Memaparkan catatan dengan label Isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu semasa. Papar semua catatan

Murid Bergaduh, Dipukul Guru - Nasib Seorang Guru...

on 19 Januari 2012

Murid Bergaduh, Dipukul Guru - Nasib Seorang Guru...
Hmmm...ade~ade saja budak sekarang ni. Inilah satu kes terbaru yang mambabitkan kes budak sekolah dipukul guru sebagaimana laporan akhbar Kosmo. Kenyataan budak yang masuk wad itu seolah~olah dia dipukul dengan teruk oleh guru sekolah dia, walhal sebelum tu dia sedang bergaduh dengan rakan dia sendiri. 


Apakah dakwaan itu benar? Aku harap pihak yang berkenaan dapat menyiasat akan kesahihan dakwaan budak tu. Imej guru sekarang semakin tercemar dek kes kat sana, kes kat sini yang memang senang2 je jadi perhatian akhbar. Aku harap kepada mereka2 yang bergelar guru dan juga pendidik bersabar je la dengan karenah bebudak zaman sekarang. Nak buat camne kan......la ni zaman dah berubah, cikgu.


Pengalaman kena denda di sekolah
 Muhamad Ziqril Hakin Mohd. Farol....[imej dari kosmo]
Adakah bebudak sekarang sama seperti zaman aku dulu? Pastinya tak sama kan....kalau tak percaya, boleh baca testimoni aku sendiri pada entri "pengalaman kena denda di sekolah" yang lalu. Memang dari apa yang aku lihat sekarang, bebudak zaman la ni amat manja dan dimanjakan [okey ke ayat tu?]. Itu yang aku lihat melalui pengalaman aku membesarkan anak2 aku sendiri....


Hari ni pula, datuk si cucu telah memberi kenyataan kepada media...hmm dah 2 hari isu ni keluar dalam media massa. Kepada insan yang bergelar cikgu2 semua, teruskan usaha mulia mendidik anak bangsa menjadi lebih bererti dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Apapun berhati-hatilah dengan tindakan yang anda bakal ambil kepada para pelajar, kerana zaman ini bukan lagi seperti zaman dulu...







# Pas ni nak anto bebudak ni gi kursus komando la plak [tapi bukan jadi macam Rambo yang ni]...baru la lasak bagai...he3x!!!
Tag :

Koleksi Video [8] Ketika Perhimpunan 901 - Perkasa vs PR dan Video PDRM

on 09 Januari 2012

Ada satu video dari seorang blogger bernama wakdanial iaitu "Cheritera Seribu Satu Malam" yang duduk diantara kedua2 penyokong. Kalau nak tahu lebih lanjut sila pergi ke blog beliau yg telah aku linkkan dibawah. Ada cerita menarik yang beliau sediakan...



Sumber video diatas - danialatifnasiren


Video kat bawah ni, pergaduhan bermula...yang aku dok heran tu pasai apa geng2 Perkasa dok datang jugak...kan dah kene.Adeihhhh laa...akhirnya melayu sama melayu jugak yang hancur...



Koleksi video dibawah pula adalah hak milik PDRM. Maaf sebab aku tak ikut susunan yg derang bagi...
Payah gak nak cari wooo..korang layan je la dulu apa yang ada nih, wokeyyy.

Seorang peserta perhimpunan dilihat seperti membawa pedang??





Tag : ,

Keputusan Kes Anwar Ibrahim, Tidak Bersalah

Keputusan Kes Anwar Ibrahim, Tidak Bersalah


Keputusan di Mahkamah Tinggi telah diputuskan. Pihak Mahkamah Tinggi telah mendapati Anwar Ibrahim tidak bersalah kerana TIADA INTEGRITI DALAM SAMPEL DNA. Yup...itulah keputusan terakhir bagi Dato Seri Anwar Ibrahim terhadap kes liwat beliau terhadap Mohd Saiful Bukhari pada pagi ini 09.01.2012.

Diharap keputusan ini dapat diterima baik oleh kedua-dua pihak, tak kira la  bagi pihak penyokong ataupun pembangkang. Namun aku pasti akan ada yang gembira....dan ada juga yang berduka. Jadi, kepada penyokong Perhimpunan 901, dah boleh balik dah...kiranya perhimpunan korang dah berjaya hari ni. Jadi dah boleh la abaikan syarat PDRM untuk perhimpunan ni.

Dalam pada tu aku sempat juga tengok komen2 dari beberapa pembaca di wall F/B Sinar Harian. Ada yang bersyukur, ada yang berkata "Awas...keputusan ni juga harus dilihat dari sudut politik". Adakah ini benar? Adakah kerajaan dikatakan sengaja memberi ruang kepada Anwar Ibrahim sempena dengan PRU13 nanti? Wallahualam....yang nyata hari ni Anwar Ibrahim sudah dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari.

Maknanya dalam kes ni Saiful Bukhari bersalah la ekk? Adakah selepas ini Saiful Bukhari pula yang bakal didakwa??  Ape kata kengkawan semua?

Keputusan Kes Anwar Ibrahim, Tidak Bersalah
Info berita dan gambar- Sinar Harian

Tag :

Penjelasan Nur Amalina[Video] - Isu kejutan Budaya

on 05 Januari 2012

Penjelasan Nur Amalina[Video] - Isu kejutan Budaya
Semalaman para blogger begitu hangat memperkatakan tentang kejutan /perubahan budaya yang melanda Nur Amalina. Berikutan isu itu, satu sidang video/skype telah dibuat oleh keluarga beliau dirumah mereka di Kota Tinggi, Johor Baharu. Para wartawan juga turut hadir didalam sessi skype ini. Ikuti jawapan beliau dilaman youtube yang ada dibawah.
Sumber- Nurizspace


Tag :

Isu Madrasah Salihiah - Jawapan Dari Kerajaan PR

on 29 Disember 2011

Isu Madrasah Salihiah - Jawapan Dari Kerajaan Pakatan Rakyat 
Isu Madrasah Salihiah yang hendak dirobohkan oleh kerajaan negeri telah mencetuskan kontroversi yang hebat di antara kerjaan dan juga pembangkang. Di blog, forum aku kira orang2 politik begitu hangat memperkatakannya. Mungkin juga kerana "bahang" PRU ke 13 yang semakin hampir. Aku juga ada membuat sedikit entri berkenaan dengan Madrasah Salihiah yang akan diroboh tempoh hari. Terima kasih kepada seseorang yang telah memberi info ini kepada aku. Berikut aku lampirkan segala butiran kenyataan dari kerajaan PR di Kedah. Seandainya ada perbezaan pendapat, aku mohon jasa kalian untuk menulis dengan tenang, jangan gaduh2 okey. Semoga memberi menafaat kepada semua.

Latarbelakang:

PKNK dengan kerjasama sebuah syarikat swasta ingin memulih dan memajukan Kompeks Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun. Projek yang dinamakan Aman Central bukan sahaja memulihkan bangunan terbengkalai tetapi keseluruhan kawasan di sekitar itu. Pelaburan besar itu bakal memberi peluang ekonomi serta peluang pekerjaan kepada beribu rakyat negeri ini. Isu yang timbul ialah dalam kawasan yang mahu dibangunkan itu terdapat tanah wakaf berkeluasan 0.08 hektar dan di atas tanah itu ada bangunan yang dinamakan Madrasah Salihiah. Pemegang amanah harta wakaf itu adalah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Kerana harta wakaf itu terbabit dalam pelan pembangunan maka ia dicadang untuk dirobohkan sementara dan dibangunkan sebuah surau baru di tempat yang sama.

Dakwaan yang timbul dan penjelasannya:

1. Perobohan surau adalah tindakan zalim

Kerajaan negeri tidak lakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap tanah wakaf yang libatkan kepentingan Islam. Ia dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato' Sheikh Badaruddin Hj Ahmad. Majlis Fatwa bermuzakarah dan memutuskan bahawa surau tersebut boleh diroboh berdasarkan kaedah Istibdal iaitu berlaku pindah wakaf kepada manfaat yang lebih besar. Pampasan RM1.48 juta diberi kepada MAIK selaku pemegang amanah surau untuk mendapatkan wakaf yang baharu. Di lokasi yang dirobohkan akan dibina surau baru yang lebih luas boleh mengisi 400 jemaah dalam satu masa berbanding 200 jemaah dalam surau lama. Surau baru dibina dan pampasan untuk adakan wakaf yang baharu diberi lagi. Roboh satu dapat dua dan lebih manfaat!

2. Mufti Kedah dipaksa turut kehendak kerajaan negeri

Yang Berbahagia Dato' Mufti dan Majlis Fatwa Negeri Kedah berada di bawah KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini adalah Yang DiPertuan Agong, bukannya lantikan oleh Menteri Besar. Justeru tuduhan tersebut adalah fitnah dan tidak berasas. Mufti juga tidak membuat keputusan berseorangan, mereka bermuzakarah secara mendalam dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah yang terdiri dari Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Ain As-Syam, Mesir), Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman), Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan), Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah BA Syariah Dan Undang-undang) Jayyid (Diploma Pendidikan), Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (Universiti Ein Syams, Mesir (Diploma Pendidikan) Universiti Al-Malik Saud, Riyadh, Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Pendidikan (M.Ed)), Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Jurusan Syariah Politik Islam/Ekonomi Islam, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Universiti Al-Azhar Mesir - Ijazah Sarjana Muda (Syariah), Universiti Malaya - Ijazah Sarjana (Syariah) Fiqh dan Usul Fiqh dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (Universiti Al-Azhar Mesir - Sarjana Muda (BA) Syariah). Kehebatan ilmu mereka dalam membuat keputusan berkaitan kepentingan Islam tidak boleh dipertikaikan.

3. Surau baru berada dalam kompleks membeli belah, sukar dimasuki

Surau baru yang akan dibina berada di aras bawah kompleks dan boleh dimasuki dari luar pada bila-bila masa walaupun kompleks beli belah ditutup. Ia menampakkan syiar sebuah surau dari luar, ada kubah dan boleh melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat. Sedangkan Madrasah Salihiah yang ada sekarang hanya di buka waktu Zohor dan Asar. Pada waktu lain surau dikunci dari luar dan tidak dimakmurkan sepanjang lima waktu.

4. Surau bernilai 100 tahun, ada nilai sejarah mesti dipertahankan

Sebenarnya bangunan surau yang kononnya bernilai 100 tahun di atas tapak itu sudah diroboh tahun 2007 dan dibina sebuah bangunan yang baharu (yang ada kini). Sebahagian besar bangunan itu adalah ruang pejabat yang disewakan kepada sebuah syarikat insuran, hanya satu ruang digunakan untuk bersolat. Bangunan itu baru berusia 4 tahun dan pampasan yang diberikan dengan menilai keseluruhan tanah dan bangunan tersebut.

5. Seluruh bangunan Madrasah Salihiah yang berusia 4 tahun itu adalah surau atau Rumah Allah

Rumah Allah adalah gelaran untuk bangunan surau atau masjid yang menepati syarat. Antara syaratnya ialah tandas mesti terpisah dari bangunan utama musolla seperti mana hampir kesemua masjid yang terdapat di dunia ini. Madrasah Salihiah tidak boleh dipanggil Rumah Allah kerana tandas, pejabat perniagaan dan surau berada dalam satu bangunan. Hanya satu ruang diguna untuk surau macam surau yang terdapat di mana-mana bangunan lain juga.

6. Surau itu dimakmurkan oleh kira-kira 200 jamaah pada setiap waktu solat

Tidak benar. Hanya ada beberapa buah rumah orang Islam berhampiran surau itu kerana ramai yang sudah berpindah. Orang Islam yang masih tinggal, lebih selesa berjemaah di Masjid Zahir. Solat berjemaah di surau itu biasanya hanya waktu Zohor dan Asar, dihadiri beberapa orang yang bekerja di situ. Waktu Maghrib, Isya dan Subuh, pagar pun berkunci. Jika benar surau itu mempunyai 200 anak khariah, mengapa tiada seorang pun yang datang bersolat Subuh di surau? Ramai yang berdemonstrasi membantah bangunan itu dirobohkan tempohari mengaku ahli khariah tetapi sebenarnya mereka adalah penduduk Taman Wira Mergong, bukannya ahli khariah di situ. Bangunan itu lebih berfungsi sebagai pejabat syarikat insuran dari sebuah madrasah atau surau.

7. Sepatutnya ganti wakaf (RM1.48 juta) dibuat di sekitar lokasi tersebut juga

Cadangan itu mungkin baik tetapi persoalannya bagaimana hendak memenuhkan surau ganti wakaf yang dicadangkan itu sedangkan kawasan tersebut bukan perkampungan yang ramai orang Islam. Bukankah lebih baik memikirkan untuk memenuhkan surau baru di kompleks perniagaan yang dibina itu. Dan lebih baik juga RM1.48 juga diguna untuk membina surau di mana-mana kawasan ramai penduduk. Bukan setakat untuk solat tetapi juga untuk pelbagai kegiatan umat Islam yang lain. Pahala yang mengalir kepada pihak yang mewakaf tentulah lebih besar.

8. Di sekitar itu juga terdapat gereja, mengapa gereja tidak dirobohkan sekali

Gereja tidak termasuk dalam lokasi strategik yang mahu dimajukan. Andainya gereja sengaja mahu dimasukkan, maka ganti gereja juga terpaksa dibuat di kompleks membeli belah itu. Adakah umat Islam negeri ini bersedia melihat sebuah gereja di kompleks membeli belah?

9. Pemaju Aman Central adalah orang kafir, mengapa beri peluang orang kafir majukan ekonomi mereka?

Aman Central adalah usahasama antara PKNK dan pemaju tersebut. PKNK adalah milik kerajaan negeri justeru tidak semuanya kafir. Ia akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan rakyat Kedah (peluang pekerjaan) yang majoritinya terdiri dari orang Islam. Realiti dunia hari ini, akibat kelemahan orang Islam, tidak ada satu aspek yang umat Islam dapat membangunkan iktisad sendiri tanpa orang bukan Islam. Kita tidak boleh bersikap ‘biar orang Islam mundur asal bukan Islam jangan kaya.’ Jika begitu, orang Islam tidak boleh pergi menunaikan haji untuk elak orang kafir yang buat kapal terbang dapat untung.

10. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Kedah, Rumah Allah (masjid atau surau) diroboh untuk sebuah shopping complex

Tidak benar. Masjid Alor Malai pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari yang juga dibangunkan kompleks perniagaan di situ (antaranya Pasaraya Giant). Sebuah masjid baru dibina, bukan di atas tapak masjid lama tetapi dilokasi lain menggunakan kaedah Istibdal, sama seperti kaedah yang digunakan terhadap tanah wakaf Madrasah Salihiah. Ia tidak menjadi isu kerana pihak pembangkang pada masa itu (PAS) tahu hukum hakam, menghormati institusi ulamak dan tidak membantah membuta tuli. Sekarang isu Salihiah menjadi ‘panas’ kerana pihak pembangkang kini merasa ‘terlebih pandai’ dari para ulamak yang ada dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah.


Sumber - http://madrasahsalihiah.blogspot.com/
Tag :

Madrasah Salihiah Kanchut Akan Dirobohkan

on 24 Disember 2011

Madrasah Salihiah Kanchut
Madrasah Salihiah Kanchut - Utusan Malaysia Online
Inilah Madrasah Salihiah Kanchut, di Alor Star yang dikatakan bakal diroboh oleh kerajaan negeri Kedah dan digantikan dengan sebuah pusat membeli belah.  Sebuah madrasah yang telah berusia lebih 100 tahun. Bab2 politik aku tak nak masuk campur, lantak pi laa. Tapi pelik juga aku bila pemimpin disana sanggup mengorbankan satu lambang kedaulatan agama Islam dan diganti dengan sebuah pusat membeli belah. Gamaknya pusat membeli belah tu lebih penting dari agama Islam kot? Hmm...andainya aku salah info, sila perbetulkan. Aku tak kisah...tapi berkenaan dengan madrasah ini, kalau bukan kita yang diharap mempertahankannya siapa lagi yang kita nak diharapkan?? 


FAKTA MADRASAH SALIHIAH KANCHUT

1. DIBINA pada tahun 1327 Hijrah atau 1909. Kini berusia 102 tahun.

2. Bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu itu diasaskan antaranya oleh Hajah Aisyah.

3. Tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian    daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.

4. Tapaknya berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

5. Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 200 ahli kariah, bahkan kariah dari Jalan Titi Siam, Kampung Pisang, Jalan Menanti dan umat Islam lain juga menggunakan kemudahan yang ada di madrasah itu.

6. Setelah sekian lama digunakan, pada 23 Oktober 2011 pihak Madrasah Salihiah menerima notis daripada Kerajaan Negeri Kedah agar mengosongkan bangunan madrasah itu untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

7. Ahli kariah tidak berpuas hati kerana ia melanggar keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 8 Rejab 1431 iaitu 21 Jun 2010 yang menyatakan. “Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa surau ini hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan.”

8. Namun pada cabutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 4 Julai 2011, jawatankuasa itu membuat pindaan terhadap keputusan yang dibuat pada 21 Jun 2010. Pindaan itu membenarkan madrasah itu digantikan dengan surau baru yang dibina oleh pemaju dengan beberapa syarat ditetapkan.

9. Notis mengosongkan bangunan itu diberikan lagi oleh kerajaan negeri yang berakhir 10 November 2011 bagi pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob.

10. Kerajaan negeri berjanji akan menggantikan Madrasah Salihiah Kanchut dengan surau baru di pusat beli-belah tersebut.

# Update terbaru aku "Isu Madrasah Salihiah - Jawapan dari kerajaan PR"
Tag :

Novel "Konserto Terakhir" Pengganti "Interlok" 2012 - [Sinopsis]

novel konserto terakhir
BeritaHarianOnline

Novel "Interlok", sebuah novel yang pernah mencetuskan pertikaian banyak pihak akhirnya diganti dengan novel "Konserto Terakhir" pada tahun 2012 nanti. Pengarangnya, Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain juga merupakan pengarang novel "Interlok". Novel "Konserto Terakhir" berkisar mengenai perjuangan hidup dan kegigihan seorang anak muda dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara.


Pada aku, elok juga novel yang sensasi tu digantikan. Susah sesangat kalau sesuatu yang amat2 diperlukan bebudak sekolah tetiba jadi bahan pertikaian. Sana betul, sini salah...last2 hapa pun tarak. Yang pening bebudak tu jugak nanti. Harap2 bila novel "Konserto Terakhir" ni dah diluluskan sebagai bahan Komsas pelajar tingkatan 5, jangan la ada pulak pihak yang mempertikaikannya. Kalau diaorang nak pertikaikan juga...suruh diaorang tu buat sendiri satu novel lak, pas tu bagi kat Kementerian untuk penilaian. Kalau takut berat sebelah, publish je dalam web...senang orang ramai nak judge......Amacam..ada Brani? ha3x!!!

Kat bawah ni ada aku sediakan 2 link sinopsis untuk novel Konserto Terakhir ni. Semoga bermanafaat kepada para pelajar yang akan menggunakanya nanti.

  • http://analisiskonsertoterakhir.blogspot.com/2008/07/sinopsis-bab-1-hingga-14.html
  • http://mbsskl.edu.my/panitia_bm/files/2009/02/sinopsis-ikut-bab-novel-konserto-terakhir.pdf
Tag :

Isu Kes Murtad - Dibicara di Mahkamah Sivil Bukan Syariah

on 23 Disember 2011

Berita Kosmo hari ini, kes murtad akan dibicara di mahkamah sivil, bukan lagi di mahkamah syariah seperti satu kejutan pada aku. Nak bercakap pun masih awal lagi, jadi aku rasa kita tunggu je la perkembangan selanjutnya mengenai "kes murtad akan dibicara di mahkamah sivil, bukan lagi di mahkamah syariah" ni. Semoga keputusan dan kesan tu nanti akan memberi menafaat kepada semua pihak. Tapi...kat hati aku ada rasa "ragu2" laa...biar aku simpan dulu "rasa" ni. Aku nak tengok apa yang bakal terjadi nanti.....


PUTRAJAYA – Kesemua perbicaraan kes murtad akan dibawa ke mahkamah sivil dan bukan lagi mahkamah syariah selepas Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam diselaraskan di seluruh negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebelum ini tidak ada penyelarasan kerana ada pesalah dibicarakan di mahkamah syariah dan ada di mahkamah sivil.
“Kes murtad nanti akan berada di bawah mahkamah sivil dan bukan mahkamah syariah kerana jika mahkamah syariah, keseluruhan masalah tidak dapat diselesaikan sebab apabila disebut murtad ia membabitkan pelbagai pihak termasuk bukan Islam.
“Jadi, saya minta supaya Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) mengatur pertemuan dengan majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri bagi memaklumkan kewujudan enakmen ini,” ujarnya selepas mengadakan pertemuan bersama enam pertubuhan bukan kerajaan Islam di sini kelmarin.
# Aku rasa isu ni nanti akan jadi pertikaian antara pihak kerajaan dan juga pembangkang. Kot nya laa...
Tag :

Cara Mohon dan Syarat Pemberian Baucar Buku Rm200 - 2012

on 19 Disember 2011

Baucar buku bernilai RM260 juta bagi 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara akan mula diagihkan pada minggu pertama Januari tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setiap pelajar akan menerima sebanyak RM200 dalam bentuk empat keping baucar RM50 dan bukan wang tunai.

Mereka boleh membeli buku di kedai-kedai buku dilantik dan berdaftar dengan pihak kementerian dan baucar itu hanya boleh digunakan di kedai-kedai tertentu sahaja.

Bagi mendapatkan baucar itu, penerimanya perlu menyerahkan kad pengenalan kepada pihak universiti masing-masing untuk tuntutan.

Dalam Belanjawan 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian baucar buku RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam.

Antara Garis Panduan dan Syarat Permohonan Baucar Buku RM200

Semua warga Malaysia berdaftar sebagai pelajar aktif di IPT awam (IPTA) dan IPT swasta (IPTS) Matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam diseluruh negara. Termasuk di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Kolej Matrikulasi.


Penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) dibawah Program Ijazah Sarhana Muda Perguruan (PISMP) TIDAK LAYAK menerima baucar kerana telah menerima elaun buku bernilai RM600. Begitu juga dengan Pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) TIDAK LAYAK kerana pelajar KPLI adalah dibawah pelatih praperkhidmatan.


Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.


Baucar buku RM200 yang akan diagihkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan dilengkapi ciri keselamatan bagi memastikannya tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.


Baucar RM50 setiap satu yang dicetak Percetakan Nasional Berhad itu dilengkapi beberapa ciri keselamatan seperti nombor siri, reka bentuk Guilloche cetakan terbalik serta menggunakan kertas keselamatan.


Tempoh pelaksanaan hanya pada tahun 2012 (sekali sahaja), manakala tempoh sah baucer hanya selama 2 bulan sahaja. Jika berlaku lebihan pelajar dikehendaki memulangkan baki baucar buku tersebut.

Sumber Gambar- themonat.com

Selanjutnya sila layari laman web dibawah ini.Terima kasih.
http://www.moe.gov.my/jpwpkl/download/pekeliling/garispanduan/garispanduanpemberianbaucer2012.pdf
Tag : ,

[Pic] Banjir Kilat di Kuala Lumpur - Jalan Tun Razak

on 14 Disember 2011

Kuala Lumpur di landa banjir!! Petang semalam, dalam jam 4.30 di Jalan Tun Razak. Hujan lebat dan saliran yang gagal menampung kuantiti air hujan yang banyak telah menyebabkan banjir kilat tersebut. Nampaknya seluruh negara mulai dilanda banjir setelah banjir melanda dibeberapa tempat seperti di Kajang, Shah Alam dan negeri2 di pantai timur.


perpustakaan negara banjir



Banjir kilat di Kuala lumpur

#Selain banjir di Jalan Tun Razak semalam, banjir kilat ini juga melanda di Kampung Baru, Jalan Raya Lingkaran Tengah2 (MRR2). Di Jalan Haji Sirat, Kampung Baru, 30 rumah dinaiki air menyebabkan penduduknya kelam-kabut mengalihkan barangan berharga ke tempat selamat. Kebanyakan punca banjir adalah saluran dan sistem perparitan yang tersumbat.


Terbaru ; Banjir Di Kuala Lumpur pula...
Tag : ,

Pernikahan Haram/Zina!! - Ibu Kahwini Anak Sendiri.

on 13 Disember 2011

anak berzina dengan ibu kandung

Terkejut sangat aku!! Serius terkejut, bila aku baca berita ibu kahwini/berzina dengan anak sendiri ni. Dah sah2 pernikahan tu adalah pernikahan haram. Kalau yang buat kerja tu orang bukan Islam tak pe la jugak, ini orang Islam sendiri! Aduhhh....dunia dah nak kiamat ni!! Aku tak faham bagaimana orang2 disana boleh menerima pengakuan dari dua beranak ini. Perkara "haram" yang jelas didepan mata dibiarkan sebegitu sahaja, kemana perginya jabatan dan para ulama disana...."Dunia semakin celaru. Pegangan agama semakin haru biru. Pemahaman agama semakin lesu. Berwaspadalah dengan wabak jahiliyyah moden yang semakin meruncing. Kerana nafsu dan jahil, dunia dipenuhi, akhirat diabaikan. Ayuh, bersama kita sebarkan dakwah dan mantapkan keimanan kita."- Warkah Siber
KUALA LUMPUR – Tidak tahu hendak mula di mana tapi penulis sendiri ada rasa hendak muntah sepanjang menonton dan mendengar klip yang mana seorang ibu sanggup kahwin dengan anak lelakinya sendiri. Pengakuan itu dirakamkan dalam program d’show di negara jiran.
Sudah la ibu dan anak itu tidak malu, di kalangan penonton ada yang bertudung dan bersorak-sorak seolah-olah apa yang mereka saksikan itu macam tidak ada apa-apa serta satu bentuk hiburan. Benda gila itu boleh pula dibincangkan seperti satu benda ilmiah. Si ibu siap ada sebut Alhamdulillah lagi (minit 2.01). Mereka juga berkata bersama ketika anak-anak lain sudah tidur. Yang paling tidak masuk akal bila perempuan si ibu itu berkata; “Yang penting saya nggak berzina sama orang, sama anak sendiri”.
Penulis melihat perempuan tua itu sebagai mengambil kesempatan pada anaknya sendiri. Anaknya berkata dia menolak hubungan itu tetapi dipaksa ibunya. Apa pun, jijiknya perangai kedua-dua manusia ni. Penulis harap benda seperti ini jangan sama sekali dijadikan ikutan. Tolonglah. Dan…patut direjam sahaja dua beranak gila ini bukan!
Kredit to: http://www.harian-metro-online.com/ibu-kahwin-anak-kandung-sendiri



# Ada komen di youtube mengatakan yang si ibu "gila" pada masa kejadian...x tau la kebenaranya tapi yang aku hairan, mengapa si ibu kelihatan tenang dan selamba semasa sessi soal jawab...seperti tidak pernah menyesal dengan perbuatan haramnya itu. Nasib baik si anak juga sudah berpindah dari rumah, mungkin sebab tak tahan dengan si ibunya kot? Ni la salah satu kes si ibu terlebih kasih kepada anak, semoga ada pihak yang akan memandu kembali siibu ke jalan yang benar.
Tag : ,

Ombak Rindu ~ Filem Meletup, Penulis Buku Pun Meletup!!

on 10 Disember 2011

filem novel ombak rindu
Novel Ombak Rindu

Bebaru ni aku ada usha2 entri kat blog kengkawan aku. Banyak lak yang bercerita tentang filem Ombak Rindu sebuah filem yang diadaptasikan dari sebuah buku, yang dikarang oleh Fauziah Ashari. Dengar khabar filem tu "meletup" kat panggung, meletup masyuk Rm 5juta dalam masa 5 hari!!!..Ke dah lebih sekarang nih? Tapi yang tak bestnya, si penulis Ombak Rindu ada buat statement yang mengatakan bayaran untuk beliau hanyalah "ciput"....tak berbaloi berbanding dengan apa yang diperolehi di panggung. Katanya apa yang dia perolehi hanya cukup2 tambang nak ulang alik dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur. Sebelum aku bagi pandangan aku....apa kata kita baca sikit petikan yang aku cedok kat bawah ni...
Tiada apa yang tinggal. tiada sesen pun untuk saya kalau nak diikutkan bayaran yang diterima, tetapi perjanjian telah dibuat, sepatutnya pihak bertanggungjawab lebih prihatin tentang isu ini kerana apa yang diolah dari Ombak Rindu hampir kesemuanya adalah idea asal saya. Termasuk bait ayat yang disampaikan oleh Lisa Surihani, ” Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah”. Itu juga merupakan ayat yang ada di novel.

:BAYARAN PENULIS NOVEL OMBAK RINDU TIDAK SETIMPAL | illustrasiaku .com

Tetapi..bila piahk2 tertentu telah membaca kenyataan ini, terus mereka memberikan jawapan...
Syarikat penerbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengenai pembayaran royalti yang tidak setimpal kepada penulis novel Ombak Rindu iaitu Fauziah Ashari.
Pengarah Urusannya, Datuk Husamuddin Yaacob berkata, semenjak novel tersebut diterbitkan pada 2002, pihaknya sudah membayar royalti sebanyak RM219,000 kepada penulis tersebut setelah terjual sebanyak 160,000 naskhah.-Kosmo
Jadi, lepas ni kita tengok la kontroversi pasal filem ni... mungkin akan bersambung di dunia realiti pulak kot...harap2 tak jadi gitu laa...Satu lagi...
“Lagipun dia harus faham ketika menandatangani kontrak dahulu, sudah termaktub dalam perjanjian bahawa penerbit berhak untuk menguruskan novel Ombak Rindu tersebut termasuklah percetakan, promosi serta keputusan untuk mengadaptasikannya kepada filem atau drama,” jelasnya dalam satu sidang akhbar semalam.-Kosmo
Dan yang paling tak best...aku dengo2 filem ni ada adegan ranjang, mungkin satu faktor filem tu meletup kot?? Hmmm...terbaik lahh korang..jadi elok la share apa yang korang dapat kat dunia dan akhirat nanti ekk...he3x!!!
Ombakrindu meletop
Tag :

Cara Semak Daftar Pemilih 2011- Bagi Seisi Rumah!!

Salam semua kengkawan. Korang dah check ke belum nama korang kat Semak Daftar Pemilih bagi tahun 2011 ni? Kalau belum, korang boleh masuk kat web ni [Semak dan Daftar Pemilih 2011] Aku dah semak, dengan cara ini korang boleh semak untuk 3 penama sekaligus (guna no I/C). Lebih cepat dan mudah. Sistem ini menyediakan kemudahan untuk menyemak lebih dari seorang pemilih secara serentak. Ia membolehkan pemilih yang menghuni sesebuah rumah atau mendaftar dengan menggunakan alamat yang sama mengesahkan sama ada mereka didaftarkan di kawasan Parlimen, DUN, Daerah Mengundi dan Lokaliti yang sama.

Satu lagi SPR juga telah mempamerkan sebanyak 42,051 nama pemilih yang rekodnya meragukan mengikut negeri. Tujuannya ialah untuk pengesahan dari penama berkenaan atau waris kepada penama2 tersebut.
[ SEMAK NAMA PEMILIH ] Jika nama pemilih itu ada dalam senarai berkenaan, maka beliau perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengenalpasti masalah berhubung rekod nombor kad pengenalannya sebelum merujuk kepada SPR untuk urusan berkaitan dengan pendaftaran pemilihnya.
#Jadi, silalah check dengan segera.....Hmmm, gamaknya bila la PRU ni nak diadakan ye, kalau ikut gaya dan perkembangan terkini macam dah tak lama je lagi...Ade yang tau tak?
Tag :

Orang Hilang- Fazrina bt Mat Isa

on 08 Disember 2011

Info ni sebenarnya aku petik dari F/BPolis Diraja Malaysia (Polisperak) berkenaan orang hilang. Sekadar cuba membantu mana yang patut. Mungkin ada seseorang yang pernah terjumpa dengan Fazrina ni. Banyak jugak kes orang hilang sejak kebelakangan ni. Bagi kes wanita pula, ramai yang dipercayai lari mengikut teman lelaki...tetapi untuk kes ni aku tak tau laa, rasanya tak kut...Semoga beliau dijumpai dengan selamat.


ORANG HILANG : Kepada sesiapa yang mengenali atau mengetahui lokasi di mana saudari Fazrina bt Mat Isa, 35 berada sekarang, mohon hubungi Pegawai Penyiasat SM Hj Abdul Rahman bin Abdullah di talian 05-8291222 atau Balai Polis Simpang, Taiping di talian 05-8471222/8483222 atau mana - mana balai polis yang berhampiran.

Kerjasama anda amat kami hargai.


Orang Hilang,polis cari


No. Repot : Balai Polis Simpang 5894/2011
Nama : Fazrina bt Mat Isa
Bangsa : Melayu
Pekerjaan : Bank
Umur : 35 Tahun
Tarikh Hilang : 1/12/2011
Tinggi : 154 CM
Berat : 42 Kg
Fesyen Rambut : Panjang Paras Bahu
Warna Kulit : Kuning Langsat
Hidung : Kemek Mangga

Ringkasan Kes:

Pada 1/12/2011 jam lebih kurang 8.30 malam pengadu terima panggilan telefon anak Lelakinya bernama Mohd Farid beritahu anak Perempuan pengadu bernama Fazrina berumur 35 tahun tidak pulang ke rumah sejak pagi. Kemudian pengadu bersama anak Lelakinya telah ke rumah (OH) di Jalan Taman Sungai Mas namun tiada. 

Pengadu telah cuba mencari (OH) di rumah saudara-mara dan kawan-kawannya tetapi tiada dan juga telah menelefon tetapi tiada jawapan. Pengadu dapat tahu anak Perempuannya telah keluar rumah dengan menaiki kereta jenis MYVI warna putih no pendaftaran AHS 8579 dan sehingga ke hari ini tidak dijumpai.

Sebarang maklumat bolehlah berhubung dengan Pegawai Penyiasat SM Hj Abdul Rahman bin Abdullah di talian 05-8291222 atau Balai Polis Simpang, Taiping di talian 05-8471222/8483222.

TAIPING: Kehilangan seorang kakitangan bank sejak lima hari lalu mencetuskan tanda tanya apabila mangsa didakwa lesap begitu saja sejurus menghantar dua anaknya ke pusat asuhan kanak-kanak.
Mangsa yang juga ibu tunggal, Fazrina Mat Isa, 35, gagal dijejaki ahli keluarga selepas dipercayai hilang dalam perjalanan ketika ke tempat kerja Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah, berkata Fazrina yang bekerja di sebuah bank tempatan dilaporkan hilang Khamis lalu selepas keluar dari rumahnya di Jalan Taman Sungai Mas, di sini.
Menurutnya, pada pagi sebelum kehilangannya, Fazrina sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada salah seorang rakan sekerjanya memaklumkan dia lewat masuk ke pejabat kerana mahu mendapatkan rawatan di klinik.
“Mangsa dikatakan sempat menghantar dua anaknya terlebih dulu ke pusat asuhan sekitar jam 10 pagi.
“Bagaimanapun, pihak pengurusan pusat asuhan berkenaan mula curiga apabila mendapati Fazrina tidak datang untuk mengambil anaknya sehingga jam 8 malam hari sama,” katanya.
Yusuf berkata, pihak pengurusan pusat asuhan itu gagal menghubungi telefon bimbit Fazrina sebelum menghubungi rakan sekerja mangsa bagi memaklumkan perkara itu.
“Rakan mangsa kemudian memberitahu ibu Fazrina berhubung ketidakhadiran mangsa di tempat kerja selain kegagalannya mengambil anak di pusat asuhan.
“Ibu Fazrina terkejut dengan kejadian itu lalu membuat laporan polis. Polis kemudian segera menjalankan siasatan dan menjumpai kereta Fazrina di Kampung Boyan, di sini, dalam keadaan baik,” katanya.

Sumber berita: mummynemo.com
Tag :

Keadaan Banjir di Kajang, Selangor

on 03 Disember 2011

Pehh...semalam aku tengok video banjir di Kajang, Selangor kat TV3. Teruk jugak keadaan di sana. Air naik tinggi tu, yang paling "nyaya" ialah tuan2 punya kenderaan. Bila berlaku banjir mengejut macam ni mesti banyak kenderaan yang kene masuk bengkel.Tokey2 bengkel pun senyum panjang laa, rezeki depa la tu kan. Ada satu video kat youtube ni menunjukkan keadaan seorang perempuan diselamatkan dari atas van menggunakan tangga dari tingkap bangunan. Keadaan air masa tu tengah laju jugak... Alhamdulillah...selamat satu nyawa, tetapi kalau korang perasan ada seorang lagi lelaki yang datang dari sebelah tepi, turut naik menggunakan tangga yang sama. Saspen juga, bila aku tengok keadaan air yang laju semacam tu. Memang satu tragedi yang sangat2 mengejutkan kita ni.

Apepun korang boleh juga layan video dibawah ni.

Video perempuan dan lelaki diselamatkan menggunakan tangga di Kajang

Keadaan banjir di bahagian luar dan dalam Metro, Kajang.
Air sungai dan jalanraya di pekan Kajang
Tengok video ni aku dah rasa macam tsunami "mini" berlaku di Kajang...

  • Banjir bermula pada jam 3.30 petang.
  • Jam 5.30 keadaan dah reda.
  • MPKJ terpaksa bekerja sampai larut malam untuk kerja2 pembersihan.
  • 8.00pm, kereta2 yang parking di bawah Metro masih lagi daklam keadaan banjir.

# Harap2 pihak berkuasa tempatan dapat melakukan sesuatu selepas ni dari mengelakkan tragedi yang sama berulang. Semoga banjir mengejut di Kajang tak berulang lagi.
Tag : ,

Teks Ucapan Raja Dr Nazrin - Persidangan Kongres Majlis Agama Islam Negeri 2011

on 03 Oktober 2011

Teks Ucapan penuh Raja Dr Nazrin pada Persidangan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2011 yang bertempat di Putra World Trade Centre baru2 ni ada di LINK yang aku sediakan ini. Terdapat perkara yang menarik minat aku disini...biarlah korang baca sendiri teks ucapan beliau tu....

Sambil tu aku petik beberapa ucapan yang aku kira menarik... Antara ucapan menarik beliau ialah....
Sebak ketika menyampaikan ucapan...
"Pada masa sama baginda dalam titah ucapannya turut mengingatkan bahawa kemusnahan ummah bukan lagi menghadapi pencerobohan daripada Alfonso de Alburque atau Stamford Raffles atau Francis Light mahu pun Yamashita tetapi ia datang daripada pencerobohan baru melalui manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara.


Baginda bertitah pencerobohan baru itu turut berlaku melalui perlanggaran penggunaan kalimah suci Allah yang telah sekalian lama menjadi hak eksklusif umat Islam tanpa menghiraukan sensiviti serta terhirisnya perasaan mereka.


''Nama suci Allah yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. Allah yang merupakan kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.  (aku pernah nampak di Tawau haritu...gereja yg dipapan tandanya rumah Allah...tp syg tak sempat nak snap gamba)


''Kalimah suci Allah bukan sekadar nama am yang bermaksud Tuhan walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut apabila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas-Tuhan Maha Suci-Tuhan Maha Agong. Allah adalah satu-satunya," titah baginda."


Sumber: Merealisasikan Islam yang Syumul (Utusan)
              Islam Diperalat Untuk Dapatkan Kuasa (Utusan)
Kredit to utusan...he3x!! Utusan lagi....


Antara petikan didalam Utusan....

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim pada sesi sama pula mencadangkan peranan institusi wakaf diperluaskan dengan menubuhkan institusi wakaf korporat di peringkat pusat, negeri dan syarikat milik kerajaan (GLC).


Beliau berkata, "peranan institusi itu seperti Waqaf An-Nur Corporation Bhd. yang ditubuh di bawah naungan Johor Corporation (JCorp) adalah untuk menambah nilai, mengawal dan menghimpunkan harta kekayaan yang kemudian digunakan bagi membina barisan usahawan dan eksekutif perniagaan di peringkat global.


Jelas beliau, menerusi penubuhan institusi itu, ajaran dan nilai mulia Islam dapat diterapkan secara langsung ke dalam amalan korporat dan dapat mengelak penularan budaya tamak dan angkuh yang wujud di kalangan syarikat sekarang.


Tambah beliau, sebuah bank wakaf juga perlu ditubuhkan bagi membantu masyarakat berpendapatan rendah yang kini tidak mampu membayar kadar pinjaman terlalu tinggi yang dikenakan oleh bank-bank konvensional yang mengamalkan riba."

#Kini apa yang dikata itu benar2 memang sedang terjadi. Bahkan lag teruk bilamana penghinaan agam Islam itu dilakukan oleh orang2 Islam yang murtad. Orang yg diluar Islam lagi la..dengan dikepalai bapak Zion (US) dan anaknya si Israel, Islam dan negara2 ditekan kiri dan kanan malah dihimpit dengan pelbagai masaalah. Didalam negara juga sedang berlaku perkara ini...perpecahan umat Islam disebabkan berbeza idealogi teramat ketara. Mampukah kita bertahan didalam 10 tahun lagi?? Wallahualam....hanya DIA yang lebih mengetahui.....
Tag : ,

Isu Namewee - Gua BOIKOT NASI LEMAK 2.0!!!

on 01 Oktober 2011

Namewee suka kecoh dan gaduh
Kredit to blog: http://mediamalaya.com/lagu-khas-untuk-namewee/
As salam semua,
Malam tadi aku gi kat blog kawan aku si Apan, beliau ada buat satu entri berkenaan Namewee (Namewee Sound Utusan) dan juga video yang baru yg si Namewee hasilkan, semuanya kerana satu artikel panas diUtusan. Bagi aku, aku punya pendapat yg sama dengan penulis Utusan tu. Oh ye..tulisan tu berkenaan filem Nasi Lemak 2.0...yg mana Namewee adalah pengarahnya..
Aku nak quote sikit hasil tulisan Fauziah Arof...

1. Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.
Aku:  SAMA...Wa manyak soli aaa...lu punya video, lu punya pilem selupa mcm sampah jugaaa loo. Wa pikir2 still ada sampah yg lagi baik dr pilem lu laaa....ha3x!!


2. Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.
Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik ‘Melayu Balik Hutan Jadi Sakai’.
Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah.
Aku: Ape punya kepala la mamat ni, boleh dikatakan sumer video dia start ngan perkataan "F#@K", pas tu ader gak video yg tunjuk isyarat lucah ...suluh lia "latang" (suruh balik kang marah lak) China loooo...kasi mikin itu opela China, solek sana,solek sini macam hantu looo.......kasi main itu cing...cing..cing...ha30x!!!



3. Sekarang, Namewee melalui Nasi Lemak 2.0 pula menyifatkan, filem lakonannya itu adalah aspirasi 1Malaysia, yang melambangkan penyatuan dan perpaduan kaum di negara ini.
Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube.
Aku: Ha99x!! Melambangkan perpaduan 1 Malaysia dia kata???? Ha99x!!!...Nak gelak bagai dah nih hahaha......
Kat bawah ni ade aku selitkan juga video2 dia yg lain...
Video Negarakuku

Namewee F@#K TNB

Namewee F#$K Gurubesar

Namewee F#@K Utusan


Kesimpulan aku:
1. Dia kata dia ada Degree (Degree hasad dengki kottt)...he3x!! Ye la tu...masa buat video tak pikir lak perasaan orang lain...konon tak rasis.. tp bila bab Islam, Melayu boleh lak dia dok bantai...yg kita ni takkan nak senyap lak, dah bape banyak video yg dia upload kt youtube...semuanya menyakitkan hati jee...

2. Korang perasan tak, bila dia kene tegur sikit dah melenting, pehh tak boleh kene tegur baiii ropenya mamat ni, terus buat video..tp macam biasak lerr istilah dan isyarat F#@K tu sentiasa ada dlm video dia... Gamaknya mmg kaki video lucah dia ni.

3. Satu lagi, klau korang tgk komen2 dlm video tu...semuanya menjurus kearah perkauman. Aku tak nampak kat mana kebaikkan video yg dia buat?? Adakah kita nak tengok mcm tu je? Naik lemak baiii.....Dia ada pendapat dia, kita ada pendapat kita, aku pun ada pendapat aku.

4. Fauziah tu tulis dgn elok2 jerr...dia balas kat video camne? Kaw2 dia hentam...mcm shiyal la dia nih.Kasi no 44 la kat dia.

5. Pada aku klau nak tegur pun, biarlah kene dengan cara dan etika...ini tak, dok sedap tekak dia je. Betul, ada sesetengah perkara yg dia sebut tu logik, tapi bak pepatah kata.."kerana pulut,santan binasa,kerana mulut,badan merana" Mintak maap laaa....terus terang cakap, aku boikot pilem Nasi Lemak 2.0 tu...aku juga dok harap sangat biar dia ngan kroni2 dia je yg tengok filem tu kat pawagam. Nanti kita tengok la bape hasil kutipan pilem nasik lemak dia tu...

Berlemak atau Melemak...Meletop atau Melingkop.....hahaha...
Tag :

Wordless wednesday ~ gadis yang hilang....

on 14 September 2011

Tag : ,

Isu Kristian... kali ni murid sekolah la pulak...

on 19 Ogos 2011



Belum pun reda dengan isu JAWI serbu DUMC, kali ni aku rasa terkejut pulak dengan isu murid2 yang belajar tuisyen B. Inggeris telah telah diterapkan ajaran agama Kristian secara halus ketika belajar di kelas tuisyen yang diberikan percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu.
Yang bagusnya, pendedahan tu dibuat oleh seorang guru berbangsa India yang digelar Cikgu S..


“Saya bangkitkan ini atas kesedaran bahawa apa yang dilakukan kepada anak-anak murid saya itu adalah satu kesalahan moral dan ia adalah tidak patut dan tidak adil berlaku kepada mereka...Sebagai seorang guru, anak-anak murid saya yang masih mentah ini tidak patut diterapkan dengan unsur-unsur Kristianiti oleh sesiapa pun. Biar orang sedar murid-murid saya menjadi mangsa ini...”..katanya


Cikgu S turut merungut kerana pihak pejabat agama Islam tidak respons cepat kepada aduannya itu. Beliau seterusnya menghubungi ke pejabat-pejabat lain, termasuklah kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mungkin Cikgu S tidak dilayan kerana mereka mahu cepat ke Bazar Ramadan!

"Saya sedar mengenai perkara ini pada hari Jumaat dua minggu lalu dan dilihat tiada tindakan yang dibuat, walaupun aduan telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Pelajaran Negeri.” - Cikgu S 



#Nampaknya Jabatan Agama mengambil pendekatan berhati2 mengenai kes ini. Beberapa kes yang lalu telah menjadi isu besar dan seakan2 memberikan impak negatif kepada Jabatan Agama, pandangan aku nampaknya puak2 tu berjaya menghuru harakan institusi Agama di negara kita. 


Kalau tindakkan dilakukan dan mendapat bantahan termasuklah dari kalangan orang2 Islam sendiri...tak tau la aku nak cakap apa lagi.....
Tag :

Nur kata Baitulmal tak bantu,Baitumal kata ada....

on 12 Ogos 2011



BANTU... Nur menceritakan bagaimana dia mendapat bantuan daripada pihak gereja.

PUJUKAN GEREJA
SEREMBAN: Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara berterusan untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk tidak lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di Rahang, dekat sini sejak Disember lalu. 


Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal.


Katanya, pada mulanya dia berat hati tetapi selepas memikirkan nasib anak-anak yang masih bersekolah, dia menerima bantuan dihulurkan dalam bentuk makanan keperluan harian setiap bulan sejak April tahun lalu.
“Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah dihadapi. “Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak. 


“Bagaimanapun, sejak Januari lalu, saya turut menolak semua bantuan yang diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampangan, di sini, semalam. 
Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan suami lalai memberi nafkah.  


Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera dan juga buku sekolah tadika. “Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah tadika, saya tidak lagi bekerja.
Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat bantuan sebelum ini. 


“Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya.  


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pujukangereja/Article/ 

NUR TIADA PILIHAN
Harian Metro Ahad : 7 Ogos 2011 
SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga. 
Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir. 


“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam. 


Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah. 
“Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70. 


“Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak,” katanya yang reda dengan keadaan itu. 
Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya. “Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.

“Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya,” katanya. 
Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain. 


“Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak. “Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam,” katanya. 


Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu. “Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup,” katanya. 


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nurtiadapilihan/Article/index_html



Berikut respons dari laman web Pusat Zakat Negeri Sembilan berikutan laporan akhbar Berita Minggu dan Harian Metro 7 Ogos 2011 bertajuk “PUJUKAN GEREJA” dan “NUR TIADA PILIHAN” dimana seorang wanita Melayu iaitu Puan Nur dari Ampangan, Seremban mendakwa sebagai ibu tunggal gagal mendapat bantuan berterusan Baitulmal lalu dibantu oleh pihak gereja.

*********
PENJELASAN ISU LAPORAN AKHBAR ‘PUJUKAN GEREJA'       
Adalah dimaklumkan merujuk kepada isu laporan akhbar bertajuk “PUJUKAN GEREJA” di Berita Mingguan bertarikh 7 Ogos 2011, Ahad. Pihak kami ingin menjelaskan beliau yang dimaksudkan dalam laporan akhbar itu ialah sebagai ‘Pn Nur’, setelah semakan di buat beliau dan keluarga masih disenaraikan sebagai penerima bantuan zakat Baitulmal secara berkala dan turut menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan bermula pada Januari 2011 sehingga kini. 


Mengikut rekod, beliau  telah menerima bantuan zakat sebanyak 22 kali semenjak 22 November 2006 dan kali terakhir pada 13 hb Julai 2011, dengan pelbagai bentuk bantuan yang diterima seperti  bantuan persekolahan anak, bil-bil utiliti dan bantuan makanan. 


‘Pn Nur’ juga bukan berstatus ibu tunggal seperti dilaporkan akhbar tersebut tetapi masih bersuami dan suami beliau mempunyai pekerjaan berstatus jawatan tetap di sektor kerajaan. 
Sehubungan dengan itu masyarakat di minta mendapatkan maklumat yang sebenar berkenaan isu ini agar tidak berlaku penerimaaan maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan. 

Sumber : http://www.zakatns.com.my/v3/arkib/agihan/29-agihan-2011/198-penjelasan-isu-laporan-akhbar-pujukan-gereja
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved