguna dan juga Kementerian berkaitan untuk tidak berbuat demikian.

PPIM kesal dengan sikap Astro yang tidak prihatin langsung terhadap rungutan pengguna yang rata-rata tidak bersetuju dengan notis kenaikan harga berkuatkuasa Julai 2011. Ini berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankan PPIM di laman blog www.muslimconsumer.org.my. Sikap demikian mencerminkan keperibadian Astro yang bertentangan dengan semangat 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan yang diperjuangkan Kerajaan.

PPIM ingin menyedarkan semua pengguna, Astro hanya berminat untuk mengaut keuntungan daripada pengguna yang tidak mempunyai pilihan kerana siaran TV berbayar melalui SATELIT DIMONOPOLI ASTRO selama DUA PULUH (20) TAHUN. Rungutan dan keperluan pengguna kepada perkhidmatan yang berkualiti tidak diendahkan Astro kerana tiada persaingan.

Pihak Astro pula sentiasa menyalahkan syarikat TV berbayar lain atas kenaikan kos kandungan sedangkan pihak Astro mempunyai sumber kewangan yang kukuh hasil daripada lesen monopoli tv satelit yang dinikmati selama ini untuk membida kandungan pada harga yang amat tinggi berbanding pihak lain.

Setelah hampir sepuluh (10) tahun mengaut keuntungan berlipat ganda hasil daripada langganan pengguna dan juga hasil iklan TV, pihak Astro telah menunjukkan keangkuhannya dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga langganan tanpa berbincang dengan pihak berwajib.

Memandangkan pihak Astro tidak mengendahkan tuntutan pengguna melalui PPIM yang dibuat pada kenyataan media bertarikh 17hb Jun 2011, PPIM menggesa semua pelanggan dan pengguna Astro bersatu dan memboikot ASTRO sehingga mereka akur kepada  tuntutan-tuntuntan tersebut.

Pada fasa pertama ini, PPIM akan bertindak melalui ahli-ahlinya dengan:
1. Tidak membayar bil langganan bulanan Astro selama tiga (3) bulan  berturut-turut;
2. Memboikot produk dan perkhidmatan para pengiklan yang mengiklan di Astro melalui kuasa pengguna yang sedia ada; dan
3. Menuntut Kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)dan Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) mengambil tindakan untuk membela hak pengguna melalui pelbagai Akta sedia ada seperti Consumer Protection Act 1999 dan Communication & Multimedia Act 1998.[end]

 Anda juga boleh melayari dan melakukan undian anda di laman PPIM disini:
1. http://www.muslimconsumer.org.my/v2/
2. http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/
Tag :

ANTARA GAMES YANG MENGHINA ISLAM

on 05 Jun 2011

Info ni aku dapat dari Tranungkite Online, btw aku sebenarnya bukan lah peminat games. Jadi sebenarnya aku tak berapa pasti corak games yang disenaraikan dibawah ini. Apepun entri ni hanya bertujuan berkongsi maklumat sahaja.


Satu masa dahulu, aku pernah juga "gila" pada satu games (masa bujang yoo), rasanya sumer tau kot tentang game ni......Starcraft. Yup. Starcraft...aku masih ingat, time tu aku tak de pc lagi, jadi dok layan dengan kengkawan aku kat cc (Cyber cafe) je laa..5/6 jam layan games kat situ dah jadi perkara biasa...he3X!!  Bila bercerita tentang games nih, teringat aku pada satu negara yang memang gila kat permainan Starcraft ni..Korea. Kat sana sampai ada team yang ditaja korporat besar semata mata nak layan games ni ....Namun begitu, pada pandangan aku ada diaorang ada sebab tersendiri kenapa derang masih layan strategik games tu ...Opss...tak yah bebanyak citer pasal Starcraft.


Berbalik kepada entri asal iaitu "antara games yang menghina islam" satu je pesanan aku kat kalian....Buat kengkawan yang beragama Islam, seandainya korang salah sorang diantara ribuan peminat  games kat bawah ni...sebaik2nya korang berhenti je la dari main games tu. Banyak lagi games yang boleh korang layan. Jangan terlalu taksub sangat dengan games tu sampai keluar isu2 camni korang masih buat "dekk" je. Meh la kita sesama boikoit games yang dah disenaraikan dibawah ni...
(Andainya ade rasa was2 didalam hati kamu...maka meninggalkannya adalah jalan yg terbaik)

1. DevilMay Cry
2. Clive Barker Undying
3. Zack and Wiki
4. Prince of Persia
5. Counter Strike Condition Zero deleted scene
6. Stronghold Crusader
7. Guitar Hero 3 Legends of  Rock





1. DevilMay Cry yang menghina Islam

Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah. Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah. Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.




Hassan Mahmud Al-Hafiz

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.





Pintu Kaabah yang ditojolkan sebagai Pintu terakhir untuk menemui ketua syaitan

Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

Dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Di akhir babak, karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".


Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut

Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?

2) Clive Barker Undying


Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan, di dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapat nama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.


Berita mengenai permainan ini dirampas:

Permainan Undying dirampas kerana hina Islam
Perisian permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh mempengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

3) Zack And Wiki


Luahan dari seorang gamer Wii:


"Sebagai seorang gamer Wii, saya melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Pelik dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain."

Tindakan yang dibuat:

The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

4) Prince Of Persia



Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)


"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita bermain game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan apa yang mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes


Di dalam game ini kita mesti menembak askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita menembak askar tersebut, kita boleh dengar askar yang terkena tembakan menjerit "ALLAHUAKBAR" dan "JIHADD".

6) Stronghold Crusader


Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.

7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock


Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.


Lihatlah bagaimana kalimah Allah ini telah dijadikan corak lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.

Jika kita tidak teliti, kita tidak menyedari kalimah Allah SWT ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasrani untuk menyesatkan dan mempermainkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.
Tag : ,

Video isu Lynas oleh Ryan Albrey...

on 28 Mei 2011

As salam semua, malam semalam semasa aku buat bw, tetiba jer aku terjumpa video youtube berkenaan isu Lynas ni di blog saudara Titan, (pssttt...brader ni pakar buat duit online woooo). Video tu dibuat oleh Ryan Albrey seorang warganegara Australia.

Aku dah tengok video tu, memang mat salleh ni boleh dikatakan agak fasih dalam berbahasa melayu. Respek jugak aku ..tapi tang ayat yang last tu tak bape nak syok sikit sebab guna sentimen politik. Serius, aku tak minat sangat tentang politik tapi tak le sampai tak ambil tau langsung. Aku rasa sepatutnya isu Lynas ni tak perlu sampai dipolitikkan kerana ini adalah isu yang bakal menentukan masa depan rakyat terutamanya di negeri Pahang itu sendiri.

Ape pun kalau mat salleh ni sanggup buat video edisi bahasa Malaysia, apa kata orang kita plak...sejauh mana anda bersetuju dengan beliau....


Aku cuba google sapa tu Ryan Albrey, dan menerusi wikipedia aku terjumpa nih....

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Apa khabar! Saya orang Australia. Saya duduk Kuala Lumpur sudah enam belas bulan. Saya kerja sebagai tukang animasi untuk syarikat yang membuat animasi mutu saaaaangat rendah untuk RTM TV.
Mungkin tak lama lagi aku nak balik ke tanahairku. Saya memang suka Malaysia. Makanan lebih sedap (walaupun kurang sihat), perempuan lebih cantik (awek saya yang paling cantik, dia sebab saya datang malaysia dahulu), cuaca lebih menarik, budaya ada lebih kedalaman dan keindahan kawasan sekeliling yang tidak terkata. Tetapi saya rindu kepada Ibu, Bapa dan adik berdua saya. Lagipun di Malaysia ini susah nak cari makan kecuali mempunyai syarikat sendiri. Kalau berkerja untuk majikan tentu tak akan untung. Di Australia beza sangat. Kalau saya kerja sebagai tukang animasi dalam Sydney, saya boleh minta (dan berjaya mendapat) gaji mungkin AU$1000 seminggu. Itu lebih kurang 6 kali lebih besar dari gaji saya dapat sekarang.
Tetapi saya akan terus kenal orang Malaysia dengan laman macam Wikipedia. Selepas membaca ini, para pembaca sudah tentu menyedar saya tak pandai sangat dengan Bahasa Melayu. Seperti saya sudah menulis, saya baru duduk Malaysia, jadi bahasa saya belum lancar. Tapi saya rasa, tentang Wikipedia, perkara yang sangat penting, mungkin paling penting, Wikipedia patut layan orang dari seluruh dunia. Kalau wikipedia ada rencana Inggeris saja macam mana kita nak lindungi semua macam-macam budaya dalam dunia ni.
Akan menulis lebih sini apabila tentukan apa patut menulis! :) Jumpa lagi!

Projek ni khabarnya sedang dalam kajian (setelah mendapat bantahan penduduk)...tapi pembinaan kilang Lynas yang berharga rm2,000 juta ni aku tak pasti la pulak camna statusnya...Ape yang pasti, kene tunggu selepas 3 Jun la jawabnya.....

IAEA Setuju Lantik Pakar Kaji Semula Projek Lynas
KUALA LUMPUR: Pasukan pakar yang dilantik oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), yang kini menjalankan kajian semula aspek keselamatan dan kesihatan kemudahan pemproses "rare earth" atau nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng, Pahang, akan melawat tapak projek dari 29 Mei hingga 3 Jun ini.
Ia adalah sebahagian daripada proses kajian semula itu.
Panel pakar itu dijadual menyiapkan laporan dan mengemukakan hasilnya kepada kerajaan pada akhir Jun.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengumumkan perkara itu hari ini berkata kerajaan bersikap telus dan akan mengumumkan kajian dan cadangan panel itu.
Beliau juga berkata import bahan mentah dari Austalia ke Malaysia tidak dibenarkan dan lesen praoperasi juga tidak dikeluarkan kepada Lynas sementera menunggu kajian itu diselesaikan.
Keputusan kerajaan adalah berasaskan hasil kajian serta cadangan pakar terbabit, kata Mustapa. "Kerajaan Mendahulukan Rakyat dan kami akan terus memberikan keutamaan dalam melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat dan alam sekitar sepanjang masa," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.
Keputusan kerajaan melantik panel bebas pakar-pakar antarabangsa untuk melakukan kajian semula itu dibuat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan.
Mustapa berkata objektif misi pasukan IAEA ialah untuk mengkaji semula pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antarabangsa yang relevan, dan amalan baik serta menyediakan pendapat pakar bebas mengenai isu-isu keselamatan, terutama yang berkaitan keselamatan radiasi.
Skop proses kajian semula itu meliputi pengangkutan, radiasi, perlindungan (pekerjaan, awam dan alam sekitar), penilaian keselamatan, sisa buangan dan menutup kilang dan memulihkan alam sekitar.
Mustapa berkata agensi misi kajian semula itu juga membabitkan sesi kerja pembukaan dan penutupan, pembentangan oleh pemegang kepentingan yang berkaitan serta lawatan tapak.
Pihak yang berminat termasuk penduduk dan kumpulan masyarakat, akan mendapat peluang untuk bertemu anggota panel itu. "Kami menjangkakan sekurang-kurangnya dua hari akan diperuntukkan untuk menemui orang ramai dan pemegang kepentingan," katanya.IAEA memilih lapan pakar untuk menganggotai pasukan itu.
Panel itu diketuai Dr Tero Varjoranta dari Finland. Beliau ialah Pengarah Bahagian Teknologi Sisa dan Kitaran Bahan Api Nuklear di Jabatan Tenaga Nuklear IAEA.
Pakar luar itu terdiri daripada Jan van der Steen (Belanda), Dr Leo M. Lowe (Kanada),Dr P. M. Balagopala Pillai (India), Dr Dennis Wymer (UK), Ulric Schwela (Finland).
Pakar dalaman IAEA pula membabitkan Dr Magnus Vesterlind (Sweden), Dr Horst Monken Fernandes (Brazil) dan Hanna Kajander (Finland), manakala Hiroko Raticliffe pula sebagai pembantu pentadbiran.
Semua ahli panel diperakui pakar dalam bidang masing-masing dan mempunyai kepakaran khusus terhadap isu yang berkaitan dengan perlindungan radiasi, penilaian keselamatan, pengurusan sisa, pengangkutan dan penutupan dan tindakan pemulihan. -BERNAMA


Kerajaan negeri merasa agak marah disebabkan bantahan demi bantahan yang diterima. Menerusi laman web rasmi kerajaan negeri Pahang, ada ditulis tentang isu ini [klik sini]

#Aku cuma berharap yang terbaik untuk semua, pada aku rasanya tak salah kalau kerajaan negeri atau persekutuan mencari projek yang lebih mesra kepada alam dan penduduk dari projek yang berasaskan tenaga atom atau sebagainya. Sesungguhnya, sehebat mana manusia itu, satu hari pasti mereka akan alpa....Satu lagi...
Jangan jadi macam kes Bukit Merah sudah...kos pembersihan pun cecah ratusan juta ringgit dan tambah malang bila ada yang dikaitkan dengan 8 kes leukemia dikalangan penduduk tempatan. Okeh semua, aku cuti 2 hari...kenduri kawen...hehehe
Tag : ,

Tarif elektrik ditentukan hari ini...

on 27 Mei 2011


Setelah dikejutkan (legaa) dengan pengumuman kerajaan tentang tiadanya kenaikan terhadap harga minyak  petrol RON95, Hari ini rakyat Malaysia kini ternanti pula berita berkenaan kenaikkan tarif elektrik.

PUTRAJAYA 25 Mei – Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak menaikkan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.
“Kerajaan tidak tetapkan jangka masa berapa lama harga ini akan dikekalkan tapi buat masa sekarang keputusan kerajaan ialah mengekalkan pemberian subsidi terhadap bahan bakar ini.

Telahan aku, tarif letrik tak naik lagi tahun ni disebabkan PRU yang semakin dekat....tapi tak tau laa...jika beberapa pekara seperti harga berat sebelah oleh  IPP (Syarikat Pengeluar Tenaga Swasta) yang dikenakan kepada TNB di ambil kira.....

CYBERJAYA 26 Mei – Majlis Ekonomi Kebangsaan yang bermesyuarat esok akan menentukan sama ada tarif elektrik perlu diselaraskan.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, mesyuarat Kabinet semalam bersetuju menyerahkan kepada Majlis Ekonomi Kebangsaan untuk membuat keputusan mengenai tarif elektrik.
‘‘Majlis Ekonomi Kebangsaan akan menentukan sama ada tarif elektrik yang baru akan diperkenalkan, mesyuarat akan melibatkan beberapa pihak termasuk dari Perbendaharaan, Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,” katanya.
Utusan Malaysia

IPP, adalah syarikat swasta yang membekalkan tenaga eletrik kepada TNB, bagaimanapun harga yang dikenakan kepada TNB agak mahal dan menjadi beban kepada TNB untuk menanggung segala kenaikkan berunsurkan gas asli,diesel dan arang batu.

Mantan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope telah menyatakan kepada umum bahawa beliau tidak bersetuju dengan harga yang terlalu mahal yang dikenakan oleh Syarikat Pengeluar Tenaga Swasta ke atas TNB.
Harga yang dicatatkan iaitu 13.7 sen sehingga 15.5 sen per kWh (kilowatt hour), harga yang dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB)adalah harga yang lebih mahal dari harga yang dihasilkan sendiri oleh TNB. Ini bermakna TNB dipaksa membeli elektrik pada harga yang tak sepatutnya.
Malahan harga tersebut ditetapkan sebagaimana dalam perjanjian, sepanjang membekalkan tenaga tersebut, harga yang dikenakan ke atas TNB berubah menuruti kadar terdahulu sekaligus membolehkan Syarikat Pengeluar Tenaga Swasta (IPP) mengaut keuntungan yang besar lebih awal.
Perjanjian tersebut juga telah direka untuk memastikan IPP dilindungi dari sebarang risiko kenaikan harga bahan api seumpama gas asli, disel dan arang batu, manakala jika berlaku kenaikan harga pada bahan api tersebut makanya TNB lah yang terpaksa menanggungnya.-SelangorKini. 


#Apapun sebarang kenaikan tetap memberi kesan kepada rakyat..Harap2 tak naik laa...penat dah dok tengok rega barang dan makanan naik mencanak2...:(
Tag : ,

25,000 burger [Big Mac] sejak 17may 1972

on 26 Mei 2011

Uishhh...gile laa, tu la pandangan pertama aku masa memula baca berita ni. 25,000 burger dalam masa 39 tahun? Aku rasa dia ni ada deria rasa yang pelik kot. Bayangkan kalau korang terpaksa memakan burger yang sama setaip hari sebanyak sebiji ataupun dua selama 39 tahun.... mau muntah hijau lorrr...
Kalau suruh aku, seminggu tu okeh lagi kot...masuk sebulan, mau "kembung" perut aku....hehehe..
dan berita baiknya, kolestrol beliau masih berada dibawah paras 200mg, iaitu 156mg/dl sewaktu beliau mendapatkan pemeriksaan doktor pada 26 April 2011.
So, tak yah cite bebanyak, kita ikuti berita kat bawah ni...


WISCONSIN: Seorang pesara bekas pengawal keselamatan penjara mencatat rekod orang paling banyak makan burger Big Mac, produk keluaran restoran makanan segera McDonald’s. 

Don Gorske makan 25,000 burger itu sejak 39 tahun lalu. Dia diberi penghormatan dalam majlis di kampungnya, Fond du Lac, Wisconsin. Sebagai pelanggan setia McDonald’s, Rekod Guinness World mengiktiraf pencapaian Gorske selama tiga tahun dan 2,000 Big Mac yang dimakan dalam tempoh itu dan lelaki berusia 57 tahun berkata beliau tidak berniat berhenti makan burger itu. “Saya bercadang makan Big Mac sampai mati. Saya tidak akan mengubah selera saya. Ia masih menjadi makanan kegemaran saya. Tiada berubah sejak 39 tahun lalu. Saya memang menanti untuk makan burger itu setiap hari,” katanya. 

Sebelum makan burger ke 25,000 itu, beliau turut menunjukkan beberapa jenis kartun dan cerita mengenai Big Mac dikumpul sejak beberapa tahun lalu. 

“Sudah masuk tujuh tahun sejak burger ke 20,000. Benda sama akan saya lakukan. 

Mungkin mengambil 16 gigitan untuk habiskan burger ini,” katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh orang ramai yang hadir menyaksikan majlis itu. – AP


Don Gorske ketika memakan burger yang ke 20,000 pd 19 July 2004

Ketika memakan burger yang ke 25,000 pd 17 Mei 2011

Burger yang ke 18,000 pada 6 Nov 2001


# Ade sesape yang nak lawan rekod dia? Bole masuk kat World Record wooo....Hehehe.....
Tag : ,

Blog Anti Islam ~ Islam dihina lagi...

on 25 Mei 2011

Assalamualaikum semua sahabat dan juga selamat sejahtera kepada yang bukan beragama Islam.
Hari ni yas nak kongsi sikit tentang satu blog, yang secara terangan melakukan provokasi tehadap agama Islam. Paper Utusan juga ada memuatkan isu blog ini.

Dikenali sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, sememangnya blog berplatformkan wordpresss ini sengaja mencari masaalah dengan kenyataan dan gambar yang secara terangan menghina Islam dan nabi Muhammad S.A.W

Tidak diketahui siapa pemiliknya yang sebenar, diharap blog seumpama ini diambil tindakkan yang keras oleh pihak yang berkenaan. Semoga ianya menjadi pengajaran kepada pihak yang sengaja mencetuskan suasana tidak sihat di negara ini.


Tagline yang menunjukkan betapa "kurang ajarnya" pemilik blog tersebut
Blog Anti Islam ~ Islam dihina lagi...
gambar yang sengaja mencetuskan kemarahan org Islam...

Blog Anti Islam ~ Islam dihina lagi...
Keseluruhan page Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

#Harap pihak SKMM segera bertindak.Last post Makcik tersebut adalah pada 24 Mei 2011....



Note: Bandwitdh kat umah dh abisss, tu yg slow sikit nihh.....
Tag : ,

Cerita sedih mangsa tanah runtuh

on 23 Mei 2011

KUALA LUMPUR: “Saya tarik tangan adik ketika kami lari menyelamatkan diri, tapi kaki adik tersangkut pada besi khemah dan dia jatuh. Saya tarik lagi tangannya tapi runtuhan batu mula menuju ke arah kami dan menimpa kepala adik.“Saya mahu mengorek tanah mencari adik, namun orang ramai menghalang. Saya terus menangis kerana hanya mampu melihat adik tertimbus di depan mata.” Demikian luahan Mohd Awie Abdul Latif, 11, menceritakan detik kematian adiknya, Mohd Riezman, 9, dalam tragedi tanah runtuh yang meragut 16 nyawa dan mencederakan sembilan penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat dekat sini, kelmarin.
Mohd Awie yang ditemui di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam berkata, sebelum kejadian pada jam 2.30 petang itu dia, Mohd Riezman dan kebanyakan penghuni lain berada di dalam khemah untuk melakukan persiapan bagi majlis serahan bantuan oleh seorang pegawai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
“Ketika itu, Riezman berada dekat dengan saya. Kemudian, ada orang menjerit supaya menyelamatkan diri kerana ada tanah runtuh lalu kami semua segera lari. Saya sungguh terkilan kerana tak sempat menyelamatkan adik,” katanya.
SEBAK...Awie yang sebak ditenangkan bapa saudaranya
di Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur, semalam.
 Sumber: myMetro

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, tiada kata2 yang mampu aku ucapkan melainkan takziah untuk kesemua mangsa. Menghadapi saat mencemaskan dan melihat sendiri adik beliau tertimbus dek tanah runtuh bukanlah satu pengalaman yang baik. Namun inilah ujian dari Allah yang sentiasa menguji kesabaran dan keimanan umatNYA didunia ini.

Terus terang aku katakan hampir menitik air mata aku bila membaca berita ini....
Sebagai umat Islam, marilah kita semua bersama bersedekah al fatihah untuk semua mangsa tragedi ini.
Al fatihah....
Tag : ,

Saida mohon cerai ~ terkantoi dalam kereta?

on 15 Mei 2011

Saida, kakak kepada penyanyi popular Dato Siti Nurhaliza yang dilaporkan memohon cerai fasakh dari suaminya dengan alasan "tidak hormat" kepada arwah bapanya.Hmmm..pelik sikit bunyinya kan... Selain dari itu antara alasan beliau ialah suaminya sering menyakitkan hati dan kerap mengongkong kehidupan Saida. Tapi itu adalah alasan satu ketika dahulu, tak mustahil alasan itu digunakan kembali. Aku rasa inilah point yang sebenarnya, semenjak jadi artis "mungkin" Saida sibuk melayan undangan dan jemputan sehingga kurang mengambil peduli suaminya  Mohd Ghazali dan juga anak2nya. Mungkin juga Mohd Ghazali melihat situasi rumahtangga mereka semakin "jauh" lalu cuba menyekat sedikit kebebasan Saida dalam industri hiburan, tambah pula ada orang ketiga yang cuba menggangu hubungan mereka...err, betul ke? ..mungkin!!

Tingginya kasih sayang Mohd Ghazali kepada keluarganya, beliau dilaporkan telah  beberapa kali membuat sessi kaunseling, namun hanyalah sebelah pihak sahaja. Keluarga yang mempunyai 4 orang anak ini dan telah bersama selama15 tahun semenjak 14 Dis 1966, lagi lama dari aku  siot.... Anak mereka yang sulung telah pun mencecah usia 14 tahun dan yang bongsu pula berusia 5 tahun.

Apa yang aku nampak, yang bakal menjadi mangsa adalah anak~anak. Anak2 bakal kehilangan kasih sayang ibu dan bapa. Kasih sayang ibu bapa bila dah berpisah tak akan sama, pasti anak~anak mereka juga tertekan dengan isu ini. Kesian tul laaa...

Dalam pada tu, Saida juga dilporkan terkantoi dengan suaminya apabila didapati berdua~duan dengan seorang lelaki didalam kereta. [Sumber] Perkara ini didedahkan oleh suaminya sendiri dan diakui oleh Saida ketika prosiding terbaru mereka.

Mohd Ghazali Yahya Zikri seterusnya mendakwa, dia pernah berjumpa Saida dengan lelaki tersebut yang bernama Hafiz Che Mat berada di dalam sebuah kereta di Balakong, dekat sini.
"Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya.
"Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.

Diharapkan usaha "terakhir" Mohd Ghazali untuk membawa Saidah pergi membuat umrah berjaya memberi sinar untuk mereka sekeluarga.

Gamaknya bila dah jadi artis memang kene jadi camni ker? Teringat aku kat kes Krisdayanti dan teringat pulak aku filem tahun 80an (kalau tak salah arahan Jins Shamsuddin, lakonan Latifah Omar kalau tak salah aku laaa) kisah seorang ibu yang cuba menjadi artis, meninggalkan suami dan anak~anak akhirnya hanyut didalam dunia seni bergelumang dengan dosa....Adakah jalan cerita ini hampir sama dengan dunia realiti di kehidupan sekarang? Wallahualam...

Saida; berbincang dengan peguam sambil diperhatikan kakak iparnya, Rozie Abd razak
Yang aku sibuk sangat nak cerita tentang orang ni pesal pe lak? Aku sebenarnya rasa kesian kat suami dan anak2 mereka. Tambah2 lak Saida tu org Lepih, adik beradik yang glemer, sama daerah ngan aku...harap2 mereka berdamai dan bersama seperti dulu. Buat Saida, jangan le "derhaka" kepada suami, apa2 masaalah bawak2 ler berbincang. Tak kesian ke kat anak2 kamu tu......tp kalo ko nak gak mintak cerai...lantakkk ko laaa......

# Haram bagi si isteri memohon cerai.....
Tag : ,

Osama Bin Laden terbunuh dalam serangan US

on 03 Mei 2011

Khabar berita Osama bin Laden terbunuh akibat serangan tentera elit US [SEAL dan Delta Force] diwar2kan dengan hebatnya. Seluruh dunia tertumpau kepada ucapan Obama. Serangan yang dilancarkan lebih dari 100 orang komando beserta 4 buah helikopter [2 Chinook dan 2 BlackHawk]. Bagaimanapun rancangan tersebut mendapat tentangan sehingga jatuhnya sebuah Blackhawak (anggapan aku) dan yang aku bertambah hairannya tidak seorangpun komando tersebut terbunuh. Hebat betul depa ni yekk...hmmm??


Rumah yg dikatakan tempat persembunyian Osama

Helikopter yang ditembak jatuh


Sementara tu diGround Zero US, rakyat US meraikan penuh meriah diatas kematian Osama Bin Laden.

Dalam keseronokan melampau mereka, BBC dan US Tv network telah tersilap melapor berita tersebut dengan tajuk "OBAMA is Dead", begitu jugak ngan selebriti Paris Hilton di laman twitter.......hahahaha...kalut sangat...bikin malu sendiri jerr..





Osama bin Laden dilaporkan dikebumi di lautan. Hmm, cepat betol yekkk...pas tu kebumi dalam laut lak tu. Awatnya? Depa tak nak kasi orang lain kesan badan Osama tu ke... Atau takut bila check DNA, sebenarnya itu bukanlah Osama Bin Laden? Wallahualam....
USS Carl Vison, kapal yg terlibat dalam pengebumian Osama

Laut Arab tempat "bersemadinya" Osama Bin Laden

Gambar mayat Osama didakwa palsu



WAJAH mayat Osama bin Laden yang tersiar di Internet dan digunakan oleh beberapa akhbar dan stesen televisyen dikhuatiri palsu.



JAKARTA – Wajah mayat ketua kumpulan Al-Qaeda yang berlumuran darah yang tersebar meluas di Internet dan dan disiarkan oleh agensi berita Associated French Press (AFP), lapor akhbar Kompas semalam. Stesen televisyen Pakistan menyatakan, kesahihan foto berkenaan masih belum dapat disahkan secara rasmi.
AFP memberitahu, kombinasi gambar jelas menunjukkan bahawa janggut dan bahagian bawah gambar berkemungkinan besar tidak asli dan dibuat dengan menggunakan teknik pertindihan gambar. Menurut AFP, terdapat kemungkinan foto mayat Osama (kanan) itu adalah palsu.
Tambah agensi berita berkenaan, kesahihan gambar mayat Osama dipertikaikan kerana raut muka dan janggut pada mayat Osama amat mirip semasa dia masih hidup. AFP tidak menyatakan sumber gambar mayat itu diambil. – AFP

# Tapi aku percaya, semua ni hanya konspirasi sahaja untuk Obama meneruskan cita2 beliau dilantik kembali sebagai Presiden US.
~Kosmo~
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved