Memaparkan catatan dengan label BeriTa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BeriTa. Papar semua catatan

WAJAH PENYERANG dan PEROMPAK ASHRAF ROSSLI

on 05 Mac 2012

Ashraff_Rossli
Ashraf Rossli
Gambar dibawah inilah "Wajah Penyerang dan Perompak Ashraf Rossli", yang pernah dirakamkan oleh seseorang dan disiarkan diyoutube satu ketika dahulu.


Penyerang+Ashraf+Rossli
WAJAH PENYERANG dan PEROMPAK ASHRAF ROSSLI
Beau Isagba - 17 tahun dah jadi perompak, dari raut muka pun nampak mcm penjenayah besar dah nih!!
Reece Donovan (kiri) 24, John Kafunda 22 (kanan) talam dua muka yg berpura2 menolong, ttp ikut sama merompak
Dalam pada itu, kenyataan bapa Ashraf Rossli telah disiarkan oleh paper tersohor disana iaitu Dailymail juga menerima banyak komen dari pembaca yang bersetuju dengan kenyataan beliau...katanya;
"Sistem di Britain membuatkan rakyat menjadi malas. Di Malaysia, jika anda ingin mendapatkan wang, anda harus bekerja. Jika anda mahu wang yang lebih, anda harus belajar bersungguh-sungguh.
"Di Britain, rakyat yang bekerja membayar cukai dan ia disalurkan kepada orang yang tidak bekerja. Saya tidak faham tentang perkara itu,"
 ‘Your police let it grow and grow until it was out of control. I don’t understand why people were allowed to run riot and rob in that way.
'Here in Malaysia the police can catch you and grab you if you do something wrong. But in Britain it seems that you cannot.’
Sumber- Dailymail, Kosmo

# Setuju dengan entri sahabat blogger Anif 2.0, perkara ni jelas memperlihatkan kegagalan dalam sistem pentadbiran negara barat. Tapi, jangan lak kita ingat sistem kita adalah yang terbaik....kerana sistem negara kita juga sebenarnya adalah cermin dari sistem mereka.

Tag :

TOL BATU 9 DAN BATU 11 KAJANG-CHERAS DIMANSUHKAN -DIKURANGKAN

on 02 Mac 2012


KAJANG 1 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bayaran tol di Batu 9 Lebuh Raya Cheras-Kajang menghala ke Kuala Lumpur dan di Batu 11 menghala ke Kajang dimansuhkan mulai pukul 12 tengah malam ini.

Perdana Menteri berkata, ini merupakan pemotongan sebanyak 50 peratus daripada jumlah bayaran yang dikenakan ke atas pengguna lebuh raya yang juga dikenali sebagai Lebuh Raya Grand Saga.

Najib mengumumkan pemansuhan tesebut ketika berucap pada majlis pecah tanah projek pembinaan Sekolah Rendah jenis Kebangsaan Cina Bandar Sungai Long dekat sini, petang ini.

Perdana Menteri pada Ogos tahun lalu berjanji akan mengkaji bayaran tol di lebuh raya berkenaan.

Pemansuhan itu melibatkan bayaran RM1 di Plaza Tol Batu 9 menghala ke Kuala Lumpur dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 bagi laluan menghala ke Kajang.

Dengan itu, katanya, kira-kira 120,000 pengguna laluan tersebut yang sebelum ini membayar RM3.80 untuk berulang alik di laluan berkenaan selepas ini hanya perlu membayar RM1.90. - UTUSAN



# Ramai yang kata ianya bermotifkan politik. Suka atau tidak ianya telah dilakukan. Soal undian....undi anda, rahsia anda...hehehe
Tag :

[PIC] Stesen Kuasa Elektrik Terbakar di Bangi

 

1 Mac 2012 - Kebakaran stesen kuasa elektrik di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi berjaya dipadamkan oleh Anggota Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bangi dan Kajang. Kebakaran tersebut berjaya dipadamkan menggunakan teknik semburan buih. Menurut laporan Komander Operasi, PBK II Abdullah Ramli, kebakaran melibatkan sebuah stesen kuasa elektrik dan telah dapat dikawal pada jam 9.43 malam tadi. Tiada mangsa dilaporkan.
sumber
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor


# Aku difahamkan terdapat beberapa kawasan yang mengalami gangguan bekalan eletrik berikutan kejadian ini...kawasan tersebut seperti di Bangi, Kajang dan Putrajaya termasuk la kediaman rasmi PM di Putra jaya. Bagaimanapun kesemua kawasan tersebut telah kembali pulih seperti sediakala.


Tag :

Kereta "WIRA" Jenama PROTON dibom di Iraq

on 24 Februari 2012

Kereta+Wira+DIBOM+DIIRAQ+YAstroOnLine

Cilakoss....tak dak jenama kereta lain lak dah derang nii....ada ka guna kereta WIRA - kereta jenama PROTON sebagai kereta yang dijadikan bom bergerak. Mesti derang main sesah je nih...isk..isk..Aku rasa hari ni meletop la satu Malaysia kisah kereta PROTON digunakan sebagai kereta pengebom oleh puak2 AlQaeda...
BAGHDAD - Sekurang-kurangnya 50 orang maut semalam ekoran satu siri serangan bom bertubi-tubi di sebuah wilayah di Iraq dengan sasaran terhadap pasukan keselamatan yang kemungkinan dilakukan oleh militan Al-Qaeda untuk menghuru-harakan negara.

Pengeboman yang terancang dan tembakan secara terbuka yang berlaku lebih dua jam setengah di Baghdad yang menyebabkan berlaku banyak kematian selain di 11 buah bandar lain. Para militan itu telah menyerang pejabat-pejabat pentadbiran, restoran dan satu serangan di pekan Musayyib berdekatan sebuah sekolah mengakibatkan lebih 200 orang cedera.

"Apa yang berlaku pada hari ini bukan pelanggaran keselamatan yang mudah, ia merupakan kegagalan keselamatan dan bencana yang besar," kata seorang pekerja sebuah pejabat Kementerian Pelajaran di Shiite, Ahmed al-Tamimi. Ahmed turut menggambarkan situasi itu sangat buruk yang melibatkan cebisan daging manusia dan tompokan darah di tempat kejadian.

"Kami mahu tahu apa yang dilakukan oleh beribu-ribu anggota polis dan tentera di Baghdad pada hari ini ketika pengganas-pengganas berkeliaran di bandar dan melakukan keganasan," katanya. Siri serangan besar-besaran oleh para pembrontak berlaku sejak tentera Amerika Syarikat meninggalkan Iraq pada pertengahan Disember lalu setelah peperangan hampir 10 tahun berakhir di negara ini. - Agensi

# Sempat gak layan berita ni kat blog...he3x!!!
Tag :

Lelaki Di Tumbuk di KFC Nafi Serang Pekerja Dengan Provokasi

on 10 Februari 2012

Lelaki-ditumbuk-DiKFC-nafi-Provoke-pekerja-KFC

Malaysia Kini telah mengeluarkan kenyataan dari seorang lelaki yang telah ditumbuk di KFC bersama ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng untuk menafikan dakwaan tersebut. Ikuti petikan berita dari Malaysia Kini dibawah.Lelaki Di Tumbuk di KFC Nafi Serang Pekerja Dengan Provokasi
Seorang lelaki yang didakwa diserang oleh kakitangan sebuah restoran Kentucky Fried Chicken pada Isnin lalu menafikan tuduhan bahawa beliau telah mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman ke atas pekerja kedai makanan segera itu sehingga menyebabkan pergaduhan.

Danny Ng, 26, ketika menceritakan semula insiden tersebut berkata, beliau berasa marah kerana menunggu lama di dalam barisan pelanggan, tetapi kemudiannya diberitahu bahawa makanan yang ditawarkan itu telahpun habis.

Beliau seterusnyna memarahi pekerja berkenaan dengan suara yang kuat, tetapi beliau tidak menggunakan kata-kata kesat ataupun yang bersifat perkauman, katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beberapa pengguna Internet yang menonton rakaman insiden berkenaan mendakwa Ng telah menghamburkan kata-kata bersifat perkauman kepada pekerja berkenaan sehingga menyebabkan lelaki itu diserang oleh pekerja restoran tersebut.

Ng memanggil sidang media di pejabat ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng untuk menafikan dakwaan tersebut.

"Ada yang dakwa saya telah mengatakan perkara yang menghina agama dan kaum. Saya tidak pernah kata begitu.

"Ada yang tuduh saya mabuk pada malam itu tapi saya tidak mabuk. Saya tidak minum (arak)," katanya lagi.

Sementara itu, KFC Malaysia dalam satu kenyataan di Facebook hari ini berkata syarikat tersebut masih menyiasat insiden berkenaan.

Sebaik saja siasatan selesai, syarikat itu akan mengambil tindakan sesuai untuk menangani apa-apa pelanggaran ke atas tatacara pengendalian dan piawai khidmat pelanggannya, menurut kenyataan itu lagi.


# Nampaknya isu ni seperti akan berpanjangan. Jadi kita tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal terjadi nanti....KFC oh KFC!!! Lelaki Di Tumbuk di KFC Nafi Serang Pekerja Dengan Provokasi
Tag :

Rumahku 30 Masjid...

on 03 Februari 2012

rumahku-30-masjid
Kisah Makcik, rumahku 30 masjid

Tak sangka sungguh aku di negara kita yang penuh dengan pelbagai bantuan, penuh dengan sifat prihatin rakyat dan kerajaan, rupa-rupanya masih ada lagi segelintir rakyat yang merana. Kisah makcik "Rumahku 30 Masjid" ini sungguh mengejutkan aku apabila menonton rancangan di TV3 pagi tadi, dan bila aku cari di myMetro, memang kisah makcik ni ada dipaparkan.

Makcik Fazilah, seorang bekas kakitangan awam yang hidup bersama seorang anak lelaki yang berusia 34 tahum [OKU] terpaksa merempat dan merana di merata-rata masjid kerana tempat kediaman mereka telah dirobohkan oleh pihak Majlis Perbandaran Selayang.

"Tapi pelik juga aku, kenapa pihak Majlis Perbandaran Selayang buat tak tahu atau buat tak kisah tentang kebajikan orang-orang yang rumah mereka dah dirobohkan? Kalau ye pun, jangan la dibiarkan makcik ni hidup sebegini..Mana pergi orang-orang kuat di MPS? Jangan pejam mata tutup telinga...Sakit sungguh hati aku bila baca kisah makcik ni di myMetro pagi tadi.Tau la setinggan tu hidup tanpa kebenaran yang sah...tapi jangan la jadi pihak yang kejam kerana nak tegakkan undang-undang dunia..apetah lagi makcik tu bekas kakitangan awam dan seorang rakyat Malaysia yang sah!"

Malas nak membebel bebanyak di pagi Jumaat ini, Harapan aku, semoga ada pihak-pihak yang berkenaan dapat membantu makcik tersebut. Ikuti kisah beliau di My Metro hari ini.

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal yang hidup merempat dan mengemis bagi menghabiskan sisa-sisa kehidupan, mungkin mencatat rekod tersendiri apabila menjadikan tidak kurang 30 masjid di Lembah Klang sebagai tempat berkelana.
Mahu dikenali sebagai Fazilah, 59, bekas kakitangan awam itu berkata, dia memilih jalan hidup sedemikian selepas kematian suami pada 2009 dengan tinggal di masjid dan mengharapkan belas ihsan jemaah yang singgah menunaikan solat untuk mendapatkan sesuap nasi.
“Seperti orang lain, saya juga ingin memiliki rumah sendiri, tapi dengan keadaan sekarang jika ditakdirkan saya meninggal dunia di masjid, saya reda,” katanya ketika ditemui di Masjid Al Bukhari, di sini. 
Fazilah berkata, dia tidak mempunyai penyelesaian lain untuk mendapatkan wang bagi menyara hidupnya bersama seorang anak lelakinya berusia 34 tahun yang lembam dan tergolong dalam kategori orang kelainan upaya (OKU).
Menceritakan keperitan hidupnya, Fazilah berkata, semuanya bermula pada 2002 selepas rumah setinggan yang diduduki keluarganya di Kampung Bukit Botak, dekat sini, dirobohkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk projek pembangunan.
Tag :

Kes Kanak-Kanak Diculik - Penjenayah Mati DiTembak

on 24 Januari 2012

Alhamdulillah, lega perasaan ni bila akhirnya adik Fifi Ramadhani Safruddin seorang kanak-kanak yang berumur 10 tahun, berjaya diselamatkan dan dibebaskan dari tebusan penjenayah. Semuanya berikutan "Kes Kanak-Kanak Diculik - Penjenayah Mati DiTembak"di Kampung Baru, semalam. Bahaya sekarang ada dimana2, dalam rumah sendiri pun belum tentu selamat dek penangan penjenayah yang terdesak amat. Harap semua kawan2 sentiasa awasi keselamatan diri dan keluarga semasa dirumah.


Iskk2...macam2 la dunia sekarang ni.




adik+Fifi+diculik

kanak-kanak+diculik+penjenayah+mati+ditembak

Kes penculik+culik+budak

kanak+Kanak+diculik

penculik+kanak2+mati






sumber bahan dan edit - Kosmo online
                                     Sinar harian
                                     realy.tigaline.com



Tag :

Kahwin Dengan Mayat - Deff Yingyuen

on 23 Januari 2012

Kahwin Dengan Mayat -  Deff Yingyuen
Nak kata pelik sangat tak la, sebab dah banyak kes-kes macam ni berlaku didunia ni. Satu lagi, bab-bab kahwin dengan mayat ni hanya berlaku pada mereka yang bukan beragama Islam. Setakat ni aku belum pernah dengar kisah "berkahwin dengan mayat" didalam agama Islam. Kalau ada sila bagi tau yerr...nak tau jugak kat mana kisah tu berlaku.

Asal kisah ni cam biasa, kali ni sumber asal aku petik dari myMetro.

Lelaki berkenaan ialah Chadil Deffy yang juga dikenali sebagai Deff Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand. Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya ‘Anne’ Kamsook. Selepas jatuh cinta di universiti itu dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin.

Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu. Tetapi Anne mati pada 3 Januari selepas terbabit dalam kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusan berkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin. Anggota keluarga dan rakan dijemput menerusi Facebook untuk menghadiri majlis perkahwinan dan sekali gus upacara pengebumian di sebuah kuil di Surin.

Dengan berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih, menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan.

Lelaki Berkahwin Dgn Mayat

Tapi yang nyata dia dah bersama selama 10 tahun. Satu tempoh yang dikira lama juga dan merupakan budaya mat salleh. Aku harap budaya bersama seperti ni tak berjangkit disini, walaupun aku juga tahu sebenarnya budaya seperti ini dah ada dan mula meresap di kalangan orang-orang kita, terutamanya bebudak muda. Dosa besar tu...jangan lupa, kalau Allah nak bagi cash, kejap jerrr... Semoga dijauhkan...
Tag :

Kubur Rakyat Paling Miskin di AS - Kubur Rakyat?

on 21 Januari 2012

Kubur Rakyat Paling Miskin di AS
Laporan Kosmo hari ini mendedahkan bagaimana kepincangan teruk yang sedang di alami ekonomi AS. Ramai rakyat mereka yang jatuh miskin, hidup melarat dan tiada rumah...terlalu miskin hinggalah ke akhir hayat mereka. Golongan ini mati dengan keadaan miskin sehingga tidak mampu untuk membiayai "keranda dan kubur" mereka sendiri. Tiada rakan taulan yang hadir, seolah mereka adalah insan yang tidak pernah berkeluarga. Hanya pekerja di "Homewood Memorial Garden" sahaja yang sudi menemani mereka sehingga ke saat akhir. Itupun mungkin kerana tuntutan tugas. Terletak 25 batu ke Selatan, Barat Chicago. Kuburan ini menjadi satu tempat terakhir buat mereka yang paling miskin di AS, juga sesuai untuk digelar sebagai "Kubur Rakyat".

Rabu lepas...30 mayat orang paling miskin di AS, dikebumikan didalam satu kubur besar. Inilah bintik hitam untuk AS yang sering berlagak dengan kuasa dan ekonomi mereka.


kubur orang miskin

kubur simiskin

kubur rakyat



Tag :

Koleksi Video [8] Ketika Perhimpunan 901 - Perkasa vs PR dan Video PDRM

on 09 Januari 2012

Ada satu video dari seorang blogger bernama wakdanial iaitu "Cheritera Seribu Satu Malam" yang duduk diantara kedua2 penyokong. Kalau nak tahu lebih lanjut sila pergi ke blog beliau yg telah aku linkkan dibawah. Ada cerita menarik yang beliau sediakan...



Sumber video diatas - danialatifnasiren


Video kat bawah ni, pergaduhan bermula...yang aku dok heran tu pasai apa geng2 Perkasa dok datang jugak...kan dah kene.Adeihhhh laa...akhirnya melayu sama melayu jugak yang hancur...



Koleksi video dibawah pula adalah hak milik PDRM. Maaf sebab aku tak ikut susunan yg derang bagi...
Payah gak nak cari wooo..korang layan je la dulu apa yang ada nih, wokeyyy.

Seorang peserta perhimpunan dilihat seperti membawa pedang??





Tag : ,

Amaran Hujan Lebat di Pantai Timur - Kelantan,Kedah,Perlis& Terengganu

on 02 Januari 2012

Jabatan Meterologi telah mengeluarkan amaran hujan lebat kepada rakyat yang tinggal dikawasan Pantai Timur terutamanya yang duduk berdekatan dengan tepian pantai. Diharap semua berhati2 bila berada di zon tersebut, terutamanya anak2 kecil yang hanya syok bermain. Jangan dibiarkan kerana leka sesaat mampu membuatkan anda merana seumur hidup. Err...gamaknya sampai bila musim ni habis yerr?

Hujan lebat dan angin melanda Kuala Terengganu - Utusan
Sementara itu, seramai 98 mangsa banjir dari 21 keluarga di empat kampung di daerah ini dipindahkan ke pusat pemindahan, setelah rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat diikuti angin kencang sejak malam tadi. Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya berkata, mangsa terbabit dipindahkan dalam operasi menyelamat pada pagi ini dan ditempatkan di tiga pusat pemindahan. Pusat pemindahan tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil yang menempatkan 20 mangsa daripada tujuh keluarga dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Awang dengan 18 mangsa daripada tujuh keluarga serta SK Kampung Nara yang menerima 60 mangsa daripada 11 keluarga. Ini berikutan kediaman mereka di Kampung Wakaf Bunut, Kampung Bukit Awang dan Kampung Nara dinaiki air sedalam satu hingga dua meter. Seorang mangsa yang lumpuh yang dihantarkan ke Hospital Tengku Anis di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Beberapa jalan ditutup kepada kenderaan ringan termasuk jalan utama dari Pasir Puteh ke Jerteh, Pasir Puteh ke Semerak dan Pasir Puteh ke Kota Bharu.Seorang mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan di SMK Kamil, Che Abdulah Che Mat, 72, berkata, halaman rumahnya di Kampung Wakaf Bukut dekat sini, dinaiki air hampir paras dada pada pukul tiga pagi ini. "Air naik secara mendadak akibat hujan lebat dan kami tidak tidur malam tadi sehingga dipindahkan oleh pasukan penyelamat menggunakan bot," katanya yang lumpuh. Jurucakap Pejabat Pengairan dan Saliran Pasir Puteh ketika dihubungi berkata, paras air di Sungai Semerak pada pukul 10 pagi ini mencatatkan bacaan 2.4 meter iaitu di peringkat berjaga-jaga.

Dalam pada itu di Terengganu pula, Jabatan Meteorologi memberi amaran hujan peringkat jingga diramal melanda empat negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Perlis dan Kedah sehingga esok.

Jurucakap jabatan itu dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini berkata, hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat berterusan itu diramalkan melanda beberapa daerah di empat negeri berkenaan. Daerah-daerah terlibat ialah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli (Kelantan) diikuti Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu (Terengganu). Daerah lain ialah Padang Besar, Kangar dan Arau (Perlis) selain Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pendang, Yan, Sik dan Langkawi (Kedah).

Menurutnya, keadaan cuaca sedemikian akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah di daerah yang berkenaan. Dalam pada itu, jabatan tersebut turut memberi amaran ribut petir dan hujan lebat melanda beberapa lokasi di Sabah pada pagi ini sehingga petang ini. Kawasan-kawasan terlibat ialah daerah Beluran, Sandakan dan Kota Kinabatangan dalam bahagian Sandakan diikuti Kudat dan Pitas (bahagian Kudat) serta Lahad Datu (bahagian Tawau). Kenyataan itu menambah, keadaan itu turut menyebabkan angin kencang dan banjir kilat di kawasan terlibat.

Sumber - Utusan


# Terdapat kesilapan info semasa entri ini diterbitkan...aku tarik balik info dr jabatan meterologi tu. Segala kesilapan amat dikesali. Terima kasih kepada bro Denaihati yg telah membuat teguran kepada aku.
Tag :

Isu Mahasiswa UPSI ditahan - Kronologi Drama Siswa

Isu Mahasiswa UPSI ditahan - Kronologi Drama Siswa
Hehehe...tetiba je aku berminat dengan isu mahasiswa yang ditahan di UPSI pagi  semalam. Alah, budak UPSI yang join pun dua orang je kan? Serius, ni pandangan aku. Bebudak/mahasiswa ni, time orang suruh belajar tak mau...sibuk lak nak berdemo bagai, berpolitik, konon2nya nak "hak"...Weii...korang tu budak sekolah masih belajar lagi arrr...mak bapak hantar gi sana suruh belajo, bukan buat mende2 cam ni. Habis belajo, korang buat je la apa mende sekalipun, ikut suka hati ko laa. Masuk la parti politik mana pun, tak de yang nak marah. Bila jadi cam ni.. yang susah, yang risau sapa?? mak bapak, adik beradik, sedara mara, kawan2 korang jugak kan? Dah tu tak reti2 lagi....eiii, maleh aku nak bebel panjang2. Entri kat bawah ni bukan aku yang punya yaaa....aku cuma "pinjam" jerrr...he3x!!!


UPDATE PERHIMPUNAN HARAM 16 JAM DI UPSI

1.00a.m:
sorang penuntut UPSI ditahan....
dikenali sebagai FARHAN

*berlaku sedikit pergeseran sekumpulan penuntut dengan pihak penguasa di pintu tempat pelajar turun naik bas....

1.10 am:
sebuah trak polis kelihatan di pintu timur...

1.15 am:
keadaan tenang di pintu timur....
nampak trak terus terabur....

1: 22 am:
polis masih lagi menjalankan operasi sekatan jalan...
sebelumnya...presiden smm A. Syukri telah ditahan berhampiran kawasan UPSI....

1:35 am:
kelihatan rakan baik adam di kedai makan mamak tmn bahtera..
sebuah kereta kelihatan menuju ke rumah adam....
lokasi di PINTU UTAMAUPSI terkawal...
kelibat adam dikesan...
hehe....nak lari mana...
batalkan je hasrat nak letak kalungan tu kan senang...
aku nak supper jp...
nak tawan UPSI jadah dia....
ketua SMM dah kena cekup...

1: 50 am:
adam kelihatan di sekitar BHP PETROL jam 1.10 am
menaiki motorsikal...
memakai baju merah...
angkat bendera putih jelahkan senang....

2: 00 am:
wah!!!kelihatan sosok tubuh TNC HEP di pintu timur....
anggaran kasar dalam 30 orang di pintu timur....
10 orang anggaran daripadanya ialah POLIS...

2.05 am;
wah perjuangan tanpa pengaruh politik!!!
shit!!!
pas n pkr ada sekali...
terbukti pas dan pkr di belakang adam!!!
nanti aku update.....
seronok ni....

2:10 am:
celake!!!
slogan HANCUR UMNO kedengaran diPINTU UTAMA
dap, pas, pkr, smm n da geng...
di pintu utama!!!
adam dalam kumpulan tersebut...
wah aktiviti BERPUISI tgah berlangsung!!!
WANITA BERPURDAH menjadi BENTENG dlm 20 orang....
adam baru lepas talk...

2:15 am:
mereka tgah bentang kain putih....
kelibat farhan kelihatan...
dia bukan ditahan polis...
dia ditegur supaya tidak menyertai...
polis ni tak reti beza ke mana puak depa...

2:20 am:
perjuangkan KEBEBASAN AKADEMIK jadah dia...
slogan HANCUR UMNO...
jadi santapan malam ni...
POLIS dan FRU tengok je ke???
warning suruh bersurai je!!!

2:25 am:
keadaan tegang...
sial kamera gua masuk longkang!!!

2:30 am:
cilake!!!
adam menjerit UPSI KURANG HAJAR!!!
PERUSUH TELAH MEMECAHKAN CERMIN
KLINIK SHIFA!!!
ADAM DITANGKAP!!!
SAPA NAK GANTI!!!MEMANG SIAL....

2:35 AM:
FRU TELAH MEMBUAT TANGKAPAN!!!
PERUSUH CUBA MEROBOHKAN PINTU UPSI!!!
1 TRUCK BLACK MARIA TELAH DIBAWA KE BALAI POLIS TG. MALIM!!!!
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN GUA UCAPKAN PENUNTUT UPSI!!!
SAYONARA!!!
penuntut upsi menggunakan nick YUYU LUNA masih bebas
CHEGU BARD melarikan YUYU LUNA....
protestor yang tercedera telah dibawa ke hospital...


1 JAN 2012: UPSI BLACK DAY

Sumber- http://harapan-esok.blogspot.com/2012/01/update-perhimpunan-haram-16-jam.html

Permintaan Ds Mohammad Farhan Mukhlis terhadap para pelajar UPSI

Dakwaan pintu masuk klinik pecah disebabkan polis dinafikan.....
Pintu poliklinik dirempuh pelajar yg lari dari polis....

Satu sms dihantar kepada saya sebentar tadi oleh seorang mahasiswa UPSI yang mengatakan bahawa sekumpulan pelajar mula berkumpul semula di hadapan Klinik Syifa. Adam Adli dan rakan-rakannya berkumpul selepas sahaja dibebaskan dari tahanan polis.

Berikut sms yang dihantar :
"Salam. Demi Alif Ba Ta. Diaorg dh berkumpul smula dpn klinik syifa. Adam baru dilepaskan dari balai slim river. Jom kumpulkn bdk2 kita. Sebarkan n halau petualang ini."
Aikk...baru je bebas dah nak berdemo semula? Hahaha....ni la yg orang Kedah/utara cakap "ketegaq"!!!


Sumber- http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/01/terkini-adam-adli-geng-berkumpul-semula.html


# Jangan ingat polis tu macam patung je weii, derang pun manusia jugak. Bila korang sudah lebih2 memang patut la kene pun. Pas tu kata polis kejam bagai, bila polis tangkap meronta kaw2...bila jatuh....luka....polis gak dapat nama. Patutnya semalam korang gi lepak kat Dataran Shah Alam, layan Ustaz Azhar Idrus lagi bagus. Ni dak, buat keje yang bukan2 je...sakit dapat, malu dapat, silap2 buang "U" pun dapat, last2 hapa pun hang pa tak dapat....padan muka!
# Pssttttt.....Nasib baik kat Malaysia, aku rasa kalau kat Mesir, Libya, Yaman dah tentu ada yang kene tembak kot...hehehe
Tag :

Mahasiswa dibelasah dan ditahan ketika berdemo dimalam Tahun Baru

on 01 Januari 2012

Mahasiswa dibelasah dan ditahan ketika berdemo dimalam Tahun Baru
Inilah info yang aku dapat semasa melayari f/b tadi. Gerakan mahasiswa di UPSI telah dibelasah oleh FRU dan Polis ketika berdemo untuk menuntut hak kebebasan mahasiswa di malam tahun baru 2012. Ikuti petikan berita dari laman web rasmi  gazebodaily.net- Komuniti Media Interaktif Mahasiswa.


Tanjong Malim, 1 Jan : Tatkala seluruh dunia khususnya orang ramai di Malaysia sedang lena dibuai mimpi indah dan bergembira menyambut ketibaan tahun baru 2012 hari ini, lain pula ceritanya sekumpulan mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Awal pagi tadi, hampir 100 mahasiswa yang mengambil keputusan meneruskan aksi himpunan aman di hadapan UPSI semata-mata ingin menuntut pihak universiti menggugurkan kes Adam Adli, telah dibelasah dan dipukul sehingga menyebabkan beberapa siswa cedera parah dan luka di badan.


Tragedi berdarah itu menurut sumber berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi tadi dan berpunca akibat ‘kedegilan’ kumpulan mahasiswa terbabit bersurai setelah diarahkan berbuat demikian oleh pihak polis. Diberitakan hampir 20 anggota polis dan FRU telah dikerahkan turun untuk mengekang pergerakan mahasiswa selain puluhan lagi ‘Special Branch’ yang berkeliaran sekitar himpunan sejak petang semalam. Dua buah trak FRU juga ditempatkan di sana sejak malam semalam.


Menurut sumber, tragedi berdarah awal pagi tadi berlaku setelah Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang dikatakan tidak mengendahkan arahan pihak polis supaya bersurai. Mahasiswa yang hadir dari sekitar Lembah Klang dan UPSI teguh berdiri di hadapan sekumpulan anggota FRU dan polis dengan mengangkat beberapa kain rentang dan melaungkan beberapa kalimah keramat mahasiswa. Namun, seketika kemudian, setelah beberapa kali arahan pihak polis tidak didengari, pihak polis mula bertindak agresif dan meluru ke arah kumpulan mahasiswa terbabit. Diberitakan kira-kira lapan orang polis dan ‘Special Branch’ telah memukul Muhammad Safwan namun berjaya ditarik keluar oleh rakannya. Safwan, 22, yang juga Timbalan Presiden GAMIS terpaksa dikejarkan ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan lanjut dan pemeriksaan mendapati beliau telah mengalami patah tulang di bahagian kiri pipi.

Safwan kini sudah sedar daripada koma dan sedang dirawat di hospital Slim River ditemani beberapa rakan mahasiswa. Selain Safwan, beberapa siswa juga dilaporkan berdarah teruk dan cedera akibat dibelasah dengan kejam oleh pihak polis. Sehingga kini, dilaporkan hampir tujuh belas mahasiswa telah ditangkap dalam pergelutan itu termasuk aktivis yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib, Adam Adli. Antara yang dikenalpasti telah ditangkap polis adalah Timbalan Presiden PMIUM, Amir Nabil, Adam Adli (UPSI), Haziq Abdullah, Khalid Ismath, Hilman Idham (KAMI), Syukri Razab, Shazni Munir(SMM), Shukri Kamaruddin, dan beberapa siswa Universiti Malaya, UniSEL serta kampus sekitar Lembah Klang. Tiada tangkapan dilakukan terhadap mahasiswi namun dikhabarkan ada beberapa provokasi telah dilakukan pihak polis terhadap mereka.- Dilaporkan kesemuanya telah dibebaskan pagi tadi.



Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq dalam kenyataannya jelas kecewa dengan apa yang berlaku awal pagi tadi. “Inilah hadiah tahun baru terbaik dan ‘suprise’ yang pernah saya terima. “Saya kecewa dengan sikap polis yang seperti dicucuk ubat pelali, sangat-sangat bodoh ketika membelasah rakan-rakan saya tadi (pagi tadi). “Dengan tidak sedarkan diri dan tanpa kawalan iman, ramai aktivis berdarah dibelasah dan terpaksa dikejarkan ke hospital. “Mengapa kami diperlakukan sebegini rupa? Adakah kami lebih teruk daripada ribuan lagi rakyat yang sedang berseronok malam ini? Mengapa mereka yang tidak diperlakukan sebegini rupa?”, soalnya yang turut menyatakan kesemua mereka ditahan di Balai Polis Tanjung Malim. Beliau juga menyatakan beberapa wartawan yang sedang membuat liputan juga dipukul walaupun sudah ditunjukkan kad lesen kewartawanan mereka.

Manja bertukar kepada benci
Kumpulan mahasiswa tidak gentar berhadapan dengan sekumpulan FRU. Terdapat juga sesetengah pihak menyifatkan tindakan pihak polis awal pagi tadi adalah kesinambungan kesan daripada himpunan BEBAS 17 Disember lalu di Kuala Lumpur. Ketika himpunan itu, pihak polis terlalu ‘bermanja’ dengan mahasiswa sehingga dikatakan membantu melancarkan perarakan mahasiswa sehinggalah terjadinya kejadian turun bendera di PWTC yang membuatkan pihak polis kebingungan. Mungkin atas alasan itu, mereka tidak mahu kejadian serupa terjadi di UPSI, membelai mahasiswa dengan kasih sayang dan senyum. Sejak awal petang lagi, trak FRU sudah ditempatkan di UPSI dan menjelang tahun baru, jumlah anggota ditambah kerana yakin mahasiswa pasti tidak akan berganjak walaupun amaran sudah dikeluarkan semalam. – Gazebodaily.net

Amar Rasyidi
Adam Adli didalam lokap
Udate Video Mahasiswa ditahan di UPSI




# Bila aku tengok video yang didalam youtube ni, Polis sudah memberi arahan untuk bersurai. Namun para pelajar tidak mengendahkannya.  Bila tak dihiraukan memang polis akan bertindak. Maka terjadilah perkara2 yang tidak diingini. Punca utama demo ni bagi aku, para pelajar tersebut mempertahankan Adam Adli dari dikenakan tindakan pihak pengurusan UPSI dan membantah AUKU. Setiap tindakan sudah tentu ada akibatnya...jadi bak kata pepatah 'Berani buat berani tanggung laa"
Tag : ,

Ciri -Ciri MyKad Baru - Januari 2012

on 31 Disember 2011

Ciri-Ciri MyKad Baru - Januari 2012
Pehh..myKad dah ada design yang baru. Siap ada gambar ala2 laser lagi.Terbaik nih...Harap lepas ni tiada atau kurang la MyKad klon. Aku suka ciri2 MyKad baru ni...rasanya dah tak sabar nak tukar, tapi aku juga berharap kualiti kad ni lebih baik dari yang lama...

Contoh MyKad baru 2012
* Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baharu yang dipertingkatkan tahap kualiti dan ciri-ciri keselamatan bermula Januari depan.
* MyKad baru itu mampu menangani permasalahan yang sering dibangkitkan sebelum ini antaranya isu pemalsuan, ciri keselamatan dan ketahanan serta kualitinya.
* Kelebihan MyKad baru itu adalah diperbuat daripada bahan 'polycarbonate' yang lebih tahan dan mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad serta dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan. MyKad itu juga mengandungi cip yang telah diuji kualiti ketahanan di Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia (SIRIM) serta makmal-makmal semi konduktor yang diiktiraf.
* Buat masa ini pengguna MyKad yang sedia ada tidak diwajibkan menukar kepada MyKad baru tetapi boleh berbuat demikian dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang pertama kali membuatnya.
* Inisiatif ini berhubung kait dengan agenda meningkatkan fungsi ciri-ciri keselamatan dokumen berkaitan pengenalan diri dan imigresen setelah mengambil kira aduan rakyat berhubung tahap kualiti MyKad yang diguna pakai sekarang, termasuk la Mykad kepunyaan aku yang sedikit rosak...huhuhuhu...Korang lak camne?

Tag :

Keupayaan ATM Diperakui di Dunia - Malconn Battalion

on 30 Disember 2011

Keupayaan ATM Diperakui di Dunia - Malconn Battalion
Aku tak tau nak update apa. Tengah dok "blur"...bosan, tension sumer ada...Ni sumer gara2 kerja yang agak membebankan. Jadi aku nak release tension sikit..meh layan video you tube pasal askar khas Malaysia ni jap. Aku berbangga dengan mereka2 nih....salute spring kat derang, semoga terus berjaya mengharumkan nama negara Malaysia!!!!

Tag :

Dialog Antara Agama di Televisyen - Pandangan Anda?

Dialog Antara Agama di Televisyen - Pandangan Anda?
Dibawah ini adalah satu pandangan dari beberapa orang mahasiswa di negara kita. Sebenarnya aku juga bersetuju juga dengan dia orang tentang isu ini. Menyelesaikan isu agama bukanlah dengan menuding jari kemana2 pihak ataupun mengharapkan hanya satu pihak sahaja untuk menyelesaikannya. Duduk, berbincang secara terbuka adalah lebih baik dan pastinya mendapat perhatian dari ramai pihak termasuk yang bukan beragama Islam. Apapun terpulang kepada anda semua untuk menilai sendiri tentang isu ini. Salam Jumaat buat semua...adiozzz!!

Berdasarkan statistik bagi tahun 2000 hingga 2010, Malaysiakini melaporkan jumlah permohonan orang Islam untuk murtad adalah 686, manakala permohonan diluluskan ialah 135 orang. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) akan mengadakan program seperti kaunseling, kelas agama dan bantuan baitulmal untuk saudara baru bagi membendung isu murtad ini.

Namun timbul persoalan, mungkinkah isu murtad ini dapat diredakan melalui kaunseling, kelas agama dan bantuan baitulmal yang hanya difokuskan kepada saudara baru? Bagaimana pula dengan pendedahan tentang kefahaman Islam dalam kalangan umat Islam itu sendiri? Melihat kepada situasi ini, kami sebagai mahasiswa berpendapat, langkah lebih berkesan perlu diambil untuk mengatasi masalah ini supaya dapat menerapkan kefahaman Islam sebenar dan mengukuhkan akidah umat Islam. Sudah tiba masanya isu agama ini dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat.

Bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia, dialog antara agama merupakan jalan bijak untuk menangani isu dianggap sensitif ini. Justeru, kami mencadangkan dialog antara agama ini dibawa ke kaca televisyen supaya inti patinya dapat disampaikan kepada seluruh lapisan masyarakat di negara ini. Oleh yang demikian, jelaslah perbahasan agama ini perlu diadakan, sebagai contoh negara yang berfahaman komunis, Rusia bakal melancarkan satu saluran televisyen Islam bertujuan menggalakkan toleransi agama selepas ibu negaranya menyaksikan beberapa pertempuran berdarah sejak kejatuhan Kesatuan Soviet. Langkah kerajaan Rusia ini menggembirakan seluruh umat Islam di sana dengan harapan dapat memupuk semangat toleransi beragama.

Justeru, dialog antara agama adalah pendekatan terbaik dan merupakan tuntutan masa kini di Malaysia. Dialog seperti ini dapat mencari titik temu untuk mewujudkan persefahaman yang boleh diterima setiap agama. Bagi orang Islam itu sendiri, dialog ini adalah platform memperbetulkan salah faham yang wujud terhadap agama Islam, selain menepis segala dakwaan tidak benar. Segala maklumat dan fakta yang sahih dapat disalurkan. Program dialog antara agama ini sebenarnya kerap diadakan di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia. Namun, kami berasa penganjuran dialog seperti ini perlu disebar luas dalam kalangan masyarakat setempat, iaitu melalui siaran televisyen. Media elektronik merupakan alternatif saluran bagi menyampaikan atau membentangkan perbahasan antara agama secara terbuka.

Buku Enhancing The Understanding of Islam for the Media tulisan Anuar Ab Razak dan Abu Bakar Abdul Majeed, menekankan, televisyen sangat penting sebagai wadah memperbetulkan prejudis dan gambaran buruk mengenai Islam ciptaan Barat, orientalis dan musuh Islam yang tidak bersikap adil dengan umat Islam. Maka, seandainya dialog antara agama ini dapat disiarkan melalui televisyen, sudah pasti pemikiran rakyat dapat dicorak dengan ilmu dan perkongsian yang bermanfaat. Rakyat dapat membuat perbandingan dan penilaian secara tidak langsung mendorong mereka untuk mengkaji agama dengan lebih mendalam. Ia juga dapat membangkitkan rasa menghormati agama lain dan lebih menghargai agama sendiri.

Firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nahl ayat 125 bermaksud, “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-NYA dan DIA lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” Jelaslah bahawa Islam menggalakkan dialog dalam suasana harmoni dan baik. Di samping itu, penonton dapat berbincang atau berfikir secara intelektual tanpa rasa marah, sensitif dan emosi yang melampau.


# Syafinaz Zainuddin, Madihah Baharudin, Nur Rizwana Ishak, Siti Nazimah Daud (Pelajar Jurusan Bahasa Arab dan Komunikasi, Universiti Sains Islam Malaysia)



Sumber - Sinar Harian.com
Tag : ,

Wanita DiHukum Gantung Sampai Mati - Hudud di Iran

on 29 Disember 2011

Seorang wanita di Iran dihukum gantung sampai mati kerana kesalahan bersubahat dalam membunuh suami dan melakukan zina. Inilah berita yang pernah dimainkan oleh pihak barat satu waktu dahulu. Mereka menentang hukuman ini atas alasan "kemanusiaan". Negara2 disebelah timur telah lama mengamalkan undang syariah bagi penganut agama Islam. Gamaknya bila la Malaysia nak melaksanakan hukuman seperti ini yerr. Tapi, harus kita ingat, jangankan nak laksanakan undang2 Islam...kes2 yang berkaitan dengan orang Islam dan agama Islam pun nak dirujuk di Mahkamah Sivil... Ape cerita??[Betulkan jika aku salah]


TEHERAN - Pihak berkuasa Iran, kelmarin, dilaporkan akan meneruskan rancangan menjalankan hukuman mati ke atas seorang wanita atas kesalahan berzina dalam kes yang dicemari campur tangan masyarakat antarabangsa. Namun, Iran mungkin akan menjalankan hukuman itu melalui tali gantung berbanding hukuman awal iaitu rejam sampai mati.

Tertuduh, Sakineh Mohammadi Ashtiani kini sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan berasingan iaitu bersubahat untuk membunuh suaminya. Iran menangguhkan hukuman rejam ke atas Sakineh, Julai tahun lalu selepas kes wanita itu mendapat perhatian media antarabangsa dan mencetuskan kritikan oleh negara Barat.

Jabatan kehakiman dan undang-undang Islam negara itu sedang mengkaji sama ada hukuman rejam sampai mati yang sepatutnya dikenakan ke atas Sakineh boleh diubah kepada hukuman gantung bagi mengelakkan salah anggap mengenai undang-undang Islam.

Sakineh disabit bersalah atas dakwaan berzina pada 2006 selepas pembunuhan suaminya dan wanita itu kemudian didapati turut bersubahat dalam pembunuhan itu.

Sumber - Sinar Harian


 Sakineh Mohammadi Ashtiani

Tag :

Tragedi Ombak Besar Di Terengganu - Gambar dan Video

on 28 Disember 2011

Beberapa hari lalu di Terengganu, kejadian ombak besar berlaku dengan teruk sekali di Terengganu. Daerah yang paling teruk ialah Dungun, antara tempat aku dan kengkawan selalu pi mancing. Turut terlibat ialah persisiran Pantai Peranginan Teluk Lipat. Bagi kita yang tak biasa, mungkin ini kejadian yang agak luarbiasa dan pelik sedikit. Tapi, bagi orang sana..."hmm, dah lali dohhh.." Itu bagi dia orang, tetapi, sebenarnya pada aku memang agak luar biasa juga. Sebelum ni ombak kuat jugak, tapi tiada rumah yang menjadi korban...Bezanya kali ni, sebuah rumah dah menjadi mangsa...gamaknya lepas ni apa pulak?? Harap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan dengan segera.

Di KEMAMAN, penduduk Kampung Tanjung, Kuala Kemaman, di sini, turut diancam hakisan pantai eko­ran bencana itu sehingga sebuah rumah musnah sementara beberapa rumah lagi di pesisir pantai itu semakin hampir dihempas ombak. Rumah bercantum dengan kedai makan dihuni Juliati Ismail, 30, bersama suami, Mohamad Abdul Rashid serta tiga anak mereka runtuh dalam kejadian ombak besar beserta ribut 22 November lalu kini hampir sepenuhnya ditelan ombak setelah fenomena ombak besar kembali sejak dua hari lalu. Menyedihkan lagi, empat rumah penduduk lain juga di ambang kemusnahan sekiranya bencana ombak ber­te­­­­r­usan kerana tebing pantai terhakis teruk sekali gus mendekatkan lagi jarak rumah masing-masing dengan laut.


Komen seseorang di video di atas: "style la vdeo ni..depan umah gua tu...mmg la org lua nmpk disaster..tapi bende ni mmg berlaku tiap2 musim tengkujuh..so org tempatan mcm aku ni da mmg lali daa..tapi kami tetap mengharapkn pihak Perbandaran Dungun untuk membuat sesuatu utk prevent benda ni dari menjadi smakin teruk dari tiap musim tengkujuh yg mendatang...tapi tu laa..hampehhh..government oh government...zzzzzzzzzzzzzz"





ombak besar

ombak besar di terengganu
Sumber gambar: informasi.my
Tag :

Awang Hitam Kene Tangkap!!

Huhh...Bagus sangat dah tu. Awang Hitam Kene Tangkap dahh...Patut la sebelum ni aku tengok makin bertambah ramai je geng awang hitam dikawasan yang berhampiran dengan kawasan perumahan aku ni. Tah ape kerja derang pun aku tak tau, biasanya aku ternampak derang ni kat area pasaraya 99, Econsave dan juga tepi2 jalan yang berdekatan. Aku ingat lagi, masa memula duduk kat area sini dulu, tak pernah pun kelibat awang hitam ni ada. Tapi, makin lama makin bertambah ramai pulak. Tah kerja apa pun tak tau, tapi yang aku heran tu...pernah jugak aku jumpa Awang Hitam ni pakai kereta...wahhh kemain lagi derang, dah macam jalan tu mak bapak datuk nenek dia yang buat pulak. Memang dasar tak sedar diri betul la awang hitam nih.

Dan, tentunya aku sokong sesangat tindakan Jabatan Imigresen tu. Sekurang2nya berkurang la warga2 Awang Hitam kat area sini. Tapi yang lebih penting...diaorang tak tinggal di betul2 kawasan aku. Legaa la sikit.....tak de la kecoh sangat dan tak de la yang bakal kene "bedal"...ha3x!!!


KLANG: Rasa curiga yang selama ini membelenggu penduduk di Apartmen Golden Villa, Jalan Kebun, di sini, akibat lambakan warga asing terungkai apabila Jabatan Imigresen Selangor menyerbu kawasan berkenaan dan memberkas 33 warga asing, malam kelmarin.
Pengarah Imigresen Selangor, Amran Ahmad berkata, dalam serbuan bermula jam 11.30 malam sebelum berakhir tiga jam kemudian itu, pihaknya menahan 28 lelaki warga Afrika, empat perempuan warga Indonesia dan seorang perempuan warga Filipina atas pelbagai kesalahan imigresen.

Menurutnya, serbuan disertai 70 anggota dan lima pegawai dari Jabatan Imigresen Selangor serta 10 anggota Jawatankuasa Penduduk Kawasan Golden Vila.
“Imigresen menyerbu apartmen itu selepas membuat risikan dan tinjauan berdasarkan aduan penduduk setempat dan hasil maklumat diperoleh mengenai lambakan warga asing khususnya dari Afrika di kawasan itu. “Dalam serbuan itu, pihak berkuasa mendapati ada segelintir warga Afrika ini meraikan perayaan Krismas dengan membuat bising dan meminum arak tanpa memikirkan sensitiviti penduduk setempat.

“Pihak kami turut memeriksa 37 rumah dihuni 50 lelaki dan 10 wanita dari Nigeria, Indonesia dan Filipina,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi itu, malam kelmarin.

Amran berkata, berdasarkan siasatan awal didapati kebanyakan warga asing ditahan melakukan kesalahan tinggal lebih tempoh yang ditetapkan dan ada menyalahgunakan permit untuk tujuan tertentu.
Sumber= Mymetro
Tag :

Cara Semak Keputusan PMR 2011

on 22 Disember 2011

Sebenarnya dah ramai rakan blogger yang update tentang Cara Semak Keputusan PMR secara online/SMS ni. Blog Tehr, Denaihati, Zik dan lain2 lagi. Namun aku juga teringin mencuba terutamanya dari segi SEO di indeks Google. Tak tau la boleh fight ke idaknya. Tapi bila aku check memang sengit juga keyword SEMAK KEPUTUSAN PMR ONLINE 2011 nih.Ok, abaikan.


Melalui cara online ni, aku rasa memang senang betul, cuma kalau ada masaalah ialah pada sistem tu je sendiri nanti. Takut berlaku kesesakan pada talian. Maklum la, aku rasa ramai yang akan guna cara ni. Mudah dan ringkas. Kat opis pun mak bapak boleh check keputusan anak2 mereka. Tak perlu beratur,berpeluh dan bersesak bagai menempuh jem kat jalanraya.




Caranya: Taip PMR SEMAK [NO Kad Pengenalan][Angka Giliran] dan hantarkan ke 15888






# Semoga berjaya buat calon2 yang terbabit. Kalau ada yang gagal, jangan mudah berputus asa. Anggap keputusan itu satu dugaan untuk kamu terus berjaya dikemudian hari. Zaman aku dulu tak de PMR...yg ada cuma SRP jerr...hehehe
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved