Memaparkan catatan dengan label InFormaSi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label InFormaSi. Papar semua catatan

KERETA POLIS PERSONA DILUAR NEGARA

on 26 April 2012

Salam semua sahabat, korang pernah kan tengok kereta polis luar negara menggunakan jenama Proton. Contohnya Waja, Wira dan lain2. Tapi kali ini aku nak tempek seketul gambar kereta polis di negara Indonesia yang telah menggunakan Proton Persona sebagai kereta polis mereka. Kat sini, polis kita banyak gunakan Proton Waja sebagai kereta peronda, rasanya tak ada polis Malaysia gunakan Proton Persona.

Gambar ini sebenarnya diambil oleh rakan aku yang pergi kesana atas urusan syarikat. Aku pun simpan gambar ni rasanya dah 2 tahun dah...pernah juga sekali aku post kat satu forum. Apapun ucapan terima kasih khas aku tujukan kepada kepada beliau.


# Kalau ikut info dari kawan aku tu, Polis sana [Indonesia] hanya buat sistem sewa saja bagi melengkapi keperluan kereta peronda mereka...wallahualam. 
- Disebabkan kebzian giler dlm mgu ni...kebanyakan post aku adalah auto post.
Tag : ,

Budak 8 Tahun Cipta Rekod Dunia

on 23 April 2012

Budak 8 Tahun Cipta Rekod Dunia

Pehh...Kalau la korang berdiri macam yang budak tu buat gamaknya macam mana la perasaan korang ek. Kalau aku sendiri pun rasanya belum cukup berani lagi. Bayangkan dengan angin yang kuat, hanya diikat diatas sayap kalapl terbang. Mau gigil kepala lutut aku kalau disuruh buat aksi seperti Tiger Brewer, budak yang hanya baru berumur 8 tahun. Cekidout....
CIRENCESTER, England – Seorang budak lelaki berumur lapan tahun, Tiger Brewer berdiri di bahagian atas sayap sebuah pesawat klasik, Boeing Spearman yang sedang terbang.


Ibu bapa Brewer menyaksikan aksi anak mereka manakala datuknya, Vic Norman menjadi juruterbang pesawat buatan 1942 itu.


Brewer kini memegang rekod sebagai orang yang paling muda di dunia berdiri di atas sayap kapal terbang.


“Pemandangan cukup mengagumkan. Semua yang saya lihat cukup kecil. Saya dapat melihat setiap orang berada di bawah saya tetapi tidak dapat mengenali mereka,” katanya selepas penerbangan selama lima minit itu berakhir.


Datuknya yang berumur 61 tahun berkata, dia berasa bangga kerana dapat membawa salah seorang daripada tujuh cucunya melakukan aksi itu.


“Dia kelihatan gementar pada mulanya tetapi kemudian nampak bersantai dan seronok dengan aksi itu,” kata datuknya.


Brewer mengatasi rekod yang dilakukan oleh Guy iaitu anak pemain drum kumpulan muzik Pink Floyd, Nick Mason yang berdiri di atas sayap pada 2001 ketika berusia 11 tahun.



Tiger Brewer

Tiger Brewer dan datuknya

Tag :

SERIUS - KISAH AYAM YANG BERANAK DI SRI LANKA

on 22 April 2012

SERIUS - KISAH AYAM YANG BERANAK DI SRI LANKA
gambar dari wartanews
Siapa yang sangka, dengan izin Allah seekor ayam betina mengejutkan dunia dengan kisahnya beranak bukan bertelur seperti kebiasaan. Kejadian berlaku di tengah Sri Lanka iaitu di bandar Welimada, PR Yapa disebuah ladang ternakan ayam.

Aku difahamkan telur ayam tersebut dieram didalam badan ayam selama 21 hari. Ibu ayam tersebut mati sejurus melahirkan anak ayamnya akibat luka dalaman yang serius. Anak ayam yang dilahirkan dilaporkan hidup sihat. Wallahualam - BBC


Tag :

ULAT DIKEPALA ORANG YG MASIH HIDUP

on 21 April 2012

Amarannn....kalau rasa ngeri jangan tengok, tak baik untuk kesihatan. Satu video yang bakal aku kongsikan ini sebenarnya agak mengerikan juga pada aku. Tak tau la pada korang camne lak kan...tapi aku gagahkan diri juga melihatnya. Yup, seperti tajuk entri, "Ulat Dikepala Orang Yang Masih Hidup" video ini menunjukkan satu keadaan di India/Bangladesh atau kawasan2 yang sewaktu dengannya. Seorang tua duduk mengcangkung sambil seseorang membuang ulat dikepala beliau. Kepala beliau berlubang dan yang paling saspennya ialah tengkorak kepala lelaki itu juga turut kelihatan....tengok la sendiri kalau berani.



# Aku betul2 sibuk minggu ni, maaf kalau aku terlambat ziarah kengkawan semua..penattt....
Tag :

Pembukaan Pusat 3S Sutera Gemilang Auto - Shah Alam

Pembukaan Pusat 3S Sutera Gemilang Auto - Shah Alam

Pembukaan_Pusat_3S_Sutera_Gemilang_Auto_Shah_Alam
Berita baik buat pelanggan dan pengguna kenderaan berjenama Hyundai dikawasan Shah Alam, Subang dan Klang. Wakil pengedar di bawah naungan Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) iaitu Sutera Gemilang Auto Sdn. Bhd. (Sutera Gemilang Auto) cawangan Shah Alam, telah membuka sebuah lagi pusat jualan, penyelenggaraan dan alat ganti (3S) untuk semua jenis kenderaan jenama Hyundai pada 6~8 April 2012 lalu. Pusat 3S Sutera Gemilang Auto ini mempunyai keluasan tapak seluas 31,500 kaki persegi dengan kemudahan 9 buah tapak penyelenggaraan untuk kenderaan pelanggan.

PEMBUKAAN_SUTERA_AUTO_GEMILANG_SHAH_ALAM
Acara memotong reben: Dari kiri Encik Lau Yit Mun (pengarah urusan Hyundai Sime Darby Motors), Encik Sunny Quek (pengerusi Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd),dan Encik Zoon Kim (Timbalan Pengurus Besar Ibu Pejabat Rantau Asia dan Pasifik Hyundai Motor Company).
Kemudahan yang ditawarkan di Sutera Gemilang Auto Shah Alam 
1. Mesin air panas untuk pelanggan  (kopi dan mineral water)
2. Ruangan rehat dengan kemudahan televisyen dan komputer (2 Unit)
3. Ruang pemandangan yang jelas untuk pelanggan melihat kereta diselenggara
4. Kemudahan WiFi dan persekitaran yang selesa.
5. Ruangan kerja untuk pelanggan melakukan kerja ketika menunggu kereta diselenggara.
6. Kemudahan 20 ruang tempat letak kereta untuk pelanggan.
7. Menyediakan 9 buah tapak penyelenggaraan dan mampu memberi perkhidmatan kepada 32 buah kenderaan sehari.
8. Kemudahan taman mini untuk pelanggan yang membawa anak-anak. 
9. Majalah auto untuk pembacaan ringan pelanggan.
PETA_KE_SUTERA_AUTO_GEMILANG_SHAH_ALAM
Lokasi Sutera Gemilang Auto
Waktu operasi  Pusat 3S Sutera Gemilang Auto:
Hari bekerja - 9 pagi   8 malam untuk hari bekerja biasa.
Masa -         10 pagi – 6 petang hujung minggu dan cuti umum
(Dibuka setiap hari termasuk bahagian penyelenggaraan)
No. Telefon (Jualan) :                  03- 7832 4888 / 7832 4444
No. Fax (Jualan) :                       03- 7832 4222
No. Telefon (Penyelenggaraan):  
03- 7832 4333/ 7832 4555

No. Fax(Penyelenggaraan):        03- 7832 4999


Lokasi:
Lot 7960, Jalan Bukit Cerakah, Seksyen U6, 40150 Shah Alam, Selangor.

Serentak pada hari pembukaan Pembukaan Pusat 3S Sutera Gemilang Auto, turut dipamerkan ialah kenderaan terbaru mereka iaitu MD Elantra dan juga sessi test drive kenderaan kepada pelanggan yang berminat.

# Anda juga boleh melihat promosi terkini kereta Hyundai dan Sutera Gemilang dilink yang telah disediakan diatas. Dibawah adalah gambar Pusat 3S Sutera Gemilang Auto Sdn. Bhd. (Sutera Gemilang Auto) cawangan Shah Alam yang telah saya sediakan dibawah.

Mesin air panas dan mineral water yang disediakan percuma utk pelanggan
Ruang menunggu pelanggan

Kaunter Jualan kenderaan Hyundai
Kaunter servis yang yang disediakan
Ruangan Tv dan bacaan
Taman mini 


Tag : ,

GAMBAR UNIK KAPAL ANGKASA DISCOVERY - LUAR DAN DALAM

on 19 April 2012

GAMBAR_UNIK_KAPAL_ANGKASA_DISCOVERY_LUAR _DAN_DALAM
Discovery sewaktu diletak diatas Boeing 747
Rasanya semua orang tahu kapal terbang angkasa AS yang bernama Discovery. Sebuah kapal angkasa yang lasak dan telah beberapa kali melakukan penerbangan ke angkasa lepas. Kali ini, kapal tersebut telah membuat penerbangan terakhirnya diatas sebuah pesawat Boeing 747 mengelilingi ruang udara Washington sebagai satu penghargaan keatas kapal tersebut. Kali ini aku mencari beberapa keping gambar Discovery tersebut luar dan dalam melalui bantuan pakcik google. - sumber berita asal-kosmo
WASHINGTON - Kapal angkasa Discovery yang diangkut di atas sebuah pesawat Boeing 747, melakukan penerbangan simbolik sebelum ia mendarat berhampiran sebuah muzium, tempat ia disimpan di ibu kota AS di sini kelmarin.
Discovery yang melakukan penerbangan sulung pada 1984, terbang mengelilingi ibu kota AS berkenaan selama sejam sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles dengan disaksikan oleh orang ramai.
Kapal angkasa berwarna hitam dan putih milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) itu kelihatan lusuh selepas melakukan 39 misi ke angkasa lepas.
"Ia seperti menghantar ahli keluarga anda menetap di tempat lain," kata seorang angkasawan NASA, Nicole Stott.
Discovery melakukan misi terakhir ke angkasa lepas pada Februari dan Mac tahun lalu melibatkan perjalanan pergi balik ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) yang mengambil masa 13 hari.
Daripada tiga buah kapal angkasa milik AS termasuk Endeavour dan Atlantis, Discovery adalah yang tertua dan paling kerap terbang ke angkasa lepas.
Pusat kawalan NASA menyatakan, Discovery menghabiskan masa 365 hari di angkasa lepas dan terbang sejauh 241 juta kilometer sepanjang perkhidmatan kapal angkasa berkenaan. - AFP
Sewaktu dalam perkhidmatan..Discovery
Angkasawan NASA bergambar berlatarbelakang Discovery
Saat untuk diangkat diletak atas Boeing 747





Tandas kapal angkasa Discovery

Video terakhir pendaratan Discovery selepas misi di angkasa
Tag :

No Telefon Untuk Order Gas Petronas!!

on 10 April 2012


Pernah tak korang tengok iklan ni? Iklan nombor telefon baru Petronas untuk sesiapa yang nak order gas Petronas. Memang stylo jugak iklan nih. Tapi apesal aku tak pernah nampak iklan ni kat tv ekk? Atau aku yang jarang tengok tv? Kalau ikut tarikh video ni di upload, rasanya macam baru jugak laa, dalam 31 Mac 2012 - Tetiba je jadik musykil...betul ke aku tak pernah tengok iklan nih?


Tag :

KEAJAIBAN SEBUAH KENDERAAN!! - HYUNDAI ELANTRA

on 07 April 2012

Woww!! Kereta ape lak yang kena hempap dengan kontena tu weii? Malang sungguh kalau terjadi "tragedi" macam tu... nak2 kalau kereta tu kereta baru. Aku difahamkan kejadian ni berlaku di Busan, Korea. [tak tau la betoi ke idaknya yerr] Sebuah kereta Hyundai Elantra telah dihempap oleh sebuah kontena. Gamaknya sebab ape pulak boleh jadi sampai camnih?

Wokey...seandainya kalau korang dapat tengok video dibawah ni tentu lagi jelas, tak perlu lagi aku nak bagi penerangan dah. Tengok video tu jer, korang dah boleh faham apa yang aku nak sampaikan ni. Oraitt....Di Korea, kejadian angin lintang di jalanraya dikatakan kerapkali berlaku. Angin lintang tersebut kadang kala berkelajuan tinggi sehingga mampu menterbalikkan sebuah lori kontena yang sedang bergerak dijalan raya. Dan yang malangnya gambaran yang nampak mustahil tu kenkadang boleh menjadi realiti....contoh terbaik adalah seperti gambar diatas ialah sebuah kereta Hyundai Elantra yang dihempap oleh sebuah kontena...ianya seolah telah menunjukkan sesuatu! Ketahanan....yup...ketahanan sebuah kereta dalam menghadapi bebanan melampau! Terbaikkk......




Jadi, tak hairan lah jika Hyundai Elantra ni dapat 2 anugerah tahun ini, memang banyak juga kelebihan yang ada pada model nih. Antara anugerah yang telah diberikan kepada Hyundai Elantra ni ialah...
1. North American Car Of The Year
2. ALG Residual Value Award for the best Compact Car.


kredit to- Sutera Auto Gemilang & CarBikeTruck
Tag :

UTK atau Polis Khas China - Perempuan daaa....

on 15 Mac 2012

UTK atau Polis Khas China - Perempuan daaa....
Kat bawah ni ada 2 video yang menunjukkan seorang anggota polis khas China melakukan aktiviti membentras penculik.  Yang menariknya anggota khas tersebut adalah seorang wanita. Nampak sempoi je perempuan tu....dengan gaya dia datang, lenggok badan dia ....dan bertubuh agak besar, tak nampak dia tu seolah-olah seorang anggota polis khas China. Tapi bila dia dah ambil tindakan.....dam..dam..damm....hmmmm sendiri mau ingat laaa. KAJOL terus penjenayah tu...



Tag :

CARA TERBARU MENGEMIS DI CHINA

on 14 Mac 2012

Mengemis Cara Baru di China
CARA TERBARU MENGEMIS DI CHINA

Bermacam cara yang digunakan untuk menarik perhatian orang ramai. Tetapi paling best jika kita dapat memerhatikan gelagat manusia lain yang berpura2 kerana mahukan sesuatu imbuhan. Inilah yang terjadi di China, sebuah kota yang semakin bergerak maju didunia ini.CARA TERBARU MENGEMIS DI CHIN

Cara mengemis pasangan ibu dan anak di China ini memang agak stylo gila sikit. Ketika si ibunya berbaring di atas lantai dan pura-pura mati, si anak pula berlakon seolah-olah ibunya telah tiada, untuk menarik simpati pejalan kaki yang lalu lalang.

Tubuh si Ibu itu terbaring terus kelihatan tidak bergerak. Sebuah kain berwarna merah menyelimuti 'jasad'nya dari leher hingga kaki. Di sebelah ibunya, para pejalan kaki dapat melihat seorang anak yang sedang berlutut dan menangis semahu-mahunya. Anak itu kelihatan menunduk kepalanya ke lantai, menagih simpati orang ramai agar menghulurkan derma.

Drama menyedihkan yang terjadi di kota Shanghai, China itu kemudian tiba-tiba berhenti setelah dua orang petugas kota mendatangi lokasi kejadian. Wanita yang tadinya terbaring tidak bergerak itu kemudian berdiri lalu pergi bersama anaknya. Nampaknya, tiba-tiba saja wanita tu "dapat" nyawa setelah petugas kota itu datang untuk mengangkat dan memeriksa mayat tersebut...hehehe
Tag :

BANTUAN AWAL KHAS RM100 MURID TAHUN 1 2012 BERMULA

on 12 Mac 2012

BANTUAN_AWAL_KHAS RM100_MURID_TAHUN_1_2012_BERMULA

Satu lagi bantuan khas dari kerajaan Malaysia sudah keluar. Bantuan awal khas sebanyak RM100. Tapi bukan semua dapat yer. Bantuan ni khas untuk murid tahun 1 pada tahun 2012 sahaja. So, mana yang belum kahwin tu jangan jeles laaa yerr, begitu juga dengan yang dah kahwin..tapi anak masih kecil ataupun dah besar. Hehehe...nampaknya bantuan ni aku pun bakal dapat juga, so tunggu pihak sekolah panggil je laa...he3x!! Sedikit info mengenai  bantuan khas RM100 untuk murid tahun 1, 2012 ini...

PENDAHULUAN
Pada 7 Oktober 2011, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan I telah membentangkan Bajet Negara bagi tahun 2012. Dalam pembentangan tersebut, kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM530 juta untuk pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid tahun 1 hingga tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2012.

OBJEKTIF
Untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah pada bulan Disember 2011 sebelum sekolah buka

KRITERIA KELAYAKAN
Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 sesi persekolahan 2012.

TEMPOH PELAKSANAAN
Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan 2012 sahaja.

KADAR
Kadar bantuan adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap murid.

TANGGUNGJAWAB JABATAN
1 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2 Pembayaran bantuan dikredit ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
3 Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK, BSN akan membuka akaun sementara (one-off) bagi tujuan pembayaran.
4 Mengeluarkan Surat Siaran pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan.
5.Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang ditetapkan.
2.Bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan.

MURID BERPINDAH SEKOLAH
Bagi sekolah yang telah membuat pembayaran bantuan khas ini kepada murid yang akan berpindah sekolah, perlu mengecop ‘TELAH BAYAR BANTUAN KHAS RM100’ pada borang perpindahan sekolah murid berkenaan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pertindihan pembayaran Bantuan di sekolah baru nanti.

# Tahukah anda, ada ibubapa yang datang ke sekolah hanya untuk menanda tangani borang di bahagian "menolak tawaran" bantuan ini. Aku tak tahu kenapa dan mengapa, cuma anggapan aku...mungkin dia ada rezeki lebih la tuu...berikan kepada mereka yang lebih layak...tapi, betul ke ada orang yang anggap pemberian ini sebagai rasuah kerajaan kepada rakyatnya?
Tag :

POLIS JUMPA HANTU SEMASA BERTUGAS MALAM

on 10 Mac 2012

POLIS JUMPA HANTU SEMASA BERTUGAS MALAM ! Ni dah kira entri sekuel jugak ni. Korang dah tengok video "Jumpa hantu Dalam Latihan" tu ker belum? Kalau belum tengok, boeh klik je link tu sekarang. Kali ni, aku nak share lak tentang "Polis Jumpa Hantu Semasa Bertugas" di balai polis Lepar, Pahang. Lepar ni setau aku besar jugak, ada Lepar Hilir...ada Lepar Hulu kot...

Okey, sedikit info video youtube "Polis Jumpa Hantu" yang berdurasi selama 1.59 minit ni, alkisahnya terdapat beberapa orang petugas polis didalam balai yang sempit itu. Terdapat 2 orang anggota sedang bermain chess, manakala seorang lagi sedang bermain dengan handphonenya. Jadi kesemuanya ada 4 orang anggota yang sedang bertugas di pos tersebut. Jam pada malam tu adalah 12.20 minit malam....jeng, jeng, jeng!!!!

Tetiba sesuatu kelihatan melintas ditepi tingkap...jeritan pengambil video;"Astafirullah...Ya Allah" pastinya mengejutkan rakan2 beliau yang lain....nak tau selanjutnya sila layan video polis jumpa hantu ni sendiri ehh!!!


# Hmm...korang ada tak pengalaman jumpa hantu macam kat atas nih? Bole la share ngan aku kalau ada...Aku lak, paling saspen pun cuma pernah nampak bebola api atas kepala kengkawan aku masa jaman sekolah dulu...bunyi2 saspen..bayang2 hitam...errr ade gak sesikit jugak kot....hmmm. Bab2 ornag kena histeria mmg banyak gak pengalaman...hehehe.
Tag :

VIDEO POLIS KEJAR KERETA HANTU

on 09 Mac 2012

Pertama kali aku tengok "Video Polis Kejar Kereta Hantu" ni, aku rasa agak terkejut juga la. Mana taknya bila kat minit yang last tu, tetiba je kereta yang dikejar oleh pihak polis menghilang dan melepasi pagar, tapi pagar tak roboh pulak tuu! Pehh...macam nak percaya, tapi ntah laa...

Aku suggest korang tengok sendiri....nak citer banyak pun tak guna jugak.

Tag :

NOTIS KESELAMATAN DARI MAYBANK

Semalam aku buka web bank rimau kita yang terkenal [Maybank], tetiba aku terpandang satu notis yang terpampang di web tersebut selepas aku klik "log in". Pada mulanya aku rasa terkejut juga...tapi setelah diamati betul2, ianya adalah notis pemberitahuan/keselamatan kepada semua pengguna Maybank, sama ada anda sedang menggunakan browser I.E, Mozilla Firefox ataupun Google Chrome, bahawa selepas ini akan terdapat satu warna hijau di sebelah kiri url web Maybank. Warna hijau tersebut merupakan satu lagi ciri tambahan keselamatan kepada pengguna Maybank supaya peka dengan url web tersebut. Maknanya, jika selepas ini korang log in ke dalam Maybank2U, pastikan ada warna hijau tersebut dikiri url web tu. Kalau tak de.....faham2 sendiri je la yerr.

Notis+Keselamatan+dari+maybak

# Amalkan taip url / search web bank secara manual. Berhati-hati dengan email yang datang dari pihak bank, selalunya ianya adalah email palsu.
Tag :

KEPUTUSAN STPM - 46,712 LULUS, 12 DAPAT 5A

on 07 Mac 2012



KEPUTUSAN STPM 2011, Seramai 46,712 atau 92.19 peratus calon telah lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 berbanding 46,795 (92.5) pada tahun sebelumnya.KEPUTUSAN STPM

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Datuk Dr Mohd Noh Dalimin berkata 12 calon telah mencapai keputusan cemerlang Gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding lapan calon pada tahun sebelumnya. Pada umumnya, prestasi calon tahun 2011 adalah sama dengan tahun 2010, di mana Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) adalah sama, iaitu 2.22, katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2011 di sini hari ini.

Pada tahun 2011, seramai 298 calon (0.59 peratus) mendapat PGNK 4.00 berbanding 343 calon (0.68) pada tahun sebelumnya. Seramai 50,669 calon menduduki peperiksaan itu tahun lepas.

Mohd Noh berkata jurang antara prestasi calon bandar dan luar bandar masih ketara apabila prestasi calon bandar jauh lebih baik daripada calon luar bandar. Katanya bilangan calon bandar yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah seramai 948 orang atau 12.64 peratus berbanding hanya 93 (6.14) pelajar luar bandar.

Katanya bilangan calon bandar aliran Sains yang mendapat 5A, 4A dan 3A pula adalah 357 orang (14.2) berbanding hanya 11 (12.64) luar bandar manakala bilangan calon bandar aliran sastera yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah 591 (11.85) berbanding hanya 82 (5.75) luar bandar.

Daripada segi prestasi sekolah, beliau berkata sekolah kerajaan menunjukkan penurunan berbanding pada tahun sebelumnya, iaitu PNGK sekolah kerajaan pada tahun lalu ialah 2.29 berbanding 2.32 pada tahun sebelumnya.

Pada tahun 2011, sebanyak 52 buah sekolah mencapai PNGK 2.8 atau lebih tinggi berbanding 47 sekolah pada tahun sebelumnya dan 55 sekolah pada 2009. Mohd Noh berkata daripada 12 calon yang mendapat Gred A dalam lima mata pelajaran, lima mencapai Gred A dalam semua kertas peperiksaan yang diambil.

Katanya terdapat tiga calon istimewa, iaitu kategori cacat penglihatan yang memperoleh 1A, 1A- dan 2B, rabun (3A dan 1A-) dan spastik (3A dan 1A-), cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan seorang pelajar terbaik dari luar bandar yang mendapat keputusan 4A dan 1A-.

Mohd Noh berkata berdasarkan prestasi calon mengikut mata pelajaran, didapati tiga mata pelajaran meningkat prestasinya iaitu Bahasa Arab (4.1 peratus), Sejarah (3.8) dan Perakaunan (3.68) berbanding pada tahun sebelumnya manakala empat mata pelajaran menurun prestasinya iaitu Syariah (-2.02), Pengajian Am (-3.4), Pengajian Perniagaan (-4.06) dan Further Mathematics T (-12.73) berbanding pada tahun sebelumnya.

Sebanyak 16 mata pelajaran yang lain pula dianggap tidak berubah prestasinya kerana beza peratusan calon yang lulus penuh antara tahun 2011 dan tahun sebelumnya kurang daripada dua peratus. Daripada segi penggunaan bahasa Inggeris dalam jawapan calon bagi mata pelajaran Sains dan Matematik, Mohd Noh berkata 98.1 peratus calon telah menjawab soalan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya pada tahun lalu berbanding 97.1 peratus pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata prestasi calon Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2011 meningkat, iaitu sebanyak 46.8 peratus calon telah mendapat Band 3 atau lebih baik, berbanding 41.81 peratus pada MUET Pertengahan Tahun 2011.

Mulai tahun ini, MPM menawarkan ujian MUET sebanyak tiga kali setahun iaitu sesi Mac, Julai dan November. Pada majlis itu, Mohd  Noh menyampaikan hadiah berupa wang tunai RM1,000, sijil penghargaan dan sebuah plak kepada dua calon cemerlang MUET bagi tahun 2011, masing-masing bagi MUET Pertengahan Tahun 2011 dan MUET Akhir Tahun 2011. Mereka ialah Nicholas Tan Ooi Kiat dari SMK Cochrane, Kuala Lumpur dan Joy Lee Xing Pei dari SMK Tinggi Kluang, Johor, kedua-duanya memperoleh Band 6. - BERNAMA

# Tahniah buat semua...terutamanya kepada calon2 istimewa yang 3 orang tu. Anda telah membuktikan yang anda mampu melakukannya.
Tag :

SENARAI 10 ORANG JUTAWAN DI MALAYSIA 2012

on 04 Mac 2012

Bebaru ni aku terjumpa senarai 10 orang jutawan di Malaysia 2012 melalui web forbes. Makk aihh...kaya betul derang ni yerr..sampai ada yang mencapai tahap billion. Senarai tu ada dibawah,. Melalui web forbes itu juga sebenarnya seramai 40 jutawan disenaraikan. Tapi aku tak lalu nak tempek kesemuannya.. aku tempek mana yang sempat je laa...yang paling penting, senarai 10 jutawan tu ada dibawah ini. Jom kita lihat jumlah/angggaran kekayaan derang yang diisytiharkan melalui web forbes. Senarai ini adalah senarai terkini bagi tahun 2012.

1. Robert Kuok, berjaya mengekalkan gelarannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$12.4 bilion, turun sedikit daripada AS$12.5 bilion pada tahun sebelumnya. Kuok, 88, memegang kedudukan tertinggi itu sejak 2006 apabila Forbes Asia mula menetapkan ranking untuk 40 rakyat Malaysia yang terkaya, Beliau menguasai empayar gula yang luas, minyak sawit, perkapalan dan hartanah.

2. Ananda Krishnan, 73, yang menyaksikan nilai rm beliau meningkat daripada AS$400 juta kepada AS$9.9 bilion. Beliau membeli dalam portfolio kuasa di Malaysia, Asia Selatan dan Timur Tengah dalam urus niaga yang boleh mencapai AS$2 bilion. Syarikat beliau, Maxis Communications, pembekal perkhidmatan telefon bimbit terbesar negara ini, baru-baru ini memeterai perjanjian 10 tahun untuk berkongsi rangkaian 3G dengan saingan UMobile.

3. Lee Kim Hua & Family, yang aset bersihnya susut hanya 1.5 peratus kepada AS$6.5 bilion. Keluarga di belakang empayar perjudian Genting kini mendapat perhatian media dengan usaha untuk mengembangkan operasi di Amerika Syarikat. Anak Lee, Lim Kok Thay, yang menguruskan Genting Group, menyaksikan kekayaannya susut sembilan peratus kepada AS$605 juta.

4. Lee Shin Cheng, yang membina IOI Group kepada salah satu daripada pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, mengekalkan kedudukan beliau di tempat keempat dengan nilai bersih AS$5.2 bilion, meningkat sebanyak AS$200 juta daripada tahun lepas.

5. Teh Hong Piow, Anggaran harta bernilai 5 billion. Bekas pengasas Public Bank yang diasaskan pada tahun 1966 dengan keuntungan daripada perjanjian hartanah; kumpulan ketiga terbesar perbankan negara sekarang. Juga mempunyai operasi di Kemboja, China, Vietnam, Laos dan Sri Lanka.

6. Quek Leng Chan, dengan harta kekayaan setinggi 4.2 billion. Tokey beso Hong Leong Bank, Eon Capital, Hume Industries- syarikat berasaskan simen, konkrit dan keluli. Membeli sebuah penthouse di Singapore dangan harga 14 juta.


7. Syed Mokhta AkBukhari, anggaran harta yang beliau ialah 3.3 billion. Mendapat sebahagian besar kekayaan dari Malaysia Mining Corp (MPM), di mana dia memegang konsesi untuk mengendalikan pelabuhan dan lapangan terbang di Johor; memiliki kepentingan dalam Malakoff [pengeluar tenaga]. Melalui Tradewinds yang disenaraikan di bursa saham, mengambil alih pembekal beras negara, Padiberas Nasional. Memiliki Harrods di Malaysia [KLCC]. Juga melalui DRB HICOM.

8. Yeoh Tiong Lay, angaran harta beliau adalah sebanyak 2.6 billion.


9. Tiong Hiew King, anggaran harta 1.5 billion. Berjaya Group, beliau beroperasi Wendy, Starbucks, Pizza Papa John di Malaysia; air, rawatan air kumbahan dan tapak pelupusan di Malaysia, Indonesia dan China; membangunkan hartanah di Vietnam, Jepun. Membeli rangkaian sosial laman web Friendster.com; juga Pasukan bola sepak UK??  - team mana yekkk?
  
10.Vincent Tan, Anggaran harta mereka adalah sebanyak 1.2 billion.



11. Lee Oi Hian & Lee Hau Hian , Anggaran harta sebanyak 1.1 billion.  
12.  Azman Hashim , Anggaran harta sebanyak 900 juta.
13.  Shahril & Shahriman Shamsuddin  Anggaran harta sebanyak 845 juta.
14. Mokhzani Mahathir Anggaran harta sebanyak 685  juta.
15. Anthony Fernandes Anggaran harta sebanyak 615 juta.
16. Lim Kok Thay Anggaran harta sebanyak 605 juta.
17. Chen Lip Keong  Anggaran harta sebanyak 600 juta.
18. Jeffrey Cheah  Anggaran harta sebanyak 580 juta.
19. Kamarudin Meranun  Anggaran harta sebanyak 560 juta.
20. Lau Cho Kun  Anggaran harta sebanyak 525 juta.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      

#Sebahagian besar ayat ni aku translate dari google translate.So kalau ada sedikit kesilapan tu harap maaf la ehh....:)
Tag :

PENYAMPAI RADIO HOT FM - ALEYA dan ASHRAF SAH BERCERAI

Saat bahagia Aleya dan Ashraf bersama anak kembar mereka-metro
Dalam dok meriah pasal kes Mawi dapat anak, tetiba hari ni seorang penyampai radio HOT FM diberitakan bercerai dengan pasangannya. Kes Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, atau Leya dikatakan telah sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32. Aduhh...sedihnya weii, kita sebagai orang Islam kena ingat... kes cerai adalah "PERKARA HALAL yang PALING DIBENCI ALLAH s.w.t"

Tanpa sebarang desas-desus mahupun gosip mengenai keretakan rumah tangga mereka, penyampai radio popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, atau Leya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32.
Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam. Leya yang mengesahkan perkara tersebut berkata, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik.
“Ya, kami sudah bercerai talak satu pada 29 Februari lalu. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perceraian kami. Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.
Pasangan yang bernikah pada 8 Disember 2007 itu dikurniakan sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah.
Sementara itu, Ashraf yang merupakan seorang komposer ketika dihubungi turut mengakui perceraian mereka.
Rasanya baru je tadi aku masuk kat blog akubiomed, beliau ada bercerita tentang seronoknya pengalaman/perasaan menjadi seorang "babah" buat pertama kali. Bagaimana perasaan beliau bila menimang cahaya mata yang pertama. Tub2 bila baca kat kosmo, ada pula kes pasangan yang aku kategorikan "femes" gak la bercerai. Maaf la, bukan nak masuk campur tapi hakikatnya di Malaysia kes cerai sudah mencapai satu rekod yang agak mengejutkan dan juga membimbangkan.

Rekod pada 2009, anggaran pasangan yang bercerai di Malaysia adalah sebanyak 1 kes bagi setiap 15 minit. Statistik sebenar bagi tahun 2009 adalah daripada 135,136 pasangan atau perkahwinan yang didaftarkan, seramai 27, 166 pasangan telah disahkan bercerai.

Rekod pada 2010 pula,  statistik dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun 2010. Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia. Kes perceraian juga telah meningkat sebanyak 869 kes pada 2010 berbanding 2009. Bagi 2011 lak, aku tak jumpa data tu....so boleh abaikan dulu.

Apapun, bila terjadinya perkara begini...yang paling kesiannya ialah anak-anak. Walaupun masih kecil, aku rasa ianya tetap meninggalkan bekas kepada diri mereka nanti. Apapun aku berharap yang terbaik buat mereka berdua. Semoga mereka berjumpa dengan insan yang lebih memahami antara satu sama lain dan berjaya hidup bersama sehingga ke akhir hayat mereka. Aminnn.....
Tag :

Siri Pahlawan Islam - Umar Mukhtar @ Omar Al-Mokhtar - Singa Padang Pasir

on 03 Mac 2012

“Hidup biar mulia, mati biar syahid” - Umar Mukhtar @ Omar Al-Mokhtar /Singa Padang Pasir
Entri ini adalah sambungan dari entri awal aku "Umar Mukhtar"
Tangan dan kaki Pahlawan Islam ini dirantai oleh penjajah Itali...
Saat penghujung hidup seorang Pahlawan/pejuang...



Secebis Kisah seorang Pahlawan Islam, Umar Mukhtar @ Omar Mokhtar - Lion Of Desert
Lelaki yang bertubuh sasa, tegap dan gagah perkasa yang telah ditelan usia itu melangkah longlai tenang menuju ke tiang gantung. Kedua belah tangannya terbelenggu di belakang. Dirantai dan dikat rapi agar tidak terlepas dari kawalan. Namun mata belaiu masih tetap bersinar seperti menaruh keyakinan terhadap masa depan negara dan rakyatnya. Raut mukanya juga tidak menampakkan rasa gentar atau takut menghadapi suasana kematian. Beliau begitu gagah walaupun maut sedang menantinya hanya dalam beberapa saat sahaja lagi. Beliau tersenyum mengimbau kembali peristiwa-peristiwa yang beliau telah lalui sehingga dia ditangkap dan dihukum ke tali gantung.

Pengorbanannya terhadap negaranya yang tercinta. Seolah telah berpuas hati apa yang beliau telah lakukan selama ini. Beliau redha jalan yang dipilihnya sendiri. Sebentar tadi ketika beliau dibenarkan bersolat Subuh, beliau sujud begitu lama sehingga darah yang menyelinap ke seluruh anggotanya terasa kebas-kebas, belaiu mengadu dan berdoa ke hadrat Allah s.w.t. supaya Allah mengampuni segala dosa-dosanya selama ini dan memohon kepadaNya supaya negara dan rakyatnya bebas dari belenggu penjajahan. Beliau telah bersedia menemui penciptanya sekarang.

Suasana hening di pagi yang sejuk menikam kalbu, kedengaran tangis dan esak yang sayu menyelubungi orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka menatap wajah dan tubuh seorang lelaki yang berusia 70 tahun [ada yang kata 80 tahun] itu dengan wajah yang muram. Air mata masing-masing tidak dapat ditahan, luruh bagaikan mutiara berguguran. Bagi mereka yang berada di sekitar kawasan penjara dan di tempat-tempat lain, mereka turut merasainya, mereka semuanya sedar bahawa sudah sampai ketika dan waktunya beliau akan menjalani hukuman gantung sampai mati pada pagi itu. Beritanya tersebar ke seluruh pelusuk negara. Masing-masing mengangkat tangan menadah ke langit memohon keampunan dari Allah Maha Besar dan memberi darjat yang tinggi kepada beliau dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang solehin dan para-anbiya.

Setelah beberapa saat berlalu, suasana pagi yang hening kesejukan pagi itu dipecahkan dengan jerit pekik tangis bersahut-sahutan ketika mereka melihat lingkaran tali tiang gantung menjerut leher pahlawan mereka, Omar Al-Mukhtar. Al Fatihah...Singa Padang Pasir itu telah kembali kepada penciptanya pada 16 September 1931 di Kota Solouq. Gugur beliau sebagai seorang pejuang, pejuang kepada negara,bangsa dan agama. Selesai sudah perjuangan beliau melawan penjajahan Itali, tetapi perjuangannya itu akan tetap diteruskan oleh anak watan yang lain. Walaupun jihadnya berakhir di tali gantung, namun roh jihadnya tidak mati, malah perjuangannya telah membangkitkan inspirasi kepada tokoh pemimpin Islam yang lain sehingga melahirkan singa padang pasir yang baru seperti Ramadan al-Swaihli, Mohammad Farhat al-Zawi, al-Fadeel Bo-Omar, Solaiman al-Barouni dan Silima al-Nailiah. Selepas dihukum gantung, Umar Mukhtar yang dianggap simbol pembebasan dan jihad Libya dengan segera telah dikebumikan di Ben-Ghazi.

Omar Al-Mukhtar memang dipandang sebagai simbol kepahlawanan menentang penjajahan Itali bagi rakyat Libya. Sejak Itali mulai mencengkam di negara tersebut pada Oktober 1911. Ia telah menjadi perintis mencetuskan semangat rakyat Libya menyalakan bara perjuangan rakyat menentang penjajahan Itali.


Syahid di Tiang Gantung

Gelora perjuangannya juga menambat hati rakyat Libya lainnya dan berjaya melahirkan ramai para mujahid seperti Ramadan As-Swaihli, Mohammad Farhat Az-Zawi, Al-Fadeel Bo-Omar, Solaiman Al-Barouni dan Silima An-Nailiah. Usaha Itali menguasai Libya dilakukan dengan menyerang dan menguasai kota-kota di sebelah pantai seperti Tripoli, Benghazi, Misrata dan Derna secara berturut-turut, satu demi satu jatuh ke tangan penjajah Itali. Meski pun demikian, Omar kerap kali menjadi batu halangan kepada mereka. Ia mampu membangkitkan semangat perjuangan rakyat Libya menentang Itali dengan semangat perjuangan yang kental.

Perjuangan mereka telah menciptakan beberapa pertempuran yang hebat. Misalnya pertempuran yang terjadi di Al-Hani dekat Tripoli pada 23 Oktober 1911, Ar-Rmaila dekat Misrata, Al-Fwaihat dekat Benghazi pada Mac 1912 dan Wadi Ash-Shwaer dekat Derna. Dalam 20 tahun terakhir hidupnya, beliau telah memimpin dan berjuang didalam 1000 peperangan.

Perjuangan rakyat Libya menghasilkan kejayaan yang cemerlang-gemilang. Pejuang-pejuang pimpinan Omar al Mokhtar pernah terlibat dalam pertempuran besar di Al-Gherthabiya, dekat Sirt pada bulan April 1915. Itali kehilangan ribuan tentera di dalam pertempuran itu. Pertempuran-pertempuran seperti ini sering berlaku lalu membuatkan penjajah Itali terpaksa membalas serangan yang memakan masa yang panjang, tahun demi tahun untuk menguasai negara ini.

Akhirnya, wilayah-wilayah yang dipertahankan oleh para mujahidin jatuh juga ke tangan penjajah. Jatuhnya wilayah demi wilayah membuat para pejuang meninggalkan rumah, keluarga dan menuju ke pegunungan. Mereka tidak pernah berdiam diri, malah terus merancang pelbagai strategi untuk menyerang balas.

Pada tahun 1922 Omar telah membentuk satu kumpulan para mujahidin dan menggegarkan kembali operasi perjuangan menentang penjajahan Itali ke atas negaranya. Belaiu telah mengumpulkan kembali mujahidin di The Green Mountain (Aj-Jabal Al-Akdar), bahagian Tenggara Libya. Perkara ini terjadi setelah tamatnya Perang Dunia pertama dan pada masa itu penjajah Itali terfikir bahawa mereka mampu untuk membenamkan sepenuhnya perjuangan rakyat Libya. Jangkaan Itali ternyata silap.

Perjuangan yang tercetus kembali itu membuat pihak berkuasa Itali merasakan mereka berada dalam suasana yang amat tertekan, bahang bahaya tiba-tiba datang dan sering mengancam keselamatan mereka. Mereka tidak mahu membiarkan perjuangan menuntut kebebasan ini semakin merebak. Lalu pemerintah Pusat Itali, Badolio yang terkenal dengan kekejamannya yang sering kehausan darah rakyat Libya untuk diratahnya telah mengambil tindakan ketenteraan untuk merendam bara perjuangan tersebut.

Badolio bukan sahaja ditugas untuk menumpaskan Omar Al-Mukhtar dan pasukannya. Bahkan ia juga diberikan keizinan untuk membunuh rakyat Libya yang memberi sokongan dan membantu para mujahidin di mana jua mereka berada.

Tidak beberapa lama kemudian diktator Itali yang terkenal, Musolini telah mengirim seorang komandan tentera yang berperilaku lebih zalim daripada Badolio. Dia mengambil alih tugas Badolio dan membentuk satu pasukan tugas khas untuk menumpaskan gerakan yang diketuai oleh Omar dan bertindak membunuh lebih ramai rakyat Libya yang tidak berdosa. Komandan yang dihantar oleh Musolini ini pada fikirannya boleh menyelesaikan masalah Libya secara langsung adalah Rodolfo Grasiani. Malah kabinet Musolini telah dimaklumkan bahawa kedatangan khas Grasiani akan membuat suasana di Libya dapat dikawal sepenuhnya. Lion Of Desert@ Umar Mukhtar, akhirnya jatuh juga ditangan pemimpin tentera Itali yang kejam ini dalam pertempuran Slonta pada 11 September 1931.


Lion of Desert, merupakan sebuah filem yang mengisahkan kisah hebat pahlawan Islam ini. Seperti komen Pak Mail, watak Omar Al Mokhtar dilakonkan oleh Anthony Quin. Aku pernah juga menonton filem ini ditv satu ketika dahulu. Tapi, rasanya sudah terlalu lama. Wajar bagiku pihak2 yang berkenaan kembali memaparkan kisah pejuang Islam tersebut. Semoga kita semua mendapat iktibar dengan kisah2 pejuang Islam yang satu ketika dahulu berjuang kerana Allah bukannya seperti sekarang [bukan semua, tapi kebanyakanya], berjuang kerana harta dan dunia. Aminn.
 

-Yahoo Group, m.rosli Awang
- ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com
-halaqah.net 
-wikipedia
-tokoh1038.blogspot.com
Segala info telah diedit oleh yastro. Umar Mukhtar @ Omar Al-Mokhtar - Singa Padang Pasir

Dinar Libya yang memaparkan gambar Umar Mukhtar
Sebuah tugu didirikan berhampiran gua persembunyian Umar Mukhtar
Biografi Omar Al Mokhtar:

Lahir
Lahir- 1858 di sebuah perkampungan kecil di Janzour berdekatan dengan Tobruk, Barqa [Cyrenaica], Libya. Tetapi ada juga yang mengatakan beliau lahir pada  tahun 1862 dan merupakan putera kepada Mukhtar bin Umar dan Aiesha binti Muhareb. Dia berasal daripada suku Boray dan Al Manfah.- wikipedia mengatakan beliau lahir pada 1862.

Keturunan
Berketurunan daripada keluarga farhat iaitu salah satu daripada puak al-Minifiyah yang mengamalkan aliran sufi al-Sanusiyah yang berpusat di Cyrenaica, iaitu di bahagian timur Libya. Keluarganya sangat kuat berpegang kepada amalan sufi al-Sanusiyah sehingga berjaya mempengaruhi sikap dan keperibadian beliau menjadi seorang yang warak dan terpuji akhlaknya.

Pendidikan
Pendidikan awal Umar al-Mukhtar hanyalah di sebuah sekolah pondok di Zanzur. Pada tahun 1887, setelah mendapat galakan daripada keluarganya, minat Umar al-Mukhtar untuk mendalami ilmunya mula bertambah. Beliau kemudiannya menyambung pelajarannya di Universiti Jaghbub iaitu ibu kota Libya ketika itu dan memilih bidang agama yang bersesuaian dengan nalurinya. Ada yang mengatakan beliau belajar di Institut Pengajian Tinggi dalam bidang Sains Islam selama 8 tahun disana.


Kemudian beliau berhijrah bersama gurunya ke kawasan padang pasir Kufra pada tahun 1895. Dua tahun kemudian, setelah berjaya menamatkan hafalan al-Quran dan pengajian agamanya Umar al-Mukhtar telah dilantik menjadi pengetua sekolah al-Zawiyah al-Qusur di Jabal al-Ahdar iaitu di bahagian Tenggara Libya. Kebolehan dan keistimewaan yang ada pada beliau telah menyebabkan beliau dijemput oleh Muhammad al-Mahdi dan dilantik menjadi pengetua di sebuah sekolah di Sudan. Di sini beliau telah menimba pengalaman pertama dalam bidang ketenteraan apabila turut serta dalam peperangan ketika menentang tentera Perancis. Pada tahun 1321/1903 beliau kembali semula ke Libya untuk mentadbir sekolah al-Zawiyah al-Qusur sehingga tahun 1921

Pejuang yang disegani lawan
Pegawai tentera yang menyoal siasat beliau berkata, “Apabila beliau tiba sampai ke pejabat saya, beliau kelihatan seperti seorang daripada beribu murabiteen yang saya lihat di medan perang padang pasir. Tangan beliau dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi beliau memaksa dirinya berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak seperti tawanan lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam pejabat saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang tenang dan jelas. Apabila beliau mahu mula beredar, tampak mukanya yang kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan terkejut. Terketar bicara saya di akhir perbualan kami semasa saya mengarah beliau kembali ke sel penjaranya sebelum upacara pengadilan di mahkamah pada sebelah petangnya.”

Perkataan Terakhir
"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un." - Itulah perkataan terakhir yang beliau ucapkan sebelum beliau digantung didepan rakyat Libya yang lain. Al Fatihah.....

Umar Mukhtar@Omar Mokhtar
Tag : ,
 
© Yastro.net All Rights Reserved