Memaparkan catatan dengan label artis malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis malaysia. Papar semua catatan

[PIC] LIYANA JASMAY BERTUNANG - PART 2

on 30 Mac 2012

Sambutan hangat silent reader kat blog YastroOnLine ni telah membuatkan aku membuat keputusan untuk menambah lagi gambar di majlis pertunangan Liyana Jasmay. Yup...kali ni part 2 la pula, ala-ala sekuel gitu...ha3x!!. Ada 5 keping gambar majlis pertunangan Linda Jasmay aku tempek disini. Semoga korang semua berpuas hati okey...Apapun kredit kepada Fan Page Liyana Jasmay. Banyak lagi gambar2 majlis pertunangan beliau dengan tunangnya Fathudin disana kalau korang nak tengok. Okeh, aku zasss duluk...!!!

[PIC]+LINDA+JASMAY+BERTUNANG

[PIC]+LINDA+JASMAY+BERTUNANG+PART+2





#Ternyata cerita/entri tentang artis tetap menjadi entri no 1, menjadi pilihan para peminatnya. Terima kasih kepada Nuriz kerana menegur kesilapan aku menulis nama Liyana Jasmay nih...isk..isk..
Seb bek tuan punya badan tak tegur...klau tak lagi haruuuu....:)
Tag : ,

GAMBAR LIYANA JASMAY BERTUNANG

on 29 Mac 2012

6_GAMBAR_LIYANA_JASMAY_BERTUNANG


Pelakon 3 Janji, Liyana Jasmay telah selamat melangsungkan pertunangan beliau dengan Fathuddin Mazlan,28, pada 28 March 2012 yang juga merupakan tarikh lahir Liyana sendiri. Aku seriously sesekali tu kena layan juga cerita 3 Janji ni sebab time cerita tu kuar kat tv... memang time tu la aku tengah dinner dengan keluarga aku. Kuasa veto yang pegang remote time tu ialah wife aku....he3x!! Layanzz...Drama nih, kalau ikut bintang, mungkin aku bagi dalam 3/5 la untuk cerita ni. 


RUMAH_LIYANA_JASMAY


Okey, siapa itu Fathuddin, tunang Liyana Jasmay nih? Dengar2nya dia seorang ahli perniagaan. Kira okey la tu kan. Majlis pertunangan tu telah berlangsung kat rumah si Liyana Jasmay di Kemensah Height dan derang dah pakat2 setuju nak bernikah pada 24 Januari 2013 nanti. errr...Liayan kata dia cuma bercinta selama 3 bulan je dengan si Fathudin nih? Tak pe laa...sehari ke, 2 hari ke, setahun ke...yang penting niat nak mendirikan masjid tu dah ada....Apapun semoga kalian berbahagia la yerrr....


RUMAH_LIYANA_JASMAY

ACARA_SARUNG_CINCIN

Bersama_Kelaurga_BAKAL_MERTUA







kredit - Ohbulan,mStarOnline,Gua.com 
[Gambar pertunangan Linda Jasmay Part 2 dah ready!], Pe kata kalau korang tengok entri Lelaki Kacak lagi mancho kat sini lak.
Tag : ,

[5] GAMBAR ABBY ABADI BERTUDUNG

on 28 Mac 2012


GAMBAR_ABBY_ABADI_BERTUDUNG
Gambar Abby Abadi bertudung - mediahiburan.karangkraf
Alhamdulillah, sekarang ni dah ramai artis yang mula berubah kearah satu kehidupan yang lebih baik,lebih damai dan lebih tenang. Hari tu cerita Enot dan Dania Amir bertudung, kini bertambah seorang lagi geng2 artis yang mengikut jejak langah positif ni. Aku suka dengan perkembangan terkini para artis, nampak banyak nilai positif dah dan aku juga akan buat entri berkenaan dengan artis sekiranya ianya tidak membawa nilai2 negatif. Kini seorang lagi artis, Abby Abadi telah bertudung sekembalinya dari Mekah. Info yang aku baca dari mediakraf telah melaporkan situasi terkini Abby Abadi...Semoga Allah terus memberikan rahmat dan hidayah kepada mereka2 yang telah berubah dan mahu berubah ini. Insyaallah.
Sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada 26 Mac lalu, pelakon popular Abby Abadi mengambil keputusan untuk terus berhijab. Katanya, keputusan untuk bertudung bukan kerana sudah mengerjakan ibadat umrah, tetapi menyedari ia adalah tuntutan sebagai seorang muslimah.

"Alhamdulillah, apa yang saya lakukan ini semuanya kerana Allah SWT. Ikutkan niat untuk bertudung sudah lama, Cuma saya tidak mahu lakukan atas desakan orang lain. Saya mahu perubahan itu biarlah daripada hati saya sendiri. Dan bila berada di sana, saya terbuka hati untuk terus berhijab bila pulang nanti.

"Saya juga bersyukur kerana sepanjang berada di sana segala ibadah saya dipermudahkan oleh-Nya. Saya rasa lebih tenang dan belajar banyak perkara yang mana sebelum ini saya buat sambil lewa sahaja. Saya rasa inilah satu-satunya peluang yang ada untuk saya perbetulkan apa yang kurang dalam diri saya," kongsi Abby yang menganggap pemergiannya ke Kota Mekah sebagai satu kenangan yang cukup indah.




Tag : ,

ADAM AF BELAJAR ILMU PERUBATAN ISLAM?

on 27 Mac 2012

ADAM_AF_BELAJAR_ILMU_PERUBATAN_ISLAM


Adam bekas pelajar AF (2) diberitakan telah 2 tahun mempelajari bidang pelajaran ilmu perubatan bersama Ashraf Muslim di Klinik Perubatan Syifa Al-Hidayah Gombak, Selangor. Aku rasa cam tak berapa nak percaya je pada mulanya, tapi nampaknya Adam telah mengambil satu jalan yang baik buat dirinya dan juga masa depan dia sendiri. Aku tahu, bukan mudah nak "jadi" rekrut di pusat Perubatan Darus Syifa nih. Ilmu berkenaan dengan alquran pun kena tinggi juga, bukan main sebarang je. Apapun tahniah buat Adam yang telah 2 tahun belajar ilmu perubatan Islam disana. "Biarlah kita peroleh manfaat dunia dan akhirat, insyaallah"..itulah kata Adam Af kepada mStar Online. Mungkin..dimasa akan datang Adam juga akan menampilkan lagu-lagu yang lebih berbentuk kepada kerohanian...Insyaallah. Dan memang aku tabik spring dengan si Adam Af nih. Semoga berjaya Adam!! Caya sama lu laa...
KUALA LUMPUR: Penyanyi Adam (AF2) keputusannya untuk mendalami ilmu perubatan Islam sejak hampir dua tahun lalu tidak menjejaskan kerjaya seni yang dilaluinya.
Pemilik nama sebenar Mohd Aizam Mat Saman, 28, ini berkata, ini kerana secara keseluruhan proses pembelajaran ilmu perubatan bersama aktor Ashraf Muslim di Klinik Perubatan Syifa Al-Hidayah Gombak itu berlaku secara berperingkat.
“Tidak timbul isu konflik atau kekeliruan bagi saya kerana cabang seni dan pengamal perubatan itu berjalan serentak dan berasingan.
"Pada kebiasaannya, saya akan memberikan tumpuan untuk mendalami ilmu perubatan pada sebelah siang dan malam pula untuk aktiviti seni.
“Apa yang penting, niat kena bersih dan saya selesa dengan jalan ini. Biarlah kita peroleh manfaat di dunia dan akhirat, insya-Allah,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.
Vokalis kepada kumpulan pop VIP itu berkata, peralihan tersebut tidak boleh berlaku dengan sekelip mata kerana dia sudah lama menceburi bidang seni sebelum ini.
“Untuk berhenti secara total daripada bidang seni, saya belum bersedia kerana ia melibatkan pelbagai pihak dan komitmen. Saya akui takut menyesal jika berhenti secara drastik.
“Jalan terbaik adalah dengan mengimbanginya. Walaupun perjuangan seni saya lebih cenderung kepada muzik tari, ia bukan isu kerana saya sentiasa peka pada tindak-tanduk dan pertuturan,” katanya yang mengakui berdepan pelbagai ujian sejak penghijrahan itu.
Ditanya adakah dia bercadang untuk menampilkan genre kerohanian dalam muziknya pada masa akan datang, Adam berkata ia adalah cadangan yang sudah dipertimbangkan dan kini sedang mengumpulkan lagu-lagu yang bersesuaian.
“Tiada sempadan untuk menyampaikan mesej Islam dan kerohanian dalam muzik. Saya sedang mengumpulkan lagu-lagu untuk dipadankan dengan genre muzik tari saya.
“Dalam hal ini, saya perlu berhati-hati agar masyarakat boleh menerima lagu-lagu rancak yang bermesejkan kerohanian seperti yang dilakukan pendakwah-pendakwah di Barat,” katanya yang kini terlibat sebagai mentor pada program Mentor 6 di TV3.
# Semakin ramai artis berubah sekarang, perkembangan yang baik buat industri hiburan Malaysia nih.
Tag :

KES RUMAH MAWI DIROMPAK - RUGI RM10,000

on 26 Mac 2012


Blog hiburan melaporkan rumah penyanyi terkenal yang baru saja mendapat anak, iaitu Mawi dan Ekin telah dirompak. Ketika kejadian, Mawi dilaporkan baru saja pulang dari siri Jelajah Anugerah Bintang Popular di Johor Baharu. Buletin 1.30 melaporkan, kerugian yang dianggarkan bernilai RM10,000. Pada aku, duit derang boleh cari, yang penting utama ialah keselamatan keluarga. Alhamdulillah, kesemua ahli keluarga Mawi termasuk bayinya selamat dalam kejadian itu dan tidak diapa2kan. Mawi juga dilaporkan telah diikat oleh beberapa orang perompak yang masuk ke rumah mereka di Bangi. Berikut laporan dari mStar Online;
PETALING JAYA: Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumah banglonya di sebuah kelab golf di Bangi dekat sini dimasuki perompak bertopeng awal pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora’Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.
Anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu iaitu, Cahaya Malaika dan orang gaji tidak diapa-apakan.
Kembar kepada Ekin iaitu Nora’Ain Rahmat (Eein) berkata, semasa kejadian semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru pulang dari Johor Baru selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Katanya, perompak pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek sebelum bertindak mengikat mereka kecuali orang gaji serta anak kecil sebelum mengarahkan mereka menyerahkan wang dan barang kemas.
“Tiga daripada empat perompak itu memakai topeng dan salah seorang daripada mereka bersenjatakan pedang samurai sambil memaksa semua penghuni rumah menyerahkan barang berharga,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Tambah Eein, perompak turut melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000.
Een berkata, dia bersyukur kerana dalam kejadian itu tiada sesiapa yang cedera.
Sementara itu Mawi tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dan isteri turut dikebas perompak terbabit.
Tag : ,

[VIDEO] AWAL ASHAARI LAMAR SCHA AL YAHYA

Korang dah tengok video Awal Ashaari melamar Scha Al Yahya semasa Scha sendang mengacara rancangan Propaganza? Hehehe...memang macam dah stail mat salleh la, si Awal buat. Tengah sedap si Scha tu sedang bercakap di rancangan tu, tetiba je Awal datang dari tepi, melutut dan melamar Scha. Scha pada mulanya kelihatan keliru tidak menunggu lama untuk menerima lamaran Awal Ashaari.

Aku tau, niat dihati Awal tu baik, tapi cara tu aku rasa tak berapa nak sesuai laa...nak2 bagi kita yang beragama Islam nih. Apapun kita tunggu je la ustaz atau imam mana yang nak bagi penerangan tentang isu ni nanti. Kalau tak de, tak pe laa....tapi kalau isu ni jadi "panas" kompom panas bontot la si Awal Ashaari tu nanti. Err...Awal nangis ker wei?? Laaa...tak bape nak "kacak" le rope lu bro bila dah nangis...hehehe!!! Apapun tahniah lah ehh, semoga berbahagia selamanya....



# Sejak dua menjak ni maleh tul nk hapdate blog....isk...isk...pas tu, tetiba je blog ni dah jadik blog artis lak...:D
Tag :

[6] GAMBAR IRMA HASMIE BERTUNANG

on 25 Mac 2012


GMABAR_IRMA_HASMIE_BERTUNANG

^_KEPING_GAMBAR_IRMA_HASMIE

TUNANG_IRMA_HASMIE

GAMBAR_MAJLIS_PERTUNANGAN_IRMA_HASMIE

MAJLIS_PERTUNANGAN_IRMA_HASMIE

IRMA_HASMIE_BERTUNANG


SUNGAI BULOH: “Semuanya bermula dengan pertemuan secara tidak disengajakan ketika menunaikan umrah di Makkah sebelum kami memutuskan untuk mengikat tali pertunangan,” kata pengacara dan pelakon, Irma Hasmie Ibrahim yang bertunang dengan ahli perniagaan, Rezza Shah Azmeer Radzuan, di sini, semalam.
Irma, 30, berkata, ketika menunaikan umrah pada 14 Februari lalu, dia bertemu keluarga Rezza, 31, yang turut sama menunaikan ibadat tu.

“Ibunya memperkenalkan saya kepada Rezza. Saya selesa dan mudah berkomunikasi dengannya. Kami tidak mengambil masa lama untuk memutuskan mengikat tali pertunangan.


“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana semua urusan pertunangan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah,” katanya yang ditemui semalam.

Sementara itu, ibu Rezza, Datin Azizah Osman berkata, mengikut perancangan, pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan pada 1 Julai depan.


“Bagi saya, Irma seseorang yang bersopan santun dan berbudi bahasa,” katanya.



#sumber Mymetro $ Carigold
Tag :

GAMBAR RUMAH MEWAH DATO SITI NURHALIZA DI AUSTRALIA

on 05 Mac 2012


Sepertimana yang disiar didada akhbar kosmo online, Dato Siti Nurhaliza telah dikatakan menjadi pembeli pertama rumah/kondo mewah di Australia. Dinamakan sebagai The Istana, rumah tersebut memang kelihatan mewah, sekurang2nya dari gambaran artis.

Tapi aku ni kenkadang terpikir juga, kalau beli kat sana sapa pula yang nak tinggal kat rumah tu...opss...mungkin bakal jadi rumah hinggap kot, gamaknya laaa...ha3x!!!

Mungkin Dato Siti Nurhaliza akan berbincang dengan suami beliau Dato K, untuk tinggal disana hanya disaat mereka menikmati percutian je kot. Mungkin laaa....itu anggapan aku je. Apapun, layan je dulu gambar2 rumah mewah yang bakal dimiliki Dato Siti Nurhaliza satu hari nanti di Australia.
Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menandatangani perjanjian membeli sebuah pangsapuri satu bilik di The Istana dalam majlis pelancaran projek kediaman itu, baru-baru ini.

Pemaju hartanah tempatan, Magna Prima Bhd. yang menjadi peneraju utama dalam pembinaan kediaman itu di Melbourne, Autralia menampilkan Siti Nurhaliza sebagai pembeli dan pelabur pertama unit kediaman mewah itu.
The Istana merupakan pangsapuri kediaman menara tunggal setinggi 25 tingkat terletak di A’Beckett Street iaitu di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan Melbourne.

Sebelum ini, projek itu dikenali sebagai Dynasty Living yang dibangunkan di atas kawasan berkeluasan 10,800 meter persegi yang memuatkan 320 unit kediaman.
Pertukaran nama kepada The Istana merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan ciri hartanah dan sentuhan arkitek Malaysia.











Artikel menarik, jom tengok senarai - 10 Blogger Terbaik Malaysia


~Salam mesra dari yastro~
Tag : ,

Konsert Rock Loudspeaker Y2K11- Stadium Merdeka 25/12/11

on 15 Disember 2011

Konsert Loudspeaker Y2K11 adalah konsert rock terakhir dihujung tahun 2011 ini. Konsert di jangka berlangsung pada 25/12/2011 [Ahad] di Stadium Merdeka menggabungkan 4 artis yang popular iaitu Wings, XPDC, Faizal Tahir dan Azlan & The Typewriter. Juga tak dilupakan jualan t shirt merchandise terakhir dari Grousiey Printhouse [GPH] yang sering menjadi rebutan dan panas dipasaran...Insyaallah, aku akan support team GPH nanti disana....




Date & Day:    25 DECEMBER 2011 (SUNDAY)
Time:              8.00pm
Venue:            STADIUM MERDEKA, KUALA LUMPUR
Ticket Prices: RM 77.00
Tiket Online: Tiket Online

Info dari myMetro:

PERJALANAN sebuah kumpulan takkan lengkap tanpa kehadiran sang pelantun yang hadir membisikkan nada dan memberikan jiwa pada bait-bait indah tercipta. Sering kali juga kita terdengar kisah kumpulan hebat dulu kala yang ibarat burung patah sayap, apabila vokalis utama membuat keputusan keluar daripada perjuangan secara berkumpulan.Biar kekosongan diisi penyanyi setara hebat, tetap yang lama dimahukan kerana itulah peminat terlalu gembira apabila mendengar Awie kembali ke pangkuan Wings pada 2002 menerusi album Naga Keramat. Sama keadaannya seperti Mael yang menemukan semula semangatnya bersama XPDC pada 2006 selepas sekian lama Ali yang dulunya vokalis Terra Rossa mengisi ketiadaan penyanyi metal itu. Sebaliknya dengan Faizal yang pernah menganggotai kumpulan nasyid kontemporari Mirwana, sementara Azlan mencipta sejarah singkat bersama Meet Uncle Hussain, kekosongan mereka bagai belum ada pengganti.


Namun, memilih untuk bergerak secara bersendirian tanpa sedar menemukan kedua-dua pemuda ini dengan peluang besar selain menempuh perjalanan karier lebih cemerlang. Tinggalkan seketika sejarah silam, permasalahan atau konflik yang pernah melanda setiap figura itu sebelumnya kerana ada berita penting untuk dikhabarkan berhubung penggabungan mereka dalam konsert dinamakan Loudspeaker. Bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada 25 Disember ini, jam 8.30 malam, perang vokal di antara kelima-lima vokalis itu pastinya menghasilkan paduan yang luar biasa. Jika direncana dengan baik, tidak mustahil Loudspeaker menjadi penutup konsert pada 2011 yang paling gemilang. Awie atau nama sebenar, Ahmad Azhar Othman, 43, begitu berharap konsert ini mendapat sambutan khususnya daripada penggemar rock. 


“Belum pernah ada penganjur terfikir untuk melakukan konsert berbayar seperti ini dan kerana itu kami menerima pelawaan Red Garage Group Sdn Bhd kerana tertarik dengan konsep yang diketengahkan. “Mungkin ada beranggapan Wings tidak perlukan sebarang gabungan untuk memancing penontonnya berdasarkan sambutan baik diberikan konsert kami sebelum ini. “Namun, secara peribadi saya mempunyai keyakinan bahawa Loudspeaker ini adalah sebuah pementasan unik dan berbeza malah patut ditontoni peminat. “Sama ada Wings, XPDC, Faizal Tahir dan Azlan & Typewriter kita semua memperjuangkan muzik rock dengan konsep berlainan. Misalnya Wings terarah pada Rock & Roll, XPDC pula Metal, Faizal dia lebih kepada komersil bagaimanapun dia mempunyai tone suara yang sangat baik manakala Azlan & Typewriter mewakili rock alternatif. “Secara tidak langsung ia menunjukkan perubahan muzik yang berlaku dalam setiap generasi berbeza. Namun, seperkara yang terus bertahan dan unggul sehingga hari ini adalah teras rock itu sendiri,” katanya. 


Berpusat di bawah genre yang sama, pecahan muzik rock diketengahkan mereka baik buat si pelantun solo mahupun didatangkan bersama pakej berkumpulan dengan jelas berbeza identiti dan pendirian. Vokal setiap lima daripada penyanyi itu juga mempunyai ciri khas yang tersendiri tanpa membayangi sesiapapun menambahkan lagi keunikan konsert Loudspeaker ini. Awie turut memuji usaha Red Garage Group Sdn Bhd dalam usaha mengumpulkan ‘band-band’ terbaik dalam satu persembahan berbayar yang secara tidak langsung mendidik masyarakat untuk menghargai artis serta penggiat muzik tempatan.

Sejarah juga bakal tercipta dengan penggabungan Mael dan bekas vokalis, Ali, yang sepakat beraksi di samping XPDC pada malam konsert itu nanti. Menurut Mael, rencana untuk mengadakan reunion bersama seluruh anggota XPDC sememangnya sudah ada dalam perancangan mereka tahun depan namun, belum sempat ia terlaksana penganjur Loudspeaker terlebih dulu menyediakan platform. “XPDC sememangnya sedang dalam perancangan mengadakan konsert reunion tahun hadapan di mana penjelajahan itu bermula di Singapura kerana yang mencetuskan idea ini adalah penganjur dari negara itu. “Insya Allah, kita akan membuat persembahan Januari nanti. Kemudian merancang untuk menjelajah beberapa kota di Semenanjung Malaysia jika menemukan masa dan lokasi yang sesuai. 


“Mulanya ia akan menjadi perkara yang ‘suprise’ untuk peminat tetapi Red Garage Group Sdn Bhd lebih pantas menghidu. Justeru XPDC ingin menggunakan peluang yang diberi Loudspeaker ini untuk menghebahkan mengenai penggabungan kami sekali gus membuktikan XPDC masih berupaya beraksi dalam konsert berskala besar,” katanya. Mohd Ali Ismail atau Ali pula menambah, meskipun kini bergerak secara solo namun dia sentiasa dahagakan peluang beraksi dengan XPDC kerana suatu ketika dulu pernah hadir mengisi kekosongan kumpulan itu. 


“Saya amat teruja menjayakan konsert Loudspeaker ini. Secara peribadi saya adalah penggemar lagu-lagu Wings juga XPDC. Namun, sudah pasti kembali beraksi bersama XPDC sesuatu yang saya nanti-nantikan. “Sebelum ini, saya pernah menganggotai XPDC, merasai jatuh bangun dan kita membuat persembahan bersama-sama dia merata-rata negeri. Saya sendiri menjadi saksi bahawa XPDC masih unggul di hati peminat cuba kita jarang dapat peluang seperti ini. “Sebagaimana dimaklumkan Mael, tahun depan kita akan mengadakan konsert reunion dan saya berharap pembabitan dalam Loudspeaker ini menjadi permulaan baik buat XPDC kembali menggegarkan persada seni,” katanya. 


Beralih kepada Faizal Tahir, peluang berkongsi pentas disamping Wings dan XPDC termasuk rakan seperjuangannya, Azlan, pada 25 Disember ini di Stadium Merdeka, mengungkap perasaan yang sangat berbeza. “Semestinya saya berasa terharu kerana Wings dan XPDC antara kumpulan otai di negara ini yang cukup saya kagumi. Dulu saya menjadi penonton tetapi sekarang dapat pula berkongsi pentas, memang ia satu penghargaan yang cukup besar. “Untuk persembahan malam itu saya akan membuat persembahan bersama band Faizal Tahir & The Royale FT Force. Apa yang menarik mengenai Loudspeaker selain membawa pengertian muzik serta nyanyian yang ‘loud’ serta bertenaga, kesemua senarai lagu ditetapkan oleh penganjur.

“Di mana setiap daripada kumpulan yang terbabit akan menyanyi lagu-lagu hit yang terdapat dalam album mereka. Saya sendiri akan menyanyikan lagu-lagu seperti Karma, Sampai Syurga dan Hanyut untuk mengisi persembahan lebih kurang 40 minit. “Jadi pada konsert itu nanti penonton tiada alasan untuk berdiam kerana saya pasti lagu-lagu yang bakal disampaikan adalah yang mesra pendengar,” katanya. Berbanding dengan yang lain, Azlan mengakui dia belum mempunyai banyak koleksi lagu hit apatah lagu, baru mempunyai satu album. “Disamping membawakan lagu-lagu seperti Gerak Hati, Kelibat Si Penyair dan Jeritan Batinku, beberapa rangkaian lagu ‘cover version’ yang pernah dipopularkan artis tempatan mahupun antarabangsa akan dipersembahkan secara langsung malam itu nanti.

“Saya berharap konsert ini mendapat sambutan yang hebat daripada penonton kerana ia satu gabungan cukup menarik,” katanya ditemui di Studio 16 yang beralamat No 16, Jalan PJU 3/46 Sunway Damansara, Technology Park. Tiket konsert dijual serendah RM77 dan RM222 bagi VVIP. Ia boleh dibeli dengan melayari www.ticketonline.com.my atau mendapatkan di stesen Petronas seluruh Malaysia. 


Menyambut kedatangan Loudspeaker, sebuah acara dinamakan Kuala Lumpur Bike Week (KLBW) 2011 akan diadakan pada 23 dan 24 Disember iaitu dua hari sebelum berlangsung konsert itu. KLBW 2011 mengambil lokasi di The Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur. KLBW menjadi kesinambungan tahun sebelumnya yang dimulakan sejak 2008. Seperti tahun terdahulu, acara yang turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan Malaysia ini mencipta kejayaannya yang tersendiri.

# Masih lagi terasa kehangatan kehangatan konsert DT hari tue...:D

Coming Soon!!!
# Sila dapatkan T Shirt Wings dari Grousiey Print House.
Tag : ,

Pesan aku untuk Zaidy (Nabila Amy Search) ~ Sabo je la bro....

on 11 November 2011

Saat bahagia pasangan Zaidy dan Nabila


“Saya sayang bekas isteri saya 200 peratus, kalau dia berubah saya bersedia menerimanya dengan hati terbuka,” kata Zaidy Zailani, 30, bekas suami pelakon kontroversi, Nabila Huda Suhaimi, 27, ketika ditanya mengenai gambar bekas isterinya bercium dengan seorang lelaki di sebuah pulau peranginan yang tersebar di Internet."

“Saya terkejut selepas dimaklumkan rakan mengenai gambar itu dan saya tidak mahu melihatnya,” katanya sambil memberitahu Nabila sudah lama dia tidak berhubung dan berjumpa dengannya serta anak mereka, Keisha Laila yang berusia setahun lebih.
Menurut Zaidy, selepas bercerai dengan isterinya pertengahan Oktober lalu, dia mengambil alih menjaga puteri kesayangannya itu walaupun perlu bekerja seharian."-hmetro

~ Terus terang, aku antara salah seorang yang pernah mengenali si Zaidy ni, bekas anak didik aku nih. Walaupun tak lama, sekitar 2/3 tahun namun aku rasa aku juga mengenali hati budi beliau. Pesan aku.....


"Bro, barang yang lepas jangan ko kenang laa...udah2 la tu, klau boleh ko cari la pengganti yang lebih baik dari bekas isteri kamu tu. Aku rasa memang tak rugi satu sen pun kiranya ko lopekan dia. Bahkan ada baik dan hikmahnya dugaan untuk ko nih. Seandainya ko terbaca catatan aku ni terpulang la pada ko untuk menilainya. Aku tak memaksa pun, semua tu hak ko. Btw, sorry kiranya apa yang aku tulis ni ko anggap mencampuri urusan peribadi ko, semoga ko beroleh yang terbaik untuk hidup ko. Apapun sabo je la bro...."
Tag :

Isu Hantu Bonceng, Ahmad Idham menjawab kritikan...

on 20 September 2011

As salam semua...aku maleh nak cakap ape2 pun pasal isu ni, mende ni dah kecoh merata rata dah...so bila dah meletup, Ahmad Idhma pun jawab lerrr....Tapi...ade baiknya korang baca sendiri dan nilaikan jawapan yang diberi oleh Ahmad Idham tu kat bawah nih......





Aku dapat di: http://www.benashaari.com/2011/09/jawapan-ahmad-idham-pasal-persenda.html

Tag : ,

Promo TShirt ~ Wings Istana Budaya

on 24 Mac 2011

Promo TShirt ~ Wings Istana Budaya ! Design T Shirt Wings Official Merchandise sudah keluar.....design baju tu memang superb beb! (Pada gua laa) Sebelum ni gua pernah war2kan tentang konsert Wings di Istana Budaya disini

So pada korang yang berminat nak tengok konsert tu nanti, pas tu berminat dengan tshirt Grousiey Printhouse yang ala2 Sheroi Neko nih..... standby "rm" je. Kalau korang tak beli masa tu, nanti tak boleh tido malam wooo....hehehehe...


Setiap pembelian akan disertai sekali dengan car sticker dan casing baju. Sapa cepat dia dapat!!!


Teori Domino

Opera Hidup

Gold Foil...Terbaik!!!!
Tshirt Wings tersebut boleh ditempah disini [Kedai Tenet]

Salah satu sample ori Sheroi Neko...mahal woo baju nih!!




LayOut Istana Budaya

Tempahan/Maklumat lanjut:

Box Office,
Istana Budaya,
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur.
Tel : 03-40265558

Tiket Online: Ticket2U

Lagi info mengenai konsert tersebut[Klik sini]


Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved