Memaparkan catatan dengan label InFormaSi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label InFormaSi. Papar semua catatan

Isu Guna Nama Allah

on 10 Januari 2013

Isu Guna Nama Allah
Teun Castelein

Salam semua
Isu Guna Nama Allah | Kebelakangan ini isu guna nama Allah menjadi pertikaian politik antara kerajaan dan juga pembangkang. Masing2 memberikan hak dan dalil2 tertentu untuk menyatakan kebenaran, kes ini juga menarik perhatian Sultan Selangor dengan mengarahkan MAIS bertindak.

Sebagai salah seorang rakyat, aku hanya mampu melihat permainan kedua2 belah parti ini. Tidak terniat untuk masuk campur, namun penggunaan kalimah "ALLAH" keatas mana2 buku atau bible sememangnya aku rasa tidak sesuai sama sekali apatah lagi jika buku atau bible itu berbahasa melayu dan ditujukan khas buat melayu Malaysia.

Semalam juga menerusi akhbar kosmo, seorang artis yang bernama  Teun Castelein telah cuba mendaftar perkataan "ALLAH' sebagai hak dagangan beliau pada 29 Disember lalu. Alhamdulillah Pejabat Benelux Untuk Harta Intelek (BIOP)di The Hague telah menolak permohonan pendaftaran kalimah "ALLAH" oleh lelaki tersebut. Tidak lain dan tidak bukan, lelaki tersebut dikatakan cuba membuat keuntungan dengan membuat produk dagangan seperti pakaian, kasut dan lain2 melalui dunia Islam.

"Ia adalah nama yang hebat," kata Castelein. "Saya terkejut bahawa tiada seorang pun telah memfailkan nama " Allah " kata beliau. "Saya hanya perlu membayar 250 euro dan kini saya bakal mempunyai jenama global. Sebenarnya Allah sebagai Tuhan dari Al-Quran untuk semua orang. "

Dalam pada itu, Castelein turut memberitahu, dia masih belum dimaklumkan tentang keputusan terperinci BIOP itu yang beribu pejabat di sini. "Sebagai seorang artis seni, saya kerap menguji sempadan pasaran bebas," katanya. Menurutnya, nama Nabi Isa dan Tuhan telah diterima sebagai jenama berdaftar.

Btw, kembali semula kepada kalimah "ALLAH" yang hendak digunakan oleh pemimpin DAP terutamanya dalam kitab bible, aku rasa pastinya ia adalah satu muslihat untuk menjadikan umat Islam sendiri terkeliru satu hari nanti. Mungkin bukan sekarang impaknya tapi siapa tahu untuk 15 hingga 20 tahun lagi? Manakan sama "God Trinity" nak disamakan dengan "ALLAH".

update:  Menerusi Malaysia Kini, Majlis Gereja Malaysia (CCM) dikatakan tetap akan menggunakan kalimah "ALLAH". Turut bersetuju dengan pandangan CCM ialah Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

"Kami ingin mengulangi pendirian bahawa (penganut) Kristian Malaysia menggunakan perkataan Allan dalam Injil bahasa Melayu dan pengabdian hidup mereka sejak berabad lamanya," katanya dalam satu kenyataan.



http://www.malaysiakini.com/news/218535



Isu Guna Nama Allah
~Salam mesra dari yastro~
Tag : , ,

Serius - Wanita Beranak Dalam Kapalterbang

on 08 Januari 2013

Serius - Wanita Beranak Dalam Kapalterbang
Para kru bersama bayi yang lahir dalam kapalterbang
Serius - Wanita Beranak Dalam Kapalterbang | Seorang penumpang kapalterbang Merpati Nusantara Airlines telah membuat satu kejutan apabila melahirkan seoang anak dengan selamat di dalam penerbangan dari Timika menuju ke Makassar. 

Penumpang tersebut dikatakan telah melahirkan bayinya sambil dibantu oleh kru pesawat yang bertugas.

Menurut info dari detiknews, penerbangan pesawat Merpati MZ 845 pada 6 Januari 2013, sekitar pukul pukul 19.00 WIT, seorang penumpang bernama Harmani, 33, yang sedang hamil 7 bulan, secara tiba-tiba merasa seperti ingin melahirkan anak. 


Melihat keadaan itu, para kru pesawat yang bertugas pada penerbangan tersebut dengan segera menjadi bidan terjun dan membantu ibu tersebut sehingga bayi itu lahir dengan selamat.

Setelah pesawat mendarat di Bandar Udara Internasional Sultan Hasanuddin Makassar, Harmani dan bayinya terus dirawat oleh sekumpulan medikal.

"Route TIMIKA-Ujung Pandang, telah lahir dalam pesawat seorang bayi perempuan secara premature dengan selamat," tutur VP Corporate Secretary & Legal Merpati, Herry Saptanto, kepada detikFinance, Senin (7/1/2013).

Keberhasilan para pramugari membantu proses persalinan secara darurat tidak lepas dari wujud Merpati mempersiapkan para awak kabin pada maskapai pelat merah yang tengah dirundung berbagai masalah internal ini.

"Kru aktif cekatan dan berhasil melakukan persalinan di atas pesawat dengan ilmu pengetahuan 'Aviation Medicine' yang dilakukan dalam pelatihan," tambahnya.


Sumber- detiknews



#Jarang2 syarikat penerbangan membenarkan wanita hamil naik kapalterbang, apetah lagi bg yg nak2 dekat datelinenya....bukan begitu ke?

Serius - Wanita Beranak Dalam Kapalterbang
~Salam mesra dari yastro~
Tag : ,

10,000 Tiket Percuma Dari AirAsia

10,000 Tiket Percuma Dari AirAsia

10,000 Tiket Percuma Dari AirAsia | Wow....10,000 tiket percuma dari AirAsia sempena Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas.

Sapa tak nak bukan, pergi dan balik cuma bayar airport tax sahaja manakala tambang dan surcaj bahan api kira free. Tapi...ada tapinya, sebab bukan semua lokasi yang dapat free....barang free mesti la ada syarat2nya jugak kan...:D

Bagi mereka yang inginkan peluang ini, tiket 10,000 Program Integrasi 1Malaysia  ini termasuk bagi tambang pergi dan balik secara percuma antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak boleh ditempah bermula Rabu ini bagi penerbangan antara 14 Januari dan 4 Februari.

Satu lagi, tiket percuma AirAsia ini hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Selain itu, kadar bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan tambah nilai yang lain tidak termasuk dalam program 10,000 tiket percuma ni yerr...yang tu kena bayar...he3x!!!



# Masa tu pendek sangat laa.....sampai 14 Feb ni jerr...iskkk...iskkk, klau tak mau aku rembat jugak.



10,000 Tiket Percuma Dari AirAsia
~Salam mesra dari yastro~
Tag : , ,

Wajah Ahli Politik India Yang Kaki Rogol

on 05 Januari 2013

Wajah Ahli Politik India Yang Kaki Rogol

Wajah Ahli Politik India Yang Kaki Rogol | Sebelum ini kita pasti tahu dengan kekecohan dinegara India dimana sekumpulan lelaki telah merogol secara kejam seorang pelajar wanita perubatan dan wanita itu mati di hospital Singapura.

Terbaru menerusi akhbar, seorang ahli politik dari Parti Kongres Kebangsaan India, Bikram Singh Brahma dikatakan telah cuba membuat satu cubaan merogol dan beliau berjaya ditahan penduduk tempatan yang mendengar jeritan wanita yang cuba dirogolnya. 

Wajah Ahli Politik India Yang Kaki Rogol

Brahma ketika itu sedang dalam rangka lawatan ke kampung Santipur, yang bersempadan dengan Bhutan, sebelum dia dituduh memasuki rumah wanita itu pada waktu malam dan merogolnya. 

Wajah Ahli Politik India Yang Kaki Rogol

Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kongres Daerah Baksa dan Pengelola Kongres Majlis Wilayah Bodoland, kemudian dipukul berulang kali oleh penduduk kampung itu yang menanggalkan pakaiannya, sebelum diserahkan kepada polis.

# Yang ahli politik ni aku rasa dah memang selalu buat la nih....tapi sebelum ni asik terlepas je agaknya. Memang kena la pepatah orang tua, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga!!



Wajah Ahli Politik India Yang Kaki Rogol
~Salam mesra dari yastro~
Tag : ,

Skim Rumah Pertamaku - Gagal Mencapai Matlamat

Skim Rumah Pertamaku - Gagal Mencapai Matlamat

Skim Rumah Pertamaku - Gagal Mencapai Matlamat ! Kerajaan menerusi pembentangan bajet 2013 telah mengumumkan satu skim iaitu "Skim Rumah Pertamaku" khas untuk golongan muda memiliki rumah.

Tetapi dari apa yang aku baca, skim ini sebelum ini hanya mensyaratkan gaji minimum RM3,000 sebulan telah dinaikkan kepada RM5,000 sebulan mulai Januari 2013 ni telah gagal. Bertambah malang apabila separuh golongan muda yang bergaji RM3,000 sebulan dan memohon untuk pinjaman tersebut telah "gagal" menepati kritiria yang pihak bank tetapkan.

Menurut data dari Bank Negara, daripada 1,062 permohonan, hanya 389 (36.6%) yang diluluskan oleh pihak bank manakala 505 lagi pemohon (47.5%) tidak layak. Manakala sejumlah 168 (15.8%) permohonan masih lagi sedang diproses. Menurut pihak bank negara,
”Untuk layak, pemohon perlu menyakinkan pihak bank yang mereka mampu mematuhi syarat pinjaman dan mempunyai rekod pinjaman yang baik.
”Ini bagi memastikan pemohon tidak dibebani hutang yang melampau, hingga boleh menyebabkan mereka diisytiharkan muflis,” kata Bank Negara.
Skim ini dikatakan akan memberikan pinjaman 100% kepada golongan belia tanpa pembayaran deposit 10% nampaknya hanya sekadar pemanis sahaja. [pandangan aku]

Bayangkan berapa kerat gamaknya golongan muda yang bergaji RM5,000 keatas dan berjaya memiliki rumah menerusi skim ini dan bayangkan pula berapa ramai gamaknya pemuda/belia Malaysia [sektor swasta sahaja] yang gagal memiliki rumah kerana karenah dan syarat bank yang terlalu ketat!
Bagi aku, pihak kerajaan kena kaji dengan lebih serius apa juga kemudahan yang nak disediakan kepada rakyat. - Andai kata gaji besar pun, tapi bila bank nilai pembayaran tersebut melebihi komitmen, pinjaman tersebut tetap akan gagal....



Skim Rumah Pertamaku - Gagal Mencapai Matlamat
~Salam mesra dari yastro~

Tag :

Rebat Telefon Pintar SKMM|Tiada Had Harga Pembelian

on 03 Januari 2013

Rebat Telefon Pintar SKMM|Tiada Had Harga Pembelian Telefon Pintar
Homepage Komunikasi Belia
Rebat Telefon Pintar SKMM|Tiada Had Harga Pembelian! Hari ini semua paper online memaparkan tentang update terbaru pembelian telefon pintar dengan rebat RM200. Sebelum ini, pembeli yang layak hanya dibenarkan membeli telefon berharga RM500 kebawah. Jadi sebelum ni, 20 jenis telefon pintar yang berharga RM500 kebawah dah boleh diabaikan la nampaknya.

Namun begitu, aku tertanya juga apsal tetiba lak gomen tukar syarat?, aku rasa la....mungkin kerana banyak protes dari pembeli muda ini, kerajaan melupuskan had harga tersebut. Nampaknya semakin tipis la peluang bagi golongan sasaran yang berumur 21 hingga 30 dan berpendapatan RM3,000 ke bawah sebelum ini. Tak pe la, mungkin kementerian dah kaji perkara ni.

Rebat Telefon Pintar SKMM|Tiada Had Harga Pembelian Telefon Pintar
Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM ialah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.
Untuk belia yang layak dan ingin membeli telefon pintar dibawah SKMM, dibawah ni antara beberapa syarat utamanya.

  • Daftar nama di laman web komunikasibelia [ link]
  • Pemohon mestilah berumur di antara 21-30 tahun.
  • Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
  • Satu telefon hanya untuk satu belia
  • Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat.

Antara dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan ialah seperti berikut:
Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera [Link utk daftar sbg Pemohon Bekerja]
Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa. [Link utk daftar sbg Pelajar]

Okey, cepat daftar sebelum bajet tu sampai ketahap maksimum, 200 juta!!!






Rebat Telefon Pintar SKMM|Tiada Had Harga Pembelian 
~Salam mesra dari yastro~
Tag :

Bantuan RM100 Sekolah DiBayar Bermula 15 Januari 2013

Bantuan RM100 Sekolah DiBayar Bermula 15 Januari 2013

Bantuan RM100 Sekolah DiBayar Bermula 15 Januari 2013 ! Berita duit bantuan RM100 antara berita yang ditungu-tunggu oleh para ibubapa. Semalam kerajaan telah mengumumkan tarikh bantuan RM100 untuk murid-murid sekolah bermula pada 15 Januari 2013 ini.

Terima kasih kepada gomen yang telah memberi bantaun RM100 ni, sebenarnya bagi aku, bantuan yang diterima ini memang sangat2 membantu para ibubapa dalam mengurangkan belanjawan terutamanya dalam pembayaran yuran sekolah agama (Selangor). Sekolah kebangsaan bagi aku dah cantik sangat, tak banyak bende yang nak kena bayar. So, sekarang ni tunggu je la pekeliling/memo dari pihak sekolah bila pembayaran bantuan RM100 tu akan dibayar, jangan ada lak yang tak sabar2 yerrr...heh...heh..heh!

Yuran sekolah agama iaitu KAFA agak tinggi kerana ianya bukan dibawah seliaan kerajaan. So, bagi kita ibubapa yang ada 2/3 anak disekolah KAFA, bila tiba tahun baru je paling kurang pun kena berbelanja sebanyak RM500-RM600 untuk 2 orang anak hanya untuk yuran, peralatan dan buku. Kalau termasuk pakaian, lagi tinggi la duit yang kena keluarkan.

Aku tak tahu bila kerajaan nak ambil alih KAFA, harap2 dalam masa dua atau tiga tahun nanti kerajaan akan buat sesuatu bagi meringankan beban ibubapa yang mahu menghantar anak mereka ke sekolah agama, terutamanya sekolah KAFA di Selangor dan sekolah2 agama rakyat lain dinegeri lain.

Mungkin lepas ni kita boleh cerita sikit tentang kenapa perlunya ibubapa menghantar anak mereka ke sekolah agama rakyat, walaupun ada sesetengah orang berkata pendidikan agama yang disediakan atau diberi disekolah kebangsaan sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan pendidikan agama bagi murid atau anak2.

Thxs kerana membaca...adios,
Bantuan RM100 Sekolah DiBayar Bermula 15 Januari 2013



Bantuan RM100 Sekolah DiBayar Bermula 15 Januari 2013
~Salam mesra dari yastro~

#Azam tahun baru nak buat entri bebanyak2...he3x!!!!
Tag :

Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam Tahun 2013

on 01 Januari 2013

Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam Tahun 2013

Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam Tahun 2013 | Dibawah adalah link untuk Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam Tahun 2013 bagi kakitangan perkhidmatan awam yang baru menjawat jawatan tersebut.

Untuk membuat semakan terhadap Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam Tahun 2013 tersebut, sila klik pada link berwarna biru dibawah. Terima kasih!






Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam Tahun 2013
~Salam mesra dari yastro~
Tag : ,

GUINNESS WORLD RECORD - Keluarga Albino Terbesar DiDunia [India]

on 31 Disember 2012

Satu rekod dunia dicipta oleh keluarga dari India, kerana kesemua mereka berkulit cerah, iaitu albino. Mempunyai 10 ahli keluarga, Keluarga Pullan, yang diketuai Rostari 50, dan isterinya Mani 45, berkata hidup mereka di negara India agak sukar kerana ramai yang memandang serong kepada mereka. Shankar, 24, salah seorang anak lelaki Pullan, Vijay, 25 dan Ramkishan, 19, dan anak-anak perempuan Renu, 23, Deepa, 21 dan Pooja, 18, mewarisi golongan penghidap albinisme mereka.

Renu berkahwin dengan seorang lelaki yang juga mempunyai penghidap albinisme, Rosheh, 27, dan Dharamraj anak pasangan itu, 2, juga mewarisi syarat daripada ibu bapanya. Keluarga tinggal di flat satu bilik tidur di Delhi, dan berkata ramai rakan-rakan India mendapati sukar untuk mempercayai mereka dilahirkan dan dibesarkan di negara ini.

Roseturai Pullan memberitahu The Sun: 'Saya pernah mendengar orang memanggil kita' angrez ', yang bermaksud' Bahasa Inggeris '. Apa yang kita tahu adalah bahawa kita tidak boleh melihat dengan betul, dan kita tidak boleh duduk di bawah matahari untuk waktu yang lama, tetapi kita hidup yang terbaik kita boleh. Rekod dunia sebelum ni dipegang oleh satu keluarga seramai 6 orang dari Amerika Syarikat dan Kanada.

GUINNESS WORLD RECORD - Keluarga Albino Terbesar DiDunia [India]
Ahli keluarga Pullan, Shankar, 24, Vijay, 25 dan Ramkishan, 19, dan anak-anak perempuan Renu, 23, Deepa, 21 dan Pooja, 18, mewarisi golongan penghidap penyakit albino.


Bergambar dihadapan flet mereka di New Delhi


GUINNESS WORLD RECORD - Keluarga Albino Terbesar DiDunia [India]

Berusia 2 tahun, Dharamraj adalah ahli kelaurga mereka yang terbaru
Tag :

Siri Pahlawan Islam - Khalid Al Walid

on 27 Disember 2012

Khalid al-Walid tamatkan penguasaan 1,000 tahun Barat di Syria

PANGLIMA Islam terbilang, Khalid al-Walid banyak menempa kejayaan dalam peperangan dalam menegakkan agama suci Allah ini.Beliau yang dikenali ‘saifullah’ adalah antara pahlawan gagah berani yang berjaya mengalahkan musuh dalam beberapa peperangan pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat.

Pengepungan Kota Damsyik selama 70 malam pada 14 Hijrah bersamaan 635 Masihi pada Rabiulakhir adalah antara peristiwa penting dalam perjuangannya. Kota Damsyik yang kini ibu negara Syria adalah antara kota termasyhur di dunia ketika itu. Kemasyhuran itu diabadikan Ibn Jarir, pengembara dan juga penyair dari Andalusia (Sepanyol) pada kurun ke-12 dengan katanya: “Seandainya syurga berada di atas dunia, syurga itu adalah Damsyik."

Damsyik atau nama asalnya Syam dikatakan berasal daripada nama Sam, iaitu anak Nabi Nuh yang menetap di situ selepas peristiwa banjir besar. Malah, riwayat mengatakan Rasulullah pernah ke puncak Jabal Qasiyyun, lalu memandang ke arah kota Damsyik dengan kagum dan bangga.

Namun, disebabkan ancaman beberapa kuasa besar, khususnya Bizantine yang menakluki Damsyik ketika itu, satu pakatan ketenteraan diwujudkan oleh Rasulullah bagi menentang Bizantine. Bizantine bukan saja mengganggu dan mengancam dakwah Islam, malah menjadi tempat berlindung musuh Islam dari Semenanjung Tanah Arab.

Peperangan pertama yang dilakukan terhadap Bizantine adalah melalui peperangan Mu'tah yang berlaku pada penghujung hidup Rasulullah. Peperangan ini adalah medan ujian pertama Khalid sebagai panglima tentera. Dalam peperangan itu, tentera Islam pada mulanya dipimpin Zaid bin Haritsah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah. Selepas ketiga-tiganya syahid, Rasulullah melantik Khalid sebagai panglima baru.

Selepas itu, Khalid menyusun strategi untuk mengelirukan musuh antaranya dengan meletakkan sebilangan tentera Islam di bahagian belakang bertujuan menampakkan seolah-olah mereka mendapat bantuan. Kebijaksanaan Khalid ini menyebabkan tentera Bizantine terkeliru dan takut, lalu berundur.

Perang Yarmuk pula mempamerkan keikhlasan Khalid memartabatkan Islam tanpa mengejar pangkat dan nama. Pada awal perang itu, Khalifah Abu Bakar melantik Khalid memimpin 50,000 pejuang Islam menentang 240,000 tentera Bizantine.

Apabila Saidina Abu Bakar wafat pada 634 Masihi, khalifah baru, Saidina Umar memilih Abu Ubaidah bin Jarrah untuk mengambil alih tugas Khalid. Khalid tidak sedikit pun marah atau berkecil hati, sebaliknya beliau sama-sama berjuang hingga tentera Islam mencapai kemenangan. Kemenangan ini bermula dengan kejayaan mengepung bandar itu selama 70 malam oleh Khalid dan Abu Ubaidah.

Ada pendapat mengatakan Khalid dan beberapa tentera Islam melalui Bab Syarqi atau pintu sebelah timur selepas berjaya membebaskan Syam daripada penjajahan Bizantine. Pengkaji sejarah berpendapat, pintu itu dibina oleh Raja Rom, Septimius Severus, pada awal kurun ketiga.

Tindakan Khalid ini mengejutkan dunia Islam ketika itu kerana berjaya menamatkan penguasaan kuasa Barat selama seribu tahun ke atas Syria pada 635 Masihi. Ada pendapat mengatakan ia berlaku pada 635 Masihi bersamaan 14 hijrah. Kejayaan Khalid ini membolehkan kota Damsyik bertukar pimpinan daripada Bizantine kepada kerajaan Islam yang lebih adil. Selepas zaman sahabat iaitu pada zaman pemerintahan Ummaiyyah, kedudukan Damsyik amat penting iaitu sebagai ibu negara dan pusat kegiatan ekonomi.

Pada 661 Masihi pula, Muawiyah bin Abi Sufian, pengasas Bani Ummaiyyah dan khalifah yang baru dilantik, memindahkan ibu negara Islam dari Madinah ke Damsyik.
Sumber- Blogbaker


Tag : ,

TENANGKAN HIDUP DENGAN TIGER BALM NECK & SHOULDER RUB

on 20 September 2012

TENANGKAN HIDUP DENGAN TIGER BALM NECK & SHOULDER RUB ! Anda kerap mengalami kesakitan urat bahu dan leher? Mungkin perkara terbaik melegakan leher dan bahu anda ialah Tiger Balm Neck & Shoulder Rub.

Seringkali bagi mereka yang menghabiskan masa bekerja di pejabat atau mengadap komputer untuk satu tempoh masa yang agak lama akan mengalami ketegangan urat disekeliling bahu dan leher.

Ketegangan yang sering dialami ini mungkin boleh dibantu dengan satu produk kesihatan yang mudah iaitu, Tiger Balm Neck & Shoulder Rub.

TENANGKAN HIDUP DENGAN TIGER BALM NECK & SHOULDER RUB


Pengalaman aku yang sering mengalami masaalah ini selalunya akan diakhiri dengan penggunaan Tiger Balm ini sahaja. Selain mudah, cepat dan melegakan, ianya juga dapat membantu aku merasa lebih selesa dan  tenang di tempat kerja dalam hanya beberapa saat. Jadi tak perlulah aku pergi ke "massage house" atau spa untuk melegakan masaalah bahu dan leher aku ini.

Kelebihan Tiger Balm ini antaranya ialah satu-satunya produk yang pertama dibuat khusus untuk melegakan urat dan otot disekeliling leher dan bahu. Selain dari produk yang tidak berminyak, (yang pastinya akan merimaskan) ianya juga cepat meresap ke dalam kulit yang pastinya membuatkan anda rasa lebih selesa ditempat kerja.

Tetapi, apa yang menarik sekali ialah baunya. Produk "Tiger balm Neck & Shoulder Rub" ini turut didatangkan dengan bauan Lavender yang sangat menyenang dan menyegarkan. Bahkan pasti rakan ofis anda tidak menyangka ianya datang dari produk ini.

TIGER BALM NECK & SHOULDER RUB


Didatangkan dengan berat 50gram beserta pakej pembungkusan yang menarik, ianya amat mudah dibawa kemana jua tanpa perlu menghiraukan ruang bagasi. Rekaan kiubnya yang amat ergonomik juga amat praktikal dan sangat membantu untuk digunakan bila saatnya perlu.

Tiger Balm, merupakan antara produk yang dipercayai sejak dulu lagi. Semenjak kecil lagi memang keluarga aku juga antara pengguna jenama produk ini. Produk ini turut mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan. Ianya bukan sahaja dikenali di Malaysia, bahkan turut di seluruh dunia seperti di Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain. 

Info lanjut adalah seperti dibawah.
Saluran Maklumat:
- Tiger Balm Corporate Website di www.tigerbalm.com
- Hubungi talian +603-79660763 (Isnin-Jumaat, 9am-5pm) untuk sebarang pertanyaan lanjut.
- Produk Tiger Balm boleh didapati di farmasi terkemuka diseluruh Malaysia.


Tiger Woods Juga Mempercayai Produk TIGER BALM
Tiger Woods Juga Mempercayai Produk Tiger Balm



TENANGKAN HIDUP DENGAN TIGER BALM NECK & SHOULDER RUB
-salam mesra dr yastro- 
Tag : ,

[GADIS] USIA 14 TAHUN, TETAPI......

on 15 Julai 2012




Bexhill, East Sussex, Hayley Okines adalah seorang gadis ataupun remaja yang baru saja berumur 14 tahun, tapi penampilan tubuhnya 7.5 kali lebih tua dari usia sebenarnya yang membuatkan beliau seperti nenek yang berusia 105 tahun. Penyakit yang dipanggil "progeria" itu telah membuatnya tua sebelum waktunya. Progeria yang asalnya dari bahasa Greek "proeros" adalah penyakit tua sebelum usia dan didalam dunia hanya 89 orang pesakit kanak2 di 32 buah negara mengidap penyakit progeria sama seperti yang dihidapi Hayley Okines. Anggaran doktor, Hayley Okines tidak mampu bertahan sehingga berusia 13 tahun, namun Hayley baru saja merayakan ulang tahunnya yang ke-14 tahun.- Semuanya kuasa tuhan kan...

Di luar jangkaan doktor, dengan segala keanehannya, Hayley pun melakukan sesuatu yang luar biasa. Beliau mula menulis tantang autobiografinya. Dalam bukunya tersebut, Hayley menceritakan bagaimana kesulitan hidup yang dia hadapi kerana penyakit progeria ini. Penyakit ini telah membuatkan dia hilang minat ke sekolah...malah kerana progeria juga, rambutnya gugur dan tidak tumbuh lagi, pembuluh darah di bahagian kepala kelihatan sangat jelas, kulitnya semakin berkedut kerana lemak yang sudah hilang. Selain itu, kukunya juga melengkung serta rapuh, terdapat pengerasan di bahagian sendi, pereputan tulang yang menyebabkan tulang mudah retak/patah dan gigi yang lambat tumbuh.

Cerita Hayley pun mulai mendapat perhatian setelah membintangi film dokumentari yang bertajuk 'The Girl who is Older than Her Mother and World's Oldest Teenager: Extraordinary People'. Kini bukunya yang bertajuk "Old Before My Time" juga mendapat sambutan hebat di sebelah barat sana...






Check it out...

Gadis Seksi
Kerana Awek Seksi
Tag :

GAMBAR KERETA BOMBA LAMA

on 30 Jun 2012

Gambar Kereta Bomba Lama ! Satu koleksi gambar kereta bomba lama yang menarik telah aku jumpa dari laman Page F/B BOMBA. Bermula dari kereta bomba lama dalam tahun 60an sehinggalah sekarang tak tahu la dah bape jenis gamaknya kereta bomba digunakan.

Ada di antara gambar ni aku pernah tengok dan ada juga yang tak pernah aku tengok langsung, btw enjoy gambar2 kereta bomba lama nih guys...pasti akan ada juga satu dua yang menggamit kenangan korang tak kira la masa kecik2 dulu, sampai sekaranag.he3x!!

KERETA_BOMBA_LAMA

GAMBAR KERETA BOMBA LAMA

GAMBAR KERETA BOMBA LAMA












# kredit to Jab Bomba dan Penyelamat Malaysia di Fan Page.

GAMBAR KERETA BOMBA LAMA

-salam mesra dr yastro-

Tag :

Celcom Lancar Pakej Data Bagi iPad Baru

on 23 Jun 2012

Celcom Lancar Pakej Data Bagi iPad Baru !
Ketua Operasi Daya Maju, Afizulazha Abdullah berkata, Celcom (Axiata) Bhd kini telah melancarkan pakej data bagi iPad baharu untuk menambah baik perniagaan perkhidmatan datanya.

Celcom Lancar Pakej Data Bagi iPad Baru

Tambah beliau, telefon pintar dan pakej data penting kerana pengguna hari ini ingin sentiasa berhubungan melalui Internet. -satu perkara yang tidak boleh diabaikan begitu saja terutamanya bagi seorang blogger.
"Untuk menggalakkan kesalinghubungan, kami telah memperkenal pakej data bagi iPad untuk membolehkan pelanggan kami mengambil kesempatan sepenuhnya daripada apa yang boleh ditawarkan oleh tablet baru itu, di samping membolehkan mereka memilih pakej mereka, berdasarkan penggunaan data mereka," katanya kepada pemberita selepas pelancarannya di sini, Jumaat. Celcom, penyedia telekomunikasi mudah alih pertama Malaysia, melancarkan dua pelan khusus bagi tablet baru itu Celcom Broadband iPad Basic dan Celcom Broadband iPad Advance masing-masing dengan kelajuan hingga 3.6Mbss dan 7.2Mbss serta kuota 4.5Gb dan 7Gb.
Afizulazha turut berkata, pelan baharu itu membolehkan pelanggan menikmati penjimatan hingga RM570 berbanding harga runcit yang ditawarkan oleh pelan Celcom Broadband Advance dan penjimatan menarik lain, bergantung kepada pelan, komitmen dan model iPad yang dipilih.
Pakej Celcom Broadband Basic bagi iPad berharga RM70 sebulan manakala pakej Celcom Broadband Advance berharga RM100 sebulan.
Celcom kini telah selesai menjalankan kerja-kerja naik taraf bagi tapak 3.5G untuk menyokong kelajuan data hingga 42 Mbss, dan sedang menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi spektrum LTE (Evolusi Jangka Panjang), yang boleh dijangkakan dalam beberapa bulan akan datang.
Syarikat itu telah memperuntuk RM300 juta bagi pelaburan dalam tiga tahun akan datang untuk menukar liputan sekarang kepada LTE 4G. Apabila selesai, pelanggan-pelanggan akan menikmati kelajuan muat turun hingga 150Mbss dan kapasiti liputan Celcom lebih daripada enam kali, jelas Afizulazha.


# Andainya aku dah ada mende nih (ipad) kompom aku akna guna plan terbaik yg Celcom bagi nih, btw guna yg basic je dah la dulu...he3x!!!...

Celcom Lancar Pakej Data Bagi iPad Baru -salam mesra dr yastro -
Tag :

T SHIRT EURO 2012

on 20 Mei 2012

T SHIRT EURO 2012!! Dah lama aku nak tempek, tapi tak berkesempatan pula...Disini ada 2 design t shirt euro 2012 yang bakal berlangsung  Awal bulan 6 [June] di Poland dan Ukraine nanti.

Kalau ada yang berkenan dengan tshirt  euro dibawah ini, sila hubungi alamat yang aku nyatakan dibawah. Tolong ingat design yang aku dah "bold"kan tu yerr....1-Logo yang ke 2-mascot.

Design 1
T SHIRT EURO 2012 - Logo



EURO_Logo – RM35.00
Postage : Semenanjung RM5.00, Sabah/Sarawak RM10.00

Cotton Black, Roundneck, Short Sleeve
Front & Back : Silkscreen Printing (Plastisol)
S (38”), M (40”), L (42”), XL (44”), XXL (46”)
Emailkan : Nama, Alamat, No HP, Design & Quantity
Ke grousiey@gmail.com @ dtg terus ke :

GROUSIEY PRINTHOUSE
No. 41-1&2, Jln 9/23E,
Danau Kota 53300 KL
(Blkg KWSP, atas PROTON)
Tel : 03 4131 4382
Fax : 03 4142 7454

Design 2
T SHIRT EURO 2012 - Mascot

EURO_Mascot – RM35.00
Postage : Semenanjung RM5.00, Sabah/Sarawak RM10.00

Cotton Black, Roundneck, Short Sleeve
Front & Back : Silkscreen Printing (Plastisol)
S (38”), M (40”), L (42”), XL (44”), XXL (46”)
Emailkan : Nama, Alamat, No HP, Design & Quantity
Ke grousiey@gmail.com @ dtg terus ke :

GROUSIEY PRINTHOUSE
No. 41-1&2, Jln 9/23E,
Danau Kota 53300 KL
(Blkg KWSP, atas PROTON)
Tel : 03 4131 4382
Fax : 03 4142 7454


T SHIRT EURO 2012 - YastroOnLine
Fan Page Grousiey Printhouse 

Tag :

Keputusan Status Permohonan IPTA bagi lepasan SPM di Umumkan

on 07 Mei 2012

upm- twaran spm 2012
Keputusan Status Permohonan IPTA bagi lepasan SPM bakal di umumkan esok.


Status permohonan kemasukan ke Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya boleh diketahui mulai hari ini. 

Keputusan permohonan ke Universiti Putra Malaysia (UPM) pula boleh diketahui mulai 12 tengah hari esok, demikian menurut kenyataan akhbar ketiga-tiga universiti itu yang dikeluarkan di sini hari ini.

Semakan boleh dilakukan melalui laman web http://www.um.edu.my/kemasukan, http://www.ukm.my/kemasukan/tawaran dan http://www.smp.upm.edu.my/tawaran bagi program Asasi Sains, Asasi Pengajian Islam  di UM, program Asasi Pintar di UKM dan program Asasi Sains Pertanian dan diploma di UPM.

Calon yang berjaya boleh menyemak maklumat tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) masing-masing untuk membuat pengesahan dalam tempoh tujuh hari bekerja bermula esok hingga 15 Mei ini.

Tarikh pendaftaran penuntut baru ke program Asasi Pintar UKM adalah pada 23 Mei bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi, program Asasi Sains dan Asasi Pengajian Islam UM pada 27 Mei, manakala program Asasi Sains Pertanian pada 17 Mei di UPM, Serdang dan diploma pada 7 Jun di UPM, Kampus Bintulu.

Bagi calon yang gagal, mereka boleh mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan melalui laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 18 Mei dan keputusan rayuan akan diumumkan pada minggu kedua Jun 2012.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Seksyen Kemasukan dan Rekod, Bahagian Akademik, UM di talian 03-79673448/3440/3502, Bahagian Pengurusan Akademik UKM di talian 03-89215336/5041/4126 atau Pusat PERMATA Pintar Negara ditalian 03-89216265/7507 dan Bahagian Akademik UPM di talian 03-89466059/6060/6056.



ukm - semakan kemasukan spm

ukm - semakan kemasukan spm


# Semoga berjaya buat semua calon2 SPM yang memohon kemasukkan ke ipt ini.
Tag :

PERTANYAAN UNTUK NAJIB RAZAK DARI WARGA FELDA

on 05 Mei 2012


PERTANYAAN UNTUK NAJIB RAZAK DARI WARGA FELDA
PERTANYAAN UNTUK NAJIB RAZAK DARI WARGA FELDA oleh: Mazlan Bin Aliman, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan ( ANAK)

Perdana Menteri, Najib Razak menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

Ketika berucap pada majlis perasmian penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda(Iktiraf) 2010 di Putrajaya semalam; beliau mendakwa saham milik Felda yang tersenarai di Bursa Malaysia berjumlah RM4.3 bilion dan ianya selamat dalam simpanan.

Tiada siapa pun menafikan penubuhan Felda pada 1 Julai 1956 oleh Abd Razak Hussein adalah langkah bijak menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan khususnya untuk Orang Melayu. Agensi Pembangunan Tanah yang mempunyai keluasan 905,448 hektar dengan penyertaan 112,635 orang peneroka telah meletakkan Felda peneraju tanah terbesar dunia.

Persoalan yang timbul, adakah matlamat penubuhan Felda telah tercapai dalam ertikata yang sebenarnya terhadap 2 juta warganya? Adakah para peneroka selaku pemilik atas 10 ekar tanah mereka mendapat pulangan setimpal dengan keringat yang telah dicurahkan selama ini?

Adakah 1.2 juta generasi kedua dan ketiga Felda mendapat tempat terpenting sebagai pewaris yang menentukan halatuju Felda ketika ini dan masa hadapan?

Di bawah ini saya lontarkan beberapa persoalan yang mesti di jawab Najib dan pemimpin Umno sebelum membuat tuduhan melulu golongan yang tidak sealiran dianggap pengkhianat bangsa.

1.1 Kenapa kebebasan tidak diberi kepada para peneroka untuk mengusahakan sendiri kebun mereka selepas hutang piutang diselesaikan? Apa maknanya Hakmilik yang diperolehi; tapi Felda yang tentukan segala-galanya? Peneroka diugut, diancam penyingkiran dan dikenakan pelbagai tekanan semata-mata menyahut seruan Razak untuk menjadi masyarakat peneroka yang berdikari.

1.2 Kenapa Wang Tanam Semula berjumlah RM17,000 atau RM1,700 seekar yang dicarum peneroka 20 tahun lamanya tidak diserahkan kepada peneroka hanya kerana mereka tidak mahu mengikut telunjuk Felda dan menanam semula sawit secarapersendirian?

Adakah wajar 10 orang peneroka Sg Koyan di Pahang turun naik mahkamah menuntut wang tanam semula milik mereka sendiri dan menunggu hampir 10 tahun keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan?

Bahkan untuk pengetahuan, dari tarikh keputusan Mahkamah pada 29 Oktober 2010; hingga hari ini wang tersebut belum pun diserahkan pada peneroka terbabit!

Bukan sahaja peneroka Sg Koyan; masih terdapat hampir sepuluh ribu peneroka dinafikan Wang Tanam Semula yang merupakan hak mereka.

1.3 Kenapa peneroka getah yang menanam secara persendirian dinafikan untuk mendapat insentif Tanam Semula di bawah Risda walhal setiap kg getah dipotong untuk tabungan ses yang dikenakan kerajaan berasaskan Seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang bagi perusahaan getah(penanaman semula) 1952? Kemana perginya insentif tanam semula berjumlah RM7,000 sehektar (getah ke getah) dan RM6,000 sehektar(getah ke sawit) milik peneroka?

1.4 Kenapa program Tanam Semula anjuran Techno Plant Sdn Bhd; anak syarikat Felda bermasalah di kebanyakkan Tanah Rancangan Felda? Gambaran kononnya Tanam Semula kelolaan Techno Plant di urus secara professional, menjimatkan kos, sistematik dan berkualiti bertentangan dengan hakikat sebenarnya. Lihatlah apa yang berlaku di Gugusan Ciku, Gua Musang, Nitar 2, Mersing, Aping Timur Kota Tinggi dan berpuluh-puluh Felda lain bagaimana kegagalan Tanam Semula selenggaraan Felda. Adakah kecuaian dan kegagalan kosnya ditanggung Felda?

1.5 Kenapa kos Tanam Semula di bawah Felda begitu mahal jika dibandingkan dengan Sime Darby, IOI dan ladang swasta lain?

Adakah Najib tahu bahwa Kos Pembangunan Tanam Semula yang terpaksa ditanggung peneroka ada yang mencecah RM100,000? Adakah kita tahu setiap hutang tanam semula peneroka dikenakan riba’ 6.25%? Apakah hukumnya riba’ itu?

1.6 Kenapa Felda tidak melakukan muhasabah ketika Mahkamah mengesahkan wujud penipuan atas Kadar Perahan Gred(KPG) yang hanya diterima sekitar 18-19% peneroka kelapa sawit di 70 kilang Felda? Kenapa Felda tidak mematuhi Manual Pengredan Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB)dan Analisis makmal Felda di Sg Tekam yang meletakkan standard kualiti KPG sekitar 21-25%? Kenapa Buah Tandan Segar(BTS) yang reject tidak dikembalikan kepada peneroka? Kemana perginya BTS tersebut?

1.7 Kenapa peneroka Felda Cahaya Baru, Masai di Johor tidak mendapat baki pampasan sejumlah RM1 juta walaupun menunggu 17 tahun lamanya? Kemana pergi tanah mereka ketika ini dan siapa yang kaveat? Siapa yang menipu mereka?

Mana pergi Muhyidin Yasin yang menjadi Menteri Besar Johor ketika itu? Apa yang dilakukan Menteri Besar sekarang?

1.8 Kenapa peneroka Felda Sg Buaya, Hulu Selangor di Selangor tidak mendapat baki pampasan berjumah RM850,000 walaupun menunggu 16 tahun lamanya?

Ke mana pergi tanah mereka ketika ini dan siapa yang kaveat? Mana pergi Muhamad Mohd Taib yang menjadi Menteri Besar Selangor ketika itu?

Apa yang dilakukan Tan Sri Rozali Ismail selaku Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda(GWGF) walhal beliau terlibat ketika di peringkat awal Pembangunan Felda Sg Buaya?

1.9 Kenapa gejala sosial sangat tinggi di penempatan Felda? Benarkah dakwaan Datuk Ahmad Maslan jumlah penagih dadah di Felda hanya sekitar 2,000 orang? Sejauh mana aktiviti pembangunan insan golongan belia di jalankan dan tahap keberkesanannya?

Kenapa ditamatkan jawatan Penyelia Pembangunan Agama di Felda sedangkan peranannya sebagai penyelaras kegiataan bercorak keagamaan sangat berkesan suatu ketika dahulu?

2.0 Kenapa pembukaan Tanah Rancangan Felda yang memberi manfaat kepada rakyat ditukar kepada Plantation mulai tahun 1990? Adakah Najib sedar bahawa wujudnya plantation telah mengkhianati matlamat asal penubuhan Felda untuk memberi tanah kepada rakyat?

Adakah kita maklum Felda Plantation berkeluasan 367,710 hektar itu sendiri bercanggah dengan Akta GSA 1960 yang dibentang Tun Abd Razak di Parlimen pada 27 April 1960?

Kenapa ditolak desakan agar Felda Plantation dimansuhkan dan dijadikan penempatan anak peneroka yang susah dan boleh memberi manfaat kepada 79,000 anak peneroka? Siapakah sebenarnya mengaut keuntungan atas Felda Plantation?

Apa yang dipaparkan baru sebahagian kecil persoalan yang berbangkit di Tanah Rancangan Felda. Terlalu banyak jika mahu disenaraikan.

Jangan cuba untuk mengalih perhatian rakyat kononnya mereka yang membela rakyat manakala yang menentang arus dituduh pengkhianat. Mungkin mereka boleh memperdaya golongan peneroka yang jahil; tapi bukan semua. Majoriti generasi muda Felda berpelajaran lebih tahu siapa petualang dan pengkhianat bangsa.

Siapa yang kaya raya, siapa yang dapat projek jutaan ringgit, siapa yang dapat komisyen dari kroni dan siapa yang menjadi mata dan telinga kerajaan dengan memperdaya warga Felda selama ini?

Saya dan rakan-rakan yang berjuang untuk kepentingan warga Felda tidak pernah gentar dan takut seperti dakwaan Perdana Menteri. Siapa yang sebenarnya takut?

Kenapa cabaran debat saya kepada Datuk Ahmad Maslan ditolak? Kalau memang Datuk Ahmad Maslan ‘jantan’; saya mengulangi cabaran debat dan bersedia bila-bila masa. Hatta berdebat di Dewan Felda pun saya sedia!

# Aku cuma petik dari laman f/b anak2 felda tempat aku...sg koyan.thxs to Rosmadi. Ramai juga yang memperkatakan perkara ni. Buat masa skg aku belum berpihak kepada mana2 pihak..2 hari ni aku bercuti lagi, kali ni di rumah mertua pula...yang tak syoknya aku akan terputus hubungan ngan blog selama 2 hariii..hu3x!!
Tag :

[Video] Lelaki China Terpendek DiDunia Keluar Bekerja

on 04 Mei 2012

[Video] Lelaki China Terpendek DiDunia Keluar Bekerja

Aisehh...ada sedikit kesilapan teknikal pada mouse aku. Sepatutnya video ini keluar hujung minggu ni. Tapi dah tersilap nak buat cam ne...layan jer laa..kisah yang berlaku di China, seorang lelaki pendek menjadi pelayan sebuah restoran...cekidoutt.



#Tapi bila bab2 dia hisap rokok tu yang aku tak berapa nak berkenan...hehehe
Tag :

BERSIH 3.0.. PESERTA DUDUK, AMAN ATAU GANAS?

on 29 April 2012

BERSIH 3.0.. DUDUK, AMAN ATAU GANAS?
Alkisah perhimpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan duduk dan aman sebenarnya adalah sebaliknya. Mungkin inilah yang Ambiga mahukan. Adakah aman yang dimaksudkan itu seperti yang diterjemahkan semalam? Inikah cermin sikap kesemua peserta Bersih 3.0 seperti yang diperlihatkan kepada kita semalam? Kemana jati diri kita sebagai orang timur yang terkenal dengan sikap dan budaya yang sopan?


Wallahualam, tapi seluruh dunia telah lihat apa yang peserta Bersih lakukan semalam..thumbs up!!! Korang semua dah berjaya naikkan nama Malaysia di pentas dunia...sebagai sebuah negara terbaru yang menuntut demokrasi jalanan dengan cara seperti mengganas dan merosakkan harta awam. Aku tak hairan seandainya selepas ni, [kalau ada demo Bersih 3.0 lagi] polis akan bertindak lebih ganas dari korang semua.


Satu lagi, aku rasa peserta yang telah menolak kereta polis [seperti gambar] dibawah ni akan cuba dikesan oleh pihak polis melalui gambar, video dan juga cap jari yang melekat di kereta dan motor tersebut. Begitu juga dengan mereka yang telah merosakkan harta awam yang lainnya. Aku pasti, majoriti rakyat Malaysia adalah mereka yang cintakan kedamaian pastinya tidak bersetuju dengan apa yang telah peserta Bersih 3.0 lakukan semalam.

kereta polis dimusnakhan peserta Bersih 3.0

gambar perosak harta awam

gambar kereta polis terbalik

motosikal yang dirosakkan oleh peserta Bersih 3.0

siapa punya kerja?

motosikal polis dirosakkan perusuh


Antara video yang melibatkan peserta Bersih 3.0 , saat sebelum kereta polis terbabas, selepas terbabas dan diterbalikkan, juga keadaan selepas demo Bersih 3.0. Mungkin inilah imej yang mereka mahukan?







Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved