Memaparkan catatan dengan label InFormaSi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label InFormaSi. Papar semua catatan

Siri Pahlawan Islam - Umar Mukhtar

on 02 Mac 2012

"Kita tidak akan menyerah dengan mudah kepada pihak musuh, kerana sama ada kita menang ataupun kita mati, ini bukanlah penghujung perjuangan kita. Bahkan kamu semua juga akan menghadapi peperangan demi peperangan, jika kamu gugur, ia akan diteruskan oleh generasi selepas kamu, adapun umur aku sendiri hanya setakat ini, tetapi ia terus hidup menjadi kenang-kenangan sampai bila-bila (sekurang-kurangnya aku telah menunjukkan jalan yang baik) untuk mempertahan agama Allah yang benar di muka bumi ini." -Umar Mukhtar.

[Pesanan terakhir beliau dihadapan rakyat Libya yang hadir untuk menyaksikan hukuman berkenaan sebelum beliau digantung pada pagi 16 September 1931 di hadapan pembesar Angkatan Tentera Itali] Siapa dia Umar Mukhtar? Insyaallah nanti aku akan cuba korek sikit2....

UMAR+MUKHTAR
  
# Teringat entri sahabat aku sebelum ni, Nurmisnan @ KongsibersamaNora sebelum ni mengenai Umar Mukhtar. Kredit info to sahabat f/b.
Tag : ,

KEPUTUSAN STPM 2011/12 DIUMUMKAN RABU DEPAN [7/2/12]

MPM+Malaysia

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan Rabu depan. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos. 
KEPUTUSAN STPM 2011/12 DIUMUMKAN RABU DEPAN [7/2/12]
Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM Result No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh tersebut. Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada tarikh yang sama pada pukul 12 tengah hari di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Tahun lepas 50,602 calon menduduki peperiksaan STPM. Daripada jumlah itu, 46,817 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,266 calon sekolah swasta dan 2,519 calon persendirian. -- BERNAMA

# Aku ucapkan semoga berjaya buat calon2 yang sedang menunggu keputusan STPM mereka tahun ini. Berjaya atau tidak, korang dah buat yang terbaik untuk diri korang sendiri. Insyaallah.....blogging sampai lebam weiii!!! -Lepas geram...hahaha
KEPUTUSAN STPM 2011/12 DIUMUMKAN RABU DEPAN [7/2/12]
Tag :

KWSP - Umum Kadar Dividen 6 % Tertinggi Dalam 10 Tahun

on 19 Februari 2012

KWSP+2012

Alhamdulillah....Pengumuman kadar dividen KWSP setinggi 6% yang baru saja diumumkan oleh KWSP merupakan antara yang tertinggi dalam 10 tahun kebelakangan ini. Aku pasti, sesapa yang terbabit dengan pengumuman ni pasti akan tersengih macan korang busuk daaa...hehehe. Kenyataan dari KWSP...

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kelulusan Menteri Kewangan telah mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.00 peratus, untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011. Kadar dividen ini juga dikatakan meningkat sebanyak 20 mata asas daripada 5.80 peratus yang dibayar pada 2010 atau bersamaan RM24.47 bilion yang diagihkan kepada ahli-ahli KWSP.


Tahun 2011, KWSP telah memperoleh pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion, meningkat 13.18 peratus daripada 2010. Bayaran dividen sebanyak RM24.47 bilion diperoleh setelah ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi, caj berkanun dan bayaran dividen pengeluaran, bertambah sebanyak 13.23 peratus berbanding RM21.61 bilion pada 2010.


KWSP telah melabur sebahagian besar aset pelaburannya atau 60.79 peratus dalam instrumen berpendapatan tetap yang berisiko rendah dan stabil. Sejajar dengan pendedahan risiko yang boleh diterima, 35.64 peratus jumlah aset dilaburkan dalam Ekuiti sementara baki 3.18 peratus dan 0.39 peratus diperuntukkan kepada Instrumen Pasaran Wang dan Hartanah.


Ekuiti merupakan penyumbang pendapatan terbesar sebanyak RM13.29 bilion atau 48.81 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan. Ini diikuti oleh Pinjaman dan Bon, Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Instrumen Pasaran Wang, masing-masing menyumbang RM7.54 bilion, RM5.63 bilion dan RM656.36 juta. Baki sebanyak RM115.41 juta atau 0.43 peratus disumbangkan oleh Hartanah dan Pendapatan Pelaburan Lain.


KWSP  menjangka saiz dana akan mencecah setengah trilion ringgit menjelang akhir tahun ini atau pada awal tahun hadapan. Ahli KWSP boleh mendapatkan Penyata Kira-kira KWSP mereka untuk menyemak pengkreditan dividen 2011 melalui Kios KWSP, kaunter atau i-Akaun mulai Isnin, 20 Februari 2012.



# Aku: "Bagus dah tuu...kalau dah dapat lebih boleh la transfer kat Public Mutual lebih sikit...he3x!!"
Tag :

Wabak AGE|Rotavirus - 251 Kes Terbaru DiRekodkan

on 16 Februari 2012

Wabak+AGE+Virus+Rotavirus

Wabak acute gastroenteritis (AGE) yang dibawa virus Rotavirus telah merekodkan 251 kes terbaru lalu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dijangkiti meningkat kepada 3,068 orang. Wabak yang dibawa virus itu tersebar melalui air dan makanan dan dikatakan hanya menjangkiti bayi dan kanak-kanak telah melanda kawasan di Teluk Intan, Hutan Melintang, Chenderong Balai, Langkap di Hilir Perak dan Batang Padang dan Tapah.

Virus Rotavirus itu dikatakan lebih mudah menyerang bayi berusia antara dua bulan hingga 10 bulan menyebabkan mangsa cirit-birit dan demam panas sebagai tanda awal. Penemuan punca wabak AGE itu diperolehi hasil ujian makmal setelah dua orang bayi mati mengejut awal minggu lalu. Virus berbahaya itu menyebabkan bayi yang menghidapnya hilang selera makan, sakit kepala, sakit perut, loya dan pelbagai tanda lain.

Antara langkah paling berkesan bagi mengelak wabak ini adalah dengan memasak air sebelum diminum, mengamalkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan, sebelum menyediakan atau menyentuh makanan, serta selepas ke tandas.

Selain itu, langkah mengurangkan pemakanan mentah seperti ulam-ulaman atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan makanan dan minuman bayi dengan cara merebus terlebih dahulu sebelum digunakan serta memilih premis makanan yang bersih.

Berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan lebih 440,000 kematian kanak-kanak dan bayi di seluruh dunia disebabkan Rotavirus. Sebarang pertanyaan mengenai wabak AGE boleh dibuat terus kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak melalui talian 05-2533489 atau 05-2533012.

Diedit dari pelbagai sumber - yastro
Tag :

Video Pekerja KFC Menumbuk Pelanggan

on 09 Februari 2012

Dah kecoh dah satu Malaya tentang video pekerja KFC ni tumbuk pelanggan dia. Nak jadi cerita, pelanggan ni tak berpuas hati akibat menunggu lama untuk ayam goreng KFC, dan bertambah malang apabila ayam yang ingin dipesan beliau telah habis. Maka terjadilah pertengkaran mulut antara pelanggan tersebut dan juga pekerja KFC. Akibat tidak tertahan dan gagal mengawal diri (mungkin sebab dah ramai kot) pekerja KFC mula menyerang lelaki tersebut dengan beberapa orang pekerja KFC lain cuba menahan. Namun dalam pada itu, kelihatan seorang pekerja KFC sempat meloloskan diri dan menumbuk pelanggan tersebut.


Siapa salah? Pada aku kedua-duanya salah. Pelanggan tu yang pertama sekali salah. Bak kata orang tua-tua, "kerana mulut badan binasa" Ini lah natijah yang beliau harus terima kerana mulut yang agak kurang sopan tu. Seterusnya, pekerja KFC, mungkin kerana jmlah mereka agak ramai mereka berani untuk menentang pelanggan tersebut. Sepatutnya kena lebih bersabar, tapi aku tau...bila darah muda dicabar, beginilah hasilnya. 

Apapun tindakan KFC menyiasat perkara tersebut amat wajar. Ini satu lagi peristiwa yang merosakkan nama KFC setelah kes pekerja mereka [sebelum ni] bertindak menyapu ayam yang belum goreng ditapak kasut didedahkan kepada umum di youtube.


# Kes ini dikatakan berlaku di I City Klang....dan aku quote salah seorang pengomen di video tersebut.

AKU ADA KT SANA...CINA P*##@&K NI MMG KURANGKAN AJAR..ADE KE PATUT KATA CIBAI MELAYU,,,,,!!! DAH AYAM HABIS,JGN LA MAKI ORANG..APATAH LG MELAYU..P*&#$% BETUL...MAU AKU NAK JOIN,TP AWEKS AWEKS AKU TAHAN...X PASAL2 G MAKAN MC DONALD'S ...APAPUN,SYABAS PEKERJA TERSEBUT..LANDA PUNYAI MARUAH WALAUPUN TERPAKSA DIBUANG KERJA..SALUTE

Satu lagi...
berita terbaru, bukan saja budak cina itu marah saja, customer lain include malay pun marah juga kerana mereka semua ini telah membayar makanan mereka dengan membeli groupon. budak cina itu minta manager keluar minta maaf, kemudian pekerja KFC marah balik "you mau makan , you masak sendiri la babi" . kemudian pekerka KFC juga marah "you mau cari gaduh ke"...

Okeh...no war kat sini ehhh! Peace!!!!
Tag :

Festival Lantern di China - Meriah dan Berwarna Warni

on 07 Februari 2012

Festival Lantern yang berlangsung diseluruh negara China pada 06 Feb 2012 yang lalu, kelihatannya sangat meriah dan berwarna warni. Ditambah dengan bunyi mercun yang berdengung disana sini... Tanglung bercahaya diwaktu malam juga menghiasi ibukota dimerata-rata negeri dan juga perarakan disiang hari. Aku difahamkan Festival Lantern disambut bersempena hari terakhir sambutan Tahun Baru Cina. Ikuti gambar-gambar Festival Lantern yang aku google dimerata-rata tempat....

Festival Lantern di China - Meriah dan Berwarna Warni

Perarakan-Festival_Lantern_China



Lantern-Festival




# Ada satu malam tu kat sini juga kelihatan meriah dengan tanglung yang dilepaskan keudara diwaktu malam, dah macam sama dengan Festival Lantern di China...merah je aku tengok malam tu. Gamaknya beribu-ribu tanglung jugak yang derang lepaskan...tapi tak bahaya ke kat kapai terbang yekk?
Tag :

Budak Terkuat Di Dunia [Giuliano Stroe] - Tekan Tubi Atas Botol Kaca

on 05 Februari 2012

Satu video diyoutube terbaru kisah budak terkuat di dunia melakukan "tekan tubi" di atas botol kaca. Berusia tujuh tahun Giuliano Stroe mengimbangi tangan dan kaki dengan menggunakan botol kaca hijau, mungkin botol beer bapak dia kot...he3x!! Memang menakjubkan, budak terkuat didunia itu telah melakukan 12 kali tekan tubi diatas botol kaca itu tanpa terjatuh.. cuma ada goyang sikit je dikaki kiri beliau.

Aku difahamkan Ini bukan kali pertama Giuliano Stroe melakukan sesuatu yang luar biasa. Tahun 2009, budak terkuat didunia itu pernah mencatat satu rekod "Guinness Book of World Records" kerana berjalan sejauh 10 meter menggunakan tangan dengan kakinya diletak bola yang berat dan pada umur 5 tahun (2010) dengan melakukan aksi "Human Flag" - Kedua tangan memegang satu besi sambil badan ditegakkan seakan bendera....isk..isk...aku pun tak larat nak buat camtu...

Bapanya Iulian Stroe, 36, sebelum ini berkata: "Dia telah pergi untuk gimnasium dengan saya sejak dia dilahirkan. Saya selalu membawanya dengan saya apabila saya pergi latihan". Stroe kini juga sedang melatih Giuliano dan adiknya Claudiu di rumah keluarga mereka di Romania. Beliau turut juga berkata.."Dia [Giuliano Stroe] tidak pernah dibenarkan untuk melakukan aksi-aksi bahaya itu sendirian, beliau hanya seorang kanak-kanak dan jika dia akan letih kita pergi dan bermain." Giuliano Stroe juga merupakan anak yang tertua daripada empat orang adik beradik.

Sehingga entri ini ditulis, video budak terkuat didunia di youtube itu... ia telah dilihat sebanyak 389,260 kali. Dan reaksi penonton apabila melihat aksi budak terkuat itu di youtube.....698 'suka' dan 268  'tidak suka'.


Budak Terkuat Di Dunia [Giuliano Stroe] - Tekan Tubi Atas Botol Kaca
Giuliano Stroe, 7 tahun
Budak-terkuat-didunia
Aksi "budak terkuat didunia" sedang melakukan tekan tubi diatas botol

Sumber - Dailymail.uk

Sementara di bawah ini adalah aksi si Giuliano Stroe "budak terkuat didunia" ni semasa dirumah sambil diawasi oleh bapa beliau...penuh dengan aksi bahaya. Hmm...kalau aku kompom aku tak benarkan anak aku buat aksi sebegini dah....giloss laa...


Dan paling last, aksi budak dari negara China ni nak lawan aksi Giuliano Stroe...tak puas hati punya pasal, 3 orang sekali tergantung kat palang besi tu...hahahaha Ada yang nak lawan ngan Giuliano Stroe jugak ke?

Budak-China_vs_Giuliano-Stroe
Tag :

Aksi Terbaik Kereta POLIS Malaysia - Evo10 vs Satria Gti dan Wira

on 04 Februari 2012

Tahniah kepada PDRM kerana rasa aku buat julung-julung kalinya adegan kejar-mengejar petrol car mereka dalam "Aksi Terbaik Kereta POLIS Malaysia" telah dirakam dan ditayangkan kepada umum di Tv3 pada edisi 999 yang lepas. Kalau sebelum ni, hanya orang yang bernasib baik sahaja dapat melihat aksi-aksi dari PDRM mengejar kereta penjenayah. Kali ni...semua rakyat Malaysia dapat melihat aksi tersebut! Terbaikk!!!

Sebaik mengetahui program 999 ada menayangkan aksi kereta polis PDRM mengejar kereta suspek penjenayah, aku memang dah bersedia awal-awal lagi dirumah. Kalau sebelum ni aku kerap melihat aksi sebegini didalam kereta peronda mat salleh kat tv, malam tu PDRM beb...kereta polis Malaysia sendiri yang buat aksi tu...ha3x!! Taksub giler aku...Tahniah untuk PDRM, tak sia-sia pembelian EVO 10 tu!!!!

Aku ringkaskan senarionya yang aku petik dari youtube. Terima kasih/kredit kepada babunhensem kerana video nya di youtube ini. Saksikan "Aksi Terbaik Kereta POLIS Malaysia - Evo10 vs Satria Gti dan Wira"


Uploaded by babunhensem123 on Feb 2, 2012
0:00~5:07 (Chasing Satria GTi)
Team Eagle (Malaysian police Evo 10) telah mengejar Proton Satria GTi yang disyaki penjenayah apabila suspek cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya. Setelah diperiksa, kenderaan terbabit disyaki hilang kurang daripada 24jam. Suspek dikatakan memandu dengan kelajuan lebih 180km/j. Suspek juga telah melanggar beberapa lampu merah serta cuba mengelirukan pihak polis. Suspek juga tanpa berfikir panjang sanggup merempuh palang di plaza tol hingga menyebabkan cermin hadapan keretanya pecah. Adegan kejar mengejar ini berterusan hampir 1 jam. Akhirnya suspek berjaya ditahan dan dibawa ke IPK Pulau Pinang untuk siasatan lanjut.

5:08~7:33 (Chasing Proton Wira)
Seterusnya, Team Eagle (Malaysian police Evo 10) telah mengejar sebuah kereta Proton Wira Aeroback berdekatan plaza tol Juru, Pulau Pinang. Ketika kejadian, pemandu kenderaan terbabit kelihatan gelisah apabila polis mula memerhati mereka. Akibat panik, suspek terus memecut laju sebelum mula dikejar di lebuh raya Utara-Selatan. Hampir 10km dikejar, akhirnya kenderaan suspek berjaya dipintas berdekatan susur tol Bertam. Setelah diperiksa, pihak polis menemui dadah jenis syabu di dalam kereta. Suspek cuba melawan, namun pihak polis berjaya menundukkan mereka. Pihak polis percaya suspek melarikan diri kerana dadah.

Lokasi : Pulau Pinang



# Pas ni Polis boleh beli lak kereta turbo dari Proton lak kot...he3x!!!
Tag :

T Shirt Ustaz Azhar Idrus

on 03 Februari 2012

Assalamualaikum semua...hari ni aku nak tempek gambar T Shirt Ustaz Azhar Idrus. Kepada rakan-rakan yang berminat sila la hubungi terus kawan aku di Grousiey Print House seperti alamat yang aku berikan dibawah. Harap ianya dapat memberi menafaat kepada pencari-pencari T Shirt Ustaz Azhar Idrus seperti sebelum ini. Insyaallah, kata member aku, setiap kali ada sessi kuliah terbaru Ustaz Azhar Idrus...beliau akan turut serta dan membuka booth disana.

Tshirt ni bersaizkan American Size...tapi aku galakkan korang guna saiz t shirt yang biasa yang korang pakai je. Contohnya kalau korang biasa pakai saiz m...order la saiz m juga...tq.

Tshirt Ustaz Azhar Idrus
UIA- Kod Design: Tanda Mati
RM 25.00 + RM 5 Pos Laju
UIA- Kod Design C[ JomGi Berjemaah]
RM 25.00 + RM 5.00 Pos Laju
Tshirt Ustaz Azhar Idrus-rock
UIA- Kod Design Fight Right
RM 25.00 + RM 5.00 Pos Laju
UIA - Kod Design JGKK [font kecil]
RM 25.00 + RM 5.00 Pos Laju
UIA - Kod Design JGKB [font besar]
RM 25.00 + RM 5.00 Pos Laju
UIA- Kod Design TS [lacoste collar]
RM 30.00 + RM 5.00 Pos Laju
UIA- Kod Design MB
RM 25.00 + RM 5.00 Pos Laju
UIA - Kod Design MU
RM 25.00 + RM 5.00 Pos Laju

Untuk pertanyaan dan pembelian. Aku sarankan korang hubungi kawan aku seperti alamat dibawah;


Emailkan : Nama, Alamat, No HP, Design & Quantity
Ke grousiey@gmail.com @ dtg terus ke :
GROUSIEY PRINTHOUSE
No. 41-1&2, Jln 9/23E,
Danau Kota 53300 KL
(Blkg KWSP, atas PROTON)
Tel : 03 4131 4382

Tag :

Skim SARA 1 Malaysia - Dari Rakyat Untuk Rakyat

on 01 Februari 2012

Memang meriah betul sessi 11/12 kali ni. Pelbagai bantuan 1Malaysia telah diberikan kepada rakyat yang layak. Dari bantuan rm500, Skim SARA 1 Malaysia, Kupon Buku, Bantuan rm100 anak sekolah..dan terbaru yang aku dapat ialah diskaun terhadap bil TNB. Walaupun aku tak pernah dapat menikmati diskaun bil air dari kerajaan Selangor (ni propertys punya pasal la nih), tak pe lah...isu kecil aku malas nak kecoh2 sangat. Alhamdulillah, dari pelbagai jenis bantuan yang kerajaan berikan itu, ada juga yang tersangkut kat aku..Skim SARA 1 Malaysia - Dari Rakyat Untuk Rakyat

Okey, kali ni bantuan "Skim SARA 1 Malaysia" pula menjadi bahan topik entri aku hari ini. Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat. ASNB ialah anak syarikat milik penuh PNB yang bertanggungjawab untuk mengurus tabung unit amanah AS 1Malaysia.

CIRI-CIRI ISTIMEWA SKIM
Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia). Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum sepanjang tempoh pinjaman 5 tahun. Bayaran insentif disediakan setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah. Bayaran Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) setiap bulan selama 5 tahun.

CIRI-CIRI PINJAMAN
Amaun pinjaman adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah.
Pinjaman adalah untuk pembelian 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I.
Penyertaan dibuka selama satu (1) tahun mulai tarikh permohonan dibuka kepada awam atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.

Penyertaan akan dibatalkan sekiranya:
Peserta gagal menjelaskan bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut;
Peserta didapati memberikan maklumat palsu semasa permohonan;
Peserta didapati muflis; atau
Peserta meninggal dunia.

KELAYAKAN
Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun.
Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000.
Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman.


Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
a. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB.
b. Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).
c. ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
d. Pemohon dan atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
e. Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah

Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
Bumiputera - 50%;
Cina - 30%;
India - 15%; dan
Lain-lain - 5%

Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
Berkahwin - kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri
Ibu atau bapa tunggal - pendapatan kasar individu.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Dokumen Utama 
Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21
Borang Jualan Balik ASNB 31
Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3
Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)

Dokumen Sokongan 
Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan
Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinan
Dokumen Pengesahan Pendapatan
Bagi Pemohon dan atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.
Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.
* BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI - sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen

KRITERIA KELAYAKAN
Apakah kriteria-kriteria kelayakan untuk memohon dalam Skim ini?

a. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
b. Pemohon mesti mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah antara RM500 hinggaRM3,000
c. Pemohon tidak diisytiharkan muflis semasa memohon serta sepanjang tempoh penyertaan dalam skim
d. Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB iaitu "Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)", "ASB Sejahtera" dan "ASW2020-Bandar"
e. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana tabung unit amanah ASNB ATAU sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul adalah bersamaan atau kurang dari RM10,000.



# Rujukan, SARA 1 Malaysia. Entri tidak popular ni kenkadang kena juga diterbitkan...demi kelangsungan hidup blog aku sendiri...he3x!!!
Tag :

Bangunan Simen yang LutCahaya - Jimatkan Eletrik

on 31 Januari 2012

Simen ini dikenali sebagai i.light, dicipta oleh Italcementi, sebuah firma arkitek berpangkalan di Itali. Simen ini memiliki puluhan lubang halus yang membolehkan cahaya menembusinya tanpa menjejaskan kekuatan strukturnya. Berupaya menjimatkan kos elektrik kerana ia dapat menerangi bangunan pada waktu siang. Setakat ini, satu-satunya bangunan yang dibina dengan menggunakan simen i.light adalah Pavilion Itali di Ekspo Shanghai, China pada tahun lalu.

Bangunan Simen yang LutCahaya - Jimatkan Eletrik




# Baguss...sekurang2nya usaha untuk mengurangkan pengunaan bahan api semakin berkurangan. Dunia juga akan lebih sihat dan selamat dengan daya usaha sebegini. Bila la pulak teknologi ni nak sampai kat Malaysia...
sumber- cari forum
Tag :

Undian di Sosial Media Awards 2012

on 23 Januari 2012

Rasanya ramai dah blogger yang tahu perkara ni. Kalau pergi sana, pergi sini pasti ada cerita tentang blogger yang masuk Undian di Sosial Media Awards 2012. Jadi, aku pun tak nak ketinggalan, terus terjah masuk register dan buat vote untuk blog yang biasa aku masuk. Tapi aku rasa tak ramai pun rakan2 blogger yang aku kenal ada masuk kat dalam undian nih. Jadi undian aku terhad laa....he3x!!


Setakat ni, blog yang aku dah bagi undian...blog earncent, denaihati, cyza, forblogger, ariffshah, cikgu dahlia dan azmanisma. Tak lupa juga aku nak ucapkan terima kasih kepada cyza kerana menjadi orang pertama buat undian untuk blog aku. 


He3x!! Nak harapkan apa yer dari undian nih? Tak de apa2 pun, cuma suka2 jer..untuk bahagian Upcoming Blogger Of The Year blog ariffshah yang paling tinggi setakat ni dengan 53 undi, tu pun bersaing hebat dengan blog JunFook.com. Blog aku pulak dah dapat 3 undi. Alhamdulillah...kira okey dah tu. Tapi kalau ada kengkawan yang nak tambah undi, apa salahnya kan...inform je kat aku, aku undi korang balik [kalau korang masuk laa]..ha3x!!! Apapun terima kasih kepada mereka yang dah undi aku tu...rasa aku, kalau dapat dalam 5/6 undian pun dah kira bagus sangat. Sebabnya? Leceh sikit...korang kena register dulu...baru boleh buat undian.


Undian di Sosial Media Awards 2012
# Kalau nak undi blog aku, sila pergi ke bahagian Upcoming Blogger Of The Year Sosial Media Awards 2012. Lega sikit dah sakit gigi...mmg berkesan jugak petua gigit bunga cengkih nih...
Tag : ,

OPS Sikap Ke 25 Sempena Tahun Baru Cina 2012

on 22 Januari 2012

OPS Sikap Ke 25 Sempena Tahun Baru Cina 2012
OP SIKAP 25 : Pentingnya Kesedaran Awal Di Kalangan Pengguna Jalan Raya
 "Fokus juga akan diberi dalam 6 operasi utama iaitu, operasi had laju, operasi motosikal, operasi mabuk, operasi lorong kecemasan dan potong queue, operasi lampu isyarat dan lain-lain operasi seperti lebih muatan, tali pinggang dan topi keledar..." - YDH Ketua Polis Negara. 

MATLAMAT UTAMA OPS SIKAP XXIII
MENGURANGKAN Kadar Kemalangan yang menyumbang kepada kematian di musim perayaan.
MEMBERI Keselesaaan kepada pengguna untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
MEMASTIKAN Jalan raya tiada gangguan, perjalanan yang selesa dan selamat, dan masyarakat mempunyai PERASAAN SELAMAT ketika berada di jalan raya.
TURUT memantau dan mencegah jenayah dari masa ke semasa.



Jumlah KEKUATAN Pegawai/Anggota Terlibat Dalam Ops Sikap ke 25
Aku tak balik ke kampung pada cuti CNY kali nih. Ada urusan yang perlu dibereskan. Bagi pengguna lebuh raya di Malaysia dan juga kepada kesemua pemandu di Malaysia. Berhati2 lah bila dijalanraya. Para pengguna jalanraya di negara kita amat terkenal dengan sikap yang terburu-buru, walhal kita juga terkenal dengan sikap mesra, ramah dan berbudi bahasa. Entah mengapa, perkara sebaliknya berlaku apabila berada didalam kereta. Mungkin orang kita ni memang jenis yang kurang sabar kot. Paling sedih bila drebar tu pakai kopiah, tapi buat aksi cilok mencilok...tak tau nak kata apa lagi. Klau tetiba nampak polis kat depan, mula la kalut mencilok masuk pulak...tau pulak takut, tapi menyusahkan orang lain. 


Apapun dibawah ini aku sertakan sekali statistik setelah Ops Sikap ke 25 ini memasuki hari ke 5. Kita boleh perhatikan jumlah mangsa terkorban dan juga jumlah kenderaan yang paling tinggi mencatat rekod kemalangan. Satu keadaan yang payah nak berubah dan diubah...entah bila akan berubah agaknya tak tau la....apa pun aku nak bagi kredit kepada web PDRM kerana info dibawah ni.



HARI PERTAMA OPS SIKAP KE 25



HARI KEDUA OPS SIKAP KE 25

                                                   HARI KETIGA OPS SIKAP KE 25



 HARI KE EMPAT OPS SIKAP KE 25


 HARI KE LIMA OPS SIKAP KE 25

Pesanan PDRM
1. Ubahlah sikap anda apabila berada di jalan raya.
2. Pandu kenderaan dan tunggang motosikal dengan berhati-hati, kelajuan boleh membunuh.
3. Penunggang dan pembonceng motosikal, pemandu dan penumpang motokar, pejalan kaki - perlu lebih berhati-hati kerana inilah kumpulan yang sering terlibat dan menjadi mangsa kemalangan jalan raya.
4. Anda perlu membuat persiapan sebelum memulakan perjalanan dan rancang perjalanan anda.
5. Ikat tali topi keledar yang dipakai.
6. Ingat yang tersayang, biar lambat asal selamat dalam perjalanan.
7. Berhemah ketika menunggang dan memandu kenderaan.

# Jumlah keseluruhan kemalangan Ops Sikap sehingga hari ke 5 - 6,585 kes.
# Jumlah keseluruhan kemalangan maut Ops Sikap sehingga hari ke 5 -  51 Kes
# Jumlah keseluruhan kematian di dalam Ops Sikap sehingga hari ke 5 - 58 Orang


Info ni sepatutnya aku publish malam semalam, tapi sebab penat aku tertidur..jadi terlambat sehari pulak. Happy Chinese New Year kepada rakyat Malaysia yang menyambutnya...

Tag :

Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia [STAM] - Khamis 26 Jan 2012

on 20 Januari 2012

Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia [STAM] - Khamis 26 Jan 2012
Keputusan untuk Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia [STAM] bakal keluar pada minggu hadapan, 26/01/2012 bersamaan hari Khamis. Calon-calon yang telah mengambil peperiksaan STAM pada tahun 2011 yang lepas, pastinya dalam keadaan yang sangat berdebar. Tekanan kini sudah berada di peringkat terakhir, segala usaha dan penat lelah akan terjawab tak lama lagi. 


Suka, duka atau selamba...itu je perasaan yang bakal calon2 ini hadapi. Silap haribulan, pasti ada calon yang sudah tak boleh tidur lena, memikirkan keputusan STAM tersebut...he3x!! Rileks yer adik2...jangan terlampau pikir sangat tentang perkara yang dah lepas. Insyaallah, setelah berusaha pasti akan dapat sesuatu yang setimpal dengan usaha kalian itu.


Apapun keadaannya, tabah lah menghadapi tarikh tersebut. Insyaallah, dikatakan pada jam 10 pagi [tarikh tersebut 26/01/12] sejumlah 8,499 orang calon sudah boleh mendapatkannya di sekolah masing-masing. Itulah kenyataan dari Lembaga Peperiksaan Kementerian Malaysia pada hari ini. 


Dari 8,499 orang calon tersebut, sejumlah 3,782 calon dari Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 2,569 calon Sekolah Menengah Agama Negeri dan 649 calon Sekolah Agama Rakyat. Kenyataan itu turut menyebut 1,462 calon persendirian dan 37 calon sekolah menengah swasta yang menduduki STAM akan menerima keputusan masing-masing melalui pos atau mereka juga boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan keputusan masing-masing.


Mulai tahun ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888 dengan menaip STAM [angka giliran] dan hantar ke 15888.  



Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan mulai 10 pagi, 26 Jan ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam, 1 Feb 2012.


Penghantaran mesej ini dikenakan caj iaitu 15 sen penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan dengan keseluruhan kos 35 sen.


BERNAMA


Update: Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia [STAM] 2012, 30 Januari 2013

# Teringat kepada rakan2 aku [first badge] di Sekolah Agama Al Falah Batu Talam, Raub, Pahang. Lama betul tak jumpa derang nih...selalunya aku je yang agak sibuk...hrmphhh.. Tahniah kepada mereka yang telah menjayakan penubuhan dan pendaftaran alumni sekolah tersebut. Semoga Allah S.W.T meberkati usaha kalian semua. Aminn.



Tag :

Kiamat?- Satelit Russia Menghempas Bumi

on 15 Januari 2012

Kiamat?- Satelit Russia Menghempas Bumi
Satu berita yang agak mengejutkan bila satelit Russia Phobos-Grunt dijangka akan menghempas ke bumi pada hari ini 15/01/2012. Lokasinya pula tidak diketahui kerana aku difahamkan yang saintis angkasa Russia enggan meramalkan lokasi tempat jatuh Phobos-Grunt itu. Jadi awasilah, objek-objek yang luar biasa yang "mungkin" melintasi ruang udara bumi kita hari ini.- Mintak2 jangan la jatuh kat sini ehhh....
Sumber, Sinar Harian Online...


Phobos Grunt- Semasa didalam peringkat pemasangan
SHAH ALAM - Pakar-pakar meramalkan yang prob Phobos-Grunt bagi misi ke Marikh yang gagal berfungsi akan jatuh semula ke bumi hari ini. Gambaran artis menunjukkan bagaimana bahan api dari tangki bersalut aluminium pada kapal angkasa itu terbakar ketika memasuki atmosfera bumi, kata satu lapor portal Pendidikan Sains Angkasa. Beberapa media asing juga membawa laporan itu sejak semalam.

Kapal angkasa Phobos-Grunt yang terkandas di orbit bumi tidak lama selepas ia dilancarkan pada 8 November lalu yang kemudiannya mengelilingi bumi dalam keadaan semakin rendah dari hari ke hari.  Kata portal itu, pegawai-pegawai dari Agensi Angkasa Russia dipetik berkata yang prob itu akan memasuki atmosfera panas bumi pada hari ini.

“Serpihan Phobos-Grunt dijangka akan jatuh pada 15 Januari 2012. Tarikh sebenar mungkin berubah disebabkan faktor-faktor luaran,” kata Alexei Zolotukhin, jurucakap pasukan tentera angkasa Rusia kepada agensi berita Rusia. Phobos-Grunt adalah sebuah kapal angkasa yang besar dengan berat 14.5 tan.  Sebahagian dari beratnya adalah terdiri daripada bahan api hidrazina toksik, yang menyebabkan sesetengah pemerhati bimbang tentang potensi impak terhadap alam sekitar yang akan muncul ketika proses kemasukkan semula. Pegawai-pegawai angkasa Rusia telah berulang kali menyatakan kebimbangan tersebut, kata portsl itu.
Gambaran Artis
Ia menambah, bagaimanapun bahan api yang bersalut di dalam tangki aluminium mungkin terbakar di atmosfera bumi yang tinggi. Malah menurutnya, kebanyakkan serpihan Phobos-Grunt akan menemui nasib yang sama di mana pakar-pakar meramalkan antara 20 hingga 30 serpihan dengan berat maksimum 400 kilogram akan terhempas ke tanah atau air. "Di mana serpihan-serpihan itu akan terhempas adalah sukar untuk dikatakan pada masa ini kerana penganalisis tidak mengetahui masa yang tepat untuk Phobos-Grunt masuk semula ke atmosfera bumi.
Kiamat?- Satelit Russia Menghempas Bumi
"Sehingga kini, kebanyakkan tempat di bumi adalah mempunyai potensi yang sejajar," kata tulisan portal itu. “Kami hanya mengetahui ianya akan terhempas antara 51 darjah Utara dan 51 latitud Selatan,” kata Brian Weeden, penasihat teknikal di Yayasan Keselamatan Dunia, dipetik berkata. 'Kematian' Phobos-Grunt adalah begitu rapat dengan dua lagi satelit lain yang jatuh secara tidak terkawal baru-baru ini iaitu satelit iklim UARS milik NASA dengan berat 6.5 tan yang masuk semula dan jatuh ke Lautan Pasifik pada September lalu dan satelit ROSAT milik Jerman dengan berat 2.7 tan yang jatuh ke Lautan Hindi sebulan kemudian.

Misi Phobos-Grunt yang bernilai AS$165 juta bertujuan untuk mengambil sampel tanah dari permukaan sebuah bulan planet Marikh iaitu Phobos dan menghantarnya kembali ke bumi. Enjin utama kapal angkasa itu tidak terbakar seperti yang dirancangkan untuk memacu Phobos-Grunt ke planet Merah dan menyebabkan ia terkandas di orbit bumi. Walaupun telah mencuba berulang kali, kata portal itu, jurutera tidak dapat berkomunikasi dengan kapal angkasa berkenaan dan pakar berfikir Phobos Grunt 'mati' dalam air.


Tag :

Batu Emas DiKg Melayu Majidee

on 11 Januari 2012

Wahh...jumpa emas tepi jalan ke? Kutip macam tu je dah boleh dapat ribu riban? Bertuah betul la penduduk kat kawasan tu kalau benar kisah batu jalan di kampung tersebut mengandungi emas tulen. Mana tau kan, kutip2 memang emas betul...satu lagi kat metro pun ada tulis tentang seorang penduduk yang emasnya telah ditempah pembeli emas dengan harga rm15,000. Wow...kayo la cam tu weii......

aktiviti mencari emas
Aktiviti mencari emas-sumber metro
Namun aku difahamkan sebaliknya, batu jalan yang dijumpai di Kampung Melayu Majidee itu telah disahkan bukan emas sebenar oleh beberapa orang pakar galian di sini. Ianya hanyalah batu granit/mineral yang berkilauan sahaja...
dalam batu ada emas
Dah jumpa batu emas tu...

Ketua Jabatan Geologi, Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Tenaga Diperbaharui, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),Profesor Madya Dr Md Radzuan Junin berkata, batu berkilau yang ditemui bukanlah emas tetapi hanyalah batu yang mengandungi kandungan mineral.Manakala Pengarah Jabatan Geosains dan Mineral Johor, Shahar Effendi Abdullah Azizi berkata, apa yang ditemui di Jalan Mewah itu hanyalah sebahagian daripada batu granit yang mengandungi bahan mineral "pyrite" atau besi sulfit.
Batu-batu tersebut dibuang bersama tanah di kawasan itu oleh Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) untuk projek melebarkan parit dan jalan dua minggu yang lalu. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MBJB, Mohd Firdaus Abdul Hamid berkata kawasan tersebut telah dikawal bagi mengelakkan gangguan penceroboh. Penduduk tersebut menerima bantuan peruntukkan untuk melebarkan jalan dan perparitan daripada ahli parlimen Johor Baru, Datuk Shahrir Abdul Samad tiga minggu yang lalu dan akibat aktiviti cari gali ini jalan tersebut telah dirosakkan oleh mereka yang datang menggali emas.Beliau berkata, kunjungan yang terlalu ramai di kawasan tersebut telah menyebabkan kesukaran untuk kontraktor meneruskan kerja mereka dan menggali batuan dari permukaan tanah.
Dalam pada itu, seorang tukang emas, Eric Wong, 55, berkata, tiga orang telah berkunjung ke kedainya sejak beberapa hari lalu dan mahu menjual apa yang mereka dakwa sebagai emas. "Tetapi saya dapati, ia bukanlah emas tulin dan tidak mempunyai apa-apa nilai komersial," kata Eric.
Walaupun para pakar telah mengesahkan bahawa bahan mineral yang berkilau keemas-emasan yang ditemui dengan banyaknya di Jalan Mewah, Kampung Melayu di sini sebenarnya bukanlah emas tetapi itu masih belum cukup untuk menghalang orang ramai daripada terus menyerbu untuk mencari 'logam berharga' tersebut. Malah, jumlah yang datang semakin bertambah setiap hari dan mula merimaskan para penduduk yang mendiami sepanjang Jalan Mewah di kampung berkenaan.
Jom join pertandingan pengalaman kena denda semasa di sekolah
Tak pe lah. Bukan rezeki untuk penduduk disitu barangkali. Bagaimanapun aku pernah juga tengok emas dalam batu seperti yang didakwa penduduk di kampung tersebut. Bukan milik aku, tetapi jiran aku yang pernah bekerja di lombong emas satu ketika dahulu. Dengan saiz sebesar penumbuk orang dewasa, nilai yang dianggarkan oleh tauke kedai emas itu antara RM6-7 ribu ringgit. Dan kampung aku juga kini antara aset negeri yang mempunyai emas tertinggi,sebab tu wujudnya Selinsing Gold Mines yang terletak di kampung aku...:). Mau kaya cepat?? Jom polo aku gi mendulang emas.....hehehe

suasana kutip emas
Suasana meriah mencari emas...
Tag :

Kisah Pelajar Cemerlang vs Pelajar Berubah

on 09 Januari 2012

Kisah Pelajar Cemerlang vs Pelajar Berubah
Minggu lepas aku ada buat entri bergambar dan video mengenai seorang pelajar yang pernah cemerlang dan dikatakan berubah bila di luar negara. Biarpun ada perbezaan pendapat dari rakan blogger dan juga rakan2 lain, aku cuma memerhatikan sahaja semua  komen tersebut. Biasa la tu, dalam hidup pasti akan ada pro dan kontra...pasti ada yang suka dan ada yang tak suka. Jadi terpulang la pada pandangan masing-masing.

Tetapi sebenarnya bagi aku, seorang pelajar yang pernah menjadi ikon dan idola kepada pelajar yang lain seharusnya menitik beratkan imej diri. Seorang ikon walaupun dia mengatakan dia bukanlah seorang ikon tetap menjadi perhatian ramai. Segala tindak tanduk pasti diperhatikan. Bagi pelajar lain pula yang bukan ikon, mesti la bab2 perubahan dan juga imej ini hanya dia dan kawan2 dia yang perhatikan. Soal kawan dia nak tegur atau tidak terpulang la kan. Jadi suka atau tidak ini lah dia kehidupan. Jagalah nama baik anda ketika anda sememangnya dikenali ramai. Apatah lagi kiranya anda satu ketika dahulu berimej bersih.

Okeh...sebenarnya aku bukan nak cerita pasal bab tu. Aku nak cerita sikit pasal kisah pelajar yang cemerlang akedemiknya tetapi tetap cemerlang juga agamanya. Inilah ikutan dan idola yang sepatutnya dicontohi oleh para pelajar. Perkara yang baik harus diikuti dan diteladani. Kisah beliau ini aku petik dari blog rakan aku iaitu Adanaberkat. [sila klik link tersebut] Korang boleh tengok selanjutnya dari blog beliau dan sumber asal yang beliau dapat. Aku cuma share sedikit kisah pelajar ni. Semoga menjadi satu kisah dan tauladan yang baik untuk dicontohi pelajar yang lain. Apapun nak berubah atau tidak, tepuk dada tanyalah selera...

pelajar cemerlang
SPM 2006 Siti Fatimah, cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A.
siti fatimah pelajar contoh akademik dan agama
Membaca Alquran,bertadarus satu kebiasaan bagi beliau dan rakan2.
Sedikit info:
1. Anak Kelantan yang menduduki tempat pertama dalam SPM 2006 (Malaysia), dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.
2. Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK. Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu' al-Quran
3. Seandainya entri aku ini mengguris hati dan perasaan sesetengah pihak, aku minta maaf bebanyak. Semoga para pelajar Malaysia diluar negara dan juga didalam negara kita akan menjadi contoh kepada nagara2 Islam dan bukan Islam yang lain sebagai pelajar yang cemerlang akademik juga cemerlang akhlaknya. Aminnn.
Tag :

Perhimpunan 901 - Azmin Ali Tolak 10 Syarat

on 08 Januari 2012

Perhimpunan 901 - Azmin Ali Tolak 10 Syarat
Ini adalah petikan dari F/B Polis Diraja Malaysia. Bukan aku mandai2 buat ehh...


"KENYATAAN PDRM : YB Mohamed Azmin bin Ali tidak boleh menolak syarat-syarat (10 Syarat) yang telah polis berikan berhubung perhimpunan anjuran PKR di perkarangan letak kereta di luar Bangunan Mahkamah Jalan Duta pada 9 Januari 2012. 

Syarat-syarat tersebut telahpun diserahkan kepada En. Syamsul Iskandar bin Mohd. Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat Malaysia oleh Ketua Polis Daerah Sentul, diakui diterima dan tiada apa-apa bantahan olehnya. Syarat-syarat tersebut adalah sama sebagaimana yang dibincangkan dan dipersetujui bersama antara YB Mohamed Azmin bin Ali dan Ketua Polis Kuala Lumpur sebelumnya."



perhimpunan 901


Polis bersedia perhimpunan 901
Pasukan FRU telah diberikan taklimat berkenaan Perhimpunan 901 esok.




# Apa yang paling penting, diharap janganlah terjadi kekecohan dikawasan itu nanti. Bagaimanapun bila perhimpunan yang ramai begini, pasti akan ada manusia yang hilang kesabaran dek teriakan yang menaikkan semangat. Harap semuanya bertenang dan jalankan tugas anda seperti perjanjian yang telah dipersetujui sebelum ini.
Tag :

Perhimpunan 901 - Polis Benarkan dgn 10 Syarat.

on 07 Januari 2012

perhimpunan 901 kes bicara anwar ibrahim
Lokasi perhimpunan 901- Sumber Sinar Harian
Perhimpunan 901 - Polis Benarkan dgn 10 Syarat
Akhirnya Polis Kuala Lumpur semalam membenarkan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan 901di tempat letak kereta di luar pekarangan Kompleks Mahkamah dengan 10 syarat, Pasti kawasan tu akan sesak dengan penyokong2 setia Dato Seri Anwar. Adakah perhimpunan ini akan berlaku dengan aman damai seperti yang dipersetujui bersama? Seandainya memang damai, adakah akan ada banyak lagi perhimpunan seperti ini? Kita tunggu dan lihat. Errr, ada ke kengkawan aku yang nak pergi ke perhimpunan 901 tu nanti?



Bahawasanya Ketua Polis Daerah Sentul setelah menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengenakan syarat-syarat berikut kepada pihak penganjur serta peserta Perhimpunan 901 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2012 di parkir awam Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebagaimana berikut :
  1. Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.
  2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.
  3. Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
  4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah. 
  5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut. 
  6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah.
  7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu. 
  8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.  
  9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.  
  10.  Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.
Tag :

Korea - Dulu dan Sekarang

on 05 Januari 2012

Korea Selatan: Dari Negara Termiskin Menjadi Negara Terkaya

1950, KOREA SELATAN adalah salah satu negara termiskin di dunia. Setaraf dengan negara-negara termiskin di Afrika dan Asia. Ekonominya hanya bergantung kepada pertanian gara-gara perang dengan Jepun dan Korea Utara Dalam 4 dekad, Korea Selatan cepat berubah dari negara termiskin, menjadi salah satu negara paling kaya dan tercanggih di dunia dengan nilai ekonomi Trillion dollar.

Tahun 1963, pendapatan perkapitanya cuma $100. Tahun 1995 sudah meningkat ke $10,000. 2007, $25,000. Goldman Sachs meramalkan Korea tahun 2050 nanti akan jadi negara nombor 2 terkaya di dunia, dengan pendapatan perkapita $81,000. Korea, juga tercatat sebagai bangsa dengan pertumbuhan ekonomi tercepat sepanjang sejarah.

Produk-produk elektronik Korea, Samsung dan LG, telah menguasai pasaran dunia. Dari smartphone canggih, television plasma, LCD dan semikonduktor. LG sendiri sekarang adalah perindustrian pembuat panel plasma terbesar di dunia. Samsung, adalah konglomerat terbesar di dunia, yang hanya kalah oleh General Electric.

Industri pembuatan kapal Korea, Hyundai dan Samsung Heavy Industries, adalah yang terbesar di dunia dan mengalahkan Jepun pada tahun 2004. Hyundai, juga menjadi perusahaan otomotif ke 5 terbesar di dunia. Korea juga telah jadi negara termaju di dunia dalam hal infrastruktur teknologi. Sejak tahun 2000, seluruh masyarakat Korea telah menikmati jaringan internet 100 Mbpps, siaran television interaktif high-definition, teknologi komunikasi 4G.

Para pemimpin Korea juga punya visi yang sangat maju dalam penyerapan dan pengembangan teknologi. Inilah kunci dari semua bangsa-bangsa termaju. Tahun 1959, kerajaan Korea sudah mendirikan Korean Atomic Energy Commision. Pertengahan tahun 1960, Kementerian Sains dan Teknologi dibentuk. Lalu Korea Institute of Science and Technology yang dibentuk untuk research industri.

Dan setelah itu, proses pembelajaran sains dan teknologi dilakukan secara besar-besaran. Para cendekiawan asing dan segala macam teknologi terbaru dari Barat diserap habis-habisan. Seperti Jepun, R&D digalakkan, orang-orang serta badan-badan research yang unggul diberi dana yang sangat besar oleh kerajaan. Industri-industri dengan potensi pasaran masa depan yang besar dianalisis dan dikejar habis-habisan, baik oleh kerajaannya dan swasta.

Dan bagaimana cara agar bangsa Korea punya kemampuan yang tinggi untuk menyerap sains dan teknologi ? Kuncinya adalah ….

Pembangunan manusia-manusia unggul!

Manusia-manusia unggul yang punya kemampuan tinggi dalam menyerap ilmu dan teknologi. Pembangunan manusia-manusia unggul, melalui pendidikan unggul. Pendidikan terbaik di dunia. Sejak lama, pemerintah telah berjuang supaya kanak-kanak Korea memiliki nilai matematik dan sains yang tinggi. Tidak dalam ukuran Korea sendiri, tapi dalam skala global. Jadi sistem pendidikan terbaik di dunia harus dibentuk.

Dan Korea telah berjaya. Tingkat IQ Korea secara nasional adalah yang tertinggi di dunia. Dan kanak-kanak Korea juga memiliki ranking teratas dalam kemampuan matematik, sains, problem solving, dan membaca dalam peringkat OECD, Organisation for Economic Co-operation and Development.

Bagaimana dengan orang kita?

Jangan malu kerana anak-anak kita pun cepat mengikut rentak orang Korea. Malangnya bukan meniru remaja Korea menyerap teknologi terkini tetap apa yang kita serapkan ialah muzik K-Pop mereka.

Remaja kita begitu teruja dengan budaya K-Pop walaupun tidak faham dengan bahasa dan budaya mereka. Ini menunjukkan Korea Selatan sudah maju bukan sahaja ekonomi, sukan malah bidang hiburan yang menjadi taraf dunia. 

Kredit- Facebook Wujud Fanpage
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved