Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan

ANGSA GANAS MENANG SUPER SPONTAN EDISI PERTAMA

on 01 April 2012

Kumpulan lawak Angsa Ganas telah berjaya menewaskan kumpulan Beruang Comel pada edisi pertama Super Spontan malam Jumaat yang lepas. Kumpulan Angsa Ganas diwakili oleh, Zizan, Nana Mahzhan, Tauke, Rahim R2, Suhaimi, Zahid dan Rizman. Manakala kumpulan Beruang Comel pula diwakili oleh Sathyia,Cat Farish, Johan, Yasmin Ali, Ropie, Bell Ngasri dan Sharul Shiro. Wang tunai sejumlah RM5,000 di minggu pertama telah diserahkan kepada keluarga allahyarham Din Beramboi. Pada aku kedua-dua yeam ni memang best, cuma kumpulan Angsa Ganas tu menyerlah sikit "lawak spontan" yang derang buat. Nampak natural gituew...dan yang bestnya, Super Spontan ni memperlihatkan hampir kesemua pelawak2 yang ada di Malaysia nih..memang lawak giler wehh...he3x - gelak sattt!!!

ANGSA+GANAS

Antara aksi yang paling best yang aku suka dalam edisi pertama Super Spontan ini adalah seperti video dibawah...memang pecah perut giler laaa...hahahaha




# Entri auto publish, aku ada carroom game minggu nih.[Grandprix carrom at UM]
Tag :

[PIC] LIYANA JASMAY BERTUNANG - PART 2

on 30 Mac 2012

Sambutan hangat silent reader kat blog YastroOnLine ni telah membuatkan aku membuat keputusan untuk menambah lagi gambar di majlis pertunangan Liyana Jasmay. Yup...kali ni part 2 la pula, ala-ala sekuel gitu...ha3x!!. Ada 5 keping gambar majlis pertunangan Linda Jasmay aku tempek disini. Semoga korang semua berpuas hati okey...Apapun kredit kepada Fan Page Liyana Jasmay. Banyak lagi gambar2 majlis pertunangan beliau dengan tunangnya Fathudin disana kalau korang nak tengok. Okeh, aku zasss duluk...!!!

[PIC]+LINDA+JASMAY+BERTUNANG

[PIC]+LINDA+JASMAY+BERTUNANG+PART+2





#Ternyata cerita/entri tentang artis tetap menjadi entri no 1, menjadi pilihan para peminatnya. Terima kasih kepada Nuriz kerana menegur kesilapan aku menulis nama Liyana Jasmay nih...isk..isk..
Seb bek tuan punya badan tak tegur...klau tak lagi haruuuu....:)
Tag : ,

GAMBAR LIYANA JASMAY BERTUNANG

on 29 Mac 2012

6_GAMBAR_LIYANA_JASMAY_BERTUNANG


Pelakon 3 Janji, Liyana Jasmay telah selamat melangsungkan pertunangan beliau dengan Fathuddin Mazlan,28, pada 28 March 2012 yang juga merupakan tarikh lahir Liyana sendiri. Aku seriously sesekali tu kena layan juga cerita 3 Janji ni sebab time cerita tu kuar kat tv... memang time tu la aku tengah dinner dengan keluarga aku. Kuasa veto yang pegang remote time tu ialah wife aku....he3x!! Layanzz...Drama nih, kalau ikut bintang, mungkin aku bagi dalam 3/5 la untuk cerita ni. 


RUMAH_LIYANA_JASMAY


Okey, siapa itu Fathuddin, tunang Liyana Jasmay nih? Dengar2nya dia seorang ahli perniagaan. Kira okey la tu kan. Majlis pertunangan tu telah berlangsung kat rumah si Liyana Jasmay di Kemensah Height dan derang dah pakat2 setuju nak bernikah pada 24 Januari 2013 nanti. errr...Liayan kata dia cuma bercinta selama 3 bulan je dengan si Fathudin nih? Tak pe laa...sehari ke, 2 hari ke, setahun ke...yang penting niat nak mendirikan masjid tu dah ada....Apapun semoga kalian berbahagia la yerrr....


RUMAH_LIYANA_JASMAY

ACARA_SARUNG_CINCIN

Bersama_Kelaurga_BAKAL_MERTUA







kredit - Ohbulan,mStarOnline,Gua.com 
[Gambar pertunangan Linda Jasmay Part 2 dah ready!], Pe kata kalau korang tengok entri Lelaki Kacak lagi mancho kat sini lak.
Tag : ,

[5] GAMBAR ABBY ABADI BERTUDUNG

on 28 Mac 2012


GAMBAR_ABBY_ABADI_BERTUDUNG
Gambar Abby Abadi bertudung - mediahiburan.karangkraf
Alhamdulillah, sekarang ni dah ramai artis yang mula berubah kearah satu kehidupan yang lebih baik,lebih damai dan lebih tenang. Hari tu cerita Enot dan Dania Amir bertudung, kini bertambah seorang lagi geng2 artis yang mengikut jejak langah positif ni. Aku suka dengan perkembangan terkini para artis, nampak banyak nilai positif dah dan aku juga akan buat entri berkenaan dengan artis sekiranya ianya tidak membawa nilai2 negatif. Kini seorang lagi artis, Abby Abadi telah bertudung sekembalinya dari Mekah. Info yang aku baca dari mediakraf telah melaporkan situasi terkini Abby Abadi...Semoga Allah terus memberikan rahmat dan hidayah kepada mereka2 yang telah berubah dan mahu berubah ini. Insyaallah.
Sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada 26 Mac lalu, pelakon popular Abby Abadi mengambil keputusan untuk terus berhijab. Katanya, keputusan untuk bertudung bukan kerana sudah mengerjakan ibadat umrah, tetapi menyedari ia adalah tuntutan sebagai seorang muslimah.

"Alhamdulillah, apa yang saya lakukan ini semuanya kerana Allah SWT. Ikutkan niat untuk bertudung sudah lama, Cuma saya tidak mahu lakukan atas desakan orang lain. Saya mahu perubahan itu biarlah daripada hati saya sendiri. Dan bila berada di sana, saya terbuka hati untuk terus berhijab bila pulang nanti.

"Saya juga bersyukur kerana sepanjang berada di sana segala ibadah saya dipermudahkan oleh-Nya. Saya rasa lebih tenang dan belajar banyak perkara yang mana sebelum ini saya buat sambil lewa sahaja. Saya rasa inilah satu-satunya peluang yang ada untuk saya perbetulkan apa yang kurang dalam diri saya," kongsi Abby yang menganggap pemergiannya ke Kota Mekah sebagai satu kenangan yang cukup indah.




Tag : ,

Mr BEAN DAH MATI, JADI HANTU POCONG


Mr Bean dah mati weii. Dia dah jadi hantu pocong da plak. Ha3x!! Macam mana la gamaknya ye bila Mr Bean melakonkan watak hantu pocong di dalam filem " Mr Bean Kesurupan Depe", sebuah filem dari Indonesia, Rowan Sebastian Atkinson ataupun lebih dikenali dengan Mr. Bean bakal bergandingan dengan Dewi Persik. Saper tak kenal minah nih...seksis banget dehhh...he3x!!!


Pengarah filem ini, KK Dheraj mengatakan filem yang bakal mempertemukan Mr Bean dan Dewi Persik masih lagi belum ada tarikh pengambaran bila filem tersebut akan dibuat. Pengambaran tersebut dikatakan bakal dilakukan keseluruhannya di Indonesia. Jadi, satu hari nanti mungkin kita akan menyaksikan telatah lawak Mr Bean ini di dalam filem ni nanti....

kredit - hasrulhassan dan ruanghati
Tag :

BATTLEFIELD - FILEM PERANG ALA2 TRANSFORMER!!




Battleship adalah fiksyen sains yang akan datang pada tahun 2012, filem "Battleship" adalah filem yang berdasarkan permainan komputer dengan nama dan tajuk yang sama.- aku tak main lama dah pc games nih, so tak bape nak kenal la sangat. Tapi kalau games macam starcraf dan C.O.D tu pernah dan biasa gak la main. La ni tak boleh dah, sakit kepala lorrr.. Filem "Battlefield" diarahkan oleh Peter Berg dan dikeluarkan oleh pihak Universal Pictures. Antara senarai bintang didalam filem ini ialah, Taylor Kitsch, Skarsgård Alexander, Brooklyn Decker, Rihanna dan Liam Neeson. 


Battleship 2012 adalah filem tentang sebuah Armada Tentera Laut Antarabangsa yang terlibat dalam pertempuran yang sangat dinamik dan sengit terhadap bangsa asing yang dikenali sebagai "The Regents". Filem Battleship,aku rasa bakal menjadi filem boxoffice dalam tahun 2012 nih!! Battleship treler filem rasmi 2012 dibentangkan dalam resolusi 1080p HD tinggi.- Apa maksud tu yerr? Maknanya gambar yang lebih cantik la kot?




Battleship movie
Genre: Action | Sci-Fi
Cast: Liam Neeson, Alexander Skarsgård, Taylor Kitsch, Rihanna, Billy Penyembelihan
Pengarah: Peter Berg
Penulis: Erich Hoeber, Hoeber Jon


Aku suka: Penggunaaan efek teknologi yang sama seperti filem "Transformer", kelihatan sangat hebat,hidup dan menakjubkan.


Tak bape nak suka: Ada aksi2 yang mengairahkan [biasa bagi mat2 sallleh nih], penggunaan terlampau efek dan sistem bunyi yang sama dengan transformer. Patut buat la lain sikit...baru la ngam.


# Apepun, kalau diberi peluang,nak jugak aku pi tengok pilem ni kat panggung...free  katakan..He3x!!!
# Ini entri ini adalah untuk menyahut seruan nuffnang yang mempunyai 40 keping tiket percuma untuk semua nuffnangers!! 


Tarikh: 10 April 2012 (Selasa), Tempat: GSC Mid Valley, Masa: 21:00.


Terma & Syarat
1. Peraduan ini terbuka kepada Glitterati Nuffnangers sahaja.
2. URL blog anda mesti dinyatakan dalam komen anda.
3. Kumpulan pertama jemputan yang akan dihantar selewat-lewatnya pada 3 April 2012 dan RSVPs akan diperlukan. Kegagalan untuk RSVP akan mengakibatkan dalam menjemput dibatalkan dan lulus seterusnya selaras.
4. Pemberian tiket tidak untuk dijual semula kepada pihak lain.








#Entri ini adalah salinan kepada google translate, jadi kalau nampak pelik sikit ayat tu ,korang "cover" sendiri lah yerr...he3x!!!
Tag :

KES RUMAH MAWI DIROMPAK - RUGI RM10,000

on 26 Mac 2012


Blog hiburan melaporkan rumah penyanyi terkenal yang baru saja mendapat anak, iaitu Mawi dan Ekin telah dirompak. Ketika kejadian, Mawi dilaporkan baru saja pulang dari siri Jelajah Anugerah Bintang Popular di Johor Baharu. Buletin 1.30 melaporkan, kerugian yang dianggarkan bernilai RM10,000. Pada aku, duit derang boleh cari, yang penting utama ialah keselamatan keluarga. Alhamdulillah, kesemua ahli keluarga Mawi termasuk bayinya selamat dalam kejadian itu dan tidak diapa2kan. Mawi juga dilaporkan telah diikat oleh beberapa orang perompak yang masuk ke rumah mereka di Bangi. Berikut laporan dari mStar Online;
PETALING JAYA: Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumah banglonya di sebuah kelab golf di Bangi dekat sini dimasuki perompak bertopeng awal pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora’Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.
Anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu iaitu, Cahaya Malaika dan orang gaji tidak diapa-apakan.
Kembar kepada Ekin iaitu Nora’Ain Rahmat (Eein) berkata, semasa kejadian semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru pulang dari Johor Baru selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Katanya, perompak pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek sebelum bertindak mengikat mereka kecuali orang gaji serta anak kecil sebelum mengarahkan mereka menyerahkan wang dan barang kemas.
“Tiga daripada empat perompak itu memakai topeng dan salah seorang daripada mereka bersenjatakan pedang samurai sambil memaksa semua penghuni rumah menyerahkan barang berharga,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Tambah Eein, perompak turut melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000.
Een berkata, dia bersyukur kerana dalam kejadian itu tiada sesiapa yang cedera.
Sementara itu Mawi tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dan isteri turut dikebas perompak terbabit.
Tag : ,

JUARA RAJA LAWAK EDISI KE 6 2012 - PANDANGAN AKU

on 17 Mac 2012

JUARA_RAJA_LAWAK_EDISI_KE_6_2012
SHIRO, Juara Lawak Ke 6, 2012
Juara Raja Lawak edisi ke 6 2012 baru je malam tadi berlangsung entah bagaimana, aku tetiba jadi syok pula tonton Raja Lawak edisi ke 6 2012 kali ni. Secara keseluruhannya aku rasa berpuas hati juga dengan kesemua kumpulan. Cuma aku rasa tak berapa nak best bila keputusan diumumkan, kumpulan Yyol cuma dapat tempat ke 4 sahaja. Aku rasa, kumpulan Tyol tu sebenarnya boleh bersaing dengan kumpulan Shiro. Nak buat camne, inilah keputusan yang diterima melalui sms rakyat Malaysia. Aku pun habis kuat setakat menonton jerr...tak de pun nak layan bersms nih..Tahniah kepada semua,okeh.

RAJA_LAWAK_ASTRO_MUSIM_KE_6

JUARA RAJA LAWAK EDISI KE 6 2012
KUMPULAN SHIRO
HADIAH RM100.000, Barangan Eletrik dari Astro dan Trofi Juara Lawak.

NAIB JUARA RAJA LAWAK EDISI KE 6 2012
KUMPULAN ZERO
RM50,000, Barangan Elektrik dari Astro dan Trofi  Juara Lawak .

KETIGA 
KUMPULAN CUIT
RM30,000, Barangan Elektrik dari Astro dan Trofi  Juara Lawak .

KEEMPAT
KUMPULAN TYOL, RM10,000, Barangan Elektrik dari Astro dan Trofi  Juara Lawak .

# Apapun semuanya dah bagi yang terbaik, semoga korang semua berjaya dalam bidang yang korang ceburi nih. Kita tunggu pula peserta Raja Lawak ke 7 nanti...Adioss...- aku dh bz nk gi Bukit Jalil..tgh mlm nti aku ziarah korang balik.
Tag :

ELLA BAKAL BERKAHWIN DENGAN PILOT

on 15 Mac 2012

ELLA_NAK_KAHWIN

Ratu rock negara, Ella @ Ella and The Boys satu ketika dahulu diberitakan akan berkahwin dalam masa terdekat ini...Dia juga diberitakan bakal berkahwin dengan seorang pilot!!! Pehh...terbaik dari ratu rock negara. - cam ikut jejak langkah Malek Noor je plak.
GEMBIRA hati Diva bila dengar bunga rock Malaysia, Ella sudah pun selesai menghadiri kursus kahwin pada 3 dan 4 Mac lalu. Bila tiba-tiba pergi kursus kahwin, itu tanda-tanda persiapan menuju ke gerbang perkahwinan sudah hampir benar.


Diva tahu Ella sedia maklum yang ramai menantikan nasi minyaknya dan mendoakan yang terbaik untuknya.


Kata sumber yang boleh dipercayai, Ella dan bakal suami yang hanya dikenali dengan panggilan A itu sama-sama menghadiri kursus kahwin di Pusat Bandar Damansara. Tapi masing-masing masih nak berahsia, ala-ala cover line sebab banyak mata yang memandang. Kalau tak silap Diva, pusat kursus itu sama tempat ceramah yang dikunjungi Lisa Surihani tempoh hari.


Kata sumber lagi, Ella dan A, seorang juruterbang itu memilih untuk menamatkan zaman bujang sebelum hujung tahun ini. Maklumlah kini ratu rock negara itu sedang sibuk dengan program Mentor yang akan ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Dengarnya upacara merisik pula pada Jun nanti.


Diva dengar buah hati Ella itu tinggi lampai dan sasa orangnya. Mesti jiwa rock macam sang puterinya juga. Lepas ini selalulah Ella terbang ke sana ke mari, sebab bakal suami juruterbang.

# Apapun kalau berita ni benar....alhamdulillah...semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. dah lamaaa dahhhh......
Tag :

GAMBAR RUMAH SITI NURHALIZA DI MALAYSIA

on 12 Mac 2012

GAMBAR RUMAH SITI NURHALIZA DI MALAYSIA ! Ramai juga orang mencari rumah Dato Siti Nurhaliza yerr....Itu la kata kunci yang banyak masuk kat blog aku sejak kebelakangan ni ekoran dari entri "Gambar Rumah Mewah Siti Nurhaliza".

Dibawah adalah gambar rumah Siti Nurhaliza yang ada di sekitar dalam negara ...mungkin juga ramai yang dah tengok kott...:)

RUMAH_SITI_NURHALIZA_DI_MALAYSIA
Rumah di Cameron Highland daaaa.....

Rumah asal usul Siti Nurhaliza....

Rumah di Bukit Antarabangsa.....

Rumah dia di Cheras la pulokk....

Aku suka gaya dia nih...macam wanita melayu terakhir daaa...he3x!!!
# Makkk aihhh...ado 4 bijik la derr...tu lom termasuk ngan rumah yang dia beli kat ostrolia tuuu....tp setau aku ramai gak orang kat mesia ni yang ada lebih dari 4 bijik rumah....cuma dema tu low profile jee..rumah cari duit...he3x!!!!


Artikel menarik, jom tengok senarai - 10 Blogger Terbaik Malaysia


GAMBAR RUMAH SITI NURHALIZA DI MALAYSIA - -salam mesra dr yastro -

Tag :

AWAS!! BILIK KARAOKE INI BERHANTU

on 09 Mac 2012

Awas...Bilik karaoke yang aku tempek dibawah ni berhantu. Jadi kepada mana-mana rakan blogger yang nak pergi berhibur, berhati2lah yerr. Kang ader lak yang tobat tak nak masuk bilik karaoke seumur hidup. Ni peringatan bagi mana2 rakan yang suka berkaraoke laa....kalau yang jenis tak minat tu, korang dah kira selamat dahh...he3x!!! Apapun, boleh layan dulu kisah bilik karaoke yang berhantu ni ....tu pun kalau korang jenis yang berani laaa....ha3x!!!

Tag :

GAMBAR DUNIA AKHIR ZAMAN - MANIPULASI 3D

on 08 Mac 2012

Kesemua gambar ini [Dunia Akhir Zaman - Manipulasi 3D] sebenarnya adalah gambar bandar-bandar moden di seluruh dunia yang telah dimanipulasi oleh artis/photografi dari Rusia, Vladimir Manyuhin. Vladmir Manyuhin bermula dengan gambar asal dan kemudian menambah "pereputan digital" dan pembesaran untuk menggambarkan beberapa tempat  yang terkenal  di bumi akan kelihatan selepas terjadinya Armageddon.

Dalam beberapa kes, dia telah menambah aksi binatang liar dan manusia untuk menyesuaikan diri dengan dunia baru mereka. Kesemuanya telah dicipta menggunakan pelbagai program grafik seperti Photoshop dan 3DMax. Walaupun banyak imej tersebut adalah Moscow, terdapat juga gambar tempat rekreasi di New York dan juga patung tahun 1920 bekas Presiden Amerika, Abraham Lincoln, yang terletak di Memorial Lincoln di Washington DC.

GAMBAR DUNIA AKHIR ZAMAN - MANIPULASI 3D
 GAMBAR DUNIA AKHIR ZAMAN - MANIPULASI 3D
GAMBAR DUNIA AKHIR ZAMAN - MANIPULASI 3D

GAMBAR_DUNIA_AKHIR_ZAMAN_MANIPULASI_3D


GAMBAR DUNIA AKHIR ZAMAN - MANIPULASI 3D










# Amacam geng.. cun tak gambar2 yang dia hasilkan? Kreatif habis kan... Gambar2 ini telah ditatap oleh ribuan orang diinternet semenjak Vladmir Manyuhin meletakkannya diinternet. All info n pic kredit to dailymail.
Tag :

BINA BADAN - ORANG KERDIL BERSAING DENGAN ORANG BIASA

BINA BADAN - ORANG KERDIL BERSAING DENGAN ORANG BIASA
Jason Owen bersama Del, jurulatih beliau
Jason Owen, hanya setinggi 4kaki  5 inchi, namun itu tidak menghalang beliau dari melakukan perkara yang disukainya. Ahli bina badan ini seorang yang istimewa kerana ketinggiannya. Namun yang lebih membanggakan, beliau berani bersaing dengan orang biasa didalam kategori yang sama.

Pada umur 30 tahun, Jason yang bekerja di sebuah bar,  turut dikenali sebagai "Mini Arnie" menghabiskan masa sekitar 4 jam sehari untuk menghadapi pertandingan.Beliau berkata; "saya mula dipanggil Mini Arnie kerana saya mempunyai potongan rambut seperti Arnie. Arnold  adalah salah seorang sumber inspirasi bina badan saya."

Ahli+BINA+BADAN+KERDIL
Jason Owen, ketika bersaing didalam kategori bawah 70kg di London

KERDIL+TAPI+POWER
Mampu mengangkat berat yang 11 kali ganda dari berat diri beliau sendiri
BINA BADAN - ORANG KERDIL BERSAING DENGAN ORANG BIASA

Bersama jurulatih beliau, Del.

# Aku: "Biar Badan Kecil, Janji Jiwa Besar"....saspek aku ngan Jason Owen nih!!!!
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved