Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Moto GP 2011

on 25 Januari 2011

 Lame gak dah tak up date tentang moto memoto nih...rase lama tul tak dapat tgk "live racing"...tp yg halal yerr...bukan yang "haram" tu....
Sukan ni antara sukan yang aku minati dari dulu sampai sekarang.  
Memang tak buleh lupa,sampaikan bila ada 'live" kat tv jer... org umah dah faham. Time tu tv aku yang punya..tok sah dok gatai nak tuka channel...hahaha


Bermula dari zaman kegilaan aku terhadap motor yang membuatkan sukan ini aku tak boleh lupakan. Dari zaman merempit sehingga sekarang "kapchai" buruk, aku masih setia dengan sukan ini. Mungkin faktor kelajuan,keghairahan semasa bertarung terutama ketika aksi potong memotong di selekoh yang menjadikan aku sangat teruja.


Aku adalah peminat setia kepada team Yamaha. Walaupun aku juga berminat ngan Rossi,tapi bila dia dah berpaling kepada pasukan "kampung" dia,aku boleh kata hai..hai..bye..bye lahh...he3!!!


Rossi pasti akan merindui M1 dia nih...
Jentera yg bakal digunakan Rossi dan Hayden

So tahun ni aku rasa jentera2 MotoGp yang akan berperang hebat ialah dari team Ducati,Honda dan juga Yamaha. Honda dengan 3 orang rider Stoner,Pedrosa dan A.Dovizioso seakan memberi peringatan yang mereka akan merampas kembali gelaran World. 
Ducati pula pada aku hanya berharap kpd Rossi manakala si Hayden punya perfomance lak turun naik. Yamaha pasti bergantung harap kepada Lorenzo disamping tenaga bantuan yang terbaik dari US iaitu Ben Spies (bekas juara Superbike). 
Yamaha juga meletakkan team pengacau iaitu Colin Edward (US) dan Carl Crutchlow (Superbike). Biasanya dok dalam 2nd row jerr....tp Curl tu boleh tahan gak power dia..so tunggu je laa...


Curl Crutchlow

 Team2 lain pada aku pasti akan kurang menyengat seperti team Suzuki (sorang je rider),Aspar,Lcr,Cardion,Pramac dan San Carlo. Cuma aku bersimpati dengan team dari Kawa yang hanya masuk beberapa musim jer..Tak larat nak layan kat motoGp kot..


Satu lagi tumpuan, ialah pada pelumba negara iaitu Zulfahmi. Tahun lepas beliau hanya mampu mengutip sebanyak 4 mata sahaja dan berkedudukan di no 24 dari 28 pelumba yang tersenarai dicarta motoGp. Harap2 dia boleh memperbaiki prestasi pada tahun ni.


AirAsia-Sic-Ajo



 Berbanding dengan Zulfahmi, pelumba negara jiran Ratthapark Wilairot, berjaya mencapai kedudukan lebih baik di Moto2 dengan kedudukan ke 22 berbanding 40 pelumba yang tersenarai. Respek gak ler dgn pencapaian mamat nih.

Bila la agaknyer aku boleh tengok pelumba kita  bersaing kat kedudukan podium. 
Yang ada ni pun rasanya/silap2 tak lama gak kot. Tengok masa Yuzy dulu pun dah tau dah, time tu sponsor lagi besor dari yang ada ni. Tu pun tak leh pegi kemana pun...huhuhu...
Takat jaguh kampung lagi la gamoknye kita nih...hehehe tu pun kat cup prix, masuk kat Asian Road Racing.....hancussss....

Tag :

Misbun letak jawatan...

on 06 Januari 2011

Sumber : Berita Harian

 Berikutan keputusan Misbun meletak jawatan dari BAM, aku pun gunakan keajaiban guggle untuk cuba mencari sebab dan puncanya. Satu keputusan yang sangat mengejutkan bagi rakyat Malaysia. Namun aku percaya Misbun sendiri sudah tidak dapat menahan "dugaan" semasa dibawah kem BAM. 

Pepatah kata,"patah tumbuh hilang berganti" tapi, kita kene ingat. Adakah ada pengganti yang lebih baik dalam mengharumkan nama negara ataupun bakal pengganti tu semakin "jauh" membawa  negara kearah kecemerlangan? Contoh terbaik kehilangan Arwah Mokhtar...pernahkah ada pengganti yang sebaik beliau. Dah berapa lama kita menanti pengganti,namun sehingga sekarang masih belum ada yang sebaiknya atau sekurang2nya setaraf dengan beliau.

Semoga kemelut yang melanda dapat diselesaikan dengan baik. Aku percaya rakyat Malaysia yang lain juga menanti dengan sabar keputusan kemelut yang melanda ini. Majulah sukan untuk negara yang tercinta ini,rakyat dah muak dengan "kontroversi" yang melanda badan2 sukan negara. Lakukanlah demi negara  bukannya kerana agenda lain semata2...

Misbun...rakyat mengenali beliau kerana semangat juang yang tinggi cintakan negara,berkhidmat tanpa pernah jemu dan penat  walaupun beberapa kali dilanda ranjau yang dilakukan oleh "orang2" yang cemburu dengan kelebihan dan kejayaan beliau.Tapi kali ni.. Pasti ada sesuatu yang "sangat~sangat" mengecewakan beliau....sehinggakan beliau langsung tidak mahu memberi kenyataan ataupun berjumpa dengan presiden BAM sendiri. Sementara itu janganlah pertikaikan kesetiaan Misbun kepada negara. Beliau sentiasa memberi yang terbaik sepanjang perkhidmatan beliau sehingga sanggup mengorbankan kepentingan peribadi.

Tindakkan ini menyebabkan anak didik beliau iaitu Lee Chong Wei turut mengeluarkan kenyataan mahu keluar dari skuad kebangsaan,seandainya ianya belum dapat diselesaikan selepas beliau kembali dari Taiwan pada  Kejohanan Siri Super Final Master. Beliau turut mengatakan untuk tetap setia dengan Misbun kerana beliaulah yang menaikkan nama Lee Chong Wei sehingga kini. Di fahamkan Misbun sempat berpesan kepada Lee Chong Wei supaya "selamatkan diri kamu dulu seblum selamatkan orang lain"

Akibat dari kenyataan itu,Dato Nazmi ada mengeluarkan kenyataan "kita jangan  terlalu bergantung  dengan seseorang"

Apepun diharapkan perkara ini tidak menjadi duri dalam daging didalam pasukan, sehingga  sukan badminton itu sendiri menjadi mangsa. Majulah sukan demi Malaysia tercinta.

                Berita Harian 2


Antara petikan/berita mengenai perletakan jawatan Misbun.....


"Namun sebagai adik, Rashid 'merelakan' pemergian abangnya daripada skuad kebangsaan jika itu yang mampu memberi kepuasan, kebebasan serta ketenangan kepada Misbun, yang dilihat begitu tertekan sejak beberapa bulan ini.
Menurut Rashid, abangnya itu jarang meluahkan perasaan dan isi hati baik kepada adik-beradik, pemain bimbingannya mahupun rakan jurulatih, namun daripada perbualan mereka, beliau dapat merasakan Misbun sering menganggap dirinya tidak dihargai dan dihormati oleh beberapa individu Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Misbun sering meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir individu yang sering mempersoalkan kegagalan anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei memenangi kejuaraan utama dunia seperti Olimpik, gelaran dunia atau Sukan Asia hinggakan pada mereka menjuarai gelaran dalam kalendar Siri Super, terutama All England tidak memberi makna.
Malah kata Rashid, Misbun pernah mengadu kemampuannya dipertikaikan kerana hanya berjaya menaikkan nama Chong Wei, sedangkan pemain-pemain lain di bawah naungannya gagal menonjol.
"Saya tidak boleh beritahu secara spesifik apa yang terbuku dan dirasai oleh Misbun tetapi daripada pandangan saya sebagai seorang rakan sekerja dan adik, saya dapat merasai kekecewaannya terhadap segelintir pegawai dalam persatuan.
"Tindakannya (untuk berhenti) bukan drastik tetapi sudah pendam terlalu lama sebelum akhirnya membuat keputusan. Dia sering mengadu tidak dihargai dan dihormati, malah segala perancangannya terbatas, hendak buat itu atau ini tidak boleh tetapi bila tiada keputusan dikritik."


Manakala sumber dari mStar Online pula..



"Bukan lagi rahsia Misbun tidak gembira berikutan rombakan yang dibuat oleh BAM terhadap struktur bimbingan dan latihan sejak lima bulan lalu.
Dalam usaha memperkasakan struktur tersebut, BAM meletakkan Misbun di bawah pasukan elit yang kendalian adiknya, Rashid.


Lebih mendukacitakannya, dua pemain yang sebelum ini di bawah kendaliannya iaitu anaknya Misbun Ramdan dan Wong Mew Choo telah diasingkan daripadanya
Ramdan diletakkan di bawah jagaan Hendrawan dalam skuad pelapis manakala Mew Choo dikendalikan jurulatih perseorangan wanita kebangsaan, Wong Tat Meng. 

Ramdan bagaimanapun, belum melaporkan diri kepada Hendrawan untuk menjalani latihan. Dia berlatih dengan gigih di bawah kendalian ayahnya dan ini mengecewakan BAM. 

Selain itu, penolong jurulatih Misbun, Teh Seu Bock turut digugurkan. Selepas rayuan dibuat oleh Misbun dan Chong Wei, Seu Bock kembali berkhidmat di skuad elit."


Didalam Berita Harian,penafian dibuat oleh pegawai  didalam BAM yang mengatakan merekalah punca Misbun berhenti...

“SAYA bukan orangnya!” Itulah penafian dibuat Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj apabila ramai pihak menuding jari menuduhnya sebagai punca jurulatih perseorangan, Misbun Sidek meletak jawatan secara mengejut, Jumaat lalu.


“Misbun meletak jawatan bukan kerana saya tetapi dia mempunyai masalah lain yang mendorongnya berbuat demikian. Begitupun, saya tidak dapat menyatakannya,” katanya.
Beberapa pihak mendakwa James yang juga bekas pemain dan jurulatih yang dilantik BAM selaku Pengarah Prestasi Tinggi sejak 1 September lalu, menjadi faktor utama di sebalik peletakan jawatan Misbun.

Bukan menjadi rahsia tindakan BAM dan James merombak sistem kejurulatihan dan latihan sebelum ini dengan memperkenalkan sistem baru, kurang disenangi Misbun serta kalangan jurulatih lain."


Ape kesudahannya? Kita tunggu dan lihat je laa...Sape kita ni nak menegur orang2 kat "atas" sana tu....



Tag :

MotoGp Sepang 2010

on 11 Oktober 2010

Akhirnya,keputusan MotoGp diSepang menamakan V,Rossi sebagai juara di trek Sepang pada musim 2010, manakala Lorenzo pula berjaya menjadi Juara Dunia MotoGp2010 dengan kedudukan no3. Rossi berusaha keras sejak dr kecederaan yg dialami sekaligus menghadiahkan kemenangan ke 46 perlumbaan beliau bersama Yamaha.

Tapi yg x syoknye taun depan The Doctor ni akan bertukar ke pasukan Ducati pulak. Ape pun Yamaha juga yg beruntung kerana kejayaan berganda disini.

Pelumba negara di kejuaraan 125cc Zulfahmi hanya berjaya mendapatkan kedudujan ke16/19 dan gagal mengutip sebarang mata diSepang. 

Manakala Zambri pula mendapat kedudukan ke 22 dari 29 pelumba yg berjaya menamatkan perlumbaan. 

Kira bolehlahh..tp mat siam (R,Wilairot) tu lg bagus sbb dpt no 16.
Hmmm,kalau diberi peluang utk sepenuh masa dlm moto2,aku rasa Zambri pun boleh challenge mat siam tu.
Untuk Zul lak...usaha lebih gigih,tunjukkan semangat Malaysia boleh..!!!






Stoner,tergolek dok lak kt Sepang..he3!! Taun dpn masuk Honda lak!!
Tag :

Sepang, MotoGp 2010. (Zulfahmi dan Zambri)

on 06 Oktober 2010




Salam semua sahabat..
Nak tulih panjang2 maleh la plak..cuma nak ucap "semoga berjaya" kepada 2 rider dr negara kita yg akan berlumba pada ujung minggu nih. Zulfahmi dan Zambri akan membawa cabaran negara pada MotoGp di Sepang. Tapi biasalahkan..jangan le kita terlalu mengharapkan yg depa akan dok podium..kalau dpt 1 point pun dh kira baguih sangat..tapi kalau dpt naik podium aku rasa aku kene tabik spring kt korang nih..he3!!

Ape pun selamat berjaya tuk korang berdua...
Buat yg terbaik wokehhh!!!!

Ape 
Tag :

Rossi akan kembali...

on 09 Julai 2010

Salam semua..
Dicelah2 bahang piala dunia yang sedang memuncak ni, aku nak mencelah gak tentang MotoGp. Memang aku antara peminat setia MotoGp dan penyokong kuat pasukan Yamaha, dr zaman Rainey,Kenny Roberts,Abe,Biaggi, hingga sekarang Rossi dan Lorenzo. Kenapa Yamaha?? Mungkin kat mesia ni, hanya Yamaha yg top kot..jd tu yg membuatkan aku menjadi penyokong kuat team Yamaha.

Kalau di Thailand,Honda adalah jenama terunggul disana, jadi x hairan Honda menjadi jenama yang sangat dipercayai oleh penduduk Thailand. Honda juga menjadi jenama terunggul diarena sukan permotoran disana.Pernah satu ketika dulu,semasa geng2 moto TZM aku masuk ke trek Batu3 Shah Alam (Yamaha suruh round2 dlm trek jerr..jadi laa..he3!!) masa tu  ARRC di Malaysia, siam2 tu sengih jer kat moto TZM kami...mana taknya..TZM Malaysia adalah model yg boleh dikatakan ketinggalann berbanding TZM disana...

Okeh..lupakan dlu citer siam ngan mesia nih..apa yg nak aku update ttg MotoGp ialah berkenaan kemungkinan kemasukkan semula Valentino Rossi pada perlumbaan di Grandprix Czech pada 15 Ogos nih. Namun aku rasa semuanya bergantung pada tahap kecergasan beliau sendiri. Untuk makluman, Rossi tercedera patah kaki kanan semasa ujian di Mugello, dan telah miss 3 race semenjak kecederaan tersebut. Saranan bapanya, supaya melupakan MotoGp untuk tahun nih...


#Kompom Rossi x mau nyerr...darah satria mamat tuuuu..Lagipun aku rasa dia mesti tak puas ati tgk Lorenzo mendominasi perlumbaan taun nih...he3!!!

 


Rossi membuat ujian di Misano selepas mengalami kecederaan.



semasa mengalami kecederaan


nilah die rope bapak Rossi....he3!!! Serabutttnyeeee....

P/s: still jenguk2 gak kat rider muda kita yg beraksi disana..M Zulfahmi.
Tag :

MalaYsia Cup PriX!!!

on 14 Mei 2010

AMIRUL HAFIQ PASANG IMPIAN BESAR

 Kekurangan pengalaman bukan penghalang buat Amirul Hafiq Mohd Azmi untuk memasang impian besar pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS AAM.


Walaupun ini merupakan penampilan pertama Amirul pada perlumbaan berprestij ini namun pelumba berusia 14 tahun ini sudah membayangkan untuk menggenggam bendera kemenangan pada Pusingan 3 yang akan berlangsung di Stadium Batu Kawan, Seberang Perai hujung minggu ini.


“Sebenarnya, saingan di Batu Kawan hujung minggu ini akan menjadi penampilan saya yang keempat dalam Cub Prix. Saya pernah beraksi pada pusingan akhir di Padang Kota Lama, Pulau Pinang tahun lalu.


“Meskipun menyedari bahawa saya kurang berpengalaman berbanding pelumba lain yang sudah mendapat pendedahan sama ada dalam Cabaran Honda icon atau Cabaran Yamaha 135LC, namun saya tetap tidak gentar, malah menanam impian besar dengan misi untuk meraih kejayaan.

 “Saya mahu menamatkan saingan di Batu Kawan dengan kemenangan. Pada perlumbaan pembuka tirai di Alor Setar, saya berjaya menduduki tempat keempat dan saya berjaya meduduki podium pada tempat tempat kedua pada Pusingan 2 di Kluang. Menyedari kemampuan saya pada dua pusingan terdahulu, saya yakin bahawa kemenangan itu bukan satu sasaran yang sukar untuk dipenuhi,” kata pelumba yang bersaing dalam kategori Wira ini.


Selepas mengharungi dua pusingan, pelumba pasukan MOS Yamaha Racing ini berkongsi kedudukan di tempat ketiga dengan Mohd Syawalludin Mohd Zaki daripada pasukan Modenas Forty One Racing, masing-masingnya mengumpul 33 mata.


Juara bertahan, Mohd Azhar Abdul Jalil (Motul Yamaha YY Pang) dan Mohd Fitri Ashraf Razali (Caviaga Cilik Racing) pula berkongsi sebagai pendahulu kedudukan keseluruhan dengan 41 mata.


Dalam sejarah Cub Prix, tidak ramai pelumba muda yang mampu menyerlah dalam masa yang singkat terutama mereka yang baru beralih angina daripada poket bike kepada ‘kapchai’.


Pelumba berusia 16 tahun, Hafizh Syahrin Abdullah dan Mohd Ramdan Mohd Rosli, 14, juga mengambil masa yang agak lama sebelum mereka betul-betul selesa bersaing dalam Cub Prix yang menyajikan suasana perlumbaan yang kompetitif dan mencabar.

Begitupun, Amirul Hafiq yang mula berlumba dalam poket bike pada usia 6 tahun, mampu menyesuaikan diri dengan cepat malah telah melakar kejayaan menjejak kaki ke podium pada penampilan ketiganya di pusingan lepas untuk kategori Wira Bawah 17 tahun.


Bapanya, Mohd Azmi Yaacob yang juga seorang pelumba sekitar tahun 90-an, bertindak sebagai jurulatih terhadap karier Amirul.


“Saya yakin, seorang juara itu perlu dibentuk dan saya melihat Hafiq mempunyai potensi yang besar. Ketika dia berusia 5 tahun, saya membelikannya sebuah poket bike tetapi hanya mendaftarkan namanya menyertai perlumbaan ketika dia berusia 6 tahun. Dalam masa setahun, Hafiq menyertai 20 hingga 30 perlumbaan, dan tahun ini, dia sudah menjejak kaki ke Cub Prix dengan menyertai pasukan MOS Yamaha Racing Team. Saya berharap Hafiq akan terus mempamerkan aksi yang cemerlang,” kata Azmi.


Peminat-peminat sukan pemotoran  yang berada di luar wilayah utara tidak akan terlepas peluang menyaksikan perlumbaan terhebat ini kerana mereka boleh menyaksikannya secara langsung menerusi  Saluran 816 Astro Supersports 2 pada hari Ahad, 9 Mei bermula pukul 2.30 hingga 4.30 petang.




Tag :

S2000 Satria Neo, demo in Shah Alam

on 22 April 2010




Beberapa hari yg lepas aku sempat menyaksikan demo satria Neo S2000 yg dipandu oleh 2 org driver berpengalaman...Alister Mc Rae dan Christ Atkinson. difahamkan mereka akan menyertai APRC dan IRC pada tahun 2010 ini.

Demo berlangsung disepanjang perkarangan RnD Proton. Acara slalom pada aku menarik perhatian kerana ianya mencabar skill pemandu itu sendiri. Bagaimanapun disebabkan jumlah penonton yang agak ramai, mereka mengurangkan kelajuan atas sebab2 keselamatan..tapi pada aku "slow" yang derang tunjukkan tu pun memang dah power siot...demo depan mata...puas hati!!

Bunyi engine memang syok giler...payah aku nak cakap, kalau korang jenis minat akan perlumbaan tak kira la motor ataupun kereta...aku pasti korang pun akan teruja gila. Dengan kekuatan engine 1.8 (waja/renault) Satria Neo S2000 ini memang telah terbukti mampu memberi saingan di mana mana2 perlumbaan Rally nanti.

Aku harap Satria Neo S2000 ni mampu memberi saingan yang sengit dan mampu melakar sejarah baru pada jenama kereta Proton khasnya, aku juga berharap "Flying Singh" diberi peluang untuk mempamerkan keistimewaan Satria Neo S2000 ini..Adiosss!!!
Tag : ,

Tahukah Anda??? sesuatu mengenai cupprix Malaysia

on 14 April 2010

TAHUKAH ANDA?

1.Juara Expert Paling Senior

Shahrun Nizam Tamin memegang rekod selaku pelumba paling senior dalam sejarah Cub Prix tanahair apabila memenangi gelaran Raja Expert ketika berusia 37 tahun. Dia memulakan karier perlumbaan pada tahun 1983 namun kejayaan hanya menyusul selepas 20 tahun beraksi dalam kejuaraan ini. Semangat tidak putus asa yang dimiliki Shahrun akhirnya memberi kejayaan manis buat dirinya apabila membawa pulang mahkota Expert pada musim 2003.

2.Juara Expert Termuda

Norizman Ismail merupakan pelumba paling muda dalam sejarah Cub Prix yang pernah ditabalkan juara Expert. Pada tahun 2005, dia mencipta kejayaan besar itu ketika berusia 20 tahun dan 8 bulan.

3.Cipta Kejayaan Pada Penampilan Sulung

Musim 1998 menyaksikan Mohd Faisal Yahya mencipta kejutan dalam saingan kelas Expert apabila memenangi gelaran keseluruhan pada penampilan sulung bersama pelumba ternama lain. Dia menyaingi nama-nama hebat seperti Chia Tuck Cheong, Abdul Halim Mohd Zahid dan Soong Chee Kieong namun kekurangan pengalaman sedikitpun tidak mengugatnya untuk mengegar litar sekali gus mencipta kejayaan terbesar dalam kariernya.

4.Juara Expert 4 kali

Rekod hebat M. Meganathan masih sukar di atasi oleh pelumba lain sehingga ke hari ini. Dia memenangi gelaran Expert pada dua musim berturut-turut dan mengumpul empat kejuaraan Expert sepanjang kariernya. Pelumba yang cukup dihormati ini memenangi gelaran Raja Expert pada musim 1994, 1995, 1999 dan 2000. Mega memulakan karier perlumbaan seawal musim 90an dan hanya bersara dari dunia Cub Prix pada tahun 2008.

5.Cipta 2 Gelaran Berbeza Semusim

Tiada pelumba yang sehebat Chia Tuck Cheong sehingga kini. Dikenali sebagai 'Ko Lou' oleh komuniti Cub Prix, Chia berada pada satu tahap yang berbeza dengan pelumba lain. Chia memenangi gelaran Expert pada musim 2001 dan pada masa yang sama dijulang selaku juara bagi kategori SuperSports 600cc dalam Kejuaraan Asia Road Racing. Untuk rekod, Chia sudah mengumpul dua gelaran Expert dan dua gelaran SuperSports 600cc.

6.Juara Tanpa Kemenangan

Dua pelumba, K. Sivanesan dan Muhd. Suhadi Ali Rahmat beraksi bijak dan mempamerkan tunggangan selamat sepanjang musim yang membolehkan mereka konsisten pada setiap pusingan. Sivanesan berjaya menaiki podium sebanyak 3 kali sepanjang lapan pusingan yang dipertandingkan sementara Suhadi menduduki 5 podium penamat dari 10 pusingan berlangsung.

7.Memenangi gelaran pada musim gemilang

Memakai nombor '46' pada jenteranya, Ahmad Fazli Sham bagaikan memiliki aura juara dunia, Valentino Rossi. Dia mencipta rekod peribadi apabila memenangi peringkat perlumbaan paling banyak dengan kejayaan enam podium juara dari 10-pusingan pada musim 2007

8.Catatan Hatrik

Selepas 14 musim, akhirnya seorang pelumba berjaya mencipta rekod dalam kelas Expert. Ahmad Fazli Sham merupakan pelumba pertama mencipta kemenangan secara hatrik apabila dia melakukan pada musim 2008 dengan memenangi perlumbaan di Kluang (Pusingan 2), Sepang Selatan (Pusingan 3) dan Kota Bahru (Pusingan 4).

9.Paling banyak memenangi perlumbaan kelas Expert

Pelumba kelahiran Taiping, Ahmad Fazli Sham turut mencipta sejarah tersendiri dalam arena Cub Prix tanahair. Dia merupakan pelumba paling banyak memenangi perlumbaan dalam kelas Expert15 kemenangan keseluruhan. Pada 2006 dia memenangi empat peringkat perlumbaan diikuti 6 kemenangan musim berikutnya. Pada 2008, Fazli memenangi tiga gelaran juara sebelum musim lepas menambah dua lagi koleksi.

10.Pelumba menakluki mahkota Expert dua kali dalam jarak masa terpanjang.

M. Meganathan dan Ahmad Fazli Sham memenangi juara Expert dua kali berturut-turut manakala Chia Tuck Cheong menjuarai kategori Expert sekali lagi selepas empat tahun. Namun, Juara Expert 2002, Ahmad Fuad Baharudin membuktikan bahawa dia masih berbisa walaupun kini bersaing dengan ramai pelumba muda yang hebat-hebat belaka apabila dia muncul juara buat kali kedua selepas 7 tahun.
Tag :

Yamaha menang lagi....(Qatar 2010)

on 13 April 2010



Valentino Rossi...
antara pelumba yang sangat2 aku kagumi..kali ini menang di Qatar dan telah lama membuktikan bahawa beliau memang benar2 susah untuk ditewaskan..bermula dengan baik..Rossi terus memimpin kelompok pelumba dari awal sehingga akhir perlumbaan.

Beliau antara pelumba yang jarang melakukan kesilapan dan kali ini berjaya berada di atas podium di Qatar. Musuh utama beliau adalah (pada pandangan aku) Stoner dan juga Lorenzo. Kali ini Stoner hampa kerana bukan saja tidak dpt menghampiri Rossi malah terjatuh sehingga gagal memberikan sebarang mata buat beliau dan pasukannya.

Lorenzo pula seperti biasa terus menerus cuba menghampiri Rossi. Usaha beliau patut dipuji kerana masih lagi belum pulih dari kecederaan tangan. Dan aku memang sangat2 kagum dengan semangat para pelumba di FIM MotoGp yg mana boleh dikatakan "hati terlebih kering". Walau dlm kesakitan mereka tetap memberikan 100% komitmen terhadap tugasan mereka. Aku harap ini menjadi contoh tauladan kepada pelumba di tanahair tercinta kita Malaysia.

Tapi aku tau para pelumba kita pun memang "hati kering gak"...kerana majoriti dari mereka adalah dari pelumba jalanan yg memang sentiasa mempertaruhkan nyawa....tp elok la ditukarkan sikap tu dr di jalanan kepada satu cara yg lebih sah dan memberi makna kepada negara terutamanya...
Tag :

Pelumba Malaysia di pentas dunia( Zulfahmi).



Setelah bertahun2 rasanya dimulakan Malaysian CupPrix ini, aku rasa progress dan pencapaian para pelumba dari negara kita masih lagi perlahan...tak tahu kenapa, adakah mentaliti pelumba kita masih lagi ditakuk lama ataupun sokongan dari kerajaan masih lagi belum mencapai satu tahap yang membolehkan kita duduk setaraf dengan negara luar yg lain. Adakah sokongan dari pihak swasta juga amat kurang?

Banyak program telah dianjurkan samaada didalam atau diluar negara dan melibatkan ramai pelumba yang berbakat..tetapi hasilnya masih sama...kita masih lagi ditakuk lama. Sampai bila agaknya pelumba dari negara Malaysia boleh bersaing ditahap tertinggi terutamanya di FIM MotoGp. Harapan aku agar satu hari nanti para pelumba kita boleh bersaing atau sama tarafdgn pelumba luar negara.

Satu ketika dahulu, Sharul Yuzy telah berusaha untuk memertabatkan pelumba2 CupPrix malangnya hanya sekerat jalan. Aku rasa seandainya, diberi peluang yg lebih lama, Yuzy mampu memberi saingan yang lebih sengit.... dan kini harapan rakyat Malaysia disandarkan kepada pelumba baru Zulfahmi. Doa aku dan rakyat Malaysia yang lain semoga Zulfahmi mampu memberi cabaran yg lebih baik dari Yuzy (satu ketika dahulu) yg mana, sekarang ni Yuzy adalah sifu beliau sendiri.

Cabaran terbaru dan yg pertama bagi Zulfahmi ialah di Qatar dan beliau telah berjaya mendapat kedudukan yg aku kira boleh la dikatakan baik iaitu no 21 dai 26 pelumba...termasuk 3 yg D.N.F...
Semoga berjaya mengharumkan nama negara!!!!
Adioss!!!
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved