Memaparkan catatan dengan label KenanganKu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KenanganKu. Papar semua catatan

Journey Shah Alam ~ Jitra Part 2[Hendra & Aimi]

on 02 Julai 2011

As salam semua dan selamat sejahtera. Hari ni aku cuma buat sambungan entri yang lalu, Journey Shah Alam~Jitra, Tak sempat nak buat entri yg lain, seminggu dua ni kerja bertimbun plak. Bila balik umah jerr badan dah penat terus tertitunn, niat nak b/w memalam pun wassalam.hehehe ....Okeh kita teruskan, jangan citer banyak sangat...

Kami teruskan perjalanan setelah berhenti rehat di Hentian Tapah. Pagi tu sempat juga kami masuk ke Kuala Ketil untuk buat ziarah keatas sekolah pondok tahfiz disana yang mana tuan guru Abang Usop adalah salah seorang dari tenaga pengajar disana. Bagi aku, ini adalah pengalaman pertama berjumpa dengan seorang tuan guru yang hidupnya serba sederhana. Bab ni mungkin lain kali aku cerita kot....tu pun bergantung kepada keadaan semasa.

Bersarapan di pekan Baling dengan roti tampal " Man Tempe"...memang terbaikk ahh. Rugi lak tak snap gambo. Semua bangsa ada kat situ. Dah macam kodai 1 Malaysia plak. Aku order roti biasa jer. Tup2 sampai roti tampal..."hentam" jer laa...dah lapo katakan. Tau2 tak cukup bro...hehehe tambah satu lagi..yummy siot!!! hehehe...

Pemandangan disawah bendang

Pendek cerita, selepas keluar dari Kuala Ketil kami terus menuju ke pekan Jitra. Check point kami seterusnya ialah di Shell pekan Jitra untuk berjumpa dengan rakan2 yang lain.


Kami antara yang terawal tiba disana, menunggu selama 15 minit  akhirnya penagntin lelaki pun muncul... ingatkan dah boleh gerak sebab perut semua dah kebuluq. Ropenya kene tunggu lagi. Penantian kami berakhir lebih kurang setengah jam dimana keluarga si Hendra sampai menandakan kami dah boleh pi kerumah pengantin perempuan. Semua senyum sampai ke telinga sebab perut dah lama dok berdondang sayang...hehehe


sekitar "port" pertemuan kami di Shell pekan Jitra


"Last call nih" kata si Hendra...hang pa tengok si haji tuu...:)
Setelah keluarga Hendra sampai, konvoi kami bertambah...gamaknya dalam 10 ~13 bijik kereta jugak kot yang mengiringi rombongan pengantin. Kampung Paya Dur~Dur....itulah kampung isteri si Hendra. Perjalanan dari Shell tu hanya dalam 10 minit je kot. Tak jauh mana pun..

Kenangan rakan2 sekerja bersama pengantin dan ayahibu si Hendra
So, semua dah selamat...perut pun dah kenyang. Kami meminta izin untuk "blah"..sebab target kami pas ni nak cari mangga harum manis pulak di jalan yang menghala ke jeti Kuala Perlis, dan pas tu nak gi jap kat Kompleks Bukit Kayu Hitam. Kut2 ader bebarang "baik" yang boleh kami shopping tuk bawak balik.


Selamat Pengantin Baru buat Hendra dan Aimi....
Malangnya kali ni nasib kami tak berapa baik. Mangga herum manis dah habis musim...sepanjang jalan ke Kuala Perlis tu ade la 2/3 gerai je yang menjual buah2an, tu pun mangga biasa jer. Kat Shah Alam pun ader mangga cikonan tu...huhuhuh
Tanpa membuang masa, kami pi pulak ke target kami yang ke dua..Bukit Kayu Hitam...Tapi sama jugak...tak de apa2 yang menarik. Hishh...harap nama jerrr yang glamour tapi tak ada ape pun..Bazar pulak banyak yang tutup, time tu kul 6.00 petang. Ader brader [gamaknya mamat siam kut] tu offer masuk keseberang. Errkkk..tak yah larr dah petang sangat, lagipun nanti panjang lak citernya.  Satu lagi kang bini dok heran plak...."awatnya abng aku balik lambat sangat nih"...hehehe. Kompleks bebas cukai Bukit Kayu Hitam pun aku rasa cam sama jer kat Giant Shah Alam. Barang2 import banyak, tapi mahal..Keputusannya??? Balikkkkk........

Ambik gambo je la buat kenangan kat Bazar Bukit Kayu Hitam
Maleh nak pikir panjang, kami semua pakat2 nak balik je la. On the way nak balik tu sempat jugak kami singgah beli limau bali yang banyak dijual kat tepi jalan tu. Member aku cakap limau tu dari Ipoh. Betul ke? Ader sesapa yang tau?
Alhamdulillah, jam 2.00 pagi kami sampai di tempat kami berkumpul di Proton dan memasing pun tak banyak citer dah...penattt...amik keta memasing....Zoooommmmmmm....
Okeh, tu je la story aku masa gi Jitra. Kalau nak tengok gamba yang lain korang masuk ke Styling Club ni.
gambar beso dan siap edit sudaaa.....hehehehe


Tag :

Journey Shah Alam ~ Jitra [Hendra & Aimi]

on 24 Jun 2011

Jam dinding menunjukkan angka 11.30 malam. "Huhh...awai lagi nih...11.15 kang aku gerak arrr" detik hati aku, sambil  tu aku sibuk membaringkan diri diatas sofa, melayan Asteruk Channel 555. Ntah ape ceriter malam tu aku pun dah tak bape nak ingat.
Terkenang pulak pada janji aku dengan kengkawan.."Kul 12 malam ni kita kumpul kat Gate 1 Proton, pas tu kita gerak sama2"..."Wokehhh, no pblm"....sahut  aku, betoi2 konpiden jerr.

Kad jemputan Aimi & Hendra, 18 Jun 2011
 Tub~tub...."Alamak....10 minit lagi kol 12.00", terus aku bingkas bangun dari sofa, ropenya sempat gak aku terlelap kejap, siot tul laaa. Ntah mase bila lak aku tertidur, tak perasan punn. Aku capai beg Mac Gyver aku yang telah lama tersedia di tepi pintu sambil tangan aku mencapai kunci kereta yang tersangkut kat dinding. Sempat jugak aku jerit kat orang rumah yang dah tidur kat dalam bilik..."Abang gerak dulu!!!"....Pas tu sesayup jer aku dengo..."Yeelaaaaa" ringkas betoi jawapan isteriku, cam tak pueh ati yoooo..hehehe

 Ahhh...kompom jap lagi "menyanyi" la handphone aku. Tak pe laa....bukannya jauh pun...10 minit sampai la nanti. Masuk dalam keta, start...zoommm...jalann, tak yah nak panas2 dah enjin keta tu. Kali ni , aku plak yang buat silap. Selalunya bila berjanji, aku antara orang yang terawal sampai, tapi kali ni tidoq punya pasai [dah stat cakap kedah, pasai nak pi utara nih] aku yang paling lewat. Nasib baik malam tu jalan pun clear, ye la dah kol 12 katakan...time orang lain tengah syok membuto....
 Telahan aku betoi..sampai kat area Kota Kemuning [aku keluar dari H/Way Alam Impian] H/ phone aku dah start nyanyi. "Kat Manooooo???" Si Haji dah bertanya..."On the Way...jap lagi sampai arrr" aku jawab.
Nasib baik jugak, lokasi berkumpul tu memang dah dekat. Tak le aku kalut sangat. Jam dah kul 12.05 tgh malam masa aku sampai. Sesampai jer, aku tengok geng2 tu tengah seronok dok berposing. "Cantekkkk, bio derang leka sikit..hehehe"...aku terus gi kat parking keta. Wira Jelmaan aku tu, aku simpan kat situ sampai ari Ahad. Legaa...tak yah bawak BJC....hehehe...

Dari kiri: Bai,Bongek, Imam Mudo Ray dan juga Ariff [Ex Proton]




"Okeh geng...semer dah ade ke?" Aku tanye, saje je tanye soalan cepu emas tu..hehehe...."Ye la...tunggu hang sorang je" jawab Mandor Hasyim. Exora ada, Inspira ada Persona pun dah ada. Kirenya memang dah cukup kouta la nih. Erpphh...Ariff pun ada!!! Cayalah Ariff...ko memang friend yg terbaik arr. Sanggup turun dari Melaka, walhal ko baru je lepas sukan UniKL, 5 ari kat sana tuu. Bab2 ni yang aku respect sangat kat Ariff ni. Beliau ni bekas pekerja Perodua [Alias data] ngan Proton [Modelling studio], La ni ngan UniKL...pensyarah beb, tapi still in touch dgn kami!!!. Okeh, abis bab Ariff.... hang jgn marah kat aku nooo...hehehe

Bila dah sedia...semua terus bergerak menghala ke arah Utara, perhentian seterusnya kat Perhentian Sg Buluh dekat Shell, sebab ade sebuah lagi kereta menunggu disana.

Ayong, Nani dan hasben memasing dh menunggu Perhentian di Sg Buluh
Sesampai jer kat sana, Ayong , Nani dan suami masing2 dah sedia menunggu. Kami pun tak tunggu lama, lepak jap dalam 5 minit...terus gerak mengarah ke Utara. Namun belum pun sampai di Perhentian Tapah [target tuk kami ngeteh]  kereta yang dipandu suami Ayong telah melanggar sesuatu yang jatuh dari lori di atas highway. Akibatnya, kereta tu terpaksa berhenti ditepi jalan [km 415.9] tuk check ape yang patut. Kebetulan pulak, tempat kami berhenti tu dah ada 3 bijik kon yang diletakkan oleh pihak PLUS. "Gamaknya dah ade keta sebelum ni yang dah berhenti kat sini kottt"...getus hati aku.
 Ape pun, keputusan kami untuk berkonvoi pada malam tu kirenya berbaloi gak la. Ramai kengkawan yang ready nak support bila ada masaalah yang tak terjangka terutamanya disaat kecemasan seperti kat bawah ni.
Ini la salah satu kelebihan bila berkonvoi berbanding dengan jalan sensorang.

Ciss...rugi mase nih,,,kene tuka taya la plak....
Inilah impak pelanggaran dengan kapaiterbang UFO kat atas Highway Plus tu....Sape nak jawab oihhh!!!
Rupa2nya malam tu jer aku tengok kat belakang tu ader lagi 2 bijik kereta yang berhenti ditepi jalan. Mungkin masaalah yang sama kot. Langgar kapaiterbang UFO mase kat atas Highway. Bila siap je tuka tayar, kami perasan lak...tayar spare tu tak bape cukup angin. Nak tak nak kene jalan jugak...tapi slow2 la sementara nak menyampaikan ke hentian Tapah.

Tapi yang bestnya, masa nak gerak semula tu, tetiba sebijik lagi keta Mazda 6 baru pun berhenti kat depan kami. Bebudak tu turun sambil dok check tayar belakang. Masa kami lalu kat sebelah dia.."tak de pe2 ke bang?" Laung budak Mazda 6 tu.."Tak de", jawab si brader Azhar. Ntah ape yang ade/tak de... aku pun tak paham, bila aku tanya kat brader, "Tah, aku pun tak paham"..Hmmmm...lantak pi laaa.

Brader Azhar [kiri] tgh ngecong mende tah kat si Tajul [kanan], suaminyer Nani...

Ape pun, dalam slow2 kami dok bawak keta, akhirnya sampai jugak ke perhentian Tapah, tempat kami nak ngeteh sesama. Segar sikit mata bila pekena nescafe O panas memalam bute ni....Alhamdulillah.....



bersambung selepas nih...
Tag :

Selamat Hari Ibu~Buat ibuku tersayang dan semua insan yg bergelar Ibu.

on 06 Mei 2011

Semua orang didunia ini ada kenangan tersendiri bersama ibu. Ada yang manis dan ada juga yang pahit. Perkara yang manis tentulah mahu dikenang sebaliknya pula perkara yang pahit. Mendidik anak menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat adalah impian semua para ibu. Begitulah besarnya harapan ibu, meskipun dinista dan dilukai berkali2 tetap setia memberi yang terbaik untuk anaknya. Tanggungjawab dari melahirkan, mengasuh dan mendidik tidak pernah surut. Itulah pengorbanan mulia dari seorang ibu.


Sehingga kini, aku masih lagi merasai kasih sayang dari insan yang bergelar ibu, aku besyukur kepada Ilahi kerana masih merasai peluang dan nikmat itu. Buat sahabat yang telah kehilangan ibu, aku pasti hanya memori yang akan dikenang dan dibawa sehingga sampai waktu kalian pula dipanggil mengadap Ilahi. Hanya doa sahaja yang mampu kalian titipkan buat Ibu yang tersayang. Doa dari anak yang soleh adalah antara dari 3  amalan yang tidak akan putus. Tetapi alangkah pedih dan sedihnya jika punya anak yang ramai sedangkan seorang pun tidak pernah mendoakan kebaikan untuk ibubapanya, tak kira ketika mereka masih hidup atau sebaliknya.

Ingatan dariku buat rakan yang mempunyai kenangan pahit bersama ibu, Ingatlah walau bagaimana buruk sekali pun perangai  ibu kita, itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibu kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti kasih sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan diukur melalui wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Apa pun selagi ibu dan bapa kita masih ada selagi itulah kita wajib menjaga dan membalas segala jasa yang pernah ditaburkan kepada kita. Hiasilah hidup kita dengan doa buat mereka, semoga kita menjadi anak yang soleh dan anak2 kita juga menjadi anak yang lebih soleh dari kita. Aku berharap "Hari Ibu" ini memberi lebih makna kepada semua insan yang bergelar ibu.. selama~lamanya.


"Selamat Hari Ibu buat ibuku tersayang, juga buat semua insan yang bergelar Ibu"
Anakku si Amar Amzar bersama neneknya...
Secara tiba2 aku terkenang kpd arwah anak aku yg dikebumikan bersebelahan  pusara datuknya
#Tetiba malam ni aku rasa teremo plak...aku tinggalkan 4 video ni dibawah tuk tatapan semua sahabat. Tontonlah Halaqah Sentuhan Kalbu yang aku telah cedok dari you tube. Salam bahagia dan ceria sokmo, jumpa lagi minggu depan. 2 hari nanti bakal membizikan aku....


Halaqah Sentuhan Qalbu Ayah dan Ibu Part2

Halaqah Sentuhan Qalbu Ayah dan Ibu Part3

Halaqah Sentuhan Qalbu Ayah dan Ibu Part4
Tag :

Demam la plak..

on 19 April 2011

Baru je semalam anak aku yang kecik tu kebah dari demam. 5 hari, boleh tahan jugak meragam si Akid nih. Nak buat camne, bebudak kalau sakit, banyak le kerenahnya. Cirit birit, merah kat kerongkong, muntah, campak...kira lengkap laa...

Sebenarnya aku rasa agak cuak juga, tak pernah sebelum ni dia demam sebegitu lama. Rupanya demam tu sebab nak kene campak, patut la punnn. Meh kita tengok urutannya...
Malam sebelum pergi klinik tu, si Akid ni dah start demam......

1. Hari pertama; Pergi klinik, check...kompom demam. (malam tu badan dia terus panas, tak kebah langsung. Start guna cool fever ~ bagus standby mende nih kat umah)

2. Hari kedua; Pergi klinik lagi, sebab ubat demam tu tak jalan. Doktor terus tukar antibiotik yang agak kuat    sikit, ubat demam maintain. Malam standby dengan terpedo lak, letak jugak sebijik. Air semangkuk dengan kain buat basahkan kepala dan badan (petua ni memang doktor mana2 pun akan suruh buat, jika bebudak kecik demam)

3. Hari ketiga; Keadaan masih sama, cuma lepas makan ubat, dalam 2/3 jam je okeh...pas tu demam balik.

4. Hari keempat; Dah 4 hari, aku bawak pergi kat SALAM Medical Centre plak, check darah. Time tu badan dah nampak tanda bintik merah di merata tempat. Cuma risaukan Denggi jer..kat hospital, ramai pulak budak yang sebaya dengan dia masuk wad (musim hujan ni bebudak lagi mudah kene penyakit). Jumpa juga geng2 tempat kerja, ada yang anak semput,cirit birit, demam tak kebah2..... tang ni yang buat aku lagi saspennn. Selesai check, doktor sana cuma bagi ubat sapu, tahan gatal.

5. Hari kelima ; Pagi tu petugas SALAM call, "En. Yas, darah anak en normal"...."Alhamdulillah" sahutku...demam Akid pun dah nampak tanda beransur pulih.

6. Hari keenam; Alhamdulillah...demam dia semakin lega, Pehhhh...aku pun lega gak. Mata aku sebelum ni dah macam mata zombie wooo....hehehe.

M Akid Asyraaf....dah macam pendekar plak...hehehe


Sebelum demam, dah kene sakit mata dulu...jangkit dari abang dia la nih.

Ni lagi dua orang hero...Amzar (kiri) dan Akmal.

Kalau time aktif.... bawah kerusi pun lepass!!!

Maleh tul rasanya nak update blog. Kerja (projek) dah start, masa nak berblog pun dah semakin sempit. Badan penat. Maaf jika ada rakan yang aku tak sempat nak ziarah yerr. Singgah mana yang sempat jerr nih. Entry ni pun aku buat setelah terjaga dari lena...(penat la tu..hehehe)



Tag :

Lotus Renault Grand Prix melawat PROTON

on 09 April 2011

Pembabitan Proton menerusi anak syarikat Lotus di UK telah membuka sejarah baru dalam industri automotif terutamanya Proton. Biarpun berdepan sedikit masaalah di mahkamah dengan Lotus Racing, ianya bukanlah penghalang bagi pasukan Lotus Renault GP untuk menyertai perlumbaan yang berprestij ini.

Tahun ini juga merupakan tahun bersejarah negara kerana pembabitan sehingga 3 pasukan dari Malaysia... Ghamai sungguh tu wooo.....memang sejarah baruuu nihh.....Sementara itu, MD Proton  Dato Seri Syed Zainal  yang mewakili LRGP berkata,

"Sukan F1 merupakan salah satu strategi perniagaan dan penjenaman yg paling berkesan.... kesannya   kepada berjuta2  penonton sama ada secara live ataupun didepan tv. Tambah pula pembabitan ini sebenarnya tidak membabitkan wang Proton secara langsung, sebaliknya dari dana Lotus sendiri"

Jadi.... bersempena dengan lawatan LRGP ke Proton...maka gua terasa nak buat sedikit review laa plak..Biarpun agak terlewat sikit...(Sememangnya gua sengajakan...kerana beberapa sebab....he3x!!)


Dihadapan pintu masuk PROTON  design

Dari kiri: Jean  Alesi, Vitaly Petrov, Eric Boullier dan Dato Seri Syed Zainal

Team LRGP

Sessi photografi.....

 Peluang bukannya datang selalu...so....serbuuuuu laaa!!! 

Walaupun gua boleh le kata minat dengan sukan F1 ni, tapi tang harga tiket tu yang menjadikan gua  tak bape nak minat.....tak lalu nak membayor rega tiket tu wehhh.....

Berbanding dengan sukan2 yang lain yang pernah dianjurkan di Sepang Circuit, sukan F1 ni je yang gua belum dapat pergi tengok...

Apapun gua harap team LRGP berjaya menaiki podium lagi selepas berjaya membuat kejutan di Australia bebaru nih.


Kasi extra sikit...hehehe


tengah dok usha cicak tokek....






Tag :

Bot nelayan Vietnam di Malaysia?

on 01 April 2011

Sampai bila kita harus terus membiarkan nelayan asing ini berpesta di lubuk kita yang kaya dengan hasil lautan. Patutkah kita hanya membiarkan dengan memandang tanpa mengambil sebarang tindakkan? Gua rasa dah 2 kali isu nelayan asing berleluasa di lautan kita ini gua post.


Pukat tunda..satu teknik yang akan memusnahkan kebanyakkan spesis ikan dan juga batu karang. Segala benda akan masuk kedalam pukat tanpa mengira besar ataupun kecil spesis ikan tersebut. Bagi yang jenis dasar pula, ianya mampu memusnahkan batu karang dan kita sedia maklum batu karang memerlukan masa yang panjang untuk pulih.


"Ramalan saintis bahawa tamadun manusia bakal kehilangan sumber perikanan menjelang tahun 2048 menjadi tepat sekiranya masyarakat antarabangsa gagal bersatu mengharamkan penggunaan pukat tunda yang disahkan punca kepupusan hidupan laut serata dunia.

Para saintis pernah mengeluarkan amaran tegas betapa penggunaan berleluasa pukat tunda penyebab utama kerosakan habitat ikan dan ekosistem laut.

Terumbu karang utama dunia yang dihuni ribuan spesies ikan didapati makin mengecil manakala rekaan makin canggih alat pukat tunda yang digunakan nelayan negara maju mempercepat sisa terumbu karang sama ada di Lautan Pasifik, Atlantik dan Lautan Hindi terdedah kepada ancaman nelayan antarabangsa berkenaan".



Contoh penggunaan pukat tunda

Contoh pukat tunda dasar


Bot pukat tunda Vietnam?

Okeh, base information dari awak~awak, mereka berpendapat yang bot pukat tunda ni adalah dari bot Vietnam. Pehh...jauh tuu...ape kat sana dah tak de ikan ker? Patutnye kat sana lagi banyak ikan, sebab setahu gua pemancing dari Malaysia pun pergi sampai ke Vietnam.
Jadi kat sini gua rasa agak hairan jugak ler...kenapa yekk?

Satu lagi, setahu gua kat Malaysia tak ada pukat tunda (DIHARAMKAN)...kenapa perkara macam ni boleh berlaku? Adakah ada sesuatu disebaliknya? Sebelum ni, terjumpa dengan geng2 Siam...kali ni dengan geng Vietnam pulak...Jahanam lerrr negara kita nih....

Diharap pihak APPM kita terus memantau akitiviti bot dari negara jiran. Teruskan kecemerlangan anda demi rakyat Malaysia tercinta. Gua cuma berharap satu jer, jangan le sampai aktiviti ni berleluasa disebabkan adanya Jerung Perkasa.

Kes2 nelayan asing ditahan [klik sini]

Tag :

Tips - Sg Koyan ke Cameron Highland

on 27 Mac 2011

Sorry semua, gambar dalam ni cuma gua ambik dari hand phone gua jer..jadi dari segi kualiti memang agak "kureng" sikit....Hari tu gua ade buat entri balik kampung..so entri kali ni kiranya sambungan dari kisah tu la.. Okeh gua tempek info sikit, kat mana terletaknya Perkampungan Sg Koyan nih...
  • Terletak didalam daerah Kuala Lipis, dulu orang Koyan lebih suka pegi ke Raub, hinggakan alamat pun guna Raub.
  • Perkampungan Felda (sawit) (Sg Koyan 1, 2 dan 3)
  • Sg Koyan 1 majoriti peneroka adalah anak watan Pahang, yang lain2 dari, Kedah, Johor (keluarga gua la tu), Kelantan, Selangor, Perak dll.
  • Antara perkampungan yg unik kerana majoriti peneroka di Sg Koyan 2 dan 3 adalah pesara tentera.
  • Laluan alternatif untuk mereka yang nak balik ke Kelantan, seandainya jalan dari Raub ~ K.Lipis "jem" teruk...biasanya musim perayaan laa..
  • Setahu gua hanya Sg Koyan dan Felda Kota Gelanggi sahaja yang mendapat 14 ekar. (felda yg lain hanya 10 ekar)
  • Terdapat sebuah lombong emas disini [Australia Malii], ramai juga yang cuba melakukan aktiviti ni bersendirian dan juga berkumpulan.
  • Last....org tua tukang masak terkenal...Chef Wan antara peneroka yg tinggal disini (Koyan 2)

klik kat gambar tuk pembesaran yg sehat...

*Laluan Sg Koyan ~ Cameroon mengambil masa yang panjang juga untuk dibina/disiapkan...rase2 gua hampir 7/8 taun baru siap kerana faktor  bukit bukau dan  jambatan yg  panjangnya hampir 200 ~ 300 meter mengelilingi bukit ~ Anggaran jer!!!.
*3 fasa diperlukan untuk menyiapkan jalan tersebut.
*Hanya 1 jam jarak masa dari Sg Koyan ke Cameroon Highland...kelajuan 80/90 (Kmh)
*Laluan pertama ke Cameron dari negeri Pahang...sebelum ni kene lalu negeri lain...hehehe.
*Akan keluar di Lembah Bertam...dekat2 ngan Tanah Rata. 
*Selepas Balai Polis Sg Koyan [turun bukit], terus ambil simpang ke kiri.[C.Highland]

So, kat bawah ni gua tempek sikit perjalanan gua ke sana pada hari tu...Korang layan gambar je la kot...tak perlu citer panjang2.Yeahh...ni la project "kalut" sbb tak planning awai2 nak pegi kesana...kul 3.30 ptg gua dan family cargas naik, menuju ke Cameron Highland.

Dah start rintik2....



Jambatan pendek je nih....

Kg Leryar...ade ujan sikit2 sepanjang perjalanan

Teh berperisa anggur di Cameron Valley

Teh berperisa strawberi

Adik gua yg paling bongsu..

Okeh, pas tu naik atas lagi sampai ke Pasar Tani Berinchang..Adik gua yg dok/keje kat Koyan cakap derang akan buat Pasar Tani ni pada hari Sabtu dan Ahad dan  juga time cuti (tak kire cuti ape pun...janji cuti)
Kalau time cuti tu maknenya tiap2 hari  (petang) akan ada Pasar Tani di Berinchang.

Buah Jambu Apple, rm10 jek...gua ingat buah mende laa...rupa2nya jambu jeruk.

Strawberry...rm 10 gak sepeket...

Jagung Madu dan Jagung Susu...peberet gua. Terbaik dari ladang nih.....
Tapi kene check dulu sbb ada jagung yg depa angkut dr "bawah", pun dikata jagung madu....

Sayur..8 bungkus Rm10.00, jenuh makan sayur...hehehe

Strawberry chocolate

Yummy...anak gua mintak beli...tp bila  makan tak lalu lak...hehehe
Gua jugak yg kene kasi perabis....

Pasar Tani Berinchang


Meriah sakan gua shopping sayur ngan pelekat peti ais (yg ni wife gua)...hehehe tak ingat donie dahhh...
Asal mulanya gua nak lepak dalam sesejam jer...tau2 dah 3 jam lebih, Mak aih...cepatnyer...gua kene cargas balik ke Klang jugak malam tu....

Abg long gua ... "sesah" ngan kancil jerr...Citra dia selsema la plak...



Sreetttt....stop tepi jap...view cantik arrr...sayang tak bwk kamera...kalau ada DSLR lagi besh nih...

Pic keluarga adik gua dan keluarga gua.

Mehh...turun sumer...amik gambo jap...Errr...mak gua je yang tak nak turun, katanye dah tak tahan sejuk..Bila jenguk kat bawah jambatan tu....mak datukkk tingginyerrr...gayat gak lorr!!! hehehe...

Last Pic....

Still dihimpit masaalah lagi...balik dari kampung tetibe je saluran pipe tu tersumbat, padehal sebelum tu okey jerr, baru 5 hari balik kampung...Chisss...gua kene overtime lagi malam  nih, adoyaii!!!

#Note: Problem ni dah settle...sesape ade salur tersumbat panggil la gua yerr...hahahaha.

Lagi citer dari Koyan ke Cameron Highland.
Tag : ,
 
© Yastro.net All Rights Reserved