Memaparkan catatan dengan label BeriTa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BeriTa. Papar semua catatan

REBET ELETRIK RM20 SEHINGGA HUJUNG TAHUN 2012

on 29 Mac 2012


Elok lah tu, kalau kerajaan nak kurangkan beban rakyat melalui cara nih. Aku walaupun tak pernah merasa "subsidi" RM 20 yang kerajaan berikan tu, tapi aku tetap menyambut baik dan berfikir secara positif tentang subsidi rebet RM20 ni. Aku tahu, tak ramai yang dapat merasa rebet tarif eletrik ni, tapi pada aku.. sekurang2nya ianya memang membantu kepada pihak yang sangat memerlukan.

Kalau pukul rata penggunaan tarif elektrik dibawah RM20, ini sememangnya menunjukkan yang rumah tu dan juga isi rumah itu sebenarnya adalah golongan yang memang memerlukan bantuan. Mungkin dengan cara ini, kerajaan mampu untuk mengenal pasti golongan yang lebih layak dan berhak untuk mendapat bantuan yang lebih wajar dari kerajaan...
Kerajaan melanjutkan tempoh bagi rebet elektrik RM20 dan ke bawah sehingga hujung tahun ini, kata Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Rabu. Beliau berkata 1.08 juta pengguna domestik di seluruh negara yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 dan ke bawah sebulan akan terus menikmati rebet itu.
"Ini merupakan salah satu usaha dan keprihatinan kerajaan dan kementerian ini untuk memberi tumpuan dalam meringankan beban kewangan rakyat dengan melanjutkan tempoh bagi rebet elektrik sehingga Disember tahun ini.
"Kerajaan telah membelanjakan RM141 juta setahun bagi membiayai pemberian rebet ini," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu bagi tahun 2011 di sini. Chin berkata kerajaan telah memperkenalkan program pengecualian daripada membayar bil elektrik bulanan sebanyak RM20 dan ke bawah bermula Oktober 2008 khusus kepada pengguna domestik daripada golongan berpendapatan rendah. - BERNAMA
Tag :

SUSPEK PEMBUNUH DIRANG DIDAKWA DI MAHKAMAH

on 27 Mac 2012

Wajah suspek Pembunuh Dirang 
Seorang buruh Muidin Maidin, 24,  didakwa dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini atas tuduhan membunuh adik Nurul Nadirah Abdullah (Dirang) , 5, pada awal bulan ini. Suspek, Muidin dituduh membunuh Nurul Nadirah atau lebih dikenali dengan nama manja,  Dirang di ladang kelapa sawit, Bandar Seri Alam, Masai, antara pukul 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac lalu. Manakala bagi rakan tertuduh yang lain,  Razmin Mosum, 34, yang juga seorang buruh telah didakwa atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan dan hanya dipenjara sebulan, manakala seorang lagi suspek wanita pula dilepaskan tanpa sebarang tuduhan.




Sementara itu, keluarga allahyarham adik Dirang juga diselubungi ketakutan disebabkan rumah mereka di Flet Seri Delima, dekat sini, cuba dipecah masuk selain anggota keluarga berkenaan turut dikejar oleh lelaki yang tidak dikenali. Bapa saudara Dirang, Hakim Alan, 14, iaitu adik bongsu kepada Roselyn Alan, 25, sudah tiga kali dikejar lelaki tidak dikenali sejak minggu lalu sehingga memaksanya melarikan diri ke surau untuk berlindung. Aku harap pihak yang berkenaan dan masyarakat setempat lebih peka dengan apa yang berlaku keatas keluarga malang ini. Semoga mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat dan dilindungi olehNYA.

Petikan dari Berita Harian Online;

JOHOR BAHRU: Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, terhadap tuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang, awal bulan ini. Muidin Maidin, 24, dituduh membunuh Nurul Nadirah, 5, di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai, di sini, antara jam 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac lalu.


Muidin yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Mohd Isa kemudian menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes. Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang lelaki yang ditahan bersama-sama Muidin untuk membantu siasatan berhubung pembunuhan Nurul Nadirah, dihukum penjara sebulan dan dua tahun pengawasan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah. 


Razmin Mosum, 34, yang juga seorang buruh mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Masai, kira-kira jam 8.40 malam, 2 Mac lalu. Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan dua tahun pengawasan.

Mohd Isa memerintahkan hukuman penjara terhadap Razmin berjalan serentak dari tarikh tangkap, pada 2 Mac lalu. Pendakwaan terhadap Muidin dan Razmin dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M Vinodharan. - BERNAMA

Tag :

SAMBUTAN HARI POLIS KE 205

on 23 Mac 2012

Hari_POLIS_205

SAMBUTAN HARI POLIS KE 205 Esok, 24/03/12 adalah hari Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 205 yang akan diadakan di Dataran Merdeka.

Bersempena dengan itu, pihak Pengangkutan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyediakan perkhidmatan Shuttle di lokasi-lokasi awam bagi memudahkan pengunjung untuk hadir ke program tersebut. Perkhidmatan shuttle yang disediakan adalah PERCUMA.

Aksi_POLIS

Sempena sambutan Hari Polis ke-205 Tahun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, penutupan jalan akan bermula pada 6 petang hingga 12 tengah malam Jumaat 23/3/2012 untuk raptai dan 3 petang hingga 2 pagi pada Sabtu 24/3/2012 untuk sambutan Hari Polis. Antara jalan yang terlibat ialah Jalan Kinabalu ke laluan susur ke Bukit Aman, Jalan Hishammuddin/ Jalan Raja, Jalan Hang Kasturi/ Jalan Leboh Pasar Besar/ Jalan Mahkamah Persekutuan dan Jalan Tuanku Abdul Rahman/ Jalan Tun Perak ke Dataran Merdeka.

Polis_Malaysia
Adakah anda mengenali skuad ini?
Pelbagai aksi menarik akan disajikan, diharap orang ramai datang beramai-ramai pada hari esok.

POLIS_HEBAT

Amacam? Polis pompuan buat aksi cam nih.....
Sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan shuttle PDRM boleh berhubung dengan Insp Khairul Anuar bin Alwi di talian 012 – 6654383. Jadual lokasi dan masa perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI....!!!

Kredit -Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysian Police) F/B
Tag :

DIVIDEN RM6.50, AMANAH SAHAM MALAYSIA

AGIHAN_DIVIDEN_A_S_M_2012

Satu lagi berita baik buat mereka yang terlibat didalam Amanah Saham Malaysia, berita di myMetro dan di Berita Harian mengatakan Amanah Saham Malaysia Berhad melalui anak syarikat milik penuh, iaitu PNSB telah dividen 6.5 sen seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2012 berbanding 6.38 sen seunit pada tahun lepas.
LEBIH 540,000 pelabur Amanah Saham Malaysia (ASM) dengan jumlah 12.62 bilion unit akan menerima durian runtuh menerusi agihan pendapatan tahunan sebanyak 6.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac ini berbanding 6.38 sen seunit pada tahun lalu.Pembayaran pengagihan pendapatan akan dilabur semula dalam bentuk unit secara automatik dan dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang pada 1 April ini.

Pengagihan pendapatan itu membabitkan peruntukan RM820.24 juta iaitu peningkatan sebanyak 8.6 peratus berbanding RM755.05 juta pada tahun lalu.

Sehingga 21 Mac lalu, tabung ASM memperoleh pendapatan kasar RM978.32 juta dengan pendapatan dividen daripada pelaburan dalam beberapa syarikat menyumbang 79 peratus kepada jumlah pendapatan kasar yang dicatatkan - Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman

Majlis sama turut menyaksikan pengumuman agihan pendapatan bagi tabung di bawah Amanah Saham Gemilang (ASG) iaitu ASG-Pendidikan, ASG-Persaraan dan ASG-Kesihatan.

Pemegang unit ASG-Pendidikan pula akan menerima tujuh sen seunit, ASG-Persaraan 7.05 sen seunit dan ASG-Kesihatan 7.10 sen seunit. Kadar yang diumumkan ini jauh lebih tinggi daripada tahun lalu, masing-masing pada kadar 5.6 sen seunit, 5.10 sen seunit dan 6.10 sen seunit

Bagi ASG-Persaraan, RM1.49 juta sudah diperuntukkan yang akan memberi manfaat kepada 2,909 pemegang unit yang melanggan 21.20 juta unit manakala bagi ASG-Kesihatan, pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM4.57 juta akan dinikmati oleh 9,675 pemegang unit yang melanggan 64.42 juta unit tabung ini.

Prestasi yang ditunjukkan ASG adalah lebih baik berbanding ASM dan ia membabitkan faktor saiz pelaburan.PNB berupaya membayar 14 sen (untuk ASG-Kesihatan), 10 sen (ASG-Pendidikan), 12.2 sen (ASG-Persaraan) dan lapan sen untuk ASM.Pembayaran itu akan dinikmati oleh 546,341 pemegang unit yang kini memegang 12.62 bilion unit ASM.

# Ader ke kengkawan blogger aku yang masuk dalam pelaburan nih? Aku memang tak de bajet nak masuk rm aku kat dalam nih...banyak cabang rasanya rugi la plak...he3x!!!
Tag :

PELAYAN ISTANA ALAM SHAH DITANGKAP MENCURI?

ISTANA_ALAM_SHAH

GAMBAR_ISTANA_ALAM_SHAH
Kredit to blog cahayamylife kerana gambar Istana Alam Shah ini.

Hari tu kecoh kan pasal bekas pengawal diraja Sultan Brunei mencuri cincin, siap masuk kat paper mat salleh lagi. Kali ni, kisah pelayan istana Diraja Istana Alam Shah, Klang pula buat hal. Dah lama dah rupanya dia buat kerja-kerja buruk tu rupanya, sejak dari tahun 2010. Tapi yang aku musykilnya, kenapa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri yang perasan..mana perginya orang yang sepatutnya menjaga barangan ataupun istana tersebut? Terasa pelik jugak nih...

Antara yang dilaporkan hilang ialah 17 bilah gunting dan kunci emas yang antaranya dihadiahkan semasa Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah merasmikan sebuah bangunan di Klang dan sebuah replika ketam yang diperbuat daripada emas yang dihadiahkan penduduk Pulau Ketam semasa lawatan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke sana.

Ni la yang pepatah melayu katakan, "harapkan pagar, pagar makan padi". Harta atau barangan bersejarah yang bernilai RM200,000 lesap dalam diam-diam. Inilah yang terjadi apabila manusia tersebut gagal mengatasi kehendak dan kerakusan yang dikuasai syaitan. Terutamanya bila iman terlalu lemah didada dan dijiwa. Tapi harus diingat, bak pepatah melayu berkata..."sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua". Fikirlah banyak kali sebelum nak buat mende-mende yang tak elok tu...Biar buat baik banyak kali..jangan buat jahat walaupun sekali kerana yang jahat itulah yang akan mencemar imej diri sepanjang hayat...
Tag :

ROBERT BALES BAKAL TERLEPAS?

on 22 Mac 2012

SGT_ROBERT_BALES_KILLER_16_PEOPLE

ROBERT_BALES_PEMBUNUH
Wajah Pembunuh, Robert Bales

Inilah wajah pembunuh 16 orang awam, termasuk 9 orang kanak-kanak di Afghanistan tempoh hari. Robert Bales, beliau sekarang sedang menghadapi tuduhan dan perbicaraan kesnya yang dijangka pada hujung minggu ini. Bagaimanapun, peguam Robert Bales, awal2 lagi telah menyatakan sesuatu mengenai kes yang bakal beliau kendalikan itu. Peguamnya, John Henry Browne menyatakan tiada bukti kukuh termasuk bukti forensik yang Robert Bales telah melakukan pembunuhan tersebut. Peguam tersebut juga mengatakan, tiada siapa yang mengambil pengakuan Robert Bales mengenai kejadian tersebut. Adakah kes ini hanya satu mainan politik dan sendiwara US kepada dunia? Kita tunggu dan lihat nanti.....


#Kes tentera marin US kencing ke atas mayat pejuang Taliban juga seakan senyap sampai sekarang....
Tag :

1 MALAYSIA TERTIPU - KES SITI NUR FATIHAH


Aduhh....geramnya hati aku. Memula aku terkejut juga bila baca komen seorang sahabat tentang kisah adik Siti Nur Fatihah ni. Katanya; "Syukur sbb adik Siti ni bukan diculik"...Pangggg...amik ko. BUKAN DICULIK?? Habis tu pasal aper lak? Aku cuba cari berita nih, jumpa di Sinar Harian. Memang sah, adik Siti Nur Fatihah bukan diculik.

Pada pandangan aku, sebenarnya dia sendiri yang merancang kejadian tu.Tapi yang lagi best, dia berlakon didepan adik2nya yang lain seolah2 dia diculik. Wakakaka....Apa nak jadi dengan bebudak sekarang ni? Umur baru 15 tahun, sibuk dah nak berpakwe makwe dengan jantan yang berumur 26 tahun? Hahaha....wassalam la jawabnya........korang pahamkan maksud aku?

Jadi sia-sia je selama ni usaha orang ramai buat kempen di blog, f/b dan twitter tentang berita kehilangan adik Siti ni. AKhirnya 1 Malaysia tertipu dengan kes kehilangan adik kita ni yang berumur 15 tahun. Walaupun berumur 15 tahun, tapi pandai gak dia ehh. Siap call dulu balak dia tu, suh ambik dia. Pas tu bila dah kecoh2 gini gamaknya dah saspen terus ngaku kat polis yang dia sebenarnya melarikan diri dan nak tinggal sementara dirumah keluarga balak dia tu. Punca melarikan diri? Tekanan emosi!! Hehehe...15 tahun, tetiba je dia dah rasa macam orang dewasa gamaknya kot. Kesian aku kat keluarga dia......



# Tetiba ajer malam ni aku rasa nak jadik rimau malaya lak, macam ni bole hilang "kekacakan aku" wooooo.....grrrrrrrr!!!!!
Tag :

CUKAI 6% PRABAYAR DITANGGUH

on 20 Mac 2012

Berita di Utusan Malaysia memaparkan, cukai 6% yang bakal dikenakan keatas semua pengguna talian prabayar akan ditangguhkan/diputuskan di Dewan Rakyat semalam. Alhamdulillah, kalau ianya berkuatkuasa pada 15 September nanti, aku rasa ramai yang tidak bersetuju dengan cukai tersebut. Itu baru cukai dari syarikat tu saja, cukai dari kedai2 "kokak" nak kira camne lak?

Aku percaya [walaupun bukan semua], masih ada kedai yang mengenakan cas sebanyak 50 sen terhadap semua kad-kad top up yang dibeli pelanggan. Contoh, RM10.00[Top up] + RM0.60[cukai 6 %] + RM0.50[cukai kedai kokak] = RM11.10. Jadi yang rugi ialah pelanggan juga, terpaksa menampung 2 kos. Berikut petikan dari Utusan Malaysia;
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang menegaskan bahawa kementerian tidak pernah memberi arahan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengeluarkan memo kepada pembekal perkhidmatan selular untuk melaksanakan cukai perkhidmatan tersebut.

"Penetapan bahawa caj cukai perkhidmatan ini memang ditangguh seperti diumumkan tahun lepas.

"Kementerian tidak tahu mengapa laporan itu menyebut demikian... yang sebenarnya memang tidak ada arahan dan tidak ada keputusan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Saifudin Nasution Ismail (PKR-Machang).

Salang berkata, apabila ia melibatkan cukai perkhidmatan, rundingan perlu diadakan membabitkan kementerian, SKMM, pemberi perkhidmatan, Kementerian Kewangan dan Kastam Diraja Malaysia. Beliau berkata, rundingan perlu diadakan sama ada perkhidmatan telekomunikasi akan dimasukkan sebagai perkhidmatan utiliti.
# Tahukah rakan2 semua, 4 syarikat yang telah bersetuju mengeluarkan kenyataan bersama ini adalah Celcom, Maxis, Digi dan U mobile. Mereka mendakwa cukai perkhidmatan yang perlau dibayar kepada kerajaan amat tinggi dan membebankan mereka. Jadi, itulah alasan yang digunakan untuk mereka mengenakan cukai prabayar kepada pengguna. Bagaimana pun, cukai ini sebenarnya telah termaktub didalam Akta Perkhidmatan Cukai 1975 lagi, cuma sejak tahun 1998 cukai tersebut diserap oleh syarikat2 tersebut semenjak mula mereka beroperasi.

Sumber- PERBIT dan Utusan Malaysia.
Tag :

LAGI KES CULIK - Siti Nur Fatihah Mahadi

Siti_Nur_Fatihah_Mahadi

Bahaya dimana-mana. Begitulah setelah kes kejam kanak2 hilang, diculik dan dibunuh yang lalu masih lagi segar diingatan kita, kini satu lagi kes terbaru dimana seorang remaja perempuan, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15 diculik dihadapan adik beradik mereka [seorang lelaki dan seorang perempuan]. Walaupun cuba melawan, namun kudrat mereka berdua gagal untuk menarik kembali kakak mereka yang telah ditarik masuk kedalam sebuah kereta jenama Honda berwarna gelap oleh 3 individu termasuk seorang wanita yang dikatakan memandu kereta tersebut.

Jarak rumah mereka di Taman Tas, Kuantan dan kedai telefon tempat mereka membeli top up RM5 hanyalah sejauh 100 meter, pada aku jarak tersebut cukup dekat namun penjenayah tak pernah mengira dekat atau jauh. Selagi ada peluang, mereka akan gunakan kesempatan yang ada itu.

Aku harap pihak polis dapat menjejak penjenayah tersebut dan membawa mereka ke muka keadilan dengan seberapa segera yang boleh.  Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Mahadi Muda di talian 019 9897807 atau 019 9813361

KES_KANAK@_HILANG_Siti_Nur_Fatihah_Mahadi

# UPDATE TERKINI ; ADIK SITI SEBENARNYA TIDAK DICULIK!!
# Semoga adik Siti Nur Fatihah Mahadi segera dijumpai dan selamat kembali kepangkuan keluarga dia semula.
Tag :

SEKALI LAGI KERAJAAN MALAYSIA AKUI ADA HUBUNGAN DAGANG DENGAN ISRAEL

on 19 Mac 2012

KAPAL_DAGANG_ISRAEL

Sebelum ni aku pernah jumpa satu gambar [sebuah kapal dagang] di internet yang mengatakan kapal dagang itu adalah milik Israel. Masa tu kerajaan juga melalui Menteri Perdagangan iaitu Datuk Seri Kong Cho Ha, mengakui Malaysia sememangnya mempunyai hubungan perdagangan dengan negara Israel semenjak tahun 1998 lagi. Dan sekali lagi, [semalam] Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pula berkata Malaysia memang tidak pernah menyembunyikan fakta yang negara ini ada hubungan dagangan dengan Israel, tetapi tidak pernah mengiktiraf negara tersebut. Beliau kemudian berkata, "zaman sekarang ni, adalah sukar bagi kerajaan untuk mengasingkan perdagangan yang datang dari luar negara." -errr, betul ke susah tuu? pelik gak aku nih......

Kemungkinan esok [hari ni 19/03/12] beliau akan menjelaskan isu ini di Parlimen...jadi kita tunggu dan lihat apa pandangan pemimpin yang lain termasuk pandangan para pembangkang.Juga merupakan satu isu yang agak mengejutkan kepada rakyat Malaysia sendiri....[yang belum tahu laaaa]
Tag :

UPDATE ~ KES NURUL NADIRAH @ DIRANG

on 17 Mac 2012


Hari ini aku cuma nak update info sikit tentang kes pembunuhan kejam adik Nurul Nadirah Abdullah @ Dirang. Satu kisah yang benar2 menyayat dan menyentuh hati aku....Semoga Allah memberikan kekuatan kepada ibubapanya dalam menghadapi dugaan ini. Insyaallah....

1. Pihak polis telah mula membebaskan suspek seramai 4 orang yang telah disambung tahanan reman kelmarin. Beliau adalah bapa kepada adik arwah Nurul Nadirah @ Dirang sendiri. Tetapi kerana tidak mempunyai dokumen yang sah beliau akan dihantar kembali ke negara asalnya iaitu di Filipina. Jadi "SAH" bapa Dirang tidak terlibat dalam kes ini.

2. Pengirim sms yang telah menghantar sms ugutan kepada ibu arwah adik Dirang telah berjaya ditahan di Kelantan. Suspek merupakan seorang buruh binaan, bekas anggota tentera, pernah dipenjarakan selama 6 bulan di penjara Kajang dan juga terlibat dengan kegiatan dadah dikatakan mencuba nasib bagi mendapatkan wang tebusan tersebut.

PEN_DAKWAT_MERAH_YANG_DIGUNAKAN_DIRANG

3. Arwah adik Dirang merupakan satu2nya kanak-kanak Tadika Permata Islamiyah yang menulis namaya menggunakan dakwat merah. Perkara itu disedari gurunya selepas kejadian yang menyayat hati itu. Dirang seorang murid yang periang dan pintar walaupun baru berusia lima tahun sehingga keletahnya lebih menyerlah daripada murid yang setahun lebih tua daripadanya.

4. JKM menerusi Bantuan Kanak-Kanak akan menyalurkan bantuan kepada keluarga Dirang sehingga bapa tirinya mendapat pekerjaan yang sesuai. Bantuan yang dikatakan bernilai RM400 sebulan itu akan diberi sehingga bapa tirinya bekerja.  Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, M Asojan juga dikatakan bersedia membantu bapa Dirang mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Bagaimanapun ianya bergantung kepada maklumbalas bapa tiri Dirang sendiri. Antara bantuan lain yang disebut2 ialah...Yayasan Pem­bangunan Keluarga, Majlis Agama Islam dan Baitulmal. Kelab Media Johor juga memberi sedikit bantuan kepada keluarga Dirang, malahan TPM, iaitu Tan Sri Muhyiddin juga turut memberikan sedikit sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa. Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah juga dikatakan turut melawat dan memberi sumbangan buat keluarga tersebut.

5.  Ibu bapa yang didapati cuai dalam tanggungjawabnya menjaga keselamatan anak-anak mereka hingga menyebabkan kanak-kanak itu hilang, boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. imbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, di bawah akta tersebut, kementerian itu dan pihak berwajib telah diberikan kuasa untuk mengambil tindakan ke atas ibu bapa yang cuai. Beliau berkata, sudah sampai masanya para ibu bapa mengambil iktibar daripada tragedi yang menimpa adik Nurul Nadirah Abdullah@ Dirang agar tidak ada lagi kanak-kanak lain yang terus menjadi mangsa kepada kekejaman individu yang tidak berperikemanusiaan.

6. Keluarga Nurul Nadirah Abdullah, kanak-kanak malang yang dibunuh dan dibakar, merancang untuk berpindah ke kediaman lain bagi melupakan kisah pahit yang berlaku terhadap mereka. Ibu Allahyarham, Roselyn Alan, 25, berkata, beliau merancang untuk berpindah kerana tidak sanggup berasa sedih setiap kali terbayangkan Nurul Nadirah, yang mesra dipanggil Dirang, di setiap sudut rumah itu.

7. Roselyn ibu Dirang berkata, beliau ada bermimpikan arwah Dirang yang datang memeluknya sambil meminta supaya tidak bersedih sebelum terjaga-jaga dari tidur kira-kira pukul 3.30 pagi tadi. "Dia (Dirang) hanya pakai seluar berwarna biru dan memberitahu saya supayatidak menangis kerana dia dalam keadaan baik. Dia juga mencium saya sebelum saya terjaga dari tidur," katanya menambah anak kedua daripada tiga beradikitu gemar menonton siri Upin dan Ipin serta Barbie setiap hari.

8. “Mak sayang Dirang tak?’ Itulah ucapan terakhir arwah Dirang kepada ibunya sebelum dia pergi membeli barangan dikedai berhampiran. “Mak sayang Dirang tak?” Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya Dirang? Walau DNA sudah mengesahkan mayat rentung itu anak mak, buah hati mak... mak seperti tidak percaya. Jauh di sudut hati mak masih mengharap itu bukan mayat Dirang. Bukan anak mak. Mak mahu Dirang pulang. Mahu peluk Dirang. Cium Dirang.

Dirang tahu...Hangat rangkulan Dirang, kucupan Dirang sebelum keluar dari rumah dan kemudian hilang, bagai masih terasa. Dirang...Dirang ingat tak? Setiap kali kita tidur bersama, Dirang tidak pernah tidak memeluk mak. Erat. Kejap! Tapi selepas ini mak tidak dapat lagi merasainya. Tiada Dirang yang akan membelai rambut mak. Tiada Dirang yang merengek-rengek kecil di telinga mak. Tiada Dirang yang melontarkan ucapan manja “Mak sayang Dirang tak?’ Mak akan merindui segalanya. Dirang...Sebelum kehilangan Dirang 1 Mac lalu, itu jugalah ucapan terakhir yang keluar dari mulut Dirang untuk mak. Mak sayang Dirang! Amat sayang! Terlalu sayang! Kasih mak pada Dirang tidak ada galang gantinya. Mak yakin Dirang tahu semuanya itu.


Dirang...Sejak Dirang lahir seingat mak, Dirang tidak pernah menyusahkan keluarga. Dirang anak yang baik. Tidak cerewet. Pandai berdikari. Dirang selalu bantu mak. Tolong mak jaga adik. Kalau adik Ainul Suhada nangis, Dirang cepat menghampir. Pujuk adik. Cium adik. Kalau mak nak mandikan adik, Dirang pantas pilih baju warna merah jambu untuk adik pakai. Tidak payah disuruh, Dirang melakukannya dengan segera. Dirang...Pasti adik pun rindukan Dirang. Pasti adik tercari-cari mana kakak kesayangannya...


Dirang... anak mak suka melukis kan? Hari tu Dirang ada minta mak belikan buku untuk Dirang melakar. Maafkan mak sayang... mak belum sempat memenuhi permintaan Dirang itu. Maafkan mak nak! Namun mak yakin... di sana, di sisi TUHAN, Dirang akan dapat yang lebih baik. Yang lebih hebat daripada apa yang Dirang harap.


Dirang tahu? Bila Dirang hilang, mak pergi cari Dirang di sana sini. Pagi, petang, siang dan malam mak keliling bandar cari Dirang. Berharap Dirang muncul segera. Sejak Dirang hilang, mak tidak lalu makan. Mak tidak dapat tidur. Hati mak terlalu bimbang. Mak takut Dirang diapa-apakan. Terlalu takut. Apalah yang dilakukan pembunuh itu pada Dirang? Mak tak sanggup memikirkannya.


Maafkan mak Dirang. Waktu Dirang disakiti mak tidak mampu membantu. Jeritan Dirang melaung nama mak tidak sampai ke telinga ini. Gagal memukul gegendang memberi syarat. Tidak dapat mak sahut. Membayangkannya mak terasa terlalu sakit, Dirang. Badan mak seperti sama didera. Tubuh mak seperti sama dibakar. TUHAN, kenapa begitu kejam pembunuh itu? Kenapa mesti dia sakiti anak saya? Kenapa dia mesti bunuh Dirang? Jika dia minta duit, saya bukan kaya. Malah tidak bekerja. Musuh pun tiada.


‘Usah terus salahkan Roselyn’
Masyarakat diminta tidak menambah keperitan ditanggung ibu kanak-kanak malang, Roselyn Alan, 25, dengan melemparkan pelbagai tuduhan selepas kematian anaknya, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang.

Pensyarah Kaunseling Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang juga kaunselor khas bagi kes kesedihan akibat kehilangan dan kematian, Dr Haniza Rais, berkata tindakan menuduh dan penilaian negatif walaupun dalam internet atau laman sosial hanya menambah tekanan kepada Roselyn yang melalui pengalaman perit selepas kehilangan Dirang. Katanya, Roselyn sendiri akan mempunyai rasa bersalah sepanjang hayat kerana membiarkan anaknya itu ke kedai runcit bersendirian kerana tidak menyangka perkara seburuk itu boleh berlaku.


“Masyarakat tidak boleh menilai sendiri apa yang berlaku, menyalahkan dan menghukum Roselyn dengan pelbagai tuduhan kerana dia sendiri tidak menyangka perkara seburuk itu boleh berlaku.

“Dia memerlukan masa untuk menenangkan diri dan menerima kenyataan, pada masa yang sama masyarakat sekeliling perlu memberikan kata semangat bagi memulihkannya daripada situasi terbabit,"
katanya ketika dihubungi di sini semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pelbagai pandangan dan tuduhan yang dilemparkan masyarakat terutama di dalam laman sosial terhadap Roselyn yang menyalahkannya atas kematian Dirang.


BAPA_DIRANG_MENYIRAM_AIR_DIPUSARA_ANAKNYA

Sumber- Kosmo, Sinar, Berita Harian, Dll....
Tag :

PERWIRA DIKENANG, JASA DIJULANG

on 13 Mac 2012

PERWIRA DIKENANG, JASA DIJULANG

PERWIRA DIKENANG, JASA DIJULANG !  begitulah satu ungkapan khas terbaik buat para perwira negara satu ketika dahulu. Aku juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih buat mereka yang telah berjuang demi agama,bangsa dan negara satu ketika dahulu.

Berjuang dengan gigih, tanpa merasa jemu memberi satu ruang keselesaan kepada generasi seterusnya seperti aku dan juga generasi datang. Entri ini, hanyalah satu penghargaan kecil dari aku buat mereka semua.....terima kasih.
SHAH ALAM, 10 Mac – Kesayuan dan kegembiraan jelas terpancar di setiap wajah bekas-bekas Polis yang pernah berkhidmat di Zaman Darurat sekitar tahun 1948 hingga tahun 1960 apabila mendengar tiupan ‘last post’ daripada peniup bugler pancaragam PDRM di Mess Pegawai Kanan Polis Ibu Pejabat Polis kontinjen Selangor diakhir majlis penyerahan Cek Sumbangan Sagu Hati Khas kepada mereka hari ini.

Cek bernilai RM 3 ribu itu, disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar kepada 64 bekas-bekas Polis termasuk pewaris yang tinggal di kontinjen Selangor sepertimana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan Bajet 2012 yang lalu.

Acara lain turut diselitkan dalam majlis yang dijalankan antaranya acara gimik kayuhan basikal membawa beg yang mengandungi sampul cek mengelilingi Dewan Mess yang digunakan Polis pada Zaman Darurat semasa menjalankan tugas penghantaran dokumen telah mengusik kenangan para bekas Polis. Selain itu, beberapa anggota polis berpakaian Polis lama turut ditujukkan.

Dalam sidang media yang dijalankan, Ketua Polis Negara berasa gembira dengan kehadiran bekas-bekas Polis ke majlis yang dianjurkan dan berharap mereka dapat memberikan memberikan sumbangan dalam mendidik generasi muda supaya cintakan negara. Selain itu, Ketua Polis Negara turut menyatakan sambutan Hari Polis ke- 205 tahun ini akan diadakan di Dataran Merdeka dengan membawa kelainan iaitu sambutan akan dijalankan pada malam 24 Mac 2012. Sambutan ini bertujuan untuk mendekatkan diri kepada masyarakat dan mengetahui fungsi-fungsi PDRM selain daripada menjaga ketentaraman awam. Ketua Polis Negara menjemput masyarakat supaya menghadirkan diri di Dataran Merdeka bagi memeriahkan sambutan tersebut.
altPERWIRA DIKENANG, JASA DIJULANG

kredit - Polis Selangor F/B
Tag : ,

AL~FATIHAH BUAT ADIK NURUL NADIRAH ABDULLAH @ Dirang

AL~FATIHAH_BUAT_ADIK_NURUL_NADIRAH_ABDULLAH_Dirang

Misteri kehilangan adik Nurul Nadirah Abdullah @ Dirang semenjak 1 Mac 2012 lalu akhirnya terjawab ekoran terjumpanya mayat beliau yang telah dibakar sehingga rentung. Berita yang sangat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Al Fatihah kita berikan buat adik Nurul Nadirah Abdullah @ Dirang yang telah dibunuh dengan kejam sekali. Kejam...memang sungguh kejam sekali, kes kejam kedua yang berlaku selepas kes pembunuhan adik Nurin Jazlin pada tahun 2007 yang lalu. Adakah semakin tua bumi ini, semakin tua kehidupan manusia menjadikan makhluk yang bernama manusia ini semakin semakin kejam?

NURUL_NADIRAH

Aku pasti ada rakyat Malaysia yang lain turut sama menangis mengenangkan peristiwa begini. Mereka turut sama merasai kepedihan dan keazaban yang dilalui oleh keluarga Roselyn Alan, birpun mereka hanya membaca dan melihat melalui media massa sahaja. Semoga Allah membalas perbuatan kejam manusia ini di dunia lagi, biar dia juga merasai penderitaan dan seksa hukum Allah. Biarpun si pembunuh adik Dirang masih bebas, aku pasti hidup dia tak akan aman...tak akan tenteram sehinggalah perbuatan dia dibalas....

Insyaallah...syurga buatmu adik Nurul Nadirah Abdullah @Dirang.. Dan aku pasti dia akan menunggu ibu bapanya di pintu syurga kelak.......Al Fatihah sekali lagi buat adik Nurul Nadirah Abdullah @Dirang....

DIRA

# Terima kasih aku ucapkan kepada rakyat Malaysia yg prihatin dan bersama2 mencari, menampal poster adik Dira semenjak kehilangan beliau.
# Beberapa orang suspek telah ditahan reman oleh pihak polis ekoran pembunuhan ini termasuklah bapa kandung dan jirannya. Pihak polis mengesyaki motif pembunuhan adik Dira adalah disebabkan "dendam", dan disiasat dibawah  Seksyen 302 kanun Keseksaan.


UPDATE KES NURUL NADIRAH @ DIRANG
 
kredit -  kosmo & cyberjoy.net
thanks to - Mail & Family.
Tag :

AKHIRNYA SHARIZAT JALIL LETAK JAWATAN

on 11 Mac 2012

 AKHIRNYA SHARIZAT JALIL LETAK JAWATAN

AKHIRNYA SHARIZAT JALIL LETAK JAWATAN ! Isu NFC (National Feedlot Corporation) bagaikan menjadi barah besar kepada Dato Seri Sharizat Jalil. Satu demi satu isu ditimbulkan oleh pembangkang.

Bermula dengan isu keluarga beliau yang menguasai NFC, kerugian NFC sehingga matlamat tidak tercapai, isu pembelian beberapa unit kondo mewah akhirnya Sharizat Jalil membuat kenyataan terbuka kepada media bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai menteri pada 8 April nanti.
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh sebagai senator berakhir 8 April ini.

"Pada 8 April, apabila tamat penggal sebagai ahli Dewan Negara, saya akan undur diri," kata beliau di sini hari ini. Bagaimanapun beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

Shahrizat berkata beliau akan menghantar surat makluman keputusannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam waktu terdekat.Beliau juga menafikan keputusannya diambil ekoran tekanan mana-mana pihak ataupun disebabkan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Sedikit info mengenai NFC, source dari wikipedia;

Kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) berbangkit selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada 24 Oktober 2011 ,yang mendedahkan keluarga Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendapat pinjaman mudah RM250 juta dan tanah seluas 5000 ekar (2,023 hektar) di Gemas,Negeri Sembilan .NFC tidak diberikan tanah secara percuma seluas 5,000 ekar .Sebaliknya 1,500 ekar (607 hektar) tanah di Negeri Sembilan diberikan secara pajakan daripada Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan. Jika berjaya, Malaysia akan menjadi 'Belanda Timur'.

Shahrizat adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. NFC adalah projek ternakan lembu yang tendernya dimenangi oleh keluarga Shahrizat.]Pengerusi Eksekutif NFC ialah Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif NFC ialah Wan Izran Mohamad Salleh.

Noh Omar menjelaskan bahawa Syarikat Agro Science Industries Sdn Bhd, salah sebuah daripada dua syarikat yang dipilih untuk menjayakan Pusat Fidlot Nasional telah diberikan sejumlah pinjaman daripada RM250 juta yang diperuntukkan dan juga geran sebanyak RM6 juta melalui kementerian pertanian.Tetapi Rafizi mendakwa Projek Pusat Fidlot Nasional bernilai RM73.64 juta adalah projek yang tidak berjaya . RM250 juta itu bukan geran, tapi pinjaman mudah - perlu dibayar semula.



# Memang elok la letak jawatan, dah terlalu banyak sangat isu dahhh.... PRU 13 dah dekat....kalau tak letak jawatan juga kompom habis la kerajaan.- Geng Orang Atas Pagar [GOAP], baru punya geng...sapa mau join ? Ha3x!!!
Tag :

KEMALANGAN MAUT STAFF PROTON - ALFATIHAH

on 10 Mac 2012

KEMALANGAN+MAUT+STAFF+PROTON+ALFATIHAH
BEGINILAH keadaan kereta yang dinaiki Norazman sekeluarga selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 210.4, Lebuh Raya Pantai Timur dekat Gambang, Kuantan semalam.
AS salam semua, hari ni entri aku mengenai satu berita "Kemalangan Maut Staff Proton" ketika dalam perjalanan menghadiri satu majlis perkahwinan saudara mereka di Terengganu. Al Fatihah aku ucapkan buat mereka [3 beranak] yang telah kembali ke rahmatullah semalam.
KUANTAN – Tiga sekeluarga maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta jenis Proton Waja yang mereka naiki merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 210.4, Lebuh Raya Pantai Timur dekat Gambang awal pagi semalam. Mangsa yang maut ialah pemandu kereta tersebut yang merupakan Eksekutif Kualiti di kilang Proton di Shah Alam, Norazman Ibrahim, 43, isterinya, Norhayati Ibrahim, 42, dan anak mereka, Akif Iskandar, 17.

Anak perempuan mereka, Nur Rudiana, 12, pula mengalami patah kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa sekeluarga yang menetap di Taman Puchong Perdana, Selangor dalam perjalanan dari ibu negara menuju ke Kemasik, Kemaman, Terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara Norazman.

Kakak kepada Norazman, Noordinal, 49, berkata, dia dimaklumkan kejadian terbabit oleh rakan adiknya kira-kira pukul 2.30 pagi semalam melalui telefon. Katanya, secara kebetulan rakan adiknya itu dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur telah terserempak dengan kemalangan terbabit dan mengecam nombor plat kereta mangsa.

“Arwah sepatutnya bertolak hari ini (semalam) ke Terengganu, dia juga tidak beritahu kepada saya untuk bertolak awal, mungkin sudah ajal mereka.

“Mujur anak bongsu arwah, Nur Rudiana hanya cedera. Saya belum memaklumkan kematian ibu bapa dan abangnya lagi memandangkan dia masih trauma,” katanya ketika ditemui di HTAA. Katanya, tiga beranak terbabit akan dikebumikan di kampung Norhayati di Kuala Berang, Hulu Terengganu.

# Tetiba aku teringat kepada entri " 7 Perkara Yang Saya Akan Buat Sebelum Mati" - Sesungguhnya Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali. Sumber - KosmoOnline
Tag :

BANJIR DI KUALA LUMPUR

on 09 Mac 2012

Kelmarin, satu kejadian banjir kembali melanda ibukota negara, Kuala Lumpur setelah hujan lebat melanda. Seingat aku tahun lepas dalam bulan November lalu, Kuala Lumpur juga telah dilanda banjir. Sebelum tu banjir juga telah melanda Kajang. Jadi kali ni, bila banjir sekali lagi melanda Kuala Lumpur, aku dah tak heran sangat dah. Tak yah nak pening tanya kenapa dan mengapa, kita biarkan saja pihak yang terlibat bagi jawapan.

Okey, kalau korang google pun dah ramai para blogger cerita pasal banjir di Kuala Lumpur. Blog aku juga tak terkecuali, entri yang lalu terus menjadi "panas" di carian google. Masaalahnya masa tu aku agak sibuk ngan benda lain lak....jadi aku kiranya terlewat sikit nak update tentang banjir di Kuala Lumpur ni.

Cuma kat bawah ni aku nak tempek 2 video perbezaan banjir di Kuala Lumpur dan juga banjir di negara lain, iaitu Thailand. Sila tengok...betapa jauhnya "tahap kengerian" banjir tu antara negara kita dan juga mereka.

Banjir di Kuala Lumpur


Banjir di Thailand

# Sorry kepada pencari maklumat sebenar tentang banjir di Kuala Lumpur. Apapun aku cuma nak buat sedikit perbandingan video antara kedua-dua banjir ni jer. Negara kita, walaupun banjir boleh dikatakan agak kerap juga berlaku, risiko kehilangan nyawa dan kerugian harta benda tu masih ditahap rendah, kecuali beberapa kes di Sabah dulu [klau tak salah aku]. Semoga kejadian ni tidak berulang lagi di masa hadapan.
Tag :

BEKAS PENGAWAL PERIBADI SULTAN BRUNAI CURI BERLIAN

on 07 Mac 2012


Woww...apa dah jadi dengan pengawal Diraja Sultan Brunei nih? Dia dikatakan telah mencuri berlian milik bekas isteri Sultan Brunei, bagaimana pun dia mendakwa sebaliknya. Beliau berkata bossnya yang suruh jual berlian tersebut untuk melangsaikan hutang judi. So mana satu yang betul tak tau la nih...apapun boleh baca berita dibawah.
LONDON - Bekas isteri Sultan Brunei Hassanal Bolkiah, Mariam Aziz, mendakwa bekas pengawal peribadinya telah mencuri dan menjual berlian bernilai 12 juta pound (RM57 juta) miliknya, kemudian menggantikan dengan berlian palsu. Fatimah Kumin Lim, 34, dituduh mencuri gelang berlian bernilai 3.5 juta pound (RM16 juta) dan dua bentuk cincin berlian dengan nilai 8.7 juta pound (RM42 juta) pada 2008 dan 2009, malah menggunakan aset itu bagi melangsaikan hutang judinya.

Mariam, 55, menerusi peguamnya berkata, Lim membuat pengakuan di atas kecurangannya mengambil batu permata yang disimpan di kediaman tuannya di Kensington, Britain. Bagaimanapun, Lim mendakwa terpaksa membuat pengakuan dan jenayah yang dilakukannya itu adalah arahan daripada Mariam yang menyuruhnya menjual berlian-berlian berkenaan untuk membayar hutang judi.

Mahkamah turut mendengar pengakuan anak angkat Mariam, Afifa Abdullah, 26, bahawa dia telah dijerat untuk meminjamkan dua bentuk cincin permata biru dan kuning yang kini masih belum dipulangkan. Lim yang tidak menghadirkan diri semasa perbicaraan kesnya di mahkamah tinggi turut tidak diwakili mana-mana peguam disebabkan kekurangan dana.
Gambar Fatimah Kumin Lim
Sumber - Sinarharian dan Dailymail
Tag :

MAYAT OSAMA BIN LADEN SEBENARNYA DIKEBUMI DI US!

USS+CARL+VINSON
Uss Carl Vinson, kapal yg didakwa mengebumikan mayat Osama
Berita terbaru mengenai "Mayat Osama Bin Laden" yang dikatakan telah dikebumikan dilaut menggunakan kapal USS Carl Vinson sebenarnya didakwa menipu. Perkara ini dibongkar oleh kumpulan penggodam yang terkenal iaitu Anonymous. Mereka mendakwa terdapat email rasmi kerajaan US yang mengatakan mayat Osama Bin Laden telah dikebumikan di Armed Forces Institute of Pathology, di Maryland.

ARMED+FORCE+INSTITUTE+OF+PATHOLOGY
Institute Armed Forces of Pathology
E-mel yang telah didakwa diperolehi oleh kumpulan penggodam Anonymous dari Stratfor, sebuah organisasi yang berurusan dengan analisis perisikan dan analisis geopolitik US. Organisasi tersebut juga dikenali sebagai 'Shadow CIA'. Osama Bin Laden, dikatakan telah terbunuh ketika diserang oleh Delta Force dan SEAL, iaitu komando bagi unit tentera US pada 1 Mei 2011 yang lalu.

ANONYMOUS+TEAM
Anonymous Team
Tag :

IPAD TERMAHAL DIDUNIA [20RIBU POUND] - PM BRITAIN

on 06 Mac 2012

Ipad+David+Cameron+PM+Britain

Utusan Malaysia melaporkan PM  Britain bakal menjadi pengguna pertama ipad yang paling mahal sekali didalam dunia. Ipad yang berharga 20,000 pound [RM 100K]. Ipad termahal tu memang direka khas untuk beliau oleh pakar2 dari IT dari Downing Street. Ianya dijangka akan memudahkan PM Britain melakukan urusan negara dimana jua beliau berada dan mendapatkan info terkini dengan segera.

Perisian bercirikan kawalan keselamatan tinggi untuk kegunaan komputer tablet Apple Perdana Menteri itu menawarkan keunikan No. 10 pada 'panel pemuka'termasuk akses kepada statistik Whitehall dan membuat kemaskini secara langsung dari bandar ini .
Ia juga membolehkan Cameron mengikuti dari dekat perkembangan semasa dunia menerusi laman web berita terkemuka seperti The Sun dan BBC.- utusan
Cer korang tengok lak ciri2 yang bakal ada kat dalam Ipad PM Britain nih...erkkk!!! Angry Bird?? Hehehe...

# Beruntung la orang yang ada kuasa ehh. Memacam mende boleh dapat dengan free. Tapi tu laa...free2 pun, tanggungjawab besor woo. Kalau macam gambar Ipad yang nih...mak aihhh. Jenuhhhhhh....:)
Tag :

GAMBAR DAN VIDEO BAS PELANCONG TERBALIK - 2 WARGA INDIA MAUT

Dibawah adalah gambar dan video bas pelancong warga India yang terbalik ketika menuruni Genting Highland semalam. Bas tersebut dikatakan telah terbabas dan terbalik lalu mengakibatkan 2 kematian pelancong warga India. Pihak Bomba terpaksa memotong bumbung bas untuk menyelamatkan penumpang yang tersepit. Satu lagi epik sedih tentang tahap keselamatan bas yang turun dari Genting Highland. - Nasib baik terbabas langgar tebing..kalau ler bas malang tu terbabas sampai masuk gaung....pasti jumlah mangsa korban lebih tinggi.

Gambar_Bas_Terbalik

nahas_bas_Pelancong_India

Bas+Terbalik+turun+Genting
GAMBAR BAS PELANCONG TERBALIK - 2 WARGA INDIA MAUT
Bas+Terbalik+2+Mati

Bas+Pelancong+Terbalik

Bas+Terbalik+2+Maut




sumber- Metro, B Harian,Sinar Harian, TV3,Peraknews, dll....
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved