Memaparkan catatan dengan label SukaN NeGara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SukaN NeGara. Papar semua catatan

Akhir Badminton Terbuka Korea - Chong Wei vs Lin Dan

on 08 Januari 2012

Lee Chong Wei vs Lid Dan terbuka korea


Akhir Badminton Terbuka Korea - Chong Wei vs Lin Dan

1. Pertembungan final Terbuka Korea membabitkan Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan hari ini, menjadi pentas terbaik jaguh badminton kita itu meraih suntikan semangat awal ke atas seteru utamanya itu.
2. Chong Wei, 29, mara ke final buat kali keempat berturut-turut pada kejohanan termahal yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$1 juta (RM3 juta) itu apabila mudah menundukkan naib juara Terbuka Macau, Du Pengyu dari China 21-8, 21-13 dalam tempoh 37 minit.
3. Lin Dan, juara dunia empat kali yang membenam Chong Wei dalam empat daripada lima pertemuan sepanjang tahun lalu menewaskan Sho Sasaki dari Jepun 21-16, 21-14 dalam satu lagi pertembungan separuh akhir sesama pemain kidal yang berlangsung selama 47 minit
4. Apabila Chong Wei dan Lin Dan turun ke gelanggang petang ini, ia adalah pertemuan ke-27 antara mereka dengan bintang China itu nyata begitu unggul memegang kelebihan rekod keseluruhan 18-8 sejak 2004.
5. Gelaran pembuka tirai 2012 di Seoul adalah cukup penting dan tiba tepat pada masanya untuk Chong Wei memberi peringatan kepada kedua-dua jaguh negara tembok besar itu bahawa dia masih merupakan pemain harus digeruni mereka biarpun rekod pertemuan tahun lalu tidak memihaknya. 
6. Jurulatih Chong Wei, Tey Seu Bock ketika dihubungi menyifatkan pertemuan itu tetap 50-50 walaupun anak didiknya tewas tiga pertemuan terakhir kepada pemenang emas Sukan Olimpik itu di final Kejohanan Dunia dan separuh akhir Terbuka Hong Kong dan China.
7. Seu Bock juga menegaskan anak didiknya perlu tampil lebih agresif dan lebih kuat dari aspek fizikal kerana pergerakan bulu tangkis yang digunakan agak perlahan yang mengganggu rentak permainan kerana ia sukar dimatikan dan mudah diangkat lawan.


Sumber - Utusan dan Berita Harian


# Apapun pasti semua rakyat Malaysia akan tetap menyokong DLCW di belakang. Berita terkini...rubber set DLCW tgh leading...huhuhuhu
Tag :

Khairul Fahmi [Apek], Safee Sali dan Fadhli Shas dicalonkan sebagai pemain terbaik Asia.

on 07 Januari 2012

Khairul Fahmi [Apek], Safee Sali dan  Fadhli Shas dicalonkan sebagai antara pemain terbaik Asia. Zulfahmi kategori penjaga gol, Safee Sali pula pemain terbaik asia, manakala Fadhli Shas untuk bawah 23. Sebenarnya pemilihan itu dibuat atas dasar undian dari pembaca di Goal.com. Jadi kepada peminat2 di Malaysia, silakan mengundi pemain2 kesayangan anda semua..Undian akan ditutup pada 9 jan 2012.


Undian utk Zulfahmi


Ni printscreen semalam...patutnya semalam publish, tapi sebab banyak kerja tertangguh sampai hari ni.
http://i.goal.com/en/news/1675/goalcom-polls/2012/01/03/2827965/who-should-be-the-asian-best-xi-goalkeeper-for-2011
#Terima kasih atas teguran bro Tehr....lately ni banyak pulak silap aku dlm publish entri. Mungkin sebab tergesa2 kut...hehehe sori.
Tag :

ISL Tak Haram - Zakaria Rahim

on 24 Disember 2011

"ISL TAK HARAM" ...adesss!!! Ni la berita dari SinarHarian pada 24 Dis yang lalu. Zakaria Rahim merupakan Pengurus Ketua Pasukan Pelita Jaya. Sebelum ni pun aku ada dengar ayat diatas tu dari statement pengurus peribadi Safee Sali. Apepun, berita selanjutnya ada dibawah ni...

“Kejohanan Liga Super Indonesia (ISL) tidak diharamkan dan Safee Sali akan bermain seperti biasa bersama kelab Pelita Jaya.Begitulah reaksi Pengurus Ketua Pasukan Pelita Jaya FC, Safee Sali, Zakaria Rahim ketika ditanya mengenai laporan menyatakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengharamkan ISL.
Katanya, perkara itu berpunca selepas berlaku salah tafsir terhadap laporan yang dibuat media di Indonesia dan satu sidang media khas akan diadakan dalam masa terdekat bagi meleraikan kekusutan tersebut.“Laporan mengatakan ISL diharamkan adalah tidak benar dan Safee akan terus bermain untuk Pelita Jaya bersama 17 kelab yang lain. 
“Jika benar ISL haram, sudah tentu pasukan kebangsaan Indonesia akan ‘bungkus’ kerana 95 peratus pemain mereka beraksi dalam liga berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurut Zakaria, Safee masih bermain untuk Pelita Jaya dan tetap dibenarkan beraksi untuk skuad Harimau Malaya. Sementara itu, Zakaria berkata, Pelita Jaya ada membuat tawaran baharu kepada Safee dan perkara ini masih dalam perbincangan kedua pihak. Kontrak bekas penyerang Selangor itu bakal tamat pada 31 Januari 2012.


Bagaiman pun, bila aku check di laman web rasmi PSSI.....
FIFA Pastikan ISL Ilegal
JAKARTA: Keputusan penting disampaikan Federasi Sepakbola Dunia (FIFA), terkait dualisme kompetisi yang terjadi di pentas sepakbola nasional saat ini. Dengan tegas, FIFA menyatakan hanya mengakui kompetisi yang digulirkan (disahkan) PSSI, yakni Indonesia Primer League (IPL). Sedangkan kompetisi lainnya, yaitu Indonesia Super League (ISL) yang juga sedang bergulir di bawah bendera PT Liga Indonesia selaku pengelola, yang sejak awal tidak mendapat restu dari induk organisasi sepakbola nasional, ditegasikan ilegal.
Penegasan tersebut disampaikan Departemen Media FIFA, dalam emailnya yang dikirim kepada salah seorang wartawan dari harian terkemuka di ibukota pada Selasa (20/12), seputar pendapat FIFA dengan adanya dualisme kompetisi, termasuk kompetisi mana yang mendapat pengakuan. Dalam surat elektronik yang sempat diteruskan kepada media lainnya tersebut, termasuk PSSI, dijelaskan bahwa FIFA telah melakukan pertemuan dengan petinggi PSSI dan AFC, terkait situasi terkini sepakbola Indonesia. Bahkan disampaikan dalam waktu dekat surat bersama FIFA dan AFC terkait penegasan legalitas kompetisi ISL tersebut akan segera dikirim pada akhir minggu ini. Hal itu dilakukan karena FIFA dan AFC sangat berhati-hati dalam menganalisis kondisi atau polemik yang terjadi di PSSI. 
"Merujuk pasal 18 statuta FIFA, PSSI harus mengontrol semua kompetisi dan harus mengambil tindakan terhadap liga ilegal seperti ISL," tulis Departemen Media FIFA seperti dilansir Republika kemarin. Menanggapi hal tersebut, Ketua Umum PSSI Djohar Arifin Husin kembali meminta klub yang berkompetisi di ISL untuk kembali ke PSSI yang merupakan 'rumah' mereka. Pasalnya, dampak negatif dari adanya kompetisi di luar PSSI cukup besar.
Terutama untuk kepentingan timnas Indonesia. Sebab mereka yang tidak ikut kompetisi resmi yang digulirkan federasi dilarang membela timnas di negara masing-masing. "Karena itulah, kami kembali menghimbau kepada klub yang bermain di ISL untuk kembali ke rumah. Mari kita tata bersama sepakbola kita. Pintu tetap terbuka, sekiranya ingin kembali bergabung," tandas Djohar (Yuski Pagola)


Jakarta 23/12/2011


# Jadi, isu ini sebenarnya adalah pertelingkahan antara 2 liga di Indonesia. PSSI mewakili IPL manakala ISL pula di bawah PT Liga Indonesia. Untuk makluman PSSI ditubuhkan pada 1930 dan bergabung dengan FIFA pada 1952. So, PSSI adalah wakil persatuan bolasepak yang sah untuk Indonesia. Mengenai PT Liga Indonesia pula, tiada info...yang ada cuma ada web tentang jadual perlawanan dan lain2 sahaja.
# FIFA juga telah menghantar surat rasmi kepada PSSI untuk memastikan hanya kelab dibawah naungan PSSI sahaja yang akan diiktiraf. Sekiranya PSSI gagal memastikan kelab2 dibawah ISL/PT Liga Indonesia kembali kepada mereka...pastinya semua pemain2 yang bernaung dibawah ISL akan DIHARAMKAN bermain untuk negara masing2, termasuk lah Safee Sali.
# Aku rasa, mesti ada sesuatu yang tak kena dengan PPSI yang membuatkan IPL tak nak bernaung dibawah mereka.. Kesimpulan aku, memang buat masa sekarang ISL belum diharamkan lagi. Tapi bakal diharamkan seandainya kelab2 di ISL berterusan enggan kembali dan bernaung dibawah PSSI. Namun berita FAM sedia membantu Safee Sali sekiranya ISL benar2 diharamkan aku kira agak melegakan semua rakyat Malaysia.
Tag :

Chong Wei Akui Nak Berlatih Dengan Misbun - BAM?

on 22 Disember 2011

Chong Wei akui beliau sanggup berlatih dengan sesiapa sahaja termasuk dengan bekas "gurunya" Misbun Sidek. Chong Wei, yang aku lihat (dari pandangan aku), seakan terdesak untuk mencari jurulatih yang lebih handal dalam menangani kemaraan pemain China seperti Lin Dan, Cheng Long dan Chen Jin. Yang bestnya diaorang pulak seperti mendapat semangat kerana halangan utama mereka kini untuk (misi akan datang di Olimpik 2012 di London) hanyalah Chong Wei (yang dah boleh dibaca gamenya) dan juga Togo (pemain Jepun) yang juga semakin meningkat prestasinya.Chong Wei juga berkata, seandainya dia disuruh berlatih dengan Li Mao (bekas jurulatih) sekalipun beliau tetap sanggup. Tak tau la apa kata BAM...Ada brani ka tuka jurulatih??

Untuk makluman, Chong Wei sekarang berlatih dibawah Rashid Sidek dan juga Tey Seu Bock. Soalnya sekarang, kita sememangnya tiada pengganti/pelapis Chong Wei. Tengok saja kat Grand Prix Kebangsaan, tiada siapa pun yang dapat mengalahkan beliau. 10 tahun memegang tampuk kejuaraan, menandakan ada sesuatu yang tidak kene dengan pemain2 remaja kita. Aku rasa sukan badminton negara semakin lama semakin bertambah parah.

Kini dalam usia 29 tahun, Chong Wei kini, aku rasa dah boleh dimasukkan kedalam kategori pemain veteran dah. Sepatutnya tumpuan BAM kini hanyalah meningkatkan prestasi pemain pelapis untuk mengganti Chong Wei. Malangnya itu tidak berlaku. Dan untuk menambah parah bagi sukan badminton negara...pemain bergu juga turut menghadapi kemelut prestasi. Kekalahan demi kekalahan seperti menandakan inilah akhirnya sukan badminton di negara kita ...Seharusnya BAM menyedari perkara ini lebih awal lagi. Semoga badminton negara akan terus berjaya disatu masa nanti.


Chong_wei
kosmoonline
Tag :

ISL DiHaramkan FIFA & AFC- Safee Sali terjejas menjadi wakil negara!

on 14 Disember 2011

Agak mengejutkan juga bila dapat tahu mengenai berita Safee Sali tak boleh mewakili negara .Berita ni mengundang persepi ingin tahu aku, kenapa dan mengapa... Aku tahu isu ni pun melalui  ohcikgu.com. Untuk menghilangkan keraguan tersebut..aku terus mencari menerusi bantuan pak cik google. Antara yang aku jumpa.....

  1. Rupa2nya ISL (Indonesian Super League) yang dikatakan gred B (Malaysia gred D) telah "diharamkan" oleh FIFA dan AFC kerana ISL menghadapi kemelut dalaman. PSSI (Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia ) dikatakan "TIDAK" mengiktiraf ISL menyebabkan FIFA dan AFC juga tidak mengiktiraf ISL.
  2. PSSI adalah penaung utama sukan bolasepak di Indonesia. Sebagai alternatif, PSSI telah menubuhkan satu liga baru sebagai pengganti kepada ISL, iaitu IPL (Indonesian Premier League)
  3. Selain Safee, pemain asing yang sedang menyumbang tenaga di Indonesia Super League antara lainnya ialah  pemain Persipura yang berasal dari Liberia Zah Rahan, pemain Sriwijaya FC berasal dari Saint Kitts, Keith Kayamba Gumbs, dan sejumlah pemain asing lainnya.
  4. Dikatakan ramai (majoriti) pemain skuad kebangsaan Indonesia beraksi di ISL. Semua pemain dan kelab tersebut telah diminta untuk berpindah ke IPL.(Sebab IPL sahaja diiktiraf oleh PSSI, AFC dan FIFA)
  5. Saat ini ISL diwakili oleh 18 pasukan kelab (termasuk kelab yg diwakili Safee Sali), manakala ISL pula diwakili dengan 12 pasukan kelab. Namun kedua2nya masih cuba mempertahankan hak terutamanya ISL yang jelas telah diharamkan oleh PSSI, AFC dan FIFA.
  6. IFW (Indonesian Football Watch) adalah organisasi yang dibentuk oleh wartawan Indonesia yang perihatin terhadap kemelut yang melanda. "IFW menyatakan PSSI di bawah pimpinan Ketua Umum Djohar Arifin Husin, harus segera kembali ke aturan yang ada. Ketua IFW, Sumaryoto, menjelaskan, salah satu keputusan Djohar yang tidak sesuai aturan adalah melegalkan (meluluskan) Indonesian Premier League (IPL) dan justru mengharamkan Indonesia Super League (ISL)."


Rumusan aku;
# Safee Sali tidak akan dapat mewakili negara seandainya isu ISL dan IPL gagal diselesaikan oleh PSSI. Juga seandainya Safee tetap untuk terus bermain untuk Pelita Jaya didalam liga ISL yang tidak di iktiraf oleh PSSI. Insyaallah, aku pasti dia pasti akan buat yang terbaik untuk diri dia sendiri dulu. Periuk nasi lebih penting woooo......

Sumber aku:
http://ohcikgu.com/2011/12/13/safee-sali-berdepan-dengan-risiko-untuk-diharamkan-mewakili-malaysia-mengapa/
http://portalsukan.com/tag/indonesia-super-league-tidak-diiktiraf-afc-dan-fifa
http://www.ammboi.com/tag/safee-sali-pelita-jaya-fc/

Saksikan:
Video Shafik rahim berlatih di Cardiff
Fakta Malaysia vs Indonesia (Sea Games 2011)
Tag :

Video Shafik Rahim Training di Cardiff City

on 10 Disember 2011

Satu video yang dapat di lihat di Youtube, Shafik Rahim sedang membuat latihan di Cardiff City bersama beberapa pemain yang lain. Mungkin pemain lain yang bersama beliau tu pun adalah pemain yang sedang diuji oleh jurulatih Cardiff...sapa yang tau kan.

Semoga Shafik dapat buat yang terbaik untuk mengharumkan nama negara. Hidupkan dan semarakkan kembali semangat Harimau Malaya!!

Tag :

Video Disebalik Tabir "Penalti Fakri Saarani"

on 09 Disember 2011

Kalau menang, semuanya cantik dan pastinya mendapat pujian melangit dari seluruh rakyat dan negara. Tetapi seandainya kalah...hanya kejian, makian, kutukan yang akan diterima. Itulah adat dan risiko menjadi seorang pemain yang mewakili negara dalam bidang apa sekalipun terutamanya sukan. Itu kalau kalah..kalau dalam kemenangan pun, pastinya terselit jua sedikit suara2 sumbang yang menuding kearah beberapa pemain sekiranya permainan itu permainan berpasukan. Mungkin anda sebagai penonton pun akan menjadi begitu, sebagai reaksi spontan semasa perlawanan sedang berlangsung. Mungkin yaaa....termasuk la aku (tak yah tuding kat org lain laa...he3x!!)

Adakah suara sumbang itu mampu memberi kesan sama ada kebaikkan atau sebaliknya?? Inilah luahan hati Fakri Saarani setelah diinterview oleh tv3 berikutan kegagalan tendangan penalti yang beliau ambil semasa perlawanan akhir Malaysia vs Indonesia tempoh hari.. Cuma interview yang diletak didalam youtube ni agak pendek sikit.. tak salah aku hanya sepatah dua ayat sahaja dari beliau. Selebihnya hanya lagu sedih jerrr..

Tag :

Olimpik London 2012 - Malaysia vs Syria

on 24 November 2011

Dalam badan aku penat2 siang tadi, sempat jugak aku melayan bolasepak Malaysia vs Syria untuk kelayakan Olimpik 2012. Tanpa kelibat Izzaq, Wan Zaharul, Syahrul Azwari, Asraruddin dan Irfan Fazail. Tetapi gantian bagi mereka juga bagus juga, nama seperti Wan Zack Haikal, Affize Faizal, Izuan Salehuddin, Nazirul Naim, D Saarvindran, Ferris Danial, Ahmad Hazwan dan Zakir Selamat mampu mengisi ruang kosong yang ditinggalkan.
Separuh masa pertama, nampak macam dah best dah. Pemain Malaysia berjaya mengekang kemaraan pemain Syria dari mengasak ke pintu gol. Permainan memang nampak lebih kepada pemain Syria, tetapi hantaran2 pendek pemain Malaysia aku rasa berjaya juga mengugat defend dan keeper Syria.
Tapi sayangnya separuh masa kedua semuannya seolah2 tak menjadi buat pemain Malaysia. Mungkin Ong Kim Swee mengarahkan pemain membuat hantaran jauh dan tinggi. Kelemahan dan kesalahan lama berulang, hantaran dipintas, tiada arah dan melulu membuatkan pemain Malyasia sendiri semakin tertekan. Semuanya mudah dipatahkan. Syria terus mengasak dan berjaya menghasilkan 2 gol. Aku rasa gol2 tu mudah sangat la pulak. Tiada desakan dari pemain Malaysia. Apepun tak perlu nak cari salah sesapa. Syria memang lebih setakuk dari Malaysia. Kita tunggu Malaysia vs Bahrain hari minggu ni pula.

#Jap lagi nak update "kerje" aku dan makcik2 kat rumah aku pulak, pas tu baru nak jejak kengkawan...hehehe
Tag :

Carrom Terbuka Universiti Malaya - 04/12/11

on 23 November 2011

Gambar ni disumbangkan oleh rakan sekerja aku. Terbuka Carrom UM ni aku tak dapat join sebab masa tu kebetulan bertembung dengan tarikh perkahwinan sahabat aku dikampung. Jadi aku hanya jadi tukang publish gambau je la jawabnya...







Tag :

Keputusan Malaysia vs Indonesia - Malaysia Menang Penalti.

on 21 November 2011

#Keputusan Malaysia vs Indonesia - Malaysia Menang Penalti. (Sea Games 2011)


Gila...pengadil berat sebelah. 4 kad kuning untuk pemain Malaysia dan hanya 2 kad kuning untuk pemain tuan rumah Indonesia, itu pun setelah berpuluh kali kesalahan dilakukan oleh pemain Indonesia. Keputusan perlawanan setelah 90 minit perlawanan adalah seri 1-1. Jelas pengadil hanya meniup wisel untuk pemain Malaysia apabila berlaku sedikit kekasaran. Mana punya pengadil ni weiiii....

Pembantu pengadil adalah yang terbaik. Aku memang hormat kepada mereka. Jelas keputusan mereka adalah yang paling rasional jika nak dibandingkan dengan pengadil utama. Pengadil utama membiarkan pemain Indonesia bebas melakukan kesalahan dengan hanya gelengan kepala sahaja. Sebagai contoh, pemain pertahanan Indonesia no 28, jelas telah membuat kesalahan dengan terjahan keras, tetapi dilepaskan oleh pengadil utama. Sepatutnya kad harus diberikan. Pemain Indonesia nampak sangat "pecah mental". Tapi tak pe lah...inilah rezeki untuk kita. Kita terima sahaja, kita tunggu perlawanan di padang berkecuali dikemudian hari nanti. Aku rasa pengadil tu takut tak lepas balik kampung kot :D

Tabik buat pemain Harimau Malaya yang jelas berusaha bersungguh-sungguh. Bermain dengan penuh semangat dan kesabaran. Malam ni anugerah pemain paling "kurang" popular pada aku dan kengkawan adalah Fakri Sharani. Sori bro...jelas ko agak kurang menyerlah pada malam ni. Pemain "terpuji" harus diberikan kepada kesemua pemain Malaysia yang lain terutamanya  Khairul Fahmi Che Mat. Malaysia bermain menentang 13 pemain Indonesia termasuk pengadil utama.
Terbaik dari Khairul Fahmi.

1st Half:  1-1
2nd Half: 1-1
Masa Tambahan: 1-1
Penalti: 4-3 Malaysia Menang!

Jadi pingat emas Sukan Sea 2011 adalah untuk Malaysia dengan keputusan penalti 4-3, mengatasi Indonesia. Tamatlah debaran kita malam ini. Gila betul laaa Indonesia, habis game terus nak buat ujian doping. Tak pernah lagi terjadi dalam dunia kes sebegini. Tahniah buat Harimau Malaya U23, anda hero bagi semua rakyat Malaysia. Flight khas dengan pramugari yang cun melecun jelas menanti anda. Nampaknya jampi pemain Indonesia tak menjadi yang ambik penalti tu tak menjadi....hehehe. Tidur lena la aku malam nih..:) Apapun janganlah kita semua berbangga sangat dengan kemenangan ini. Semua ni hanya satu ujian buat kita. Indonesia masih lagi sebuah pasukan yang hebat. Insyaallah kita berjumpa lagi nanti.
Tag :

Fakta Malaysia vs Indonesia - Final Sea Games 2011


Aksi Malaysia dan juga Indonesia pada final esok sememangnya aku pasti sangat ditunggu tunggu oleh penonton tuan rumah. Dijangkakan seramai 100,000 orang penonton bakal "menggelorakan" Stadium Gelora Bung Karno. Bagi penyokong Malaysia pula, aksi Harimau Malaya hanya dapat ditonton menerusi televisyen dan juga internet sambil minum kopi dan makan kuaci. Ada beberapa perkara menarik yang telah dan bakal berlaku sebelum aksi final Malaysia vs Indonesia malam ini. Antaranya ialah....

  • Dijangkakan para pemain Malaysia akan menaiki kereta perisai "Barracuda" sama seperti skuad senior yang bermain untuk piala AFF yang lalu.- Datuk Hamidin Mohd Amin.
  • Penonton dijangkakan seramai 100,000 ribu orang. Belum termasuk yang diluar stadium.
  • Ong Kim Swee masih lagi mahukan jawapan kenapa beliau tidak dibenarkan menggunakan talian komunikasi ketika Malaysia bertemu Myanmar tempoh hari. Juga kenapa beliau dihalang dan tidak dibenarkan turun kepadang setelah permainan tamat.
  • Lupakan kemenangan diperingkat kumpulan jika mahu menang esok.- Ong Kim Swee
  • Badrol Bakhtiar yang aku sangka tidak dapat bermain di final, sebenarnya boleh bermain esok. Alhamdulillah...kad kuning di peringkat kumpulan tidak dikira untuk aksi final.
  • Izzaq Faris Ramlan sudah pasti tidak dapat beraksi di final ini kerana kecederaan lutut, manakala Syahrul Azwari pula belum pasti dapat diturunkan kerana kecederaan buku lali.
  • Indonesia menggunakan sepenuhnya kelebihan sebagai tuan rumah dengan bermain hanya pada waktu malam sahaja. Termasuk aksi final esok.
  • 'Akhiri dendam 32 tahun', 'Tragedi 1997 Jangan Terulang', 'Ulangi prestasi SEA Games 1991' dan 'Garuda Muda siap robek Malaysia'.- Tajuk akhbar bagi membakar semangat penyokong dan pemain mereka.
  • Bekas pengendali Harimau Muda, Azraai Khor Abdullah yakin dengan kredibiliti Kim Swee yang pastinya bijak menenangkan anak-anak buahnya supaya tidak tertekan dengan situasi itu nanti. “Berdasarkan pemerhatian saya, pasukan yang mengambil bahagian pada kali ini dilihat tidak begitu kuat seperti mana ketika temasya di Laos dua tahun lalu termasuk Indonesia.
  • Pemain yang menerima kad merah hanyalah pemain dari negara yang bertemu pasukan tuan rumah.
  • Indonesia akan menurunkan skuad "terhebat" mereka pada aksi final kali ini setelah kalah kepada Malaysia kerana menurunkan skuad pelapis pada pertemuan yang lalu. Namun kapten pasukan mereka Egi Melgiansyah dijangka tidak dapat diturunkan ekoran masaalah kecederaan.
  • Kartun dalam sebuah akhbar tempatan pada hari perlawanan Malaysia-Indonesia di peringkat kumpulan yang menampilkan pemain Malaysia seperti banduan dan lanun dengan isu perebutan wilayah antara punca tohmahan berkenaan. - Berita Harian.
  • BERSATU dan bangkit! (United and rising) – semangat murni yang cuba ditampilkan penganjur Sukan SEA ke-26 di Jakarta dan Palembang – Indonesia. Tidak termasuk untuk negara Malaysia, Buktinya...di Stadium Gelora Bung Karno, Pusat Bowling Jaya Ancol, Velodrom Rawamangun, Dewan Taekwondo Cibubur - nama Malaysia seakan jijik buat penyokong tempatan yang begitu bersatu dan bangkit mengejek atlit negara dan lagu Negaraku.
  • Pemain bolasepak negara akan pulang dengan pesawat khas (Air Asia) setelah tamat permainan malam ini dengan kelulusan kabinet kerana perlawanan dengan Syria di Bukit Jalil malam esok.
  • Tekanan memuncak mula menghimpit Indonesia yang perlu meraih emas bola sepak bagi melengkapkan status juara keseluruhan temasya edisi ke-26 ini. Penyerang Indonesia, Titus Bonai memberi amaran kepada rakan-rakan sepasukan bahawa Malaysia adalah pasukan yang amat berbahaya dan harus dikawal ketat apabila kedua-duanya bertemu dalam penentuan pingat emas, hari ini.

Imej Indonesia juga tercalar teruk kerana mutu pengadilan yang berat sebelah. Ditambah pula dengan isu ribuan sukarelawan Sea Games di Palembang dipecat tanpa sebab munasabah dengan menggunakan khdimat sms sahaja. Sukarelawan yang terdiri dari mahasiswa dan pelajar dikatakan pemalas dan telah diberi amaran, namun mereka tidak mengendahkannya lalu menyebabkan mereka dipecat. Relawan yang tidak berpuas hati telah membuat demo di depan pejabat INASOC, Palembang. Demo tersebut dijangka akan berterusan lagi sehingga ke hari ini.
Ong Kim Swee - Hanya mampu bersabar dgn karenah Indonesia
Apapun yang nyata ialah Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun dan majoritinya beragama Islam. Menang dan kalah adalah adat pertandingan. Janganlah ada sifat untuk menghina sesama sendiri hanya kerana pertandingan  ini. Insyaallah, aku akan ingatkan kepada diri aku sendiri juga,.

# Buat undian disini sebelum jam 8.30 malam:  Malaysia vs Indonesia (final)
Tag :

Final Sea Games 2011 - Malaysia vs Indonesia

Setelah mengharungi perlawanan dengan hebat semalam, Malaysia akhirnya berjaya menundukkan Myanmar dengan keputusan1-0. Perlawanan dengan Indonesia tempoh hari juga cukup mendebarkan. Kini, kemuncak bagi acara bolasepak final Sea Games 2011 bakal mempertemukan kembali 2 jagoan di negara Asean iaitu Malaysia dan Indonesia. Pertemuan yang aku jangka lebih hangat dari sebelum ini. Indonesia pasti akan cuba membalas kekalahan mereka. Tetapi Malaysia juga pasti tidak akan memberi laluan mudah. Tidak sama sekali. Aku berharap Harimau Malaya akan tabah didalam mengharungi 90 minit yang mendebarkan itu. Aku pasti Ong Kim Swee akan menurunkan nasihat dan strategi yang terbaik untuk aksi di final ini.

                       VS      

Aku tak mahu menuding kepada mana2 pemain negara seandainya mereka gagal. Siapa yang tak nak menang kan? Tetapi dengan situasi yang begitu "bergelora" di Stadium Bung Karno, aku tau.. sedikit sebanyak para pemain akan tertekan. Tambahan pula Badrol Bakhtiar tidak dapat beraksi bersama pemain lain di final nanti. Seandainya jurulatih negara, Ong Kim Swee masih lagi dihalang dari menyaksikan perlawanan ini di bangku jurulatih, aku kira ianya hanyalah mainan psikologi pihak lawan. Tak pe...kita sabo jerr. Ayuh buktikan Harimau Malaya, teruskan ngauman anda semua kerana andalah hero kami! Jadikan penghalang itu punca kejayaan kita! Dan aku yakin... Malaysia Boleh!!!

# Pehh, aku tengah bersemangat giler nih. Aksi final nanti meh kita pakai baju Rimau Malaya beramai2 sebagai tanda sokongan kepada skuad negara. Amacam?? Majulah sukan untuk negara. Perlawanan dijangka berlangsung pada 21/11/2011 ini... dan kalau tak salah aku ianya juga merupakan acara sukan Sea Games 2011 yang terakhir dipertandingkan di Indonesia. Selamat berjuang Harimau Malaya.....ROoooooaaaRRRRRR!!!


Tag :

Sea Games 2011- Alex Yoong cipta sejarah

on 20 November 2011

Nampak sangat aku tak mengikuti rapat berita sukan negara. Tak pernah aku sangka yang Alex Yoong juga sangat berbakat didalam bidang sukan yang lain selain berlumba. Sapa yang tak kenal dengan Alex Yoong. Seorang pelumba Malaysia yang pernah melakar sejarah dengan menjadi pelumba F1 pertama negara. Meskipun prestasi beliau tidaklah memberangsangkan didalam perlumbaan tersebut, harus diakui yang beliau juga pernah menabur jasa kepada negara terutamanya di perlumbaan A1 Gp. Beberapa kali aku pernah pergi ke Sepang melihat perlumbaan A1. Masa tu aku memang bersemangat betul. Cuma keadaan sekarang membataskan aku untuk turun ke litar Sepang.

Hari ni, pepagi lagi aku terbaca di berita Kosmo Online berkenaan kemenangan Alex Yoong di Palembang, Jakarta. Terkejut juga aku beliau turut menjadi pelumba negara untuk sukan luncur air. Apa yang manisnya ialah beliau telah menewaskan 2 orang peserta tuan rumah Indonesia untuk acara tersebut. Emas ke 40 untuk negara. Tahniah Alex, gua caya sama lu...Dan untuk menambahkan lagi kemanisannya didalam sukan negara ini, adik beradik beliau iaitu Philipa Yoong dan Aalliyah Yoong Hanifah turut memperoleh emas didalam acara masing2..puiyoooo
"Saya tidak memikirkan langsung tentang angka 40 itu dan hanya beraksi sebaik mungkin untuk menang pingat emas walaupun hanya berlatih sejak lima bulan lalu.
"Saya hadiahkan pingat emas ini kepada semua warga permotoran termasuk yang telah meninggal dunia baru-baru ini. Ia sesuatu yang hebat dapat menang emas di sini," katanya.

Kredit to Kosmo! Online

# Terima kasih kepada kesemua athlet sukan negara yang telah berusaha sedaya upaya didalam bidang masing2.
Tag :

Sea Games 2011- Malaysia vs Myanmar

on 19 November 2011

Masih segar dengan kemenangan ke atas negara Indonesia. Hari ni aku nak buat poll Sea Games 2011 perlawanan antara Malaysia dan juga Myanmar yang dijangka berlangsung pada jam 5.00 petang ini (waktu Malaysia). Bolasepak, walaupun bukanlah secara rasmi diumumkan sebagai raja sukan dinegara ini, tetapi jika kita mampu menjuarainya kepuasannya seolah2 kita telah menjadi juara di sukan Sea tu sendiri. Dah tentu aku dan seluruh warga Malaysia berharap Malaysia mampu memenanginya. Tetapi Myanmar juga bukanlah pasukan yang lemah atau mudah untuk diratah. Jika terlampau yakin, silap2 pasukan Malaysia akan terima padah. Yang penting pemain dapat ikut strategi yang telah diaturkan oleh jurulatih Ong Kim Swee. Malaysia Boleh....insyaallah:)

#Semalam tengok berita, PM pun bersorak bagai gak woo...hehehe 
Sea Games 2011- Malaysia vs Myanmar

Tag :

Malaysia vs Indonesia (Sea Games 2011)

on 17 November 2011

As salam semua kengkawan...malam ni adalah pertemuan bolasepak Sea Games 2011 antara Indonesia dan juga Malaysia. Pertemuan dijangka sengit kerana masing~masing akan cuba mengatasi satu sama lain. Stadium Gelora Bung Karno sememangnya dijangka bergelora pada malam nih. Ribuan penyokong Indonesia akan menyorak, menyuluh laser bahkan mengejek para pemain Malaysia. Itu pasti. Cuma aku berharap para pemain Malaysia dapat menyerap asakan dari atas padang dan juga di luar padang. mental mesti kuat.

Begitu juga dengan pengadil perlawanan, 2 perlawanan yang lalu membabitkan Indonesia telah mengakibatkan seorang pemain Singapura mendapat kad merah. Thailand pula lagi parah, hanya tinggal 9 orang pemain. Harap pengadil tidak emosi la pulak nanti...hehehe. Apapun mari la kita tengok tv beramai2...anda dimana malam ni? Stadium Astro? Mamak? Bistro? Hotel? Tak kisah la kat mana pun ....pastikan kita berikan sokongan yang padu dari jauh buat pemain yang berjuang untuk negara Malaysia tercinta ini. Terima kasih.

VS           
 



#Aku cuba memain buat poll guna polldaddy...Tak tau la okeh ke tidak. First time nak guna nie...Kalau rajin silakan buat undian anda...Undian baru!!! Sila masuk di sini untuk Final Sea Games, Malaysia vs Indonesia.


Tag :

Tahniah S2000..Tahniah REEV..Tahniah Exora Star

on 12 November 2011

1. Satria Neo S2000 dan juga Satria Neo Cusco Rally Team yang berlumba rally di dalam kategori APRC dan juga IRC telah menunjukkan pencapaian yang memuaskan. Satria Neo S2000, merupakan juara bagi APRC 2011 dengan pemandunya Alistair Mac Rae. Manakala Akira Bamba dari Jepun yang menggunakan Proton Cusco Rally Team pula berjaya mendominasi kategori Junior Asia Pasifik 2011. Boleh kata keseluruhan APRC, kereta buatan PROTON adalah juaranya. Tahniah. IRC pula, Satria Neo S 2000 hanya berjaya menduduki tempat ke 7 (dari 8 keseluruhan) bagi kategori pengeluar dengan 41 mata ketinggalan 5 mata dibelakang Honda.




2. Tahniah juga aku ucapkan kepada team REEV (Range Extender Electric Vehicle) yang juga merupakan rakan2 aku dari RND PROTON (Green Tech Dept-GTD) kerana berjaya dengan Exora REEV mereka. Kemenangan kali ke 2 mereka...Tahniah geng!!
LONDON 6 Nov. – Kereta elektrik jarak tambahan nasional (REEV), Proton Exora REEV berjaya dua tahun berturut-turut memenangi anugerah pada Cabaran Kereta Masa Depan Brighton ke London RAC (FCCBTL-RAC) semalam.
Lebih menarik, Exora REEV bukan hanya memenangi anugerah Kereta Pelbagai Guna Cekap Tenaga terbaik, malah ia juga turut berkongsi anugerah Kenderaan Elektrik Jarak Tambahan (E-REV) keseluruhan terbaik dengan jenama terkemuka pembuat kereta global, Toyota. Kejayaan kali kedua itu turut menjadi lebih manis selepas Jurutera Perisian Bahagian Komponen dan Pentauliahan, Jabatan Teknologi Hijau Proton, Rozadatul Intan Safrina Che Rus berada di dalam kenderaan yang sama tahun lepas untuk memenangi anugerah berkenaan buat kali kedua. Menurut Rozadatul Intan Safrina, beliau tidak menyangka dapat memenangi anugerah tersebut selepas perlumbaan tamat semalam ekoran mengalami masalah teknikal di peringkat terakhir perjalanan sebelum melintasi garisan penamat.
Beliau yang terkejut dengan kejayaan itu berkata, masalah itu turut menyebabkan Exora REEV yang dipandu jurutera Frazer-Nash Research Limited (Frazer-Nash), Pavol Biro berhenti secara tiba-tiba kira-kira beberapa kilometer dari garisan penamat yang menyebabkan kerugian masa. Kereta berhenti secara tiba-tiba. Cubaan untuk menghidupkan kereta tidak berjaya namun selepas 10 minit, ia berjaya dihidupkan untuk kami meneruskan perjalanan ke garisan penamat. Ketika itu perasaan berbaur sedih dan hampa kerana yakin tidak dapat mempertahankan kejayaan 2010 ekoran masalah tersebut, katanya kepada media Malaysia selepas majlis penyampaian anugerah FCCBTL-RAC di Bangunan Kelab Automobil Diraja United Kingdom (RAC-UK), di sini semalam.
FCCBTL-RAC yang kini sudah berusia 115 tahun sebelum ini hanya menjadi medan cabaran perjalanan bagi kereta vintaj sejauh 92 kilometer dari Brighton ke London, namun diperluaskan bagi pembuat kereta global dan persendirian untuk mempamerkan produk dan prototaip kereta elektrik dan jimat tenaga sejak tahun lepas.Pada edisi pertama 2010, Proton Exora REEV berjaya memenangi anugerah Kenderaan Elektrik Jarak Tambahan (R-EV) keseluruhan terbaik pada cabaran yang disertai oleh 63 pembuat kereta.
Selain Exora REEV, pada cabaran edisi 2011 yang disertai oleh 70 peserta itu, Proton Holdings Bhd. (Proton) turut mempertaruhkan buat kali kedua kemampuan kereta elektrik (EV), Proton Saga EV termasuk Proton Persona Elegance REEV.Lebih menarik, keseluruhan komponen elektrik dan perisian Pesona Elegance REEV dipasang sepenuhnya oleh jurutera tempatan Proton. Sementara itu, Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu kenyataan menyatakan rasa amat gembira dengan kejayaan yang dicatatkan Exora REEV itu.Kata beliau, selepas berjaya tahun lepas, pihaknya tidak mengambil mudah kejayaan akan datang lagi dan berusaha lebih keras untuk meningkatkan kemampuan jentera. Kejayaan merangkul dua anugerah ini merupakan kemampuan luar biasa bagi Proton. Lebih mengejutkan, jentera kita berada sama taraf dengan jentera jenama terkemuka dunia.
Ini secara tidak langsung menunjukkan kemampuan dan standard Proton dalam industri kini diiktiraf dunia permotoran antarabangsa, katanya sambil mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada jurutera tempatan yang berjaya membangunkan Pesona REEV hasil kerjasama teknikal jangka panjang dengan Frazer-Nash Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengarah Projek Hijau Proton, Datuk Zainuddin Che Din berkata, pihaknya kini turut menunggu mengenai keputusan cabaran bagi Proton Pesona REEV disebabkan terdapat masalah teknikal di pihak penganjur.- UTUSAN




3. Tahniah juga diucapkan kepada pengedar Proton Exora Star di Indonesia (baseline di Malaysia)  kerana Exora berjaya menggondol anugerah bagi kategori Small MPV di Indonesia, menyambung kemenangan dari negara Asean yang lain seperti di Thailand sebelum ini..Sumber-Okezone.
JAKARTA - PT Proton Edar Indonesia (PEI) tersenyum sumringah kala Proton Exora Star berhasil menyandang gelar Best Small MPV dalam ajang Indonesian Car Of The Year (ICOTY) 2011.

"Ini membuktikan bahwa Proton merupakan kendaraan yang memiliki value for money yang sangat tinggi. Kami berterimakasih kepada dewan juri yang telah melakukan penilaian kepada mobil-mobil terbaik Indonesia dan para kustomer loyal Proton," ungkap GM Marketing PEI, Mazlan Mohd. Zain dalam keterangan resminya kepada Okezone.

Proton Exora Star membuktikan kehandalannya kala mengikuti pengujian ICOTY 2011 yang berlangsung di Bukit Sentul dan Sirkuit Internasional Sentul pada 13-18 Oktober 2011 lalu. Sementara pengujian city orientation digelar di wilayah Sentul, Cibinong dan Bogor.

Proton Exora Star dilengkapi power steering, double-blower air conditioner, central door lock, front & rear power window, radio with CD, MP3, WMA & Bluetooth, alarm system, driver seat height adjuster dan fitur lain seperti tinted glass, side body molding, mud guard dan door visor.

Proton Exora Star bertransmisi manual dipasarkan dengan harga Rp154 juta dengan pilihan warna hitam, silver dan putih.
Tag : ,

DBKL Games 2011 ~ Carrom, Chess dan PC Games..

on 01 November 2011

As salam dan selamat sejahtera kepada semua. Hari minggu yang lepas (30/10/11), satu lagi Terbuka Carrom  telah berlangsung. Bertempat berdekatan denganTasik Titiwangsa, juga tidak jauh dari Istana Budaya, Kuala Lumpur. Rasanya dah berzaman aku tak pergi ke Tasik Titiwangsa ni. Seingat aku last aku turun kat sini masa tu aku duk kat Pandan Indah, tolong brother tu meniaga burger dan Roti John kat kilang Texas, AUG Keramat.

Maaf, sebab aku tak pasti bangunan indoor games tu sebenarnya bangunan apa, mungkin sebahagian dari bangunan Istana Budaya kot..Yang pasti, ianya salah satu pusat sukan di kawasan tersebut. Aku pun tak sangka ada 3 acara pada hari tersebut. Carrom, Chess dan Pc Games berlangsung serentak pada hari dan vanue yang sama. Tapi biasalah, yang lain habis awal Carrom je yang akan makan masa yang lama. Boleh cecah sampai kul 1~2 malam woo...

Seperti biasa team aku "Malaya Carrom Team" menghadirkan diri untuk menyertai pertandingan yang mana, pada kami peminat Carrom di Malaysia mungkin ianya bertaraf 5 bintang. Banyak juga team turun pada hari tersebut, team dari Utara, Selatan semuanya ada. Hadiah untuk acara Double juga menarik iaitu RM 3,000 untuk pemenang utama. Bagi team yang hanya berjaya menjadi juara kumpulan, hadiahnya pun okey juga, RM250 untuk setiap pasukan yang layak.

Team aku menghantar 4 team, ramai yang tak dapat menghadirkan diri diatas pelbagai masaalah tersendiri. Biasala tu. Aku pun hampir2 tak jadi jugak..hehehe Apepun pencapaian team kami hanya senderhana, team baru katakan. Pencapaian aku kali ni, hanya berjaya mara sehingga ke round ke tiga didalam peringkat kumpulan. Kalah kepada JKR Perlis...power brother tu siot...Aku cuba buat magic, tapi magic brother tu lagi kuat...so pe lagi, kalah lerr...hehehe.

Bagi aku dan rakan2 dari "Malaya Carrom Team", kami semua ucapkan Tahniah kepada pemenang kali ni. Tak kira la sesapa pun, sebab kami tak tunggu dah. Around kul 7.00 petang tu kami semua dah cargas ke Shah Alam. Harap2 dapat berjumpa pula nanti di Terbuka UM pulak yang dijangka berlangsung pada 4 Dis 2011 nanti. Sekian terima kasih. Adiozzz..

Carrom DBKL Open
Dewan yang terbahagi kepada 3 acara

Pc Games bersebelahan dgn Carrom

Chess, agak ke hujung sedikit....

rm10,000 ganjaran hadiah
Banner utk PC games, hadiah keseluruhan bernilai rm 10,000 tuu....

lelaki lawan perempuan
Bertemu dengan wakil PKNS diawal2 permainan, partner baru lorrr....

Bertemu dengan pasukan dari Johor,Pasir Gudang...round ke 2 dalam kumpulan. Team kat belakang aku tu yang dari JKR Perlis, kaki pancung depa.. abg baju putih tu...!!!

# Tahniah juga kepada team rasmi PROTON iaitu G9 dan juga Sonja yang berjaya sampai round ke 4 peringkat kumpulan, dan dengarnya team G9 ada yang berjaya mendapat tempat keempat. Dalam sibuk2 pun sempat layan jugak Terbuka Carrrom....hehehe
Tag :

Sukan 6 Penjuru - Proton dan Anak Syarikat 2011

on 25 Oktober 2011

As salam semua, Ahad baru2 ni 23/10/2001 merupakan hari Sukan 6 Penjuru Proton bagi semua anak syarikat Proton Holdings Berhad. Bertempat di Proton Tanjung Malim, semua wakil dari pelbagai department seperti Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PONSB), Proton Edar Sdn Bhd (PESB), Proton Parts Centre Sdn Bhd (PPCSB), Proton Tanjung Malim Sdn Bhd (PTMSB), Miyazu Malaysia Sdn Bhd dan Lotus Engineering Malaysia (MSB&LEM) dan juga Proton Holdings Berhad (PHB) telah hadir di Kompleks Sukan Proton Tanjung Malim pada hari tersebut. Sebanyak 16 jenis acara sukan telah dipilih untuk dipertandingkan.

Score board untuk pasukan yang terlibat
Aku mewakili Proton Holdings Berhad, gabungan antara RND dan juga Corporate Com di acara kegemaran aku, carrom. Hanya seorang wakil dari Corporate Com yang dapat hadir dan menjadi wakil didalam acara ini, selebihnya adalah dari wakil RND yang juga merupakan ahli Malaya Carrom Team.

Pintu masuk Kompleks Sukan Proton Tanjung Malim
Seperti yang dijanjikan jam 7.00 pagi, kami telah berkumpul di padang Proton Shah Alam sebelum berangkat kesana dengan menaiki 4 buah kereta (bas disediakan,tapi kami lebih selesa dgn kereta sendiri) Alhamdulillah, semuanya okey dan kami bergerak dengan lancar tanpa sebarang masaalah. Tapi sebelum sampai ke destinasi, kami lepak sat kat gerai yg ditemui ditepi jalan di Tanjung Malim untuk bersarapan. Lepas pekena roti canai, kami meneruskan perjalanan kesana.

PHB bertemu dengan POSB...view dari tempat carrom

Bolasepak adalah game pertama yang memulakan acara, maklum la faktor masa dan cuaca akan menjadi salah satu faktor yang mendorong kemenangan atau kekalahan. Kene lak main tengah panas, pehh....memana yang dah otai2 tu kompom termengah2 nak kejar bola, silap2 boleh pengsan wooo....

Dato Seri Syed Zainal membuat lawatan keatas peserta Carrom
Sesambil tu, acara yang lain juga turut dijalankan serentak. Nasib baik Carrom diletakkan dibahagian atas sekali, tingkat 3 kompleks sukan tu.  Angin menderu2 bak duduk ditepi pantai beb!...terasa macam sedang berkelah di Bagan Lalang la plak...hehehe

PHB punya Team Chess, baru 2 hari diwujudkan dan berjaya menjadi Naib Juara
Bila bermulanya acara carrom, team aku PHB diundi bersama dengan team PONSB dan juga PTMSB, team kami menjadi naib juara kumpulan dan (kalah dengan PONSB dgn aggregat 3-2) bertemu dengan PPCSB yang menjadi juara kumpulan A. Kemudian apabila masuk ke akhir perlawanan, kami bertemu kembali dengan PONSB, alhamdulillah...kekalahan diperingkat kumpulan berjaya kami tebus dengan menewaskan mereka, juga dengan aggregat 3-2 ....sengit jugak, sampai ada la yang mengiggil tangan bila nak menjentik buah...Yang nyata kami adalah Juara Carrom di Sukan 6 Penjuru kali ini. Detik yang sangat manis kerana PONSB adalah gabungan pemain yang terbaik dari Proton.

Apapun korang layan je la gamba yang aku sediakan nih....tak lalu, rasanya nak tulis panjang2...Kang korang lak yang tak terlayan merapu aku nih...hehehe

Medan Valleyball dan Takraw bertempur....

Team JUARA, PHB berjaya mengalahkan Team PONSB utk menjadi Juara Carrom...yezzz

#Err...Tahniah buat PONSB sbb berjaya menjadi Juara keseluruhan dan diekori rapat oleh PPCSB dengan perbezaan 2 mata sahaja. PHB?? Gamaknya no 4 je kut...hehehe
Tag : ,

Pertandingan Carrom Anjuran PJS Kg Medan

on 22 Oktober 2011

Rasanya belum terlambat lagi untuk aku update aktiviti carrom aku dan Team Malaya pada minggu lepas di Kg Medan pada 16 Oktober 2011. Kejohanan ni tak le besar mana, cuma untuk orang di kawasan lembah Klang je. Walaupun kecil, namun suasana pertandingan dan juga saingan di sana masih lagi dikira kompetetif.

Team aku "Malaya Carrom" juga telah menghantar 6 regu untuk acara double pada hari tersebut. Pasukan G9 iaitu wakil rasmi dari kelab PROTON juga menghantar wakil, tak salah aku dalam 5 kumpulan juga. Biarpun Malaya Carrom Team tu semuanya adalah dari kumpulan pekerja PROTON, namun kami tetap nak mempertahankan nama kelab kami. Jadi pertembungan sesama sendiri dengan geng2 PROTON tak mampu nak dielakkan. Keseluruhan pencapaian bolehla dikatakan memuaskan. Hanya satu regu yang berjaya melepasi peringkat kumpulan dan kalah di suku akhir. Pencapaian aku dan partner....Aisehhhh... bungkus diawal lagi daa....huhuhuhu sedey lorrr!!!

Jom tengok gambar2 yang aku snap, semasa disana....

Asrul, nak jugak mencelah....

Uncle (tengah), pembuat striker yang "famous" dikalangan pemain carrom

Pemain wanita dari PKNS....hebat jugak derang ni

Otai Malaya, Cheng (kiri) bersama partner beliau Rahim Dalino

Zairi dan Shahbudin....

Walaupun gagal disini, insyaallah team kami akan turun di Terbuka DBKL yg dijangka akan berlangsung pada hujung bulan ni. Tapi sebelum tu esok kene test dulu dengan team2 PROTON yang lain menerusi Sukan 6 Penjuru PROTON.
Entri mengenai sukan carrom yang lain:
Tag :

Link Live Streaming MALAYSIA VS AUSTRALIA

on 07 Oktober 2011

As salam semua sahabat. Hari ni aku nak letak satu link perlawanan persahabatan ataupun Live Streaming antara Malaysia vs Australia. Jadi kepada kengkawan yang belum balik rumah dan nak tengok perlawanan bola ni, korang boleh cuba kat link yang aku letak dibawah. Aku pun rasanya tengok kat tempat kerja je kot.

Apa pun harap2 pasukan Malaysia jangan le jadi lauk pada team Australia lak. Main le camne pun, aku tak kisah yang penting jangan bolos banyak. Kalau dapat seri pun aku dah rasa puas hati sesangat dah.
Perlawanan dijangka akan bermula pada pukul 5.00 petang nanti. So...meh kita sesama bagi sokongan kepada pasukan Malaysia....Malaysia Bolehhh.....
kat bawah ni ada aku sediakan linknya...harap2 okeh masa game tu nanti....:)


LINK [Link tersebut telah dipadamkan. Harap Maaf]


# Apapun link tu akan ada beberapa minit sebelum game nak start nanti....harap maklum.
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved