Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan

Jumpa Hantu Dalam Latihan Asas Rekrut

on 06 Mac 2012

Jumpa Hantu Dalam Latihan Asas Rekrut, hehehe...aku gelak dulu ehh. Kalau korang biasa pergi ke kem motivasi tak kira lah masa kat sekolah ataupun semasa dalam universiti/kolej, aku pasti korang pernah diwajibkan ke kem motivasi. Bezanya kem motivasi yang bagaimana, biasa? sedang? ataupun agak hard core? Tak kisah lah macam mana pun kann.....

Tapi satu video yang aku nak share dengan korang kat bawah ni adalah satu Latihan Asas Rekrut tentera Laut Diraja Malaysia Pengambilan 192/2003 .. Dimana bakal rekrut tersebut dikhendaki berjalan bersendirian di dalam hutan yang gelap gelita tanpa sebarang cahaya. Makk aihh...dasat gak latihan derang nih....

Serius!!, aku gelak terbahak-bahak semasa tengok video nih, nak-nak masa tu tengah layan dengan kengkawan dalam opis. Tapi, aku juga bersimpati dengan ketakutan tahap dewa derang semasa menjalani latihan tu. Cuma nak tanya...apa pulak perasaan korang jika korang berada ditempat diaorang?




# Malam2 kalau tengok sensorang ada yang rasa takut tak?
Tag :

GAMBAR RUMAH MEWAH DATO SITI NURHALIZA DI AUSTRALIA

on 05 Mac 2012


Sepertimana yang disiar didada akhbar kosmo online, Dato Siti Nurhaliza telah dikatakan menjadi pembeli pertama rumah/kondo mewah di Australia. Dinamakan sebagai The Istana, rumah tersebut memang kelihatan mewah, sekurang2nya dari gambaran artis.

Tapi aku ni kenkadang terpikir juga, kalau beli kat sana sapa pula yang nak tinggal kat rumah tu...opss...mungkin bakal jadi rumah hinggap kot, gamaknya laaa...ha3x!!!

Mungkin Dato Siti Nurhaliza akan berbincang dengan suami beliau Dato K, untuk tinggal disana hanya disaat mereka menikmati percutian je kot. Mungkin laaa....itu anggapan aku je. Apapun, layan je dulu gambar2 rumah mewah yang bakal dimiliki Dato Siti Nurhaliza satu hari nanti di Australia.
Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menandatangani perjanjian membeli sebuah pangsapuri satu bilik di The Istana dalam majlis pelancaran projek kediaman itu, baru-baru ini.

Pemaju hartanah tempatan, Magna Prima Bhd. yang menjadi peneraju utama dalam pembinaan kediaman itu di Melbourne, Autralia menampilkan Siti Nurhaliza sebagai pembeli dan pelabur pertama unit kediaman mewah itu.
The Istana merupakan pangsapuri kediaman menara tunggal setinggi 25 tingkat terletak di A’Beckett Street iaitu di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan Melbourne.

Sebelum ini, projek itu dikenali sebagai Dynasty Living yang dibangunkan di atas kawasan berkeluasan 10,800 meter persegi yang memuatkan 320 unit kediaman.
Pertukaran nama kepada The Istana merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan ciri hartanah dan sentuhan arkitek Malaysia.











Artikel menarik, jom tengok senarai - 10 Blogger Terbaik Malaysia


~Salam mesra dari yastro~
Tag : ,

KONSERT ERYKAH BADU DIBATALKAN - ADA ARTIS MARAH?

on 04 Mac 2012


Hmmm....melawan yerr....degiyy nihh. Tu la yang terjadi bila Konsert Erykah Badu dibatalkan tempoh hari. Akhbar Sinar Harian kata ada artis yang marah dan tak puas hati, telah meluahkannya menerusi laman twitter memasing.
Beberapa artis menerusi Twitter, secara terang-terangan mempertikaikan keputusan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, yang membatalkan konsert itu atas alasan penyanyi tersebut melanggar garis panduan Pusat Permohonan Penggambaran dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

Sebelum ni aku tak tau sangat mengenai pembatalan konsert Erykah Badu di Malaysia. Bila balik dari mancing hari tu, aku ada baca beberapa entri dari para blogger mengenai artis barat ni. Dikatakan badan dan bahu beliau ada tatoo yang menyerupai kalimah Allah. Sewajarnya aku juga seperti para blogger lain rasa dan juga pak menteri kita tu. Jadi keputusan kerajaan membatalkan konsert tu pada aku amat tepat sekali. Artis barat ni pun satu hal, tak sensitif langsung dengan masyarakat disini.....kan dah kena.

Walaupun di Malaysia konsert Erykah Badu telah diharamkan, di Indonesia konsert beliau dijangka akan berlangsung seperti biasa. Hmmm....pelik juga aku kalau orang Islam di Indonesia tidak membangkang perkara nih. Jadi, pada artis2 yang tak puas hati tu...tempat paling dekat sekali korang nak layan konsert erykah Badu tu adalah kat sana...pe lagi, book flight laa...

- Tak kenal sangat artis ni...bila dah kecoh2 ni baru la nak kenal...hahaha
Tag :

AINAN TASNEEM

Seorang lagi gadis muncul di you tube seakan-akan seperti cara Yuna dan Najwa Latif. Ainan Tasneem, itu la nama dia. Aku tak tau sangat, kawan aku si "Mail" ni yang beria suh aku tempek Ainan Tasneem. Lagu "Aku Suka Dia" member aku kata pernah keluar kat radio Hot FM. First time aku dengar dan tengok kat youtube, aku rasa biasa2 jerr lagu "Aku Suka Dia" tu. Tak de la betul2 menyengat...tapi tak tau la pandangan korang. Kat bawah ni aku tempek satu lagu si Ainan Tasneem...layan je laa...



Sekarang ni seolah2 dah jadi trend bebudak la ni tunjuk bakat diri diaorang kat youtube ehh...Cam biasa la kalau kat youtube, memacam komen akan keluar. Nak tak nak, dia kena terima je laa...Satu lagi kat paper pun dah start dok sebut2 nama dia, mungkin glemer gak la nanti budak ni kot.
Tag :

GAMBAR ANAK MAWI - CAHAYA MALAIKA

on 01 Mac 2012

Ini adalah Gambar Anak Mawi, Cahaya Malaika yang baru saja aku jumpai di f/b. Kredit kepada mygosip.com dan sinar harian kerana gambar terbaru ini. Amacam? Comel tak gambar Cahaya Malaika nih...puteri sulung Mawi dan Ikin setelah 3 tahun berkahwin.

Cahaya Malaika bermaksud "Cahaya Permaisuriku", pada aku memang sesuai sangat nama tu. Apapun, tahniah aku ucapkan kepada mereka berdua.
“Jujurnya, saya berasa amat teruja menanti kehadiran cahaya mata pertama ini, namun debaran saya terbalas apabila mendakapnya. “Saya pasti akan menjaga dan mendidik anak sulung saya ini sebaiknya. Saya dan Ekin akan membahasakan diri kami Abi dan Ummi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Astro, hari ini.- sinar harian

GAMBAR+CAHAYA+MALAIKA+ANAK+MAWI

GAMBAR+ANAK+MAWI+IKIN
Tag :

MAWI DAPAT ANAK SULUNG - PEREMPUAN, CAHAYA MALAIKA

MAWI+DAPAT+ANAK+SULUNG+CAHAYA+MALAIKA
 Akhirnya isteri kepada penyanyi Mawi, Ekin selamat melahirkan anak sulung mereka seorang perempuan semalam secara normal. Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan oleh Ekin atau nama sebenarnya Nor'ashikin Rahmat,33, di Hospital Pakar An-Nur Hasanah di Bangi dekat sini pada pukul 4 pagi. Dikatakan Ekin dan bayinya kini dalam keadaan selamat dan sihat. Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani yang kini berusia 31 tahun kini secara rasminya bergelar seorang bapa. Tahniah...kini tanggung jawab kamu telah bertambah...insyaallah semakin murah rezeki kamu nanti.

"Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat pagi tadi (semalam). Saya juga bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar," ujarnya yang turut berada di sisi Ekin sewaktu melahirkan anak sulung mereka. Diberitakan nama anak sulung mereka ialah CAHAYA MALAIKA untuk info, selepas tiga tahun MAWI DAN EKIN melayari alam rumah tangga, Ekin telah dua kali mengalami keguguran kandungan,  Alhamdulillah kali ini mereka berjaya jua..semuanya dengan kuasaNYA. Tahniah untuk mereka berdua.

Sumber -kosmo
             abg teror.


# Lihat GAMBAR TERBARU PUTERI MAWI DAN IKIN- CAHAYA MALAIKA

# Sorry geng...kepala aku masih terbuai2 lagi [pening] dengan ombak Laut China Selatan, bila ngadap laptop jerr....mak aihhh terasa beralun2 macam duduk dalam bot lagi....insyaallah esok aku akan kembali seperti biasa.
Tag :

Perang Drum - Last Battle|Drumline

on 26 Februari 2012

Walaupun hanyalah lakonan di dalam filem, Drumline - Last Battle, aku cukup suka bila menonton video ni di youtube [err...pilem dia aku tak pernah tonton la plak] Memang stylo habis dehh, pertembungan 2 musuh dalam Perang Drum yang bakal menobatkan siapa akan menjadi pemenangnya. Apapun, meh layan video yang baik nih dulu.


# Ni salah satu draft entri yg tak menjadik...hehehe
Tag :

Gambar di Pengebumian Whitney Houston

on 20 Februari 2012

Gambar-gambar disekitar pengebumian mendiang Whitney Houston.

Mendiang diva pop Whitney Houston dikebumikan di tempat kelahirannya di bandar raya Newark, semalam.
Pengebumian yang diadakan secara tertutup itu diiringi dengan persembahan koir. Keranda Houston kemudiannya dibawa keluar dari gereja pada jam 3.41 petang (4.41 pagi ini waktu Malaysia).
Beberapa orang rakan artis turut kelihatan pada upacara pengebumian, antaranya Rickey Minor dan Kevin Costner.
Penyanyi itu ditemui tidak sedarkan diri dalam tab mandi di bilik hotelnya di Los Angeles,11 Februari lalu.
Mendiang berusia 48 tahun.Berita kematian penyanyi itu mengejutkan banyak pihak, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi berhubung punca kematiannya, yang dikaitkan dengan ketagihan dadah dan alkohol.


Gambar+Sekitar+Pengkebumian+Whitney+Houston

Punca+Whitney+Houston+Mati









Tag :

[Video] Whitney Houston Mati Mengejut!!

on 12 Februari 2012

Whitney-Houston-Mati-Mengejut

Telah disahkan, Whitney Houston mati mengejut di usia 48 tahun pada hari Sabtu [semalam] di Baverly Hill Hotel, Los Angeles. Penyanyi yang terkenal dangan gelaran "Queen of The Pop"dengan lagu paling femes iaitu "I Will Always Love You" itu dikatakan mati akibat pengambilan berlebihan dadah dan alkohol? - isu yang sering dikaitkan dengan beliau sepanjang karier dibidang nyanyian dan lakonan.

Aku juga meminati suara beliau yang nyaring dan lantang itu. Tapi takat minat je laa, tak de aku nak hafal lagu dia tu...juga filem beliau yang terkenal iaitu "The Bodyguard". Kenkadang kesian juga aku tengok cara kehidupan artis barat ni, hidup mewah...duit berlambak tapi kebahagiaan tiada. Tengok je la pada perkahwinan dia dengan Bobby Brown yang hancur berkecai yang mana Bobby Brown juga seorang artis yang bermasaalah.
Filem-The-Bodyguard-Whitney-Houston

Meninggalkan seorang anak, Bobbi Kristina mungkin bakal mewarisi segala harta mak dia? Itupun kalau sang suami eerrr ex suami dia tak tuntut laa..- Dilaporkan Bobby Brown juga bersedih dengan kematian Whitney Houston. Saat dia mengetahui kematian bekas isterinya dia telah membuat panggilan kepada semua sanak saudara dalam keadaan yang sedih dan menangis, sebelum berita ini dihebahkan kepada umum.


Tag :

[Update Pic] Ally Iskandar Bernikah - Tahniah!!!

on 21 Januari 2012

Ally Iskandar Bernikah - Tahniah!!!
Jarang sangat aku nak up date berkenaan dengan artis di Malaysia ni kecuali mereka yang aku rasa ada "ngam ho liau " dengan aku. Yup...Tahniah aku nak ucapkan buat  Ally Iskandar Mohd. Mardzi, 36 yang telah selamat bernikah. Hanya dengan 2 kali akad nikah, beliau telah pun menjadi suami kepada Nurfarahin Romlee, 23.....Semoga bahagia selamanya hingga ke anak cucu dan akhir hayat bro..Pehh...macam le aku kenal sangat si Ally nih!!


ally bernikah

Ally ni, seumur hidup aku.... baru jumpa sekali je aku dapat jumpa dengan dia. Tu pun masa dia jadi emcee kat Jelajah Proton 1 Malaysia di Melaka  pada tahun 2010 yang lalu. Masa tu Ally sempat jugak la interview aku, walaupun suara aku masa tu serak habis sebab karaoke banyak sangat bagi penerangan kat orang ramai... 


Dan masa tu aku tak lepaskan peluang bergambar dengan dia. Memang dia seorang yang sangat ramah. Aku suka cara dan pr beliau bila berhadapan dengan orang ramai. Maklum la orang glemer katakan, kena la jaga semua mende dari segi sosial dan sebagainya.


Pengacara popular TV3, Ally Iskandar Mohd. Mardzi, 36, selamat bernikah dengan pilihannya, Nurfarahin Romli, 23, di Masjid Kristal, Kala Terengganu, Terengganu hari ini dengan mas kahwin sebanyak RM250.
Apapun, Tahniah sekali lagi...semoga berkekalan hingga ke akhir hayat korang Ally!!! Jaga bini elok2....- Errr awek yang masa aku jumpa kat Melaka ngan Nilai tu camne ekk?? Cun jugak....ingat aku nak jadi paparazi masa tu, sekali "kantoi" laa...aku amik gamba dia, dia amik gamba aku....padan muka aku...hahaha. Time tu aku guna kamera kompak je...dia lak guna dslr...hamikkk ko....gamba dia blur...gamba aku...lagi mau tanyaaa kaa...ha3x!!!


ally berkahwin dgn farah lee
Gambar poyos aku lagi!!!! Hahaha...jgn mareee!!!!
Update Gambar Nikah dia...


perkahwinan ally

pernikahan ally Iskandar

perkahwinan ally iskandar

Ally Iskandar Berkahwin


# Nak tengok gamba lain?? Pergi kat fan page Ministry of Moment....ado banyak laie...he3x!!!
# Yang penting kita buat ikut cara Islam yang sebenarnya, bila segala2nya selesai..alhamdulillah. Bersyukur la kepada Allah.S.W.T. Jangan ada pulak yang nak tiru cara "nikah haram" nih. Aku takik korang kang!!!.Ally Iskandar Bernikah - Tahniah!!!
Tag :

Ferrari Terpanjang di Dunia - Ferrari 360 Modena

on 17 Januari 2012

Ferrari Terpanjang di Dunia - Ferrari 360 Modena ! Kenapa?? Tak Percaya?? Ferrari 360 Modena limosine yang telah di panjangkan oleh Dan Cawley yang berasal dari Manchester United. Ferarri ini dipercayai adalah Ferarri yang paling panjang didunia.

Ia juga mampu memuatkan 7 orang penumpang. Dengan panjang 6 meter, berat Ferarri ini hanya lebih 150kg dari berat model asal.

Kelajuan bagi Ferarri ini juga dikatakan tidak berubah, tetap mampu mencecah sehingga 257k/m sejam.Dikatakan sejumlah 250 ribu pound telah diperuntukkan untuk memanjangkan kereta ini.

Ferrari Terpanjang di Dunia - Ferrari 360 Modena


Ferarri terpanjang didunia

# Letih aku tengok orang2 politik ni la...banyak bebeno isunya. Ape salahnya kalau sama2 duduk berbincang, bersatu...fikir sama2 bagaimana nak naikkan ekonomi, bangsa dan negara...Ni dak, asik dok bertelagah je. Sana usik sini, sini usik sana...sampai kiamat tak habis....:(
Tag :

Gadis Cantik Menjadi Pengawal Peribadi - Bodyguard Wanita di China

on 16 Januari 2012

Gadis Cantik Menjadi Pengawal Peribadi - Bodyguard Wanita di China !

Gadis Cantik Menjadi Pengawal Peribadi - Bodyguard Wanita di China
Huiyoooo...awek comei lote wooo:)
Gadis Seksi Menjadi Pengawal Peribadi - Bodyguard Wanita di China
Dua puluh orang gadis cantik dan bertubuh seksis kelihatan sedang berkumpul ditepi pantai di Hainan, China pada 8/1/2012 yang lalu. Selepas menukar pakaian, kesemua mereka mengenakan bikini dan kelihatan teramat seksi beb!! Namun, mungkin anda juga sedang menafsir yang mereka ini sedang beristirehat, berparti atau pun sedang berkelah di tepi pantai. Walhal sebenarnya mereka ini adalah calon bodyguard yang sedang mengikuti latihan menjadi "bodyguard wanita di China".

Para gadis itu, sebahagian besarnya mempunyai pendidikan tinggi, mendapat latihan yang agak keras seperti seorang tentera. Mereka ditendang, dibenam, juga disuruh mengusung kayu balak di dalam air. Latihan fizikal yang berlangsung selama empat minggu itu dipimpin oleh para jurulatih dari Tianjiao Special Guard/Security Consultant Ltd Co, satu syarikat khas untuk pengawal wanita yang pertama di China.

Setiap peserta wajib mengikuti latihan ini selama 10 bulan untuk mengembangkan kemampuan didalam bidang perisikan, antiterorisme, beladiri, dan etika bisnes. Peserta terbaik akan dihantar untuk belajar lebih lanjut ke International Security Academy di Israel.-sokong Israel nampakkk... Setiap gadis yang memasuki karier di bidang ini juga dikatakan berpeluang mendapat gaji yang lebih tinggi dari pendapatan bekerja di pejabat.

Trend terkini di China dikatakan ramai klien memilih pengawal wanita/gadis kerana dibandingkan dengan lelaki, perempuan mampu berperanan sebagai setiausaha dan juga sebagai pengasuh. Anggaran pendapatan sebagai pengawal wanita ini mampu meraih sehingga 100 dollar AS per hari. Sementara purata pendapatan penduduk di China adalah sekitar 1.500 dollar AS per tahun.

Sumber asal - Kompas.

Gadis seksi pengawal peribadi


Gadis jadi bodyguard
Pikul balak ehhh....
kerjaya bodyguard china
Selam jangan tak selam...
Komando wanita China
Ingat komando je yang biasa kena tendang?..he3x1!!
# Teringat aku kes arwah Muammar Ghadafi dengan pengawal wanitanya dulu....Errr Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah masih sempat/terbuka lagi...jom join ramai2, kasi meriah sikit kat blog titan tu...he3x!!!- Nampaknya keyword Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah tu memang betul2 tengah bersaing hebat nih...:)

Gadis Cantik Menjadi Pengawal Peribadi - Bodyguard Wanita di China
Tag :

Juara Masterchef Malaysia - Ezani der Champ!!!

on 09 Januari 2012

ezani masterchef malaysia pertama

Seperti yang telah aku jangkakan tadi, Juara pertama bagi Masterchef Malaysia akhirnya telah jatuh ke tangan Ezani. Menewaskan bro Wahidan hanya dengan 7 % sahaja. Satu keputusan sengit bagi kedua2 mereka. Tahniah aku ucapkan. Kepada bro Wahidan, aku memang setuju dengan kata2 beliau. Sebelum ni dia hanya seorang pekebun yang tidak pernah dikenali pun, bersaing dengan Ezani seorang doktor gigi diibarat seperti langit dan bumi...tetapi alhamdulillah didalam bidang kulinari ini, mereka sama taraf. Semoga bro Wahidan akan terus maju jaya dimasa akan datang. Untuk bab- bab makanan pula aku tak mau komen...sebab aku tak rasa. Tapi bila juri komen desert bro Wahidan best tu aku dah rasa memang sengit giler saingan kali nih.

Ezani dan Wahidan

Ezani pula, impian beliau telah pun terlaksana dalam menjadi Masterchef pertama di Malaysia. Hala tuju beliau seterusnya kemana gamaknya yekk? Terus menjadi seorang doktor? Bertukar menjadi seorang chef? Ataupun kedua2 nya sekali. Apapun jumlah RM100,000 tu memang berbaloi-baloi. Boleh bukak klinik gigi persendirian lak pas ni kot? Tahniah sekali lagi dari aku dan wife aku kat kedua2 peserta. Korang dah buat yang terbaik dah. Respect to Ezani dan bro Wahidan, keep it up!!!!

dapur masterchef malaysia

Sumber gambar- Fan Page Masterchef Malaysia
Tag :

Santapan Penamat- Pertarungan Terakhir Antara 2 Peserta Masterchef Malaysia [Ezani vs Wahidan]

on 08 Januari 2012

Ezani vs Wahidan
Santapan Penamat, Ezani vs Wahidan
Santapan Penamat- Pertarungan Terakhir Antara 2 Peserta Masterchef Malaysia [Ezani vs Wahidan]
Malam ini, Masterchef Malaysia adalah antara satu rancangan yang aku dan orang rumah suka tonton (selalunya aku la yang jarang dapat tonton) Pertandingan Masterchef Malaysia akan berakhir dengan penentuan diantara Ezani (doktor gigi) dan juga brader Wahidan(pekebun). Pertama kali aku nak kata yang aku respek sangat kat bader Wahidan ni. Walaupun asal usul dia cuma seorang pekebun di Kinabatangan, Sabah, tapi ternyata itu bukan penghalang untuk dia terus maju sehingga ke peringkat akhir. Aku ingat lagi episod dimana semua peserta diminta memasak ala2 Jepun. Ternyata hanya dia seorang yang gagal..gagal dengan teruk kerana dia memasak tidak menepati tema. Nasib baik masa tu bukan peringkat penyingkiran,klau tak kompom dia yang pertama kene singkir. Ezani pulak...hmmm ternyata dia sentiasa melakukan yang terbaik. Malah aku rasa malam ni pun mungkin malam milik beliau.

Apapun diharap kedua2 pesert dapat buat yang terbaik untuk meraih  gelaran Masterchef Malaysia yang pertama sekaligus menjuarai hadiah bernilai RM100,000 dan menerbitkan buku masakan sendiri dengan tema "The Meal Of Your Life". 2 peserta ini turut dibantu oleh 10 peserta yang pernah tersingkir iaitu Deena, Zamir, Ary, Shahriah, Danial, Amita, Felix, Brian, Azilah dan Imelda. Jadi siapakah salah seorang daripada 2 peserta yang teratas ini berjaya merealisasikan impian bergelar juara Masterchef Malaysia yang pertama? Korang rasa??
peserta Masterchef Malaysai
Senarai peserta Masterchef Malaysia yang pertama
sumber-Astro
Tag :

Lelaki ini cuba melamar tetapi ditolak mentah2 awek dia.

on 07 Januari 2012

Maaf entri ni sudah tiada dalam simpanan. harap maklum. Jadi aku jadikan gambar dibawah sebagai pengganti entri yg dah kosong itu. Lelaki ini cuba melamar teman wanita beliau, namun ditolak mentah2 membuatkan beliau merasa kecewa dan malu. Kejadian berlaku di Stadium Football Amerika sewaktu separuh masa perlawanan sedang diadakan.


lamaran ditolakLelaki ini cuba melamar tetapi ditolak mentah2 awek dia.



Tag :

Bergambar Di Atas Gunung Kjeragbolten - Batu Tergantung

on 06 Januari 2012

Bergambar Di Atas Gunung Kjeragbolten - Batu Tergantung
Gunung Kjeragbolten, Norway. 2 orang pendaki telah bergambar diatas batu yang tergantung dicelah2 gunung tersebut. Pada ketinggian 1000 kaki, para pendaki tersebut dengan selambanya bergambar tanpa menghiraukan keselamatan mereka.Gard Karlsen, 41 dan saudaranya Jone Schreuder berkata, "Saya berasa gementar apabila berada di atas batu tersebut kerana pada 1,000 meter kelajuan angin boleh berubah di setiap saat".

Komen aku - "Huh...kojo giloz nih...klau angin lintang datang, tak pasai2 ade lak yang berkecai kat bawah tu"

Bergambar Di Atas Gunung Kjeragbolten - Batu Tergantung


# Sumber- Mail Online
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved